Wednesday, 21 November 2007

RASHID SAH PELAWOK (PEMBOHONG)


Semalam Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata beliau sanggup meletakkan jawatan sekiranya terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini. RASHID SILA LETAK JAWATAN SEKARANG KERANA KAMU TELAH BERBOHONG. SEDANG ISU PENGUNDI HANTU INI DISAHKAN OLEH MAHKAMAH SEMASA PERBICARAAN KES DUN LIKAS BEBERAPA TAHUN LALU.

Dan hari ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghimbau kembali pada tahun 2001 apabila Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Sabah.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, hakim tersebut memutuskan demikian atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu, termasuk yang bukan warganegara, telah secara bukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian.

Beliau berkata, dalam penghakimannya, Muhammad Kamil berkata SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet senarai pemilih yang mencurigakan, di samping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR serta pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan dalam senarai pemilih.

"AMK juga tidak mahu rakyat terlepas pandang dengan satu fakta menarik, iaitu selepas penghakiman Likas dibuat, kerajaan dengan kebenaran SPR, membuat pindaan di mana senarai pemilih, - sebaik sahaja disahkan atau disahkan semula - dianggap muktamad dan diterima dan tidak boleh dipersoalkan atau membuat rayuan atau dinilai semula, dipinggirkan oleh mana-mana mahkamah.

'Berat sebelah'

"Kes ini, meskipun hanya sebuah kes, tetapi ianya memberikan satu signifikan besar dalam sebarang dakwaan yang dibuat ke atas SPR yang jelas tidak telus dan saksama dalam menguruskan sistem pilihanraya Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa sejak sekian lama sistem pilihanraya Malaysia dijalankan dengan adil dan bersih tanpa campurtangan parti pemerintah.

"AMK begitu berharap agar kedua mereka ini kembali berpijak di bumi yang nyata sebelum mengeluarkan kenyataan yang bersifat 'ibarat meludah ke langit'," katanya.

Sehubungan itu, katanya, AMK mengingatkan Rashid dan Abdullah bahawa konotasi kepada sistem pilihanraya yang kotor dan berat sebelah membawa kepada kuasa pemerintahan yang tidak sah.

"Justeru, AMK melihat wajar bagi bukan sahaja Rashid, malahan Abdullah sendiri bertanggungjawab atas kenyataan yang dibuat mereka, dengan berundur demi memberi ruang kepada pembaikpulihan sistem pilihanraya dan kerajaan yang telus dan berwibawa," katanya.


BADAN PRO RASUAH (BPR) SELAMATKAN KHALIL


Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah menutup siasatannya terhadap kes pembalakan yang didakwa membabitkan bekas Menteri Besar Pahang, Tun Mohd Khalil Yaakob. Ini bermakna BPR sekali lagi menjadi Badan Pro Rasuah menyelamatkan orang yang didakwa seperti laporan rasmi yang dibuat kepada BPR

Pengarah Siasatan BPR, Mohd Shukri Abdull berkata, siasatan tersebut dibuat oleh BPR ekoran laporan polis terhadap Khalil yang diserahkan kepada pihaknya berhubung dakwaan tersebut.

"Laporan pertama oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Datuk Fauzi Abdul Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 28 Mac 2001 dan laporan kedua oleh bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) Keadilan Pahang, Razali Alias di tempat yang sama pada 4 April 2001.

"BPR tidak mempunyai asas untuk mengambil tindakan terhadap Khalil dan ekoran itu kes tersebut ditutup," katanya ketika menghubungi Malaysiakini hari ini.

Khalil kini merupakan Yang Dipertua Negeri Melaka.

Shukri berkata demikian ketika ditanya mengenai pertemuan beliau dengan Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Noor di Ibu Pejabat BPR di Putrajaya hari ini.

Kes Osu Sukam

Sebelum ini, Ezam memberitahu pemberita bahawa beliau mengadakan pertemuan Shukri bagi mendapatkan penjelasan mengenai hasil siasatan terhadap Khalil dan dua kes lain.

Dua lagi kes judi yang membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Osu Sukam dan kes dakwaan pecah amanah yang membabitkan sebuah kesatuan sekerja.

Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Ezam (foto) berkata, beliau merasakan ada unsur campurtangan politik dalam kes tersebut.

"Gerak akan meneruskan siasatan terhadap kes tersebut, termasuk mengadakan perbincangan dengan para peguam untuk tindakan lanjut," katanya.
Ezam juga menyoal mengapa keputusan menutup kes terhadap Khalil itu tidak pernah diumumkan secara rasmi sebelum in.

“Apakah ia bermakna laporan yang dibuat Fauzi itu tidak benar dan (oleh itu) adakah BPR akan mengambil tindakan terhadap Fauzi,” soalnya lagi.

Laporan polis

Dalam laporan polis itu, Fauzi mendakwa Khalil sebagai Menteri Besar Pahang ketika itu, meluluskan konsesi hutan kekal dengan tidak menghiraukan kuota yang ditetapkan oleh Dasar Hutan Negara.

Fauzi juga mendakwa Khalil, yang juga setiausaha agung Umno ketika itu, telah mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan oleh Dasar Perhutanan Negara ketika menjadi menteri besar Pahang antara 1986 hingga 1999.

Fauzi, dalam laporan itu juga, menyebut bahawa tindakan Khalil itu “menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai” kerajaan Pahang akibat hasil kawasan pembalakan bernilai RM300 juta hingga RM900 juta setahun, telah dibuka lebih awal.

Mengenai kes Osu pula, Ezam berkata, Shukri memaklumkannya kepadanya bahawa kes tersebut setakat ini telah ditutup kerana ketiadaan sumber yang dapat memberikan bukti.

"BPR, kata Shukri, memerlukan sumber sebelum siasatan boleh dilakukan ke atas Osu," katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaannya sebelum ini berhubung kes rasuah yang membabitkan seorang menteri, Ezam berkata, beliau akan mendedahkan nama menteri terbabit apabila tiba masa yang sesuai.

Sumber : Malaysiakini


Raja Muda Perak dicadang Pengerusi Suruhanjaya



KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mencadangkan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah (gambar)dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Diraja bagi mengembalikan kemuliaan institusi kehakiman negara ini atau pun ayah baginda, Sultan Perak sendiri sebagai bekas Ketua Hakim Negara di era gemilang institusi kehakiman negara.

Di samping mereka berdua, beliau juga mencadangkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaikh Daud dan Datuk N. H. Chan dan bekas dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Visu Sinnadurai sebagai anggota.

Di samping mereka, Kit Siang juga mencadangkan agar nama-nama berikut dipertimbangkan untuk menjadi anggota Suruhanjyaya Diraja itu.

Mereka adalah Tunku Abdul Aziz (Transparency International), Raja Aziz Addruse (Bekas Presiden Majlis Peguam), Datuk Param Cumaraswamy (bekas pelapur khas PBB), Yeo Yang Poh (bekas Presiden Majlis Peguam) dan Chooi Mun Sou (anggota JK Penyiasat BBMB).

Kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dan mencadangkan pembaikan untuk institusi kehakiman ekoran cadangan penal penyiasat video klip VK Lingam.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bimbang penubuhan suruhanjaya ini senasib dengan penubuhan suruhanjaya penambahbaikan polis menjelang pilihanraya 2004 lalu.

"Ia hanya menjadi gimik menjelang pilihan raya sahaja. Selepas ini, cadangan entah ke mana, laporan entah ke mana," kata Husam.

Siasahdaily


ANDA SENANG LENANG SAHABAT DI TIMPA MUSIBAH. BANTULAH DIA SECEPAT MUNGKIN



KUANTAN : Sahabat kita, Anggota Unit Amal, Roslan Haji Mohamad ditimpa musibah apabila rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Belukar, Batu 3 1/2 Jalan Gambang, baru-baru ini.



Beliau mempunyai seorang isteri dan 6 orang anaknya yang masih kecil.

Tidak ada harta benda yang dapat diselamatkan dalam kebakaran itu. Beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, kerugian dianggarkan sebanyak RM 50,000 termasuk tempahan perabot yang dibuat hasil kerja tangannya yang baru siap.

Roslan, seorang peniaga ikan, selain membuat perabot secara kecil-kecilan. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa di Masjid Al-Fatah Batu 3, Kuantan.

Sehubungan itu Pihak Unit Amal telah menyalurkan sumbangan segera bagi meringankan beban mangsa. Menurut mangsa, beliau kini sedang membina rumah sendiri tetapi belum siap lagi.

Setiausaha Unit Amal Pahang, Johari Abdul Wahid merayu sumbangan orang ramai untuk membantu mangsa.

Katanya, bantuan boleh disalurkan kepada Mangsa melalui Unit Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang - No Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (06019010070049). Segala sumbangan hendaklah dimaklum kepada Johari Abdul Wahid (013-9844767)


LINGAM MUNCUL DI PEJABAT BPR HARI INI



Peguam Datuk VK Lingam dilihat berada di ibupejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya hari ini.

Lingam dilihat memasuki kawasan lobi pada kira-kira jam 10 pagi.

Beliau beredar kira-kira satu jam setengah kemudiannya melalui tempat letak kereta, bagi mengelak pihak media yang menunggu di situ.

Sehingga ini, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan tujuan kedatangan Lingam ke ibupejabat BPR.

Ini merupakan kali kedua Lingam bertemu dengan BPR.

Lingam kini menjadi tumpuan utama kontroversi yang tercetus ekoran pendedahan klip video yang menunjukkan perbualan telefonnya, dikatakan pada 2020, mengenai pelantikan hakim-hakim yang 'sehaluan'.

Lingam didakwa berbual dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Ahmad Fairuz bagaimanapun telah menafikan sebarang kaitan dengan klip video tersebut.

Beliau bersara sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Oktober lalu.

Sebelum ini, BPR dilaporkan telah menyiapkan siasatannya berhubung klip video tersebut dan turut mengambil kenyataan dari Lingam.

Dalam satu perkembangan terbaru Ahad lalu, adik Lingam - Thirunama Karasu - membuat dakwaan rasuah terhadap abangnya itu.

Thirunama dipanggil ke ibupejabat BPR semalam untuk diambil kenyataannya selama tujuh jam.

LINGAM YANG DIDAKWA MEMBERIKAN RASUAH DAN KESALAHAN LAIN HANYA DISIASAT 1 JAM SETENGAH. ADIKNYA YANG MENDAKWA LINGAM MELAKUKAN KESALAHAN DISIASAT SELAMA 7 JAM. SIAPA YANG SALAH INI LINGAM ATAU ADIKNYA?. MALAYSIA SUDAH TERBALIK. SIAPA LAPOR DIA KENA.


ZAMAN ISLAM HADHARI HAKIM PUN MAKAN RASUAH, SIAPA LAGI KITA NAK PERCAYA



Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan berkaitan rasuah berjumlah RM5,200 yang membabitkan tiga kes berasingan.

Dua daripada pertuduhan itu membabitkan urusan pernikahan manakala satu lagi bagi tujuan melepaskan ikat jamin satu kes jenayah syariah.

Hassan Basri, 53, yang menjadi hakim syarie pertama didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas tuduhan rasuah, mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.

Nampaknya zaman Islam Hadhari ini Hakim pun makan rasuah. Memang jelas negara kita hilang keberkatan dan maruah kerana pemimpin yang memerintah pun tidak ada maruah. Apalah yang kita hendak harapkan kepada pemimpin BN hari ini, kerana BN menang pun dengan penipuan, penyelewengan dan rasuah.

Kalau hakim pun makan rasuah siapa lagi yang kita nak percayai? Hancur Hancus Hancus


Bagi pertuduhan pertama, Hassan Basri didakwa meminta wang suapan RM3,000 daripada Mohamad Imran Abdullah sebagai dorongan melepaskan wang ikat jamin kepada Yoong Hor Kit berhubung lima kes jenayah syariah, di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.15 malam 15 Ogos lepas.

Dia juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu menerima wang suapan itu daripada orang yang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tempat meletak kenderaan di Taman D.R. Seenivasagam di sini kira-kira 3.25 petang 6 Sept lepas.

Pertuduhan ketiga pula membabitkan dakwaan meminta wang suapan RM1,100 juga daripada Mohamad Imran bagi membantu Mohamad Asri A Bakar berkahwin dengan Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.30 malam 15Ogos.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima wang suapan itu daripada orang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tepi Hotel Hillcity di sini kira-kira 6 petang 17 Ogos.

Hassan Basri juga didakwa menerima wang suapan RM1,100 daripada orang sama sebagai dorongan bagi mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd Jefri Afandi Ahmad dan Nur Liza Musa bagi membolehkan kedua-duanya berkahwin tanpa melalui prosedur ditetapkan, dalam kereta bernombor pendaftaran sama di tempat meletak kenderaan Taman D.R. Seenivasagam, kira-kira 3.20 petang 6 Sept.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi tuduhan pertama dan ketiga; dan mengikut Seksyen 11(a) akta sama bagi tuduhan kedua, keempat dan kelima.

Semua pertuduhan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Tan Hooi Leng menetapkan kes itu dibicarakan pada 31 Mac tahun depan.

Beliau turut membenarkan Hassan Basri diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan atau RM20,000 keseluruhannya manakala pasportnya diserahkan ke mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan manakala peguam S. Theivanthiran dan T. Shan mewakili tertuduh.

Terdahulu, Nordin memohon mahkamah menahan pasport tertuduh kerana pihaknya menerima maklumat tertuduh sering melakukan perjalanan ke Indonesia.

Mahkamah juga diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan.


P'raya: Bersih tuntut 21 hari berkempen


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengulangi tuntutannya supaya tempoh kempen pilihanraya umum diperuntukkan sekurang-kurangnya 21 hari.

Bersih juga menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya bersikap profesional dan konsisten berhubung perkara tersebut.

Dalam satu sidang akhbar baru-baru ini, Tan Sri Abdul Rashid dilaporkan berkata tempoh kempen mungkin lebih pendek sekiranya sesetengah parti terus membut huru-hara dan membawa isu tersebut ke jalanan.

Menurut Bersih, adalah amat dikesali kerana Tan Sri Rashid memilih untuk tidak memperdulikan desakan pembaharuan pilihanraya seperti yang terbukti dalam perhimpunan 10 November lalu.

Sebaliknya, kata Bersih, beliau telah bertindak "mengugut" pihak pembangkang dan rakyat amnya dengan mengisytiharkan bahawa beliau akan menjadi tempoh pilihanraya umum akan datang sebagai yang terpendek dalam sejarah Malaysia.

"Atau adalah Tan Sri Rashid hanya mengampu kerajaan supaya Perlembagaan dipinda untuk meningkatkan had umur persaraan anggota SPR dari 65 tahun kepada 66 tahun.

"Ini akan membolehkan Tan Sri Rashid berkhidmat setahun lalu. Ia juga bermakna beliau akan mengendalikan satu lagi pilihanraya umum," kat Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Perlu penjelasan

Sehubungan itu, Bersih menegaskan bahawa Rashid perlu membuat penjelasan kepada rakyat Malaysia berhubung perkara tersebut.

Menurut Bersih, kebanyakan negara demokrasi menyediakan tempoh berkempen yang mencukupi untuk calon-calon menemui para pengundi dan sebaliknya.

"Malangnya, dalam kes Malaysia, keadaannya semakin berkurangan dan mundur. Pilihanraya persekutuan yang pertama di Malaya pada tahun 1955 menyediakan tempoh berkempen selama 42 hari," katanya.

"Dalam tiga pilihanraya berikutnya selepas Merdeka (1959, 1964 dan 1969) tempoh berkempen adalah lima minggu atau kira-kira 35 hari.

"Tempoh kempen bagi empat pilihanraya berikutnya (1986, 1990, 1995 dan 1999) sewaktu pentabiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahthir Mohamad adalah sama ada sembilan atau 10 hari. Pilihanraya umum 2004 pula menyaksikan tempoh berkempen paling pendek - tujuh hari setengah," katanya.

Oleh itu, Bersih mendesak supaya tempoh kempen bagi pilihanraya umum akan datang diperuntukan selama 21 hari, iaitu separuh daripada tempoh kempen dalam pilihanraya 1955.

Tempoh tersebut, tambah Bersih, akan memberi masa kepada para pengundi untuk mengenali calon-calon mereka dan mesej yang diperjuangkan oleh mereka.

"Ini amat penting memandangkan media elektronik perdana berat bersikap sebelah sebelah dalam laporannya. Tempoh kempen yang panjang akan membantu menyediakan padang permainan yang sama rata dan membolehkan rakyat menilai calon-calon secara yang lebih bermakna," katanya.

Malaysiakini


ZAMAN ISLAM HADHARI SEMUA INSTITUSI RUNTUH


Zaman Islam Hadhari ini semua institusi runtuh dan hancur di sebabkan kehancuran dan keruntuhan para pemimpin dan kerajaan itu sendiri.

Manakan tidak kerajaan yang ada sekarang dianggotai oleh majoritinya menteri-menteri yang bermasalah. Ramai dikalangan mereka pernah dilaporkan kepada BPR atau Polis kerana di dakwa melakukan rasuah dan sebagainya.

Selain itu terdapat juga menteri yang dilihat tidak tetap pendirian dari segi politiknya.

Imam Al Hadhari sendiri merupakan pemimpin yang tidak tetap pendirian. Beliau merupakan penyokong kuat Tengku Razaleigh dan Semangat 46 semasa di awal pergeseran Mahathir-Ku Li. Tetapi selepas itu berpaling tadah kepada Mahathir semula.

Imam Al Hadhar juga dikecam kerana anak dan menantunya naik dengan mendadak samada dalam bidang perniagaan ataupun politik.

Rafidah Aziz adalah salah seorang menteri yang penuh dengan kontroversi tetapi dikekalkan oleh Imam Al Hadhari. Laporan demi laporan dibuat oleh Ezam Mohd Nor tetapi tiada siasatan dan dakwaan di buat ke atas.

Lain-lain menteri seperti Samy Vellu juga didakwa terlibat dengan kontroversi.

Pendek kata kalau diibaratkan negara seekor ikan, maka kepala ikan sudah terjejas teruk, sudah buruk maka bila kepala sudah buruk maka seekor ikan itu sudah pasti rosak.

Begitu juga negara kita sekarang, institusi kehakiman rosak teruk kerana isu rasuah; SPR terus-menerus menipu rakyat; media menjadi pengampu tak tentu pasal; Polis menjadi kuda tunggangan pemerintah yang zalim; BPR menjadi pelindung kepada perasuah; Peguam Negara menjadi pembela kepada penjenayah dan orang-orang besar; menteri menjadi penggalak maksiat; jabatan agama menjadi jabatan menghalalkan judi; arak; riba dan sebagainya; jentera kerajaan jadi hak milik Umno; ulama' menjadi pengampu; rakyat ditindas korporat dibela dan seribu satu macam masalah yang melibatkan semua institusi penting negara.

Jika sekiranya rakyat masih tidak sedar dan tidak mahu berubah maka tungguhlah saat kehancuran.


KEJADIAN AJAIB TERUS BERLAKU : ADIK VK LINGAM TERUK DISIASAT BPR



Fenomena biasa dalam negara Islam Hadhari ini terus berlaku, di mana si pelapor akan disiasat dengan teruk sekali manakala orang didakwa melakukan kesalahan tidak disiasat dengan segera atau dibiarkan bebas.

Semalam fenomena ajaib yang tidak mungkin berlaku dinegara yang telus berlaku lagi. Adik VK Lingam, Thirunama yang membuat laporan bahawa abangnya terlibat merasuah Hakim di siasat dengan begitu lama ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR) - kadang-kadang boleh dipanggil Badan Penggalak Rasuah.

Thirunama disoalsiasat selama 7 jam sedangkan VK Lingam masih belum dipanggil oleh BPR. Inilah Malaysia negara yang sesuai untuk dijadikan rujukan untuk penulisan skrip-skrip filem Tamil dan Hindustan.

Beliau berada di pejabat BPR selepas dipanggil oleh badan tersebut untuk memberi keterangan. Beliau menemui pegawai BPR pada jam 11.30 pagi dan muncul kira-kira tujuh jam kemudiannya.

Ditanya mengenai pertemuan tersebut, Thirunama berkata, beliau telah memberitahu pegawai BPR "semua yang dia tahu".

“Saya memberitahu mereka kebenaran seperti yang terkandung dalam laporan polis saya," katanya.

“Saya mahu badan kehakiman supaya bersih - itulah sebabnya saya membuat laporan polis," tambahnya.

Thirunama tidak menyatakan sama ada dia diminta datang lagi ke BPR untuk memberi keterangan selanjutnya.

Peguamnya, Wee Choo Keong, bagaimanapun mengecam badan tersebut kerana bertanya secara panjang lebar terhadap Thirunama.

Sementara itu dalam kenyataannya kepada media semalam, Thirunama menafikan bahawa beliau seorang yang gila.

Sebaliknya, Thirunama, 49, menegaskan bahawa beliau adalah seorang yang waras.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap abangnya kerana memfitnah dan mencemarkan nama baiknya.

"Saya akan saman Datuk VK Lingam," katanya kepada wartawan di luar ibupejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya pagi semalam.


Bekalan elektrik terputus di separuh bahagian Pulau Pinang


Hampir Pulau Pinang : Semalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekali lagi memalukan negara serta menyusahkan rakyat dan pengguna apabila bekalan elektrik terputus di sebahagian Pulau Pinang.

TNB mesti bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan mereka memastikan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan sempurna kepada pengguna.

Kejadian bekalan elektrik terputus amat memalukan kerana ianya akan sudah tentu menjejaskan urusan kerajaan, rakyat dan kilang-kilang.

Bayangkan berapa banyak kerugian yang terpaksa dialami oleh mereka yang terlibat dengan gangguan elektrik ini.

Kita mempersoalkan mengapa kejadian ini terus berlaku sedangkan TNB sepatutnya telah bersedia dengan segala kemungkinan.

Adakah program 'Preventive Maintenance' TNB tidak dijalankan atau mungkin dilakukan sepenuhnya. Sebagai sebuah syarikat gergasi TNB seharusnya mempunyai sistem 'Total Preventive Maintenance' bertaraf world class selain dari keperluan memperkenalkan sistem 'Predictive Maintenance' yang mana mereka boleh meramalkan 'fasiliti' atau barang-barang yang mungkin akan rosak berdasarkan 'total usage' dan 'jangka hayat' serta rekod-rekod dari penggunaan dahulu.

TNB mesti bertanggungjawab sepenuhnya jangan hanya meng'songlap' duit pengguna terutama rakyat marhaen.

Media melaporkan semalam bahawa separuh bahagian Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik selama lebih sejam mulai jam 3.20 petang ini dipercayai berpunca daripada saluran utama pembekalan elektrik ke bahagian pulau di Juru terpelantik.

Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) petang semalam.

Antara kawasan yang terlibat ialah sekitar Jalan Datuk Keramat, Komtar, Jalan Sultan Ahmad Shah, Lebuh Light, Lebuh Pantai, Lebuh Chulia dan beberapa kawasan sekitarnya.

Menurut Bernama, kebanyakan peniaga di beberapa pusat membeli-belah di Georgetown terpaksa menggunakan lilin untuk meneruskan operasi mereka manakala sebahagiannya menutup kedai bagi memastikan keselamatan harta benda semasa ketiadaan bekalan elektrik.

Sebahagian besar kakitangan awam yang bertugas di bangunan Komtar berhimpun di perkarangan bangunan dan pasukan Bomba dan Penyelamat bergegas ke Menara Komtar bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap di dalam lif di situ.

Koh berkata pada mulanya TNB memberitahu bahawa masalah itu dapat diatasi dalam masa singkat tetapi setelah menunggu lebih sejam beliau mencadangkan supaya persidangan dewan ditangguhkan.

Kesal dengan kejadian itu, Ketua Menteri itu mengarahkan TNB supaya menyediakan set generator serta menempatkan kakitangan khusus untuk mengendalikan peralatan itu di DUN esok, bagi memastikan persidangan tidak tergendala lagi.

"Kejadian ini dianggap serius kerana ia bukan sahaja menjejaskan perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri malahan semua pihak terlibat sama ada peniaga dan penduduk. Sebarang gangguan bekalan elektrik adalah serius kepada semua orang," katanya.

Koh, yang tidak pasti sama ada kawasan perindustrian bebas Bayan Lepas turut terjejas dengan kejadian itu, mengarahkan TNB agar meningkatkan perkhidmatan mereka dan memastikan kejadian sedemikian tidak berulang lagi.

"Saya rasa tidak suka, tidak senang hati dan ingin menegur TNB kerana perkara ini berlaku. Memang kita boleh sediakan generator di Dewan Undangan Negeri tetapi kemudahan ini tidak dapat dibekalkan kepada semua rakyat," katanya.


PILIHANRAYA BEBAS : IMAM HADHARI CAKAP TAK SERUPA BIKIN



SINGAPURA : Semalam Imam Al Hadhari berkata beliau memang mahukan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil.

Selain itu sebagai orang no.1, katanya, beliau bertanggungjawab memastikan mandat yang diperoleh daripada rakyat untuk memerintah negara diperoleh daripada kemenangan yang berwibawa. Imam Al Hadhari juga berhasrat untuk memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi sebuah badan yang adil dan demokratik serta membolehkan rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih keluar mengundi.

Baik sungguh niat Imam Al Hadhari ini. Namun kita meragui keikhlasan beliau kerana Pilihanraya 2004 yang menjadi Pilihanraya pertama di bawah tampuk pemerintahan beliau merupakan Pilihanraya terburuk pernah diadakan.

Antaranya waktu mengundi dilanjutkan di Selangor, Persempadanan Pilihanraya yang jelas memihak kepada BN; Bilangan pertambahan pengundi yang meragukan di Terengganu; jumlah peratusan pengundi yang keluar terlalu tinggi di Terengganu; jumlah pengundi luar yang ramai di Terengganu; jumlah pengundi yang dikesan mengundi dua kali kerana namanya ada 2 kali dalam daftar pemilih dan seribu satu macam perkara yang meragukan.

Imam Hadhari terus tidak menghiraukan bantahan dan rayuan pembangkang supaya media bersikap bebas dan tidak menjadi pengampu BN. Di zaman Imam Hadhari media terus dijadikan kuda tunggangan BN dan ia menjadi senjata untuk menfitnah dan memburuk-buruk pembangkang.

Selagi semua masalah berkaitan SPR dan media ini tidak dibaiki oleh Imam Hadhari selagi itulah rakyat tidak akan percaya kepada Imam Al Hadhari wal.

Rakyat bukannya bodoh untuk ditipu sekali lagi oleh Imam Hadhari.

INGATLAH WAHAI IMAM HADHARI KEMENANGAN KAMU DAN BN PADA PILIHANRAYA LALU ADALAH DENGAN CARA YANG TIDAK BETUL. SEGALA KUASA, GAJI, ELAUN DAN LAIN-LAIN YANG KAMU TERIMA ADALAH HARAM KERANA IANYA DIPEROLEHI DENGAN CARA HARAM SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN OLEH TOK GURU NIK AZIZ.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59