Tuesday, 27 November 2007

PAS AKAN MENANG LEBIH DARI 27 KERUSI PARLIMEN, KAJIAN MERDEKA CENTER SUDAH 'EXPIRED' - MAHFUZ


PAS akan memenangi lebih dari 27 kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum akan datang berdasarkan sokongan rakyat yang beralih kepada PAS di sebabkan kegagalan Imam Al Hadhari memerintah negara dengan baik serta ketidakpuasan hati rakyat disebabkan masalah rasuah, jenayah, kezaliman, kesempitan hidup dan lain-lain.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Hj Mahfuz Omar, PAS menolak hasil kajian yang dibuat oleh Merdeka Center bahawa rakyat gembira dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat tidak berdasarkan kepada situasi politik terbaru.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata, ini kerana kajian itu dibuat beberapa bulan lalu, yang tidak mengambilkira beberapa perhimpunan rakyat yang diadakan sebagai protes kepada kerajaan.

"Saya tidak tahu bila tarikh sebenar kajian tersebut tetapi yang pasti ia dibuat sebelum perarakan Bersih dan Hindraf, Ahad lalu.

"Sudah tentu kaji selidik tersebut tidak memasukkan faktor perhimpunan anjuran Bersih dan Hindraf tersebut.

"Oleh itu Merdeka Center perlu membuat satu kajian yang baru untuk mengetahui kecenderungan rakyat terhadap kepimpinan negara, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS di ibu negara hari ini.

Kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center untuk New Straits Times, mendapati sokongan pengundi yang positif dan kukuh terhadap Perdana Menteri dan kerajaan BN.

Menurut kajian itu lagi, kenyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan kekal stabil dan positif walaupun wujudnya perkembangan yang sebaliknya.

Kelemahan parti

Kajian itu yang membabitkan 1,024 responden, mendapati rakyat Malaysia mengambil berat tentang ekonomi, keselamatan awam dan isu rasuah.

Mahfuz berkata, persekitaran politik negara sentiasa berubah dan ini bermakna kajian yang dibuat beberapa bulan lalu, sudah tidak boleh diterimapakai lagi.

Bagaimanapun, katanya, kajian tersebut boleh membantu PAS mengenalpasti kelemahan-kelemahan parti itu dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Sebaliknya, kata beliau, kajian yang dibuat oleh PAS mendapati sokongan pengundi terhadap parti itu semakin meningkat terutama sejak kebelakangan ini.

Mahfuz berkata, antara faktor sokongan rakyat kepada PAS ialah ketidakpuas hati terhadap pengurusan ekonomi dan negara oleh Perdana Menteri.


PM AKAN TERUS STAIL MENZALIMI RAKYAT DAN MENEKAN RAKYAT



Perdana Menteri Imam Al Hadhari hari ini berkata beliau akan meneruskan gaya pentadbirannya walaupun kita tahu pentadbirannya dikritik hebat oleh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, demokrasi dan ketelusan.

Ini bermakna selepas ini ISA akan terus digunakan untuk menahan rakyat tanpa bicara, gejala murtad akan terus dibiarkan, gejala maksiat akan terus disemarakkan, peningkatan indeks jenayah tidak ditangani dengan serius, kes rasuah didiamkan, Polis akan terus bertindak zalim kepada rakyat, rumah dan masjid dirobohkan, rakyat dibiarkan terus dalam kesempitan, Bahasa Melay terus dipinggirkan dan seribu satu macam masalah.

Imam Hadhari nampaknya begitu gembiran dengan kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center untuk New Straits Times yang mendapati sokongan pengundi yang positif dan kukuh terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Menurutnya, kenyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan kekal stabil dan positif walaupun wujudnya perkembangan yang sebaliknya.

Kajian itu yang membabitkan 1,024 responden, mendapati rakyat Malaysia mengambil berat tentang ekonomi, keselamatan awam dan isu rasuah.

Kita berharap rakyat Malaysia segera insaf dan jangan terpedaya dengan janji manis Imam Hadhari kerana adalah jelas terbukti pada zaman beliau Islam terus diketepikan, indeks rasuah merudum, gejala murtad berleluasa, mutu Universiti terperosok teruk, barangan semakin naik harga, ISA terus digunakan untuk menangkap rakyat dan lain-lain.

Imam Al Hadhari dan Partinya BN mesti ditumbangkan pada Pilihanraya Umum nanti.


PERISTIWA POLIS CEROBOH TEMPAT IBADAT BUKAN KALI PERTAMA



Peristiwa menceroboh tempat ibadat oleh Polis bukanlah kali pertama dilakukan mereka di negara ini.

Sebelum ini Polis pernah masuk ke masjid tanpa membuka kasut sewaktu demonstrasi membantah penyertaan pasukan kriket Israel beberapa tahun lalu.

Semalam beberapa mendakwa anggota polis menceroboh sebuah kuil Batu Caves untuk menyuraikan perhimpunan lebih 1,000 orang India berhampiran kuil tersebut. Dakwaan ini ada logiknya kerana Polis memang mempunyai 'track record' melakukan perkara itu seperti dilakukan di sebuah masjid Kuala Lumpur dulu.

Jika benar dakwaan ini, ia merupakan sesuatu malang kerana jelas Polis dengan arahan kerajaan BN tidak langsung menghormati tempat-tempat ibadat.


SAMSENG TAK LAYAK JADI YB. PENGUNDI MESTI BIJAK MEMILIH WAKIL RAKYAT


ADUN BN Nozula Mad Diah yang menendang YB Zaki Ibrahim dalam Sidang DUN Kelantan baru-baru ini tidak layak menjadi wakil rakyat kerana bertindak umpama samseng jalanan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK) mencadangkan kepada DUN Kelantan supaya mengambil tindakan keras kepada Wakil Rakyat Paloh ini kerana ianya mencemarkan nama baik persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Ianya bukan sahaja memalukan DUN Kelantan malah ianya memalukan Malaysia kerana jarang sekali malah mungkin tiada langsung kejadian menendang atau menumbuk wakil rakyat lain dalam sidang dewan samada Dewan Rakyat, Dewan Negara maupun Dewan Negeri sebelum ini.

Nozula bukan kali pertama berperangai buruk malah sebelum ini beliau dihalau keluar Dewan kerana enggan duduk seperti diarahkan oleh Speaker DUN Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim ABdullah.

DPPBK juga mengharapkan rakyat Kelantan khususnya pengundi DUN Paloh supaya mengambil iktibar dari kejadian ini kerana ianya amat memalukan. Jadi pengundi Paloh mesti memilih calon yang baik dari segi akhlaq dan perangainya pada pilihanraya akan datang.


KERAJAAN NEGERI ISLAM HADHARI TERUS MEMBAZIR



Kerajaan Negeri pimpinan Umno Islam Hadhari terus membazirkan duit rakyat dengan perkara-perkara remeh yang jelas tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat.

Hari ini media sekali mendedahkan amalan pembaziran ini terus menjadi 'pakaian' pemimpin kerajaan negeri. Kali ini giliran negeri Pahang pula menghanguskan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Dilaporkan bahawa Pejabat Menteri Besar Pahang membida nombor plat CCC 9 dengan harga RM48,000. Suatu jumlah yang cukup besar bagi sebuah keluarga miskin. Ianya lebih mahal dari sebuah rumah kos rendah dan juga sebuah kereta buatan Malaysia seperti Kancil, Viva, Proton Saga dan sebagainya.

Jika Pejabat Menteri Besar yang membida nombor plat maka sudah tentu ianya akan digunakan untuk kenderaan Menteri Besar. Maka sahlah Menteri Besar Pahang memang seorang yang suka membazir sedangkan sebelum ini beliau menegur dua orang exco Pahang iaitu Shahirudin Moin dan Shukri Ismail yang dikatakan membida nombor plat
RM62,400 untuk CCC 3 dan CCC 8.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga memenangi bidaan untuk nombor CCC 20 dengan nilai bidaan sebanyak RM5,500. Tidakkah ianya juga membazir?

Apa ada pada plat kereta selain dari untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk. Tidak syak lagi ianya membazir.

Rakyat yang dahulunya memberikan undi kepada BN pada Pilihanraya Umum 2004, sila fikirkan samada sokongan anda itu betul atau tidak. Jangan kita lantik lagi orang-orang yang suka membazirkan duit rakyat pada ketika rakyat terus terhimpit dengan untuk meneruskan kehidupan mereka sewenang-wenangnya berbelanja.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59