Thursday, 22 November 2007

DERIH JUSOH CAKAP BESAR


Menteri Besar Derih Jusoh nampaknya terpaksa menyembunyikan keresahannya akibat sokongan rakyat yang bertambah kepada PAS, dengan berjanji akan menjadikan Terengganu sebagai kubu kuat Barisan Nasional dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya berdasarkan kajian yang dilakukan sejak BN memerintah semula Terengganu pada Mac 2004, sokongan rakyat terhadap parti itu telah meningkat melebihi lima peratus.

Tetapi hakikatnya kerajaan Derih Jusoh di Terengganu kini berhadapan dengan seribu satu masalah apabila bertindak zalim kepada rakyat dengan merobohkan rumah dan masjid; janji untuk menyediakan pekerjaan tidak ditunaikan; pembaziran dalam program-program seperti monsoon cup dan seribu satu masalah yang telah membuka mata rakyat untuk beralig angin.

Idris yang juga pengerusi BN Terengganu, berkata rakyat menghargai usaha BN membangunkan negeri itu kerana mereka mendapat banyak faedah terutamanya dalam meningkatkan sumber ekonomi masing-masing.

Kemuncak kegelisahan Derih ialah apabila Polis diperkudakan oleh BN untuk menggagalkan ceramah dan program pembangkang dan NGO. Polis sanggup menembak rakyat yang tidak berdosa semata-mata untuk membuktikan ketaatan Polis kepada BN.

Malah Idris mendakwa katanya, keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN juga semakin meningkat selepas pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Nampaknya Derih syok sendiri untuk menyedapkan hatinya sendiri.


BUKAN SOAL ADIK GILA ATAU TIDAK?



Melaka : VK Lingam peguam yang dituduh terlibat merasuah hakim dan membuat percaturan tentang kenaikan pangkat hakim-hakim dilihat cuba mengalih tumpuan tentang isu tersebut kepada isu samada adiknya Thirunama gila atau tidak.

Jelas sekali nampaknya Lingam cuba mengalih tumpuan tentang apa yang dilihat dalam klip video yang diedarkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Persoalannya sekarang bukannya dakwaan Thirunama sahaja yang perlu disiasat tetapi kandungan dalam klip video itu juga mesti disiasat.

Isu ini semakin membarah apabila laporan Polis yang dibuat oleh Thirunama jelas menguatkan lagi bukti bahawa apa yang dilihat di dalam klip video itu adalah benar.

Kita mengharapkan Suruhanjaya Diraja yang akan ditubuhkan nanti bukan sahaja menyiasat ketulenan Klip video itu sahaja tetapi Suruhanjaya itu mesti menyiasat kebenaran dakwaan yang dibuat oleh Thirunama dan juga perbualan dalam klip video itu sendiri.

Sementara itu, DPPBK Pemangku Ketua Hakim Negara menggantung jawatan seorang hakim yang disebut dalam laporan polis yang dibuat oleh V. T. Thirunama Karasu terhadap abangnya, Datuk V. K. Lingam.

DPPBK berharap pemangku Ketua Hakim Negara mengambil perhatian terhadap laporan polis yang dibuat pada 19 Mac di balai polis daerah Brickfields dengan Thirunama mendakwa seorang hakim yang kini berkhidmat di mahkamah rayuan adalah antara mereka yang terlibat dalam rasuah.


KERAJAAN TIDAK IKHLAS BENTERAS MAKSIAT



Melaka : Kerajaan Negeri Melaka dilihat tidak ikhlas serta tidak bersungguh membenteras kegiatan maksiat di negeri ini walaupun mempunyai pasukan penguatkuasa JAIM bagi menangani isu ini.

Ahli Badan Perhubungan Negeri, Salim Tahir (gambar) dalam kenyataanya pagi ini menggesa kerajaan negeri menutup semua hotel-hotel murah yang dikenalpasti pernah menjalankan kegiatan maksiat seperti pelacuran dan rumah urut.

"Kita hairan bagaimana kerajaan negeri membiarkan hotel-hotel ini meneruskan operasi ini sedangkan pihak JAIM telah menangkap pelanggan dan pelacur di dalam hotel tersebut beberapa kali".

"Kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berkuasa menarik balik lesen premis bangunan jika benar-benar kerajaan negeri ikhlas ingin membenteras maksiat" tambah Salim.

Menurutnya, JAIM tidak berupaya untuk membenteraskan kegiatan maksiat selagi tempat-tempat dan punca-punca maksiat ini tidak ditutup.

"Mana mungkin JAIM dapat menangkap semua pesalah sedangkan tempat-tempat maksiat ini tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan sedangkan bilangan kakitangan bahagian penguatkuasaan JAIM amat terhad."

Salim diminta mengulas laporan media hari ini bahawa dua hotel murah di Jalan Munshi Abdullah, di sini, yang diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) tiga hari lalu diserbu lagi selepas didapati masih aktif menjalankan kegiatan kurang bermoral, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.45 pagi itu, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan bersama seorang wanita dipercayai pelacur berusia 18 tahun.

Serbuan dibuat secara kebetulan ketika lima pegawai penguat kuasa sedang melalui kawasan berhampiran hotel itu dan terserempak dengan seorang lelaki sedang masuk menerusi pintu belakang hotel berkenaan.

Pegawai terbabit terus mengintip pergerakan mereka dan mendapati dia terus naik ke tingkat atas hotel berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, dilaporkan berkata sebaik mengenal pasti bilik dimasuki lelaki terbabit, pihaknya terus mengetuk pintu dan ia dibuka seorang wanita.

Katanya, sebaik memperkenalkan diri dan melakukan pemeriksaan lanjut, pihaknya menemui seorang lelaki di satu bahagian di bilik berkenaan.

"Siasatan mendapati lelaki berasal dari negeri ini beragama Islam manakala wanita terbabit berasal dari Sabah dan bukan Islam.

"Lelaki terbabit mengakui dia melanggan wanita itu untuk kali pertama bagi mendapatkan `perkhidmatan' daripadanya.

"Dia juga mendakwa diberi diskaun untuk `perkhidmatan' itu dan hanya membayar RM50.

"Malah, pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu adalah antara 14 wanita yang ditahan Ahad lalu. Mereka dipercayai pelacur," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Akhbar ini Isnin lalu melaporkan dua hotel murah yang disangka sudah tidak lagi beroperasi selepas beberapa kali diserbu pihak berkuasa sejak lebih setahun lalu kerana kegiatan pelacuran dikesan masih aktif menjalankan kegiatan sama.

Kegiatan itu terbongkar menerusi operasi bersepadu Jaim di premis dua tingkat itu, kira-kira jam 3.30 petang.

Dalam serbuan itu, 14 wanita berusia antara 18 hingga 30 tahun dipercayai pelacur dan empat lelaki berusia awal 30-an yang juga warga asing ditahan.

Lesen hotel berkenaan sudah dibatalkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada tahun lalu kerana menjalankan kegiatan pelacuran.

Rahimin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati enam lagi bilik turut dihuni beberapa wanita yang dipercayai pelacur.

Katanya, pemeriksaan mendapati mereka berusia di antara 18 hingga 25 tahun dan semua mereka bukan beragama Islam.

"Lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana bersekediaman," katanya.


KENYATAAN AKHBAR TENTANG KEJADIAN MEMUKUL WARTAWAN KUANG MING DAILY


PAS Melaka amat kesal dengan kejadian Umno memukul wartawan Kuang Ming Daily, Ko Jung Seng pada 16 November lalu. PAS Melaka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas ahli-ahli Umno Cheras yang memukul jurugambar tersebut. Tindakan itu merupakan tindakan yang tidak bertamadun dan sangat biadap.

Ahli-ahli Umno ini berlagak samseng tidak menghiraukan undang-undang di mana mereka bebas bertindak apa sahaja terhadap orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka. Perbuatan mereka itu sungguh hina dan tidak boleh dipandang remeh.

Bagaimana Umno boleh melayan para pengamal media sebegitu rupa membuktikan bahawa Umno sememangnya tidak suka kepada kebebasan media dan sanggup mencabul undang-undang sedangkan para wartawan melakukan tugas mereka membuat laporan dan liputan untuk kepentingan negara dan orang ramai.

Profesion wartawan seharusnya disanjung dan dihormati sesuai dengan etika kewartawanan dan media.

PAS Melaka menggesa semua 'samseng' Umno ini disiasat dan diheret ke muka pengadilan dengan segera. KIta tidak mahu kes ini didiamkan sama seperti kes-kes pembunuhan yang melibatkan pihak-pihak atasan seperti kes pembunuhan Mustakizah dan Norita yang sehingga ke hari ini tiada hujung pangkalnya.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
019-6821318


BULETIN 2 PAS MELAKA TEMUI ANDA HARI INI



Buletin PAS Melaka edisi 2 menemui pembaca mulai hari ini. Buletin 4muka surat itu memfokuskan kepada isu negeri dan isu nasional.

Seluruh rakyat Melaka boleh mendapatkannya melalui Ketua Penerangan PAS Kawasan-kawasan atau membuat panggilan ke Pejabat Lajnah Penerangan PAS Negeri di talian 06-2841780 atau menghubungi talian 019-6821318.


WAKIL RAKYAT BN KERAS KEPALA


KOTA BHARU : Akibat tidak mahu mematuhi peraturan mesyuarat, Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh dari BN, Nozula Mat Diah digantung dari menghadiri sidang DUN Kelantan semalam.

Nozula berkeras untuk turut serta dalam perbahasan walaupun Speaker DUN Kelantan, Dato' Wan Abd. Rahim Abdullah berulang kali mengarahkannya duduk kerana belum sampai gilirannya berbuat demikian.

Ia bermula apabila Nozula bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan tetapi sebaliknya Wan Abd. Rahim meminta seorang lagi wakil pembangkang, Mohd. Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) untuk berucap.

Bagaimanapun, Mat Zain tidak bangun dan Norzula mahu mengambil laluan itu sehingga berlaku pertikaman lidah di antara Nozulah dan Wan Abd. Rahim.

Nozula berkata, beliau telah bangun lima kali untuk berucap membahaskan usul Ucapan Menjunjung Kasih Atas Titah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Semua anggota pembangkang dari BN membantah, bertindak meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika sesi petang perbahasan hari ini setelah keanggotaan Nozula Mat Diah (BN-Paloh) digantung ekoran keengganannya mematuhi arahan Speaker, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah.

Selepas itu, melalui usul yang dikemukakan oleh Zakaria Yaakob (Pas-Kemuning) dan disokong oleh Mohd. Shukri Abdul Rahman (Pas-Kadok), sidang mengundi dan mengambil keputusan menggantung Nozula apabila 23 bersetuju manakala 20 tidak bersetuju.

Dalam pada itu, Wan Abd. Rahim ketika ditemui tetap mempertahankan keputusannya.

“Beliau (Nozula) telah melanggar peraturan di bawah peruntukan perintah 51 (3) bahawa seseorang ADUN yang dipanggil nama oleh Speaker selepas daripada melakukan kesalahan tidak mengendahkan arahan Speaker dan berulang mengganggu perjalanan Dewan, maka satu cadangan dengan segera dan disokong oleh 2 orang ahli dikemukakan dalam undian.

“Bagaimanapun, beliau boleh kembali menyertai semula mesyuarat esok mengikut peruntukan 51 (5) iaitu jika keahlian seseorang tergantung menurut syarat perintah ia hendaklah mengundurkan diri dan penggantungan tidak lucut sehingga tamat mesyuarat itu,” katanya.

Ahli Yang Berhormat BN samada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri memang selalu melanggar peraturan Dewan seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah tetapi tidak pernah digantung kerana speaker selalu menyebelahi mereka.

Tetapi di DUN Kelantan mereka tidak boleh berlagak sombong membelakangi peraturan dewan kerana speakernya tegas dan bertindak betul-betul mengikut peraturan dewan.

Sila layari http://tranungkite.wordpress.com/2007/11/21/129 untuk menonton video klip/


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59