Monday, 26 November 2007

PAS BENARKAN ORANG TIONGHUA BELA BABI



Kuala Lumpur : PAS memberi jaminan bahawa hak-hak orang bukan Islam, khususnya orang Cina, akan dikekalkan dan dibela, termasuk keperluan menternak dan menjual daging babi kepada kaum itu seperti di Kelantan.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, apa yang kerajaan negeri lakukan untuk orang Cina di Kelantan akan diamalkan di seluruh negara jika parti itu memerintah kelak. Katanya, sejak memerintah Kelantan 17 tahun lalu, kerajaan negeri bukan sahaja mempertahankan hak orang Cina tetapi memberi bantuan kepada kaum tersebut sepertimana yang dinikmati oleh orang Melayu.

Di Kelantan, katanya, orang Cina boleh menjual daging babi secara terbuka di pasar yang letaknya berhampiran pasar orang Melayu tanpa sebarang masalah. "PAS memberi jaminan orang Cina bebas menggunakan bahasa dan mengamalkan adat resam mereka tanpa sebarang halangan daripada kerajaan atau kaum-kaum lain.

"Ada orang Cina yang bimbang jika PAS memerintah, mereka akan dipaksa masuk Islam. Ini yang kita dengar dari orang Cina terhadap PAS. Struktur ternakan babi "Jawapannya ialah PAS tidak akan memaksa orang Cina memeluk Islam. Islam bukan untuk orang Melayu tetapi untuk semua, termasuk orang Cina," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS di ibu negara hari ini. Hadir sama Presiden Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw.

Hu mencelah, masyarakat Melayu pernah membantah tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) membenarkan peniaga Cina menjual daging babi secara terbuka bersebelahan pasar sayur orang Melayu.

Bagaimanapun, kata Hu, bantahan tersebut ditolak oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan dengan alasan itu hak orang Cina.

"Sehingga sekarang pasar yang menjual daging babi masih ada dan tidak menimbulkan masalah kepada orang Melayu," kata Hu. Sementara itu, Nasharudin berkata lagi, tiada sebab untuk meminggirkan orang Cina kerana mereka merupakan penduduk kedua terbesar di negara ini.

Ketika ditanya adakah PAS akan membenarkan jualan daging babi, Nasharuddin berkata, PAS akan membentuk satu struktur ternakan babi untuk orang Cina. Katanya, hak orang Cina untuk membekalkan daging babi kepada kaum mereka perlu dipertahankan. Utamakan semua kaum "Kita tidak boleh hanya menyebut ini masyarakat majmuk tetapi tetapi keperluan dan hak mereka tidak diisi dan dipertahankan. "Adalah penting hak dan kepentingan sesuatu kaum perlu dibela.

Kalau hak orang Melayu yang terhakis kita perlu bela, sama juga dengan orang Cina," katanya. Nasharudin juga mengulas mengenai isu ternakan babi di Melaka khususnya di Paya Mengkuang dalam daerah Masjid Tanah yang menjadi isu di Melaka. Beliau berkata, isu tersebut berlaku kerana ketiadaan rundingan antara pihak berkuasa dengan masyarakat Cina mengenai keperluan bekalan babi kepada kaum terbabit.

Mengenai pilihanraya, Nasharudin berkata, sokongan kaum Cina kepada PAS telah meningkat ekoran pelbagai isu-isu yang berlaku dalam negara. Katanya, mereka lebih yakin dengan kemampuan PAS, berbanding dengan sebelum ini dalam mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat. Antara isu-isu yang meningkatkan sokongan kaum Cina kepada PAS ialah keadaan kepimpinan negara yang kelihatan lebih lemah, rasuah, jenayah dan pengurusan ekonomi yang tidak cekap, katanya.

Kerajaan PAS, kata Nasharudin, mengutamakan sebuah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, dengan mengutamakan hak-hak dan kebajikan mereka. “Inilah yang kita buat di Kelantan, menyebabkan tidak ada masalah kepada masyarakat bukan Melayu dalam semua perkara,” tambahnya


MUSTAHIL IDRIS TAK TAU? JANGAN BERLAKON


JERTIH: Menteri Besar Terengganu Derih Jusoh menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat seorang ahli politik negeri itu berhubung maklumat kegiatan rasuah.

"Saya serahkan kepada BPR ...kerana itu tugas mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penyelaras Umno Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih di sini hari ini.

Idris diminta mengulas mengenai laporan akhbar hari ini bahawa seorang ahli politik terkenal negeri itu adalah antara 70 individu yang disiasat BPR Terengganu sejak awal tahun ini berhubung maklumat kegiatan rasuah melibatkan mereka.

Idris berkata beliau tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara itu.

Pengarah BPR negeri, Sharuddin Sapian berkata kertas siasatan kes rasuah ahli politik berkenaan serta individu lain kini sedang disiapkan untuk tindakan lanjut.

Beliau, bagaimanapun enggan memberitahu sama ada ahli politik itu seorang Anggota Dewan Undangan Negeri atau anggota exco kerajaan negeri.

MUSTAHIL MUNG TOK TAHU DERIH. MUNG TU MB MESTI TAHU SEMUA PERKARA. KOT-KOT YANG DIA TU YANG RASUAH TAK EM ...EM ....EM ...EM?


RUMAH SIAP AIR TIADA


MELAKA: Suami isteri dari Kampung Limbongan, di sini, yang mendiami rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kecewa kerana tidak mendapat bekalan air sejak rumah berkenaan siap dibina enam bulan lalu.

Suri rumah, Fazilah Sheikh Mohamed, 25, mendakwa, beliau dan suaminya, Abd Karim Bechik, 40 serta tiga anak berusia antara tiga hingga tujuh tahun menghadapi kesulitan untuk mandi, buang air, memasak dan mencuci pakaian setiap hari berikutan tidak mempunyai bekalan air di rumah mereka.

Beliau mendakwa sudah memaklumkan perkara itu kepada kontraktor yang membina rumah mereka tetapi dia diminta membayar deposit meter air di pejabat Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Katanya, dia sudah membayar deposit berkenaan tetapi kakitangan SAMB menyuruhnya memasang saluran paip terlebih dahulu sebelum meter air dipasang.

"Kami sekeluarga terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa tanpa bekalan air dan terpaksa menyambung getah paip dari rumah ibu yang terletak bersebelahan.

"Masalah itu sudah berlaku enam bulan dan kedua-dua pihak tidak mengambil inisiatif untuk membantu mereka bagi mengatasi masalah pemasangan saluran paip itu," katanya kepada media ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, katanya, beliau dan suaminya kecewa dengan mutu bahan binaan yang diguna kontraktor terbabit semasa membina rumah PPRT itu.

Katanya, beberapa bahagian dinding simen rumahnya didapati retak dan terdapat kayu yang sudah dimakan anai-anai.

Menurutnya, beberapa struktur kayu seperti kayu penyokong anjung dalam rumah termasuk tiang dan bendul di dapur dan bilik diperbuat daripada kayu lama yang diambil dari rumah lama di tapak tanah keluarganya.

"Kontraktor seolah-olah menggunakan kayu lama. Oleh itu, Saya sangat kecewa dengan tindakan kontraktor terbabit.

"Kami seolah-olah dianiaya oleh kontraktor berkenaan. Betapa sukarnya untuk mendapatkan rumah PPRT dan bila dah dapat, mutu pembinaan dan tiada saluran paip akan mendukacitakan kami," katanya.

Fazilah berharap pihak berkenaan dapat membantunya sekeluarga bagi mengatasi masalah itu supaya dapat hidup mereka selesa seperti orang lain.

Sementara itu Setiausaha Lajnah Penerangan Negeri Melaka, Khirul Che Salleh kesal dengan sikap bertanggungjawab pihak-pihak yang membina rumah ini.

"Mentang-mentanglah rumah ini untuk orang miskin mereka buat ala kadar sahaja, cuba rumah ini dibuat untuk orang berpangkat sudah tentu ianya dibina dengan cermat dan kemas".

"Kita mahu pihak berwajib menyiasat kes ini dengan teliti kerana kita takut adanya unsur-unsur penyelewengan dan rasuah, kalau betul ada pihak yang terbabit sila bawa mereka ke muka pengadilan", kata Khirul yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.


TINDAKAN POLIS SEMUA BETUL



Polis seolah-olah maksum tidak pernah melakukan kesalahan. Itulah hakikat yang berlaku di dalam negara kita apabila setiap tindakan Polis dipertahankan dengan apa cara juga oleh pemimpin Islam Hadhari.

Polis mencederakan rakyat(Bloody Sudnay, Demo kenaikan minyak dan lain-lain), Polis menembak rakyat (Kes Batu Burok), Polis menangkap rakyat tanpa bicara (ISA), malah Polis membunuh (seperti kes Memali) juga tidak salah. Yang salah adalah rakyat. Bukan ini sahaja banyak lagi kes yang tidak mampu kita tulis di sini.

Walaupun Suruhanjaya Penambahbaikan Polis ditubuhkan tetapi ianya tidak lebih hanyalah untuk mengabui mata rakyat, tetapi hasil dan cadangan suruhanjaya itu hanya tercatat di atas kertas tanpa diimplementasikan.

Inilah yang berlaku di dalam negara kita, apabila pemerintah begitu angkuh dan bongkak tidak mahu mengaku kesalahan mereka dan pegawai-pegawai mereka. Akhirnya rakyat menjadi mangsa.

Anggota Polis yang menembak, membunuh dan membantai rakyat lepas bebas tanpa dibicarakan, hatta kes Memali yang sudah berlanjutan 12 tahun pun masih belum diputuskan di mahkamah. Entah berapa kali ditangguhkan sehingga ramai antara saksi penting telah meninggal dunia.

Inilah MALAYSIA NEGARAKU.


HIMPUNAN RAKYAT : MALAYSIA MUNDUR DAN TERKEBELAKANG



Malaysia sebenarnya jauh lebih mundur dan terkebelakang dari segi menjaga hak-hak asasi manusia dan kepentingan rakyat.

Tindakan menghalang himpunan aman dengan melakukan sekatan jalnraya, provokasi dengan menangkap pemimpin NGO merupakan tindakan yang jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan negara maju yang Polisnya sentiasa memberikan kerjasama pada setiap himpunan aman.

Himpunan Kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) semalam menjadi sedikit 'panas' disebabkan tindakan Polis yang membuat provokasi dengan mengadakan sekatan jalanraya sejak hari Khamis lagi. Malah 3 orang pemimpin Hindraf di tangkap tanpa ada alasan kukuh.

Tindakan ganas Polis semalam merupakan rentetan keganasan Polis yang menzalimi para peserta himpunan. Sebelum ini Polis tebukti ganas dengan membunuh orang kampung di Memali pada 1985, menangkap pemimpin NGO dan pemimpin politik di bawah ISA dalam operasi lalang dan sebagainya, menembak 2 orang awam di Batu Burok dan banyak lagi kes keganasan Polis. Namun Polis tidak pernah dipersalahkan.

Sebagainya sebuah negara yang selalu mengaku akan menjadi negara maju, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menggesa pemimpin Islam Hadhari menjadikan negara kita benar-benar maju dari semua segi termasuk memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun selagi ianya tidak berlaku dalam keadaan ganas dan mengganggu ketenteraman awam.

Selama ini himpunan rakyat menjadi 'panas' dan mengganggu ketenteraman awam seperti 'traffic jam' bukan di sebabkan kecenderungan peserta untuk bertindak liar tetapi disebabkan kemarahan mereka kepada Polis yang melakukan provokasi seperti membuat sekatan jalan raya, menangkap pemimpin mereka dan sebagainya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59