Saturday, 17 November 2007

PAS PAHANG NAK BINA PUSAT TARBIAH BARU. PAS MELAKA BILA LAGI?














PAS Pahang mula mempamerkan Model Bangunan Pusat Tarbiah Al Makmur, iaitu Kompleks dan Pusat Pentadbiran PAS Pahang yang bakal dibina kepada orang ramai.

Bangunan dua tingkat serba lengkap itu mempunyai Dewan Besar mampu memuatkan 2000 orang dalam satu masa, ia dianggarkan akan menelan kos sebanyak RM5 juta dan dibina diatas tanah milik parti seluas 5 ekar, di Kerdau, dekat Temerloh.


PAS MELAKA BILA LAGI NAK BINA PUSAT TARBIAH BARU?

Gambar atas adalah model Pusat Tarbiah PAS Pahang yang telah mula dibina.


PROGRAM PELANCARAN HARI KUNING DIGANGGU POLIS




Kerajaan Islam Hadhari sekali lagi memperkudakan Polis untuk kepentingan kuasa mereka.

Hari ini kempen pelancaran hari kuning yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih(Bersih) di Kuala Lumpur petang tadi di ganngu oleh beberapa orang Polis yang berpakaian preman dan yang beruniform.

Antara pemimpin Bersih yang berkempen menyedarkan rakyat tentang objektif Bersih hari ini ialah Ronnie Liu (DAP); Pemimpin PKR N Subramaniam dan Faisal Mustaffa. Mereka mengedarkan belon dan pamplet di KL Sentral Monorail dekat Brickfield.

Selepas hanya 15 minit mengedarkan pamplet dan belon mereka telah didatangi beberapa Polis yang berpakaian biasa yang meminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing.

Salah seorang pegawai Polis tersebut ialah Ketua Bahagian Anti Pelacuraan, Kamraruddin Yusof yang memberitahu Ronnie bahawa mereka didakwa menyalahi Akta Percetakan dan Penerbitan 1984.

Namun begitu akhirnya semua mereka tidak dilepas tanpa di bawa ke balai Polis.


Launch of 'yellow day' marred by police harassment



Today's launch of polls watchdog coalition Bersih’s ‘yellow day’ was marred by what one Bersih leader described as police harassment in order to disrupt their campaign for clean and free elections.

Several Bersih leaders, including DAP leader Ronnie Liu and PKR leaders N Subramaniam and Faisal Mustaffa, had just begun distributing balloons and pamphlets to pedestrians and commuters in front of the KL Central monorail station in Brickfields.

Reading from a prepared statement, Liu called on the public to wear “something yellow” every Saturday as a statement of support for electoral reform and to send a message to the government for clean and free and elections.

“Wear a yellow ribbon on your shirt! Wear a yellow necktie or scarf! Use a yellow umbrella! Tie a yellow ribbon on your car’s antenna or side mirrors! Tie a ribbon on your bike! Wear a yellow armband! Better yet, wear your Bersih t-shirt!

“Our voices must be heard. Our message must get across. Our rights must be restored!” said Liu when the launch started at 2:30pm a few feet away from PKR’s information office.

Pamphlets, balloons seized

The upbeat mood of the activists, however, took a downturn 15 minutes after they started their distribution campaign when several police officers from the Brickfields district police station appeared and ordered them to surrender their identification cards (IC).

Leading the operation, district ant-vice division chief Kamaruddin Yusof initially told Liu and the others that they were suspected of violating the Printing Presses and Publications Act 1984.

About 50 copies of Bersih pamphlets - and 20 of Bersih’s yellow balloons - were seized.

Kamaruddin refused to say, however, what offence had been committed exactly or the relevant section that had been infringed.

“You cannot just tell me we’ve done something wrong under the Presses Act. You have to tell me what we’ve done exactly,” said Liu.

“Don’t argue with me. Not here. I’m not going to argue with you. Whatever you want to say, say it at the police station,” Kamaruddin responsed.

Several minutes later, Kamaruddin also said the Bersih activists were disturbing public order as "we have observed that you have been creating public disorder here.”

Also present with him was district public order division head Mohd Khalid Adun.

Kamaruddin told Liu and several others that their ICs were needed to record their particulars. A vehicle was called to take them to the district police station.

'Orders from above'

The 15-minute wait for the police vehicle in the hot sun, however, seemed to to mellow the initially rigid stance of Kamaruddin and other police officers.

“You don’t have to come to the police station. You can have back your ICs. You’re free to go,” said Kamaruddin before ordering the documents to be returned to their owners.

“I have orders from above, lah,” Kamaruddin told reporters when asked what the whole affair was about.

Speaking to Malaysiakini later, Liu said the episode was a clear example of harassment by the authorities in order to disrupt Bersih’s public education and awareness campaign.

It will not, however, dissuade the coalition from continuing with its efforts.

“We will continue the campaign. We still want the people to know about the Bersih campaign and to wear something yellow every Saturday,” said Liu.

Bersih - made up of 67 NGOs and five political parties - has taken the royal colour of yellow to beseech the King’s hand in calling for electoral reform.

Malaysiakini


MINYAK NAIK :MEDIA PENGAMPU DIGUNA UNTUK KELIRUKAN RAKYAT



Media pengampu dan penjilat BN akan terus diperkudakan dengan tidak bermaruah untuk menghalalkan apa juga tindakan dan peracangan kerajaan Islam Hadhari.

Walaupun tindakan dan perancangan kerajaan tersebut haram di sisi agama, salah dari segi undang-undang, tidak bermaruah dari segi akhlaq dan moral, bertentangan dengan demokrasi, namun disebabkan media berupaya mengubahnya menjadi kelihatan baik, maka rakyat tidak marah malah menyokongnya pula.

Inilah yang bakal dilakukan oleh media sekali lagi dalam isu kenaikan harga minyak yang bakal berlaku disebabkan kegagalan kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengekal dan menambah subsidi untuk kesejahteraan rakyat.

Media tidak bermaruah ini akan mempropagandakan apa sahaja cara dan kaedah untuk mengubah 'kepala hotak' rakyat semua sentiasa menjadi 'yes man' dalam apa juga langkah yang kerajaan ambil. Rakyat akan menjadi 'yes man' sama seperti menteri-menteri BN yang sentiasa bersifat 'yes man' terhadap ketua mereka.

Walaupun kerajaan akan menzalimi rakyat dengan kenaikan harga minyak nanti, media 'penjilat' akan menggambarkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak oleh kerana harga minyak dunia meningkat. Media akan memperbesarkan jasa-jasa kerajaan selama ini telah berbelanja untuk memberi subsidi harga minyak kepada rakyat.

Selain media tidak bermaruah ini juga akan mewar-warkan bahawa harga minyak di Malaysia masih jauh lebih rendah dari Singapura, Thailand dan lain-lain. Malah akhir sekali media mungkin tidak segan-silu merayu rakyat supaya membantu kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak walaupun rakyat terpaksa membayar harga minyak dengan lebih,mungkin atas dasar patriotik dan sebagainya.

Walaupun dengan kenaikan harga minyak ini Petronas akan mendapat untung berlipat kali ganda, kerajaan begitu kedekut untuk membantu rakyat dengan duit untung Petronas ini. Kerajaan lebih rela membiarkan rakyat melarat asalkan Petronas dan syarikat-syarikat kroni mereka mendapat untung lebih besar.

Hari ini media 'penjilat BN' menyiarkan laporan bahawa Timbalan Menteri Penerangan, Zahid Hamidi (suatu ketika 'penjilat' Anwar) tanpa rasa malu dan segan berkata bahawa penjelasan tentang isu minyak akan disiarkan menerusi TV1 dan TV2 serta 32 stesen radio di peringkat negeri dan wilayah dengan menggunakan slot berita, Wawancara Bersama Menteri serta program hiburan dan drama.

‘‘Kementerian sudah mengenal pasti bahawa pembangkang akan menimbulkan isu ini untuk meraih undi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Wisma UMNO di Hutan Melintang malam tadi.

Katanya, parti pembangkang akan menggunakan isu harga minyak sebagai hujah untuk menyalahkan kerajaan kononnya gagal mengawal kenaikan harga barang dan kos perkhidmatan.

Beliau berkata, orang ramai perlu mendapat penjelasan yang cukup daripada pemimpin kerajaan melalui RTM bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Rancangan Forum Perdana setiap malam Jumaat mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

Menurutnya, melalui kajian badan bebas seperti Utusan Media mendapati antara 1.7 juta dan 2.5 juta penonton menonton rancangan itu.

Beliau berkata, penonton semakin ramai apabila RTM menyediakan tajuk menarik dan ahli panel popular, malah ada sesetengah pihak meminta RTM mengulang siarannya.


SIAPA KATA AGONG PERKENAN PERHIMPUNAN 100,000?



Siapa yang dakwa Agong perkenan himpunan 100,000? Itulah persoalan yang bermain di fikiran rakyat. Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah media pengampu BN lah yang mendakwa demikian.

Tidak ada seorang pun pemimpin Bersih yang mendakwa Agong perkenan rakyat mengadakan Himpunan 100,000.

Setiausaha Agong PAS hanya berkata bahawa Agong perkenan untuk menerima memorandum bukannya perkena untuk rakyat mengadakan himpunan. Takkan itu pun tidak dapat dibezakan oleh wartawan dan Ketua-ketua Pengarang mereka.

Jelas sekali media 'pengampu' dan 'penjilat' BN cuba menipu dan mengelirukan rakyat. Pemimpin BN yang sekarang masih merasai bahang kebangkitan rakyat, bagaikan cacing kepanasan terpaksa mencari jalan untuk meng'komdem'kan Bersih dan rakyat. Lebih-lebih imej kerajaan dan BN tercalar teruk dek laporan bebas yang dibuat oleh media antarabangsa seperti Aljazeera, CNN, BBC dan lain-lain.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59