Saturday, 24 November 2007

RUMAH TANGGA PUN TAK BOLEH JAGA MACAMANA NAK JAGA RAKYAT DAN NEGARA



KUALA LUMPUR : Rumah tangga pun tak boleh jaga macamana nak jaga negara dan rakyat. Itulah reaksi spontan pengunjung blog ini yang dihantar petang tadi. Pengirim membuat komen terhadap laporan akhbar Ahli Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Talib, 44, disahkan bercerai talak tiga dengan pasangannya, Radzmi Othman, 47, mulai 8 Julai lalu, demikian keputusan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

DI bawah ini beliau menyelitkan laporan akhbar itu:

Laporan akhbar hari ini menyiarkan bahawa Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin yang mensabitkan talak tersebut berkata, dengan keputusan tersebut, Rozaidah, yang tidak hadir di mahkamah hari ini diperintahkan beredah tiga kali suci dari tarikh perceraian.

Beliau yang membuat keputusan itu mengikut Seksyen 55(a) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, juga memerintahkan supaya kos bagi prosiding itu ditanggung oleh Rozaidah dan Radzmi masing-masing selaku defendan dan plaintif.

Mohd. Yunus memutuskan demikian setelah meneliti pengakuan dan penjelasan daripada kedua-dua pihak serta mengambil kira hujah secara lisan dan bertulis, mengkaji mazhab fiqh dalam soal talak demi keadilan bagi kedua-dua pihak.

Beliau sebelum itu turut mengingatkan pihak-pihak terlibat yang tidak berpuas hati dengan keputusannya supaya mengemukakan rayuan di mahkamah dan bukannya memberikan komen kepada pihak media.

Radzmi, seorang pengurus bank sebelum ini mengemukakan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Rozaidah, juga seorang doktor gigi yang dilafazkan beliau di rumah mereka di A M-26, Jalan Bakubang Dua, Taman Setapak di sini, pada 8 Julai lalu.

Beliau mendakwa telah melafazkan cerai talak satu dengan berkata: “Saya dengan ini menceraikan isteri saya, Rozaidah Talib.”

Rozaidah bagaimanapun dalam tuntutan balasnya pula menyatakan Radzmi telah menceraikannya dengan berkata: “Aku ceraikan kamu dengan seberapa talak yang mungkin.”

Walaupun Radzmi mendakwa lafaz cerai itu membawa maksud talak satu, Rozaidah menyifatkannya sebagai talak tiga.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 30 Januari 1988 telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Elana, 19; Yasmin, 16; Haris, 14; Myra, 10, dan Aliza, 7.

Kelima-lima mereka hadir di mahkamah hari ini bersama bapa mereka.

Radzmi diwakili oleh dua peguam syarie, Zaini Zainol dan Zainuddin Abdul Razak manakala peguam syarie Ahmad Nazib Johari mewakili Rozaidah.


HARGA TEPUNG NAIK. SEMUA HARGA BARANGAN BERASASKAN TEPUNG SUDAH DAN AKAN DINAIKKAN


Pada 15 Mei lepas, harga tepung di Semenanjung dinaikkan 15 sen sekilogram iaitu pada RM1.35 berbanding RM1.20 sebelumnya.

Untuk Sabah dan Sarawak, harga baru ialah RM1.45 sekilogram berbanding RM1.30 sebelum itu.

Kenaikan harga barang kawalan itu melibatkan tepung gandum serba guna dan tidak bagi tepung gandum bukan serba guna yang harganya tidak dikawal.

Berikutan dengan kenaikan tersebut barangan makanan berasaskan tepung telah dan akan dinaikkan. Sebagai contoh harag roti gardenia perasa coklat dan jagung yang dulunya RM0.50 sen kini dinaikkan ke RM0.60 dan harga roti panjang Gardenia dulunya RM2.50 kini dinaikkan kepada RM2.80.

Daro tinjauan kami dikedai-kedai, ain-lain barangan juga telah dinaikkan.

Malangnya kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barangan ini tidak sebagaimana dijanjikan bahawa agensi kerajaan akan dan memastikan harga barangan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya.

Semua itu hanya janji kosong yang tidak mungkin dapat ditunaikan oleh kerajaan.

Amat jelas bahawa kerajaan BN yang ada pada hari ini gagal dalam mengawal perkara ini. Maka sudah sampai masanya rakyat menukar kerajaan yang ada dengan kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat.


PROGRAM JOM TURUN PADANG DI KANDANG BERJAYA


Program JomTurun Padang anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan DUN Ayer Molek padi ini berlangsung dengan baik sebagaimana yang dirancangkan.

Pada program yang di adakan di Peti Undi Kandang itu sebanyak 400 buah rumah telah dikunjungi. Sambutan masyarakat setempat adalah amat memuaskan.

Setiausaha DPPBK, Jasry Jabar dalam kenyataannya selepas program itu berkata, program ini adalah yang pertama diadakan selepas bulan Ramadhan dan Syawal. Ianya akan diteruskan sehingga selesai Pilihanraya Umum.

Program seterusnya akan dilangsungkan di DUN Bukit Baru pada 2 Disember akan datang.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59