Sunday, 25 November 2007

AIR PAIP DI MELAKA BER'KELADAK' TERUK. APAKAH IANYA SELAMAT DI MINUM?






Penapis selepas 5 hari dibersihkan. Penapis menjadi hitam legam. Apakah ianya selamat di minum?




Penapis selepas baru dibersihkan













Sejak akhir-akhir ini air paip di Melaka berkeladak teruk sehingga berwarna coklat. Gerun rasanya untuk meminum air yang berwarna-warni ini.

2 keping gambar di paparkan di sini membuktikan dakwaan ini. Menurut seorang pengguna, Mahani Othman, 37 dari Taman Angkasa Nuri selepas mencuci penapisnya selama 5 hari, rupa penapis tersebut bertukar menjadi hitam.

"Bayangkan kalau kita tidak memakai penapis air di rumah, entah-entah berkilo-kilo keladak yang kita minum sebulan" kata beliau.


GAMBAR-GAMBAR PROGRAM JOM TURUN PADANG 24 NOV DI KANDANG





Menyusun bahan-bahan sebelum turun padang



Ustaz Abu Bakar sedang menyampaikan tazkirah



Sedang mengatur strategi



Ustaz Bakar bersemangat sampaikan tazkirah



Khusyuk dengar tazkirah


Taklimat sebelum bergerak


MELAKA MAJU 2010 JALAN KAMPUNG MASIH BERLOPAK DAN TIDAK BERTAR





















Di saat pemimpin kerajaan Negeri Melaka melaung-laungkan bahawa Negeri Melaka akan menjadi negeri maju pada tahun 2010 rupa-rupanya masih ada jalan kampung di negeri ini yang masih belum bertar dan berlopak apabila musim hujan.

Gambar di atas membuktikan dakwaan bahawa pembangunan yang diwar-warkan oleh kepimpinan BN hanyalah omongan kosong apabila masih ada rakyat yang masih tidak menikmati kemudahan asas seperti jalanraya bertar.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK), Ustaz Abu Bakar Ramlee melahirkan rasa terkejut apabila mendapati bahawa sebatang jalan di Kampung Kandang dalam DUN Ayer Molek, masih belum bertar dan ianya berlopak.

"Nacamana Melaka mencapai status negeri maju pada 2010 kalau pembangunan asas pun masih belum selesai, ini dari segi pembangunan asas belum kira dari segi pembangunan modal insan lagi".

"Saya sungguh kesal apabila pemimpin BN hanya pandai bercakap dan berjanji pada musim pilihanraya tetapi gagal menunaikan janji sepenuhnya seperti terbukti dalam isu jalan berlopak ini" tegas Ustaz Abu Bakar ketika ditemui selepas program Jom Turun Padang (JTP) DPPBK di Kampung Kandang semalam.


NEGARA ISLAM HADHARI SEMUA ADA DAN SEMUA BOLEH



Cerita di bawah di petik dari Harian Metrok hari ini. Dari artikel di bawah jelas bahawa Negara Islam Hadhari Malaysia cukup lengkap dengan tempat maksiat pelbagai bentuk dan fesyen. Tempat-tempat maksiat sebegini diberi lesen dan diHALALkan oleh Islam Hadhari.

Tidakkah kerajaan Islam Hadhari ini dilantik oleh pengundi-pengundi yang memangkah BN pada Pilihanraya Umum 2004 lalu. Apa pandangan anda, adakah pengundi yang memangkah BN yang mengHALALkan lesen judi dan tempat maksiat ini juga turut mendapat 'SAHAM' mengHALALkan tempat maksiat dan Judi ini.


GEORGETOWN: Hanya dengan bayaran serendah RM60, kaki judi beragama Islam mendapat lesen besar untuk melepas gian di dalam kasino manakala kaki maksiat juga bebas menjalankan aktiviti tanpa bimbang ditahan pihak berkuasa.

Inilah ‘kemudahan’ yang ditawarkan sebuah kapal persiaran mewah yang beroperasi dari pelabuhan negeri ini dengan perkhidmatan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam bagi pelayaran sepanjang 11 jam.

Difahamkan, kapal yang membuat pelayaran dikenali ‘Island Trip’ (Pelayaran Pulau) itu mempunyai lesen sah tetapi yang dikesalkan ialah perkhidmatan dan aktiviti perjudian serta maksiat disediakan di atasnya turut dibuka kepada orang Islam.

Hasil pengalaman wartawan Metro Ahad menaiki pelayaran berkenaan selepas mendapat aduan daripada orang ramai, dapat dirumuskan ‘Island Trip’ lebih kepada satu platform untuk kegiatan judi dan maksiat bebas daripada kawalan pihak berkuasa dan bukan khidmat pelancongan sebenar.

Pada mulanya penumpang akan menaiki sebuah bot laju dan dibawa ke kapal berkenaan yang berlabuh kira-kira setengah batu nautika dari pantai pulau ini.

Sebaik tiba di atas kapal, penumpang diminta menyerahkan kad pengenalan dan pasport untuk aspek keselamatan sebelum dibawa menjamu hidangan makan malam di restoran di tingkat lima kapal berkenaan.

Kapal sepanjang kira-kira 200 meter dengan lebar 30 meter dan mempunyai seramai 100 kru pelbagai negara itu kemudian dikatakan bergerak ke perairan antarabangsa.

Tinjauan mendapati di sebalik ada tanda amaran supaya umat Islam tidak memasuki kasino di luar premis berkenaan, namun pengawal keselamatan dan kakitangan bertugas hanya mengambil sikap ‘pejam mata’.

Malah, pemantauan mendapati kira-kira 25 peratus daripada 400 penumpang kapal itu adalah orang Islam dengan sebahagian besar mereka ligat mempertaruhkan nasib di kasino.

Kasino dipercayai memberi pendapatan terbesar kepada kapal itu kerana setiap pelanggan diberikan kupon RM20 percuma seolah-olah galakan penumpang berjudi.

Ini menyebabkan ramai umat Islam mengambil kesempatan berjudi berikutan undang-undang yang ketat di Malaysia dengan umat Islam tidak dibenarkan memasuki kasino di Genting Highlands.

Kasino di tingkat dua kapal itu memiliki 15 meja pertaruhan. Ia membabitkan permainan ‘Banker & Player’, ‘Roulette’ dan ‘Black-Jack’.

Selain itu, di tingkat dua dan lima kapal berkenaan turut menempatkan kira-kira 100 mesin jackpot di tempat terbuka dengan sesiapa saja boleh bermain. Malah, di papan kenyataan kasino mengenai pemenang jackpot sepanjang minggu lalu, dua nama orang Islam tertera di situ.

Bagaimanapun, berbeza dengan mereka beragama lain yang gambar mereka terpampang di dinding berkenaan, umat Islam yang menang jackpot antara RM18,000 hingga RM25,000 itu tidak ada gambar mereka.

Bagi pelayaran malam, kasino itu dibuka kira-kira jam 11 malam, iaitu sejam selepas pelayaran. Ia dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang cukup ketat bagi memantau pergerakan penumpang selain kakitangan kapal juga menggunakan walkie-talkie.

Malah, penumpang juga dilarang merakam gambar sama ada menerusi kamera atau kamera telefon bimbit di dalam kasino atau sudut jackpot.

Selain kasino dan jackpot, ruang arked permainan video di tingkat lima kapal itu turut menempatkan lima mesin slot kuda yang diharamkan di Malaysia dengan polis menggempur aktiviti perjudian haram itu secara besar-besaran tiga tahun lalu.

Selain aktiviti perjudian, kapal itu turut menyediakan khidmat urutan berharga RM66 untuk setiap 45 minit. Empat wanita Thailand berusia dalam lingkungan awal 20-an didapati bekerja di premis berkenaan.

Siasatan kemudian mendapati wanita terbabit menawarkan juga perkhidmatan seks dengan bayaran antara RM150 hingga RM200. Bagaimanapun, `perkhidmatan tambahan’ itu dipercayai dilakukan secara persendirian tanpa ada kaitan dengan kapal itu.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada penumpang kapal itu, ‘tarian bogel’ turut disediakan pada malam tertentu. Bagaimanapun, ketika wakil akhbar ini menaiki kapal itu, pertunjukan lucah itu tidak diadakan sebaliknya hanya ‘sexy show’ dengan penari agak seksi.

Kapal itu turut menyediakan bilik dengan kadar bayaran RM60 untuk sepanjang pelayaran dan bilik rehat (RM15) untuk mana-mana penumpang melelapkan mata sekiranya penat atau mengantuk.

Bilik berkenaan dipercayai mendapat sambutan hangat daripada pasangan bercinta di kalangan orang Islam untuk melakukan maksiat tanpa perlu berasa bimbang serbuan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAI).

Difahamkan, pada hujung minggu, tempahan bilik perlu dibuat lebih awal berikutan permintaan tinggi.

Antara kemudahan lain disediakan termasuk refleksologi, salun, bilik tayangan filem, kedai cenderahati serta bistro yang beroperasi 24 jam untuk menikmati hiburan.

Tinjauan mendapati kebanyakan penumpang dewasa berusia antara 20-an hingga 60-an dengan kebanyakan ‘warga emas’ banyak menghabiskan masa di kasino.

Bagaimanapun, bagi pasangan muda, mereka hanya kelihatan ketika mula menaiki kapal dan kemudian waktu bersarapan sebelum pulang.

‘Pelindung’ operasi

GEORGETOWN: Alasan beroperasi di perairan antarabangsa dan tidak mengeluarkan sebarang dokumen hitam putih, termasuk resit kepada penumpang dipercayai menjadi ‘pelindung’ kapal persiaran mewah mampu bertahan sejak lima tahun lalu tanpa operasi mereka diganggu.

Ini kerana operasi kapal berkenaan hanya tersebar di kalangan kaki judi dan maksiat yang bimbang melakukan kegiatan mereka di dalam negara berikutan penguatkuasaan tegas pihak berkuasa.

Seorang pekerja industri yang hanya dikenali sebagai Didy, 45, mengaku ramai rakannya sering membawa teman wanita mereka menaiki bot berkenaan untuk ditiduri kerana selamat tidak ditangkap khalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAI).

“Kewujudan kapal ini mungkin agak asing kepada kebanyakan orang, tetapi bagi ‘kaki judi'’ dan ‘kaki betina’ memang ini tempat kesukaan mereka. Memang tak akan kena tangkap basah.

“Kalau tak ada ‘girlfriend’, mereka akan main judi kerana bayaran untuk naik kapal ini bukannya mahal cuma RM60 pagi dan RM70 malam,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) mengaku sukar mengambil sebarang tindakan terhadap umat Islam yang dilaporkan melakukan maksiat termasuk berjudi di atas kapal persiaran.

Ketua Unit Penguatkuasanya, Faizal Ibrahim, berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan kerana sukar untuk mendapatkan sebarang bukti yang menunjukkan golongan itu berbuat demikian.

Menurutnya, pelbagai andaian boleh ditafsirkan sama ada kehadiran umat Islam di atas kapal berkenaan semata-mata untuk bercuti atau sebaliknya kerana pergerakan mereka sukar dikesan.

Katanya, lebih merumitkan kawalan keselamatan yang terlalu ketat oleh pihak pengurusan kapal akan menimbulkan kesulitan kepada penguat kuasa agama untuk mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana individu.

“Sama ada umat Islam berjudi atau melakukan maksiat sukar untuk dikenal pasti kerana segala aktiviti berkenaan didakwa berlaku di perairan antarabangsa.

“Setakat ini, Jaipp belum menerima laporan tetapi tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka melakukannya di perairan negara mengikut enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996,” katanya.


POLIS TERUS MENGGANAS, TEMBAK GAS PEMEDIH MATA DAN AIR KIMIA KEPADA RAKYAT



Kuala Lumpur : Polis terus menggunakan jentera kerajaan yang dibiayai oleh duit rakyat untuk menzalimi rakyat hari ini.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata serta menyembur air kimia untuk meleraikan mereka yang berkumpul di tiga tempat di Kuala Lumpur-Jalan Ampang, KLCC dan Batu Caves untuk menyertai perhimpunan anjuran Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di ibunegara.

Polis melepaskan gas pemedih mata kira-kira jam 7.40 pagi tadi untuk meleraikan orang ramai yang di Jalan Ampang. Polis telah mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan tersebut dan akan menangkap mereka yang memasukinya.

Sebelum itu, polis juga telah menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan orang ramai yang berkumpul di Batu Caves dan di kawasan KLCC.

Walaupun polis mengadakan sekatan jalanraya dan mengawal ketat jalan masuk ke bandaraya, namun ribuan masyarakat India dari seluruh negara tiba di Kuala Lumupur sejak malam tadi.

Sesetengah daripada mereka sudahpun berada di Jalan Ampang dekat Hotel Nikko yang terletak berhampiran bangunan Suruhanjaya Tinggi British, awal pagi ini.

Walaupun berdepan dengan tembakan air kimia, tetapi kira-kira 2,000 orang yang berhimpun di situ tidak memperdulikanbta dan enggan beredar dari situ.


Bagaimanapun, pada jam 8.30 pagi, polis berjaya memaksa orang ramai keluar dari kawasan tersebut, di mana ramai daripada mereka berkumpul berhampiran Institut Jantung Negara di Jalan Tun Razak.

Manakala satu lagi kumpulan berhimpun dekat bangunan Tabung Haji tetapi tembakan gas pemedih mata memaksa mereka berundur ke bangunan kedutaan Amerika Syarikat dekat situ.

Pada jam 9 pagi, polis telah 'membersihkan' kawasan di sekitar Ampang Park dan bangunan Suruhanjaya Tinggi British.

TERKINI 9.30 pagi: Orang ramai yang berkumpul berpecah kepada tiga kumpulan utama - kira-kira 3,000 di selatan Jalan Tun Razak dengan pihak polis bertindak memaksa mereka berundur ke Jalan Kia Peng dan Jalan Bukit Bintang.

Kira-kira 3,000 lagi di utara Jalan Tun Razak dekat Institut Jantung Negara. Manakala satu lagi kumpulan berhimpun di KLCC.

Manakala jumlah mereka yang berhimpun di KLCC telah meningkat kepada antara 10,000 hingga 15,000. Pemimpin Hindraf, termasuk P Uttayakumar, menyampaikan ucapan. Polis menembak gas pemedih mata setiap 10 minit.

Pemimpin Hindraf, A Sivanesan mengecam tindakan polis yang menurutnya, telah menjadi Kuala Lumpur sebagai 'zon perang'.

Menurutnya, keadaan sudah tidak terkawal lagi dan beliau menyalahkan pihak polis. Beliau turut mendakwa bahawa polis memukul wanita dan kanak-kanak dan menyifatkan tindakan itu sebagai sudah melampau.

"Ia tidak akan menghalang kita untuk menyerahkan memorandum tersebut dan kita akan mencari jalan untuk melakukannya," katanya kepada Malaysiakini.

Peguam Haris Ibrahim, yang mengetui pasukan pemantau 10 ahli Majlis Peguam, terkejut dengan tindakan polis tersebut.

Beliau berkata, pihaknya tidak senang dengan cara polis menangani orang ramai.

Perarakan diisytihar haram

Ramai anggota polis berkawal di situ dan beberapa tangkapan telah dibuat. Sebahagian dari Jalan Ampang sudahpun ditutup tetapi mereka yang mahu menyertai perhimpunan tersebut mulai datang dari semua arah.

Perhimpunan itu telah diisytiharkan haram oleh pihak polis yang sebelum ini telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertainya.

Orang ramai sedang berkumpul di pelbagai tempat di sekitar ibunegara, semua berharap dapat pergi ke bangunan Suruhanjaya Tinggi British pada kira-kira jam 10 pagi.

Jalan Ampang - lokasi suruhanjaya tinggi itu - dan tiga lagi jalan telah ditutup sejak jam 3 pagi untuk menghalang orang ramai masuk ke situ.

Turut ditutup ialah dua stesen LRT - Ampang Park danKLCC - yang terletak berhampiran kawasan tersebut.

Perhimpunan tersebut dirancang diadakan bagi menyokong saman terhadap kerajaan British untuk mengutuk apa yang mereka dakwa sebagai diskriminasi masyarakat India di negara ini.

Saman tersebut diaman baru-baru ini untuk menuntut gantirugi sebanyak AS$4 trillion (RM14 trillion) untuk kira-kira dua juta masyarakat India di Malaysia yang nenek moyang mereka telah di bawa oleh British ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh pada tahun 1800-an.


Gelombang kedua : 30,000 penyokong Hindraf berhimpun di KLCC


Kuala Lumpur : Kira-kira 30,000 orang menyertai perhimpunan di Menara Berkembar Kuala Lumpur selepas usaha mereka untuk menyerahkan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British dihalang oleh tembakan gas pemedih mata dan semburan meriam air kimia.

Mereka cuba berhimpun di luar bangunan suruhanjaya tersebut awal pagi tadi tetapi mereka dihalang oleh anggota polis anti-rusuhan dan terpaksa berundur kira-kira dua kilometer dari tempat tersebut.

Orang ramai berkumpul di beberapa tempat di bandaraya. Kira-kira 10,000 orang berhimpun di Jalan Ampang, dekat Hotel Maya dengan 5,000 lagi berkumpul di Jalan P Ramlee berhampiran KLCC. Seramai 10,000 lagi berhimpun di persimbangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang. Kira-kira 5,000 lagi tersangkut di di Jalan Ampang dan Jalan Lingkaran Tengah.

Pada jam 10 pagi, orang ramai di sepanjang Jalan Ampang, dekat Hotel Maya mendengar ucapan pemimpin Hindraf termasuk P Uttayakumar. Turut berucap ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan pemimpin DAP, Ronnie Liu.

Pada jam 10.30 pagi, pemimpin Hindraf selesai berucap. Bagaimanapun, ribuan orang terus berada di sekitar kawasan KLCC.

Bagaimanapun, pada jam 11 pagi, orang ramai bergerak dari KLCC ke kawasan berhampiran Suruhanjaya Tinggi British. Anggota polis anti-rusuhan berkawal di Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak, di persimpangan berhampiran Ampang Park.

Pada jam 1 tengahari, selepas mengadakan rundingan dengan polis, ketua Hindraf, P Uttayakumar memberi ucapan ringkas dan menggesa orang ramai supaya bersurai secara aman. Mereka dilihat berjalan balik ke arah Jalan Sultan Ismail.

'Ini keterlaluan'

Pemimpin Hindraf, A Sivanesan mengecam tindakan polis yang menurutnya, telah menjadi Kuala Lumpur sebagai 'zon perang'.

Menurutnya, keadaan sudah tidak terkawal lagi dan beliau menyalahkan pihak polis. Beliau turut mendakwa bahawa polis memukul wanita dan kanak-kanak dan menyifatkan tindakan itu sebagai sudah melampau.

"Ia tidak akan menghalang kita untuk menyerahkan memorandum tersebut dan kita akan mencari jalan untuk melakukannya," katanya kepada Malaysiakini.

Peguam Haris Ibrahim, yang mengetui pasukan pemantau 10 ahli Majlis Peguam, terkejut dengan tindakan polis tersebut.

Beliau berkata, pihaknya tidak senang dengan cara polis menangani orang ramai.

Manakala Ahli Parlimen DAP, M Kulasegaran turut kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Lebih 50 tahun masyarakat India dipinggirkan di negara ini. Dan kini kita mahu hak yang sama yang dinikmati oleh masyarakat lalin," katanya kepada AFP.

"Mereka tidak ada hak untuk menghalang kita untuk berhimpun hari ini. Ini adalah kehendak rakyat," tambahya.

Petisyen pada Ratu Elizabeth II

Perhimpunan hari ini diadakan untuk menyokong saman yang difailkan oleh Barisan Bertindak Hak Hindu (Bersih) terhadap kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia sebagai buruh dan mengeksploitasi mereka selama 150 tahun.

Saman itu juga bertujuan mendapatkan pengisytiharan bahawa Laporan Suruhanjaya Reid 1957 gagal mengambilkira hak masyarakat India apabila memberi kemerdekaan, mengakibatkan mereka didiskriminasi dan dipinggirkan hingga hari ini.

Mereka menuntut pampasan AS$2 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.

Selepas memfailkan saman tersebut, Hindraf mengadakan majlis penerangan dil seluruh negara untuk menjelaskan kes tersebut kepada masyarakat India di peringkat akar umbi.

Hindraf turut terbabit dalam usaha menghalang perobohan kuil-kuil Hindu di negara ini dan mendapat sokongan besar daripada masyarakat India.

Memorandum yang mahu diserahkan hari ini adalah untuk menggesa Ratu Elizabeth II melantik peguam diraja untuk mewakili Hindraf dalam kes tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59