Monday, 19 November 2007

LINGAM 'KELUAR' DARI PERSEMBUNYIAN



Ibarat keluar dari tempat persembunyian Peguam VK Lingam membuat kenyataan pertamanya hari ini. (Di mana beliau bersembunyi dan bertapa sehingga tidak diketahui orang tidak pula diberitahu oleh si Lingam ini).
Selepas dua bulan berdiam diri, beliau hari ini membuat komen pertamanya berhubung dakwaan peranannya dalam pelantikan hakim-hakim.

Katanya, beliau akan bekerjasama dengan suruhanjaya diraja yang akan ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat skandal klip video Lingam, yang dirakamkan pada tahun 2002.

“Sudah tentunya saya akan bekerjasama dengan suruhanjaya diraja. Dan oleh itu, adalah tidak sesuai untuk saya membuat sebarang komen mengenainya sekarang," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.

Lingam gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya sejak klip video tersebut didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lalu.

Klip tersebut menunjukkan perbualan telefon Lingam, didakwa dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mengenai pelantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Ahmad Fairuz dilantik Ketua Hakim Negara pada 2003. Beliau bersara pada 31 Oktober lalu.


DATO' RAMLI TERUS JADI KAMBING HITAM


KOTA KINABALU: Nasib engkaulah wahai bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Yusoff yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menyalahgunakan kuasa iaitu menggunakan pesawat milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kepentingan peribadi.

Sedangkan di sana berkeliaran lagi 'malaun-malaun' lain yang bebas ke sana ke mari. Ramli mungkin menjadi kambing hitam untuk menunjukkan kehebatan kerajaan Islam Hadhari membenteras rasuah.

Menteri-menteri, pegawai-pegawai lain yang pernah dilaporkan hal mereka ke BPR dan Polis bukan sahaja tidak didakwa malah tidak disiasat pun.

Ramli, 55, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu dan dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Duncan Sikodol menetapkan 18 hingga 22 Feb tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes itu.

Ramli, yang kini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Bukit Aman, didakwa menggunakan jawatan awam untuk kepentingan peribadi dengan mengeluarkan arahan dan menggunakan pesawat Cessna Caravan 2089MPSQ milik PDRM untuk membawa beliau dan dua orang awam -- Datuk Muhamad Yassin dan Khalid Mohamad -- untuk meninjau kawasan di lot PT 2003110300 dan lot 2003110322 di Ulu Tungku, Lahad Datu yang mana Syarikat Kinsajaya Sdn Bhd mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7.50 pagi, 15 Jun 2007 di Unit Udara Pangkalan Tanjung Aru, dekat sini dengan beliau didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM10,000, jika sabit kesalahan.

Pada 1 Nov lepas, Ramli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi dua pertuduhan gagal mendedahkan maklumat mengenai dua lot pejabat di Megan Avenue di Jalan Yap Kwan Seng milik kakak dan adik perempuannya dan hakikat bahawa beliau memiliki 154,000 saham dalam Permaju Industries.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya pada 17 Sept 2007.

Beliau juga didakwa menjadi pengarah dalam syarikat hartanah Kinsajaya Sdn Bhd sedangkan sebagai pejabat awam, beliau tidak dibenarkan terlibat dalam perniagaan.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 15-19 Jan tahun depan.

Sementara itu, sekumpulan penduduk dari Kampung Tanjung Labian di Tungku, Lahad Datu berhimpun secara aman di hadapan Mahkamah Tinggi berdekatan semasa Ramli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, sebagai bantahan berhubung lot tanah terbabit.


SIAPA YANG ADA REKOD LAWAN RAJA? PAS ATAU UMNO?



Pemimpin Umno sehari dua ini begitu sibuk dengan kenyataan dan dakwaan kononnya PAS menganjurkan himpunan Haram yang bercanggah dengan undang-undang. Mereka juga menuduh PAS dan anggota Bersih mengheret raja-raja ke kancah Politik,

Mereka juga menuduh PAS 'menjual' Yang Dipertuan Agong apabila kononnya PAS mendakwa Yang Dipertuan Agong memperkenankan hajat Bersih utuk untuk berkumpul dan berdemo di hadapan Istana Negara.

Sedangkan sebenarnya PAS menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan berkenan untuk menerima memorandum rakyat itu bukannya berkenan supaya himpunan di adakan. Inilah cara Umno berpolitik iaitu menggunakan segenap jentera dan rangkaian mereka untuk memfitnah lawan mereka dan menghuru-harakan pemikiran rakyat.

Parti mana sebenarnya yang ada rekod menentang Raja-raja Melayu? PAS, PKR atau Umno.? Sila jawab secara jujur wahai Imam Al Hadhari, jangan cuba nak tipu rakyat.

Cuba pemimpin dan penyokong Umno jawab soalan di bawah dengan jujur dan adil:-
1)Siapakah yang meminda perlembagaan tentang imuniti Raja-Raja Melayu, PAS atau Umno?
2)Siapakah yang pernah menabalkan Sultan di bawah pokok? pemimpin PAS atau Umno?
3)Siapakah yang 'menelanjangi' seluruh keburukan dan keaiban Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan dahulu? PAS atau Umno?
4)Siapakah yang melucutkan sebahagian dari kuasa raja-raja dahulu? Pemimpin PAS atau Umno?
5)Siapakah pemimpin yang pernah ditarikbalik pingat oleh Sultan? Pemimpin PAS atau Umno?

Dalam hal ini, ada dua perkara berasingan yang patut diambilkira dalam menilai rasional tindakan Bersih dan dakwaan para pemimpin Umno itu. Pertama, fungsi sebenar Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu dalam pemerintahan negara/negeri. Kedua, rekod Umno dalam isu berkaitan kedaulatan raja-raja Melayu.

Menurut semangat Perlembagaan Malaysia, jawatan Yang Dipertuan Agong tidak diwujudkan semata-mata bagi mempastikan kesinambungan kuasa politik Melayu dari zaman dahulukala ke zaman moden. Tidak juga semata-mata untuk memenuhi kehendak emosi atau psikologi orang Melayu yang memerlukan seorang pelindung atau “payung”.

Perlembagaan Malaysia cuba memastikan kuasa-kuasa yang penting diedarkan antara beberapa pihak dan badan tertentu, dan tidak hanya terkumpul kepada pemimpin politik.

Untuk itu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu ada peranan tersendiri dalam sistem kerajaan moden iaitu sebagai tempat yang paling sesuai untuk diletakkan beberapa kuasa bagi mempastikan keadilan dan kewibawaan kerajaan dalam proses politik. Kuasa itu akan memastikan semua pihak, bukan sahaja pemerintah, dilindungi kepentingan mereka.

Oleh yang demikian adalah bertepatan dengan semangat Perlembagaan Negara jika parti-parti pembangkang juga mendekati Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu supaya baginda boleh diberitahu pendirian, kepentingan dan kebimbangan rakyat mengenai apa jua perkembangan dalam negara.

Dengan itu baginda boleh mengambilkira pandangan dan maklumat yang diberikan, dalam melaksanakan kuasa yang ada pada baginda. Perlu diingat bahawa Raja-raja Melayu tidak bergantung kepada pemimpin politik negara untuk memperolehi jawatannya. Justeru baginda boleh bertindak bebas dan adil.

Di satu pihak lain, rakyat masih belum lupa bagaimana para pemimpin Umno telah berusaha menghakis fungsi dan kuasa yang ada pada raja-raja Melayu. Beberapa episod hitam terhadap institusi raja di negara ini dalam dua dekad kebelakangan ini boleh dijadikan contoh. Antaranya ialah isu pindaan Perlembagaan 1983 (kuasa meluluskan undang-undang), pindaan Perlembagaan 1993 (imuniti raja-raja) dan insiden pertabalan 'sultan baru' di Kelantan.

Dalam isu pindaan Perlembagaan 1983, para pemimpin Umno telah melakukan beberapa tindakan di luar peruntukan Perlembagaan, sekaligus membelakangi raja-raja. Antaranya, BN telah secara rahsia membawa pindaan itu ke kabinet dan kemudiannya ke Parlimen, tanpa terlebih dahulu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja.

Sedangkan menurut Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan: "Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja."

Pindaan Perlembagaan itu telah dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kemudian diluluskan pada Ogos 1983. Di antara pindaan dibuat ialah berkaitan Fasal 66 (5). Peruntukan asal berbunyi, "Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatanganinya."

Peruntukan tersebut dipinda kepada, "Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu berkuatkuasa sebagai Undang-undang."

Turut dipinda ialah peruntukan pada Fasal 150 (1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga dalam negara ini, maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut.

Kedua-dua pindaan itu jelas menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menjadikan PM orang yang paling berkuasa. Cerita mengenai pindaan itu kekal rahsia sehinggalah bekas Setiausaha Agung Umno, Dato' Senu Abdul Rahman memecahkannya di satu sidang akhbar pada 5 Oktober 1983. Ia kemudiannya merebak menjadi krisis Perlembagaan apabila raja-raja Melayu membantah pindaan itu dan tidak bersedia menandatanganinya. Pindaan itu akhirnya dipinda semula.

Pada 1993, Umno sekali lagi mengusik institusi Raja-raja Melayu apabila mencadangkan pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal kekebalan atau imuniti raja-raja. Benar, di dalam Islam pun tidak ada pihak yang sepatutnya dianggap kebal di sisi undang-undang. Bagaimana pun, dalam usaha mencapai hasrat pindaan itu, Umno telah melakukan kesilapan lagi – ia bertindak terlalu biadab dalam menelanjangi dan mengaibkan Raja-raja Melayu.

Media massa milik kerajaan dimanipulasi secukupnya bagi meruntuhkan wibawa raja-raja Melayu secara terbuka dan meluas. Cerita memburuk-burukkan peribadi raja diulangsiar dan dibesar-besarkan. Rakyat diapi-apikan sentimen dan emosi bencikan raja dengan pembongkaran kehidupan istana yang mewah dan membazir.

Beberapa menteri kabinet mendedahkan tentang pemilikan harta oleh raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin Umno yang terlalu dirasuk perasaan bencikan raja sampaikan tergamak mengadakan majlis pertabalan "Sultan Baru" di negerinya. Kejadian itu berlaku di Kelantan, apabila Datuk Seri Annuar Musa "menabalkan" Tengku Ibrahim Petra sebagai "Sultan Kelantan".

Ketiga-tiga episod yang melibatkan penghinaan terhadap martabat raja-raja Melayu itu dicetus dan dimainkan para pemimpin Umno. Dalam ketiga-tiga episod itu, pihak pembangkang memainkan peranan sangat bermakna dalam mempertahankan kemuliaan institusi raja. Rakyat negara ini tidak akan lupa dengan episod-episod itu.

Kini, Umno cuba tampil ke tengah masyarakat sebagai pihak yang kononnya menjaga kedaulatan dan kemuliaan raja-raja. Di masa sama pembangkang pula dituduh sebagai pihak yang cuba mencemar institusi raja.

Para pemimpin Umno jangan ingat imej dan reputasi buruknya terhadap raja-raja Melayu dapat dibaiki semudah itu. Dia perlu ingat, bukan semua Melayu yang mudah lupa!


KHIR TOYO MENTERI BESAR PENYAPU KENA 'SINGGUNG' DENGAN IMAM AL HADHARI



Perdana Menteri, Imam Al Hadhari telah menasihatkan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo Penyapu supaya memikirkan kaedah lain bagi menilai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu, mengikut cara yang tidak menyinggung mana-mana pihak.

Sejak isu pemberian anugerah penyapu kepada PBT disiarkan di dalam media, Imam Al Hadhari berkata, terdapat dua pandangan wujud dalam kalangan rakyat.

"Ada rakyat yang menerima cara itu dan ada rakyat tidak menerima pandangan itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, di Kuala Terengganu semalam.

Imam Al HAdhari berkata, beliau sendiri telah menghubungi Mohd Khir Penyapu bagi mendapatkan penjelasan bagaimana keputusan pemberian anugerah itu dilakukan dan diberitahu keputusan itu dibuat setelah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Setelah mendengar penjelasan Khir Toyo (Penyapu), Imam Al Hadhari atau nama mesranya Pak Lah (Undur Lah) berkata, beliau meminta Menteri Besar Selangor itu memikirkan kaedah lain dengan membincangkan perkara itu dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri, demikian menurut laporan Bernama.

Isnin lalu, pada majlis anugerah sempena Bulan Kualiti 2007 Dr Mohd Khir menghadiahkan penyapu kepada Majlis Daerah Hulu Selangor yang diwakili oleh Yang Dipertuanya, Tukiman Nail dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor kerana tidak mencapai sasaran kutipan cukai.

Beberapa pihak lain termasuk ulama dan kesatuan-kesatuan sekerja mengecam langkah itu dan menyifatkannya sebagai terlalu hina dan mengaibkan kakitangan awam.

Justeru itu, Khir Toyo berkata tidak akan memberikan penyapu sebagai anugerah kepada PBT yang gagal memperoleh tahap pencapaian minimum tahun depan, sebaliknya mengarahkan para pegawai atasan PBT melepaskan jawatan masing-masing dengan bersara awal atau mengambil VSS. (Sepatutnya Khir Toyo yang letak jawatan dulu kerana terlibat dengan pelbagai kontroversi seperti laporan yang dibuat oleh Lutfi Othman dan Ezam Mohd Nor).

Sementara itu di Shah Alam, Khir Toyo meminta supaya jangan anugerah penyapu dijadikan sebagai isu peribadi.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa anugerah penyapu itu disampaikan kepada jabatan dan bukan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor Tukiman Nail secara peribadi.

"Penyapu itu diberi kepada Majlis Daerah Hulu Selangor, bukan kepada Tukiman (sebagai individu).

"Beliau sepatutnya beritahu kakitangannya bahawa kerajaan negeri bermaksud untuk beri tindakan tegas agar mereka sama-sama berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Wanita Barisan Nasional (BN) Selangor semalam.

Khir Toyo berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tukiman yang disiarkan sebuah akhbar semalam bahawa beliau lebih rela bersara awal atau mengambil Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) daripada dihadiahkan penyapu.

Beliau mendakwa tindakan Menteri Besar yang menghadiahkan penyapu amat sukar untuk diterima sebagai kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat selama 28 tahun.

Kenyataan Tukiman itu ternyata berbeza daripada kenyataannya sebelum ini yang mahu menjadikan penyapu yang diterimanya daripada Menteri Besar sebagai sumber inspirasi untuk bekerja keras.

Dr Mohd Khir berkata isu pemberian anugerah tersebut sudah lama dipersetujui dan diputuskan termasuk semua Yang Dipertua dan dilaksanakan berdasarkan persetujuan tersebut.

"Saya dah katakan mungkin akan dapat penyapu dan tiada seorang pegawai pun yang tulis surat atau jumpa saya termasuk Tukiman. Kita tak naklah orang yang cakap siang lain tapi malam cakap lain. Kita kena tegas, kalau tak setuju kena beritahu awal-awal sebab ini bukan benda baru."


TARIKH PILIHANRAYA : IMAM HADHARI MAIN KENYIT MATA DENGAN PENGERUSI SPR



Tak semena-mena baru-baru ini Si Rashid Hidung Belang, Pengerusi SPR (Suruhanjaya Penipu Rakyat) memberitahu bahawa beliau sudah tahu tarikh pilihanraya dan meminta semua pihak bersiap untuk menghadapi'Hari Raya' tersebut.

Kata Rashid, SPR akan menjelajah seluruh negara untuk mengadakan Kursus kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya, Penolong Pegawai Pengurus Pilihanraya dan lain-lain. Ianya dimulakan di Melaka dan akan tamat kira-kira sebulan setengah dari tarikh minggu lalu. Lepas kata Rashid Hidung Belang ini, SPR sudah bersedia sepenuhnya untuk menipu rakyat dengan mengadakan pilihanraya bila-bila masa sahaja.

Maknanya kalau cakap si Rashid Hidung Belang ini betul pilihanraya akan berlangsung dalam masa kira-kira 2 bulan dari sekarang. Logik juga ye!!!!

Tapi Rashid tidak pula hendak menceritakan tarikh sebenarnya, mungkin ini caranya untuk beliau terus berteka-teki dan mudah untuk menipu kita semua. Sebab semua orang tau Rashid sememangnya sudah lama menjadi tukang kempen BN dan juga 'ahli jawatakuasa pilihanraya' jentera BN pada setiap kali pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil.

Imam Hadhari pula tidak pula menafikan kata-kata Rashid tentang tarikh pilihanraya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, respon Perdana Menteri tidak menafikan anggaran kasar SPR bila parlimen akan dibubarkan.

Menurut beliau, walaupun kuasa mencadangkan pembubaran parlimen terletak di tangan Perdana Menteri Imam Hadhari, tetapi itu bukan bermakna orang lain tidak diberitahu atau langsung tidak tahu tentang tarikh pilihan raya.

Perdana Menteri, kata Husam, tidak menyatakan adakah agakan Pengerusi SPR tentang tarikh pilihanraya betul atau tidak.

"Kalau tak betul, nafikan saja. Jika tak dinafikan, ia betul. Sungguhpun kuasa menyembahkan tarikh pembubaran parlimen kepada (Yang di-Pertuan) Agong terletak di tangan Perdana Menteri, itu bukan bermakna Perdana Menteri tidak pernah memberitahu sesiapa termasuk Pengerusi SPR mengenainya," kata beliau.

Rashid (Si Hidung Belang) sebelum ini mendakwa beliau tahu tarikh pilihan raya tetapi "tak boleh bagitahu.."

Menurut Husam, berdasarkan apa yang berlaku itu, terdapat beberapa kemungkinan.

"Satu, pilihan raya diadakan lebih awal dari Februari atau Mac 2008 tetapi Perdana Menteri telah berpakat dengan Pengerusi SPR untuk memberikan gambaran pilihan raya akan diadakan pada tarikh yang lebih jauh untuk memerangkap pembangkang.

"Kedua, Pengerusi SPR memang tahu tarikh pilihan raya tersebut melalui apa-apa isyarat atau sumber dan beliau sengaja mengumpankan gimmik ini untuk mengalihkan perhatian rakyat dari kesan gelombang kuning Sepuluh Sebelas baru lalu. Dua dalam satu. Kerana itu, PM tidak berani menafikan," katanya.

Apa pun, kata beliau, polemik tersebut "tidak harus melupakan kita dengan tuntutan reformasi pilihan raya dan juga persiapan pilihanraya" tidak kira bila ia akan diadakan.

NAMPAKNYA IMAM HADHARI DAN RASHID SI HIDUNG BELANG NI MAIN KENYIT-KENYIT MATA UNTUK MEMPERSENDAKAN DAN MENIPU RAKYAT.

Sebahagianya dari artikel di petik dari Harakahdaily


Cerita Tamil : Adik dakwa VK Lingam sogok bekas Ketua Hakim, bekas Peguam Negara


PETALING JAYA : Kali ini cerita Tamil pula, sebelum ini banyak cerita Hindustan difilemkan di Malaysia termasuk kisah usung tilam Anwar, laporan rasuah Khir Toyo, Rafidah, kes Musa Hassan, Perwaja dan macam-macam lagi.

Kali ini kisah Video VK Lingam yang dikatakan merasuah hakim dan orang kenamaan lain.

Semalam tampil pula berita bahawa Adik peguam Dato' VK Lingam telah membuat dua laporan polis yang mendakwa berlakunya perbuatan rasuah dalam badan kehakiman serta mendedahkan maklumat mengenai hubungan baik peguam kanan itu dengan hakim-hakim berjawatan tinggi, setengah daripada mereka telahpun bersara.

Mengikut laporan malaysiakini, Thirunama Karasu Kandar Veluppillai, 49, juga mendakwa pihak polis enggan mengambil sebarang tindakan terhadap laporan pertamanya, menyebabkan dia membuat laporan kedua, tiga hari kemudiannya di balai polis yang lain.

Thirunama membuat laporan pertamanya di balai polis Kelana Jaya, Selangor pada 16 Mac tahun ini terhadap Lingam dan beberapa orang lagi yang didakwa terbabit melakukan rasuah. Laporan kedua pula dibuat di balai polis Brickfields pada 19 Mac kerana, menurut Thirunama, pegawai penyiasat di balai polis Kelana Jaya, enggan merakamkan kenyataannya secara terperinci.

Sudah nampak bayang-bayang laporan adik VK Lingam ini akan juga menjadi episod filem Tamil di mana akhirnya si pelapor iaitu adik VK Lingam yang akan disiasat manakalan orang yang didakwa melakukan kesalahan dilepaskan.

Di Malaysia memang sudah menjadi budaya bahawa orang yang membuat laporan samda kepada Polis atau BPR akan disiasat lebih teruk dari orang yang dilaporkan sepertimana yang berlaku ke atas Ezam dan Lutfi yang melaporkan kes-kes Khir Toyo dan Rafidah serta kes-kes lain.

Kita tunggu dan lihat sahaja apa kesudahan Filem Tamil VK Lingam ini.


PEMIMPIN UMNO CAKAP BERDEGAR-DEGAR TAHI BERGELUMANG DI @#@TUT



Terdapat sejumlah 234,983 atau 10 peratus daripada keseluruhan 2,373,193 pelajar tahun satu tidak memasuki tingkatan satu. Perangkaan ini bentangkan pada Persidangan Meja Bulat Berkaitan Agenda Melayu Pasca 50 Tahun Merdeka yang dikeluarkan Yayasan Kajian dan Strategik Melayu pada 20 Oktober lalu.

Perkara didedahkan sendiri oleh pengampu kerajaan iaitu Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gombak Lele Suzana Kudari ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) awal bulan ini.

Apa sudah jadi ni? Pemimpin-pemimpin Umno bukan main besar cakapnya, bangsa angkasa lah, cemerlang, gemilang dan terbilanglah bermacam-macam lagi.

Tetapi hakikatnya begitu ramai rakyat yang tercicir. Mengapa mereka tercicir? Persoalan inilah yang sepatutnya di jawab oleh Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein.

Adakah kerana tidak mampu? Pelajar tidak minat ke sekolah atau lain-lain.
Hishamuddin mesti menyiasat dan atasi masalah ini.

Kegagalan remaja ini melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah merupakan kegagalan kerajaan Islam Hadhari yang tidak boleh dimaafkan.

PEMIMPIN UMNO CAKAP BERDEGAR-DEGAR TAHI BERGELUMANG DI @#@TUT


NG YEN YEN KACANG LUPAKAN KULIT



Membaca berita Harakahdaily mengenai Ng Yen Yen, mengingatkan kita kepada pepatah 'Kacang Lupakan Kulit'. Mana tidaknya Ng Yen Yen sebagai seorang pemimpin MCA parti yang begitu bermusuh dengan PAS di Kelantan.

MCA seringkali melemparkan tuduhan dan fitnah kepada PAS kononnya PAS mendiskriminasikan kaum Tionghua di Kelantan, PAS bahaya, PAS potong anu, PAS zalim dan sebagainya.

Kami tidak pasti pula apakah Ng Yen Yen juga mempunyai mulut lancang kepada pemimpin lain. Tetapi sebagai seorang pemimpin MCA kami mengharapkan Ng Yen Yen dapat menasihatkan pemimpin MCA lain supaya tidak memfitnah PAS lagi. Kalau nak berpolitik biarlah secara anak jantan. Kalau betul katakan betul jangan nafikan yang hak dan tegakkan yang batil.

Terlalu banyak jasa kerajaan PAS Kelantan kepada kaum Tionghua salah satunya ialah Ng Yen Yen pernah mendapat biasiswa di zaman Dato' Asri dulu.

Harap Ng Yen Yen kenang jasa tersebut, jangan jadi KACANG LUPAKAN KULIT


HIMPUNAN 100,000 : KAMI TERDESAK KERANA KAMU BONGKAK DAN TIDAK BERMARUAH


Imam Al Hadhari betul-betul terdesak dengan kejayaan Himpunan 100,000 rakyat Sabtu lalu. Tidak henti-henti Imam Al Hadhari menuduh bahawa tindakan Besih berhimpun beramai-ramai itu sebagai tindakan terdesak untuk meraih sokongan.

Imam Al Hadhari juga seringkali menuduh perhimpunan itu sebagai perhimpunan haram.

Bagi saya sebagai seorang rakyat Malaysia, sememangnya KAMI TERDESAK kerana PARTI PEMERINTAH hari ini berkuasa dengan konspirasi SPR, Jabatan Kerajaan dan Kerajaan sendiri pada Pilihanraya Umum 2004 sehingga kami ditipu dengan pilihanraya paling kotor dalam sejarah.

Kami terdesak kerana segala aduan, gesaan dan rayuan kami tidak diendahkan oleh pemimpin bongkak seperti Imam Al Hadhari yang langsung tidak mahu berubah. Sebaliknya perjalanan pilihanraya menjadi semakin parah seperti dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, Ijok dan Machap.

Pelbagai usaha kami telah buat, antaranya hantar memorandum, pulau pilihanraya kecil dan lain-lain, namun semuanya tidak menyedarkan kerajaan Islam Hadhari.

SPR terus angkuh dan biadap. Daftar pemilih terus tidak bersih dan terdedah untuk penipuan. Nama-nama pengundi yang telah mati terus menghuni daftar pemilih. Pengundi hantu terus ditangkap dan dikesan dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. Undi Pos terus tidak dimansuhkan. Nama-nama pengundi yang di bawah umur dan terlalu tua terus dikekalkan. Apa semua ini? Bukankah ini jalan untuk menipu.

Media, jentera kerajaan terus digunakan tanpa ada rasa malu. BN dan pemimpinnya terutama Imam Hadhari memang tidak bermaruah langsung sehingga sedikit pun tidak berasa segan untuk menggunakan duit rakyat memperlakukan jentera kerajaan bagaikan mak bapak mereka punya.

Come on Imam Hadhari jangan berpura-pura lagi.

JADI KERANA TIADA CARA LAIN KAMI TERDESAK. KAMI TERPAKSA TURUN KE JALAN RAYA UNTUK MENYATAKAN BANTAHAN DAN RUNGUTAN.

KAMI MENJUNJUNG KASIH KERANA YANG DIPERTUAN AGONG SANGGUP MENCEMARKAN DULI MENGHANTAR WAKIL MENERIMA MEMORANDUM KAMI.

RAKYAT TIDAK PERNAG MENDAKWA SERI PADUKA YANG DIPERTUAN AGONG MERESTUI PERHIMPUNAN KAMI. KAMI HANYA BERKATA BAHAWA AGONG PERKENAN UNTUK MENERIMA MEMO KAMI.

JANGANLAH IMAM HADHARI DAN BARUA-BARUA KAMU NAK SELEWENGKAN FAKTA. TIDAK CUKUPKAH KAMU MENFITNAH DAN MENGHUKUM KAMI DENGAN PELBAGAI HUKUMAN - KENAIKAN HARGA BARANG, TANGKAPAN BORONG ISA, ROBOH RUMAH KAMI, ROBOH MASJID, ROBOH KUIL DAN SEBAGAINYA.

Sebagai rakyat kami berhak menuntut suatu pilihanraya yang diyakini telus, adil dan bersih.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59