Tuesday, 20 November 2007

KONSERT LAGI. PUNAH, PUNAH



KUALA LUMPUR: Satu lagi konsert 'LALAI' besar-besaran akan di adakan di Kuala Lumpur iaitu di Dataran Merdeka.

Dijangkakan 5,000 orang akan berhibur dalam konsert anjuran Suria FM yang akan diadakan Sabtu ini. Kemuncak Rancak Roadtour concert to be held at Dataran Merdeka on Saturday.

CEO Suria FM Engku Emran Engku Zainal Abidin berkata 15 artis akan 'melalaikan' anak-anak muda di mana tiada yuran masuk dikenakan.

Lebih malang kerajaan BN merestui dan menyokongnya apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Zulhasnan Rafique akan merasmikan program tersebut.

Nota : Islam Hadhari memang menggalakkan program sebegini supaya anak-anak muda terus lalai diulik hiburan sehingga lupa diri dan tanggungjawab. Semasa konsert berlangsung lelaki dan wanita bercampur lepas konsert mungkin mereka tidak terus balik tetapi ramai yang meneruskan aktiviti lain seperti maksiat dan sebagainya.


GOLONGAN MUDA LEBIH TERJAMIN (BUAT MAKSIAT) BAWAH BN - NAJIB



MELAKA: Golongan muda sedar bahawa masa depan mereka lebih terjamin di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Beliau berkata golongan muda mempunyai cita-cita yang besar terhadap masa depan negara terutama dalam aspek jaminan mereka akan mendapat pekerjaan, mendapat peluang ekonomi dan sebagainya.

"Jadi, kalau itulah harapan mereka, maka Barisan Nasional sahaja yang boleh memungkinkan keadaan yang lebih baik akan berlaku," katanya kepada pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, hari ini. (Kata-kata Najib seolah-olah menafikan kekuasaan Allah di mana, hanya Allah sahaja yang berkuasa menentukan sesuatu perkara. Insya Allah sesiapa sahaja yang memerintah jika ikhlas dan berusaha sedaya upaya untuk memajukan golongan muda Insya Allah mereka akan berjaya. Jangan ingat BN berkuasa untuk menentukan segalanya).

Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan parti pembangkang kononnya sokongan golongan muda kepada pembangkang meningkat, dengan merujuk kepada perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 10 Nov lepas.

Itulah pandangan Najib. Kita ingin mengingatkan anak muda bahawa kata-kata Najib itu ada benarnya kerana anak muda akan terjamin untuk membuat maksiat kerana kerajaan BN memang sengaja menyediakan program-program maksiat agar anak-anak menjauhi agama.

BN memang sedar, jika anak-anak muda mendekati agama maka lambat laun anak-anak muda mereka akan sedar bahawa BN sudah menyimpang jauh dari agama Islam sebenar. Di mana akhirnya BN akan kehilangan sokongan sebab itu mereka terus menerus menganjurkan program maksiat seperti konsert, karaoke, program pergaulan bebas dan sebagainya.

Anak-anak muda terus dibiarkan hidup dalam keseronokan dan berhibur tanpa had.


LINGAM TUDUH ADIKNYA GILA



Peguam Datuk VK Lingam semalam menyifatkan adiknya yang membuat pelbagai tuduhan terhadapnya dengan dakwaan rasuah dalam bidang kehakiman, sebagai seorang yang mengalami masalah delusi.

Dalam satu kenyataan, Lingam berkata, adik lelakinya Thirunama Karasu Kandar Veluppillai, 49, mengalami masalah "halusinasi, kecenderungan kuat untuk membunuh diri, delusi dan depresi".

Dengan keadaan mentalnya yang sedemikian, kata Lingam, maka segala tuduhan Thirunama itu adalah tidak berasas samasekali.

“Dia mengalami keadaan tersebut sejak sebelum 1998 lagi," kata Lingam.

Katanya, adiknya itu mudah bertindak ganas dengan memukul adik beradiknya, isterinya dan anak-anaknya, malah telah hilang pekerjaannya di Tenaga Nasional Berhad kerana memukul rakan setugasnya.

Mac lalu, Thirunama membuat dua laporan polis yang mendakwa berlakunya perbuatan rasuah dalam bidang kehakiman dan mendedahkan maklumat mengenai hubungan baik abangnya itu dengan hakim-hakim berjawatan tinggi, sesetengahnya telahpun bersara.

Lingam mendakwa, adiknya telah membuat dakwaan yang sama terhadapnya pada 1998 dan membuat laporan dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pihak polis, tetapi siasatan digugurkan memandangkan keadaan mental adiknya itu.

“Pada masa yang sama, Thirunama turut membuat tuduhan yang sama kepada beberapa individu ternama, tetapi semuanya enggan mengambil tindakan lanjut kerana mereka tahu mengenai keadaan mental adik saya itu," tambahnya.

'Telah diperalatkan'

Lingam juga mendakwa ada pihak-pihak tertentu yang memperalatkan adiknya untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Menurut peguam tersebut, beliau dan adiknya itu "tidak baik" sejak tahun 1997 kerana berbeza pendapat mengenai isu-isu keluarga.

Ini, katanya, mungkin menjadi salah satu sebab mengapa Thirunama membuat dakwaan tersebut dan membuat laporan polis terhadapnya.

Thirunama membuat laporan pertamanya di balai polis Kelana Jaya pada 16 Mac lalu terhadap Lingam dan beberapa orang lagi yang didakwanya terbabit dalam rasuah.

Dia juga membuat laporan kedua di balai polis Brickfields pada 19 Mac kerana, menurutnya, pegawai penyiasat di Kelana Jaya enggan merakamkan kenyataannya secara terperinci.

Semalam, Setiausaha Agung Parti Demokratik Malaysia (MDP), Wee Choo Keong mendedahkan salinan laporan-laporan polis tersebut dalam satu sidang akhbar.

September lalu, Lingam menjadi tumpuan berikutan pendedahan klip video yang menunjukkannya berbincang melalui telefoen mengenai pelantikan hakim-hakim.

Orang yang dikatakan berbual dengannya itu adalah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang bersara bulan lalu. Ahmad Fairuz telah menafikan dakwaan tersebut.

Minggu lalu, kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara tersebut.

Malaysiakini


BANJIR : NAJIB JANGAN CAKAP BESAR



MELAKA : Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jabatan kerajaan di peringkat nasional, negeri dan daerah telah diarah agar berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir besar berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau pasti semua jabatan kerajaan telah menerima arahan itu dan tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku banjir.

Najib jangan bercakap besar kerana bala Allah mungkin diturunkan bila-bila masa. Jangan kita kata kita bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan, jangan kita bongkak kerana jika Allah ingin menurunkan balanya kita sudah pasti tidak terlepas. Jadikan bala Allah (banjir besar di Melaka) tahun lepas sebagai iktibar di mana sebelum itu Najib dengan angkuh berkata kita SUDAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI SEGALA KEMUNGKINAN. Tiba-tiba Allah menurunkan banjir besar di Melaka dan Johor dengan keadaan kerajaan dan rakyat tidak bersedia.

Oleh itu kita ingin mengingatkan Najib supaya insaf bahawa Allah lebih berkuasa. Yang penting kita mesti sedar bahawa kita adalah hambaNya, kita mesti memohon kepada Allah agar kita tidak diuji dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung. Kita hanya berikhtiar dan bertwakkal kepadaNya.

Najib juga berkata di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini semalam bahawa :
“Apa yang penting ialah semua jabatan kerajaan bersiap sedia untuk menghadapi semua kemungkinan,”.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan, pergerakan angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat yang melebihi paras biasa dijangka menyebabkan banjir besar di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dalam tempoh tiga bulan akan datang.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59