Tuesday, 13 November 2007

FAIL KES KAMPUNG BEREMBANG 'HILANG' : SATU LAGI EPISOD FILEM HINDUSTAN


Shah Alam : Seramai 69 penduduk Kampung Berembang, Ampang yang sedang menunggu keputusan mahkamah sama ada sebuah pemaju boleh menuntut pemilikan tanah mereka, diberitahu bahawa fail kes mereka "telah hilang".

Ini merupakan satu lagi episod sama seperti cerita hindustan. Mana mungkin fail 'hilang' ini satu lagi cerita lucu di Malaysia.

Berikutan itu, mereka diminta datang semula pada 14 Disember untuk mendengar keputusan yang akan dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Shah Alaim Mariana Yahya.

Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB), melalui rakan usahasamanya, Perspektif Masa Sdn Bhd, telah memohon untuk mendapatkan pemilikan terus tanah terbabit.

Keputusan hari ini boleh dibuat tanpa perlu mendengar perbicaraan penuh.

Penduduk terbabit memohon untuk mengetepikan permohonan tersebut atas alasan mereka mempunyai isu-isu untuk dibangkitkan berhubung dakwaan PNSB bahawa ia adalah pemilik tanah terbabit.

Penduduk Kampung Berembang menegaskan, mereka telah tinggal di kawasan tersebut sejak tahun 1960-an dengan kebenaran kerajaan negeri Selangor dan oleh itu, mereka seharusnya dibayar pampasan apabila tanah tersebut diambilbalik untuk tujuan pembangunan.

Menurut mereka, sebuah cawangan Umno telah ditubuhkan di Kampung Berembang di samping mereka diberikan kemudahan bekalan elektrik, sebuah surau, dewan serbaguna, dan kemudahan lain, bagi menyokong tuntutan untuk mendapatkan pampasan.

Pada 17 November tahun lalu - seminggu selepas notis pengusiran diserahkan kepada penduduk terbabit - anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), polis anti-rusuhan dan anggota Rela telah merobohkan rumah mereka di Kampung Berembang.

Walaupun rayuan dibuat, kerja-kerja perobohan tersebut dilakukan pada 20 November dan 30 November 2006. Pada 7 Mac 2007, pemaju swasta telah meratakan kawasan kediaman yang berusia lebih 30 tahun ini.

Penduduk juga telah memfailkan saman terhadap MPAJ kerana mendakwa notis pengusiran terhadap mereka adalah tidak mengikut Ordinan Darurat (Pembersihan Setinggan) 1969.

Laporan polis

Selepas menunggu selama lebih dua jam pagi tadi, peguam mereka, Edward Soh dipanggil ke kamar Mariana pada kira-kira jam 10.30 pagi, bersama dengan peguambela Perspektif Masa.
Kira-kira 15 minit kemudiannya, Soh muncul dan memberitahu mereka bahawa keputusannya telah ditangguhkan hingga bulan Disember kerana "fail kes tersebut tidak dapat dikesan" di pejabat pendaftaran mahkamah.

Beberapa orang penduduk yang terperanja mendengar perkara tersebut, tidak faham bagaimana fail mahkamah boleh tersalah letak semudah itu.

“Bagaimana ini boleh berlaku? Bagaimana fail boleh hilang begitu sahaja?" soal seorang penduduk.

“Saya tidak tahu...tidak tahu," jawab Soh.

“Beliau (Mariana) belum membacanya lagi. Mereka masih mencarinya," tambahnya.

Jurucakap penduduk Kampung Berembang, Noralizan Ali, 44, juga memandang berat terhadap penjelasan mahkamah itu.

“Mengapa mereka kata mereka tidak dapat mencarinya? Jika mereka perlu membuat keputusan pada hari ini, mereka sepatutnya sudah lama ada fail tersebut," katanya kepada Malaysiakini.

“Tak logik. Tak logik langsung,” kata seorang lagi penduduk.

Sementara itu, Setiausaha Agung penaja Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan, menimbang untuk membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Katanya, bagaimana perkara seumpama itu boleh berlaku dalam sistem mahkamah yang dianggap oleh kerajaan sebagai bertaraf 'kelas pertama'.

“Begitu ramai penduduk yang hadir hari ini. Mereka tinggal di kemah di bawah talian wayar elektrik berkuasa tinggi sejak rumah mereka dirobohkan Mac lalu. Sekarang mereka terpaksa berdepan dengan masalah lebih lama kerana fail kes 'hilang'," katanya.

Malaysiakini


SIAPA YANG BERI, SIAPA YANG TERIMA PENYAPU


SIAPA YANG BERI SIAPA PENYAPU TU? KHIR TOYO YANG BAGI ATAU KHIR TOYO YANG TERIMA.

Ramai yang sangsi dengan kewibawaannya yang sepatutnya 'menyapu' dirinya yang penuh dengan 'sampah-sampah' yang perlu dibersihkan terlebiuh dahulu.

Secara ringkasnya 'track record' beliau sebelum ini dikenali sebagai seorang menteri yang pernah didakwa bergelumang dengan amalan rasuah dalam isu-isu tanah seperti yang dibangkitkan dalam laporan polis oleh Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan dibebaskan daripada segala tuduhan rasuah, walaupun puluhan bukti yang dikemukan.

Selain itu rekod buruk Khir yang menjadi kemarahan ramai golongan miskin ialah 'suka' meruntuh dan memusnahkan rumah-rumah setinggan yang terdapat di seluruh Selangor seperti di Kampung Berembang, Rimba Jaya dan membiarkan rakyat sengsara, seperti yang disebut dalam tuntelanai.blogspot.com

Malah blog terbabit menyatakan, Khir menggunakan berbagai kaedah memperkudakan pasukan polis, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak berkuasa tempatan menghalang, mencegah, menceroboh dan menangkap rakyat dan Ustaz yang mengajar tentang Islam termasuk surau-surau yang tidak 'sealiran' dengan dasar kerajaan negerinya.

Intergritinya Khir juga tercalar apabila masih mempertahankan 'anak buahnya' yang terlibat dengan pelbagai salah laku berbanding menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor

Antaranya masih membiarkan tanpa menghukum Adun Pelabuhan Klang, Dato' Zakaria Mat Derus yang membina mahligai dan Istana di celah kawasan penduduk marhaen termasuk terlibat dalam salah guna kuasa seperti yang pernah dilaporkan.

Begitu juga dengan dakwaan salah-laku tiga 'anak buah kesayangannya' yang diharap dapat mengangkat Umno Selangor selama ini namun Khir masih tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas mereka walaupun telah mencemarkan prestasi dan menjadi bualan hangat masyarakat setempat yang boleh menjejaskan peluang Umno di kawasan tertentu untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Harakah sebelum ini pernah melaporkan ketiga-tiga mereka ialah Senator Datin Paduka Norhayati Onn yang merupakan Exco Wanita Umno Malaysia yang didakwa terlibat dengan isu kontroversi berhubung gambar intimnya dan dakwaan khalwat dengan Ahli Parlimen Gombak Dato' Dr Rahman Ismail (orang kuat Khir Toyo) di beberapa hotel yang berbeza sekitar semenjak Disember 2005.

Manakala yang ketiga ialah Ahli Parlimen Ampang, Dr Rozaidah Talib disyaki berkelakuan tidak sepatutnya yang boleh menjejaskan imejnya sebagai seorang wakil rakyat, di sebuah hotel di ibu kota pada 26 Ogos lalu.

Dengan kisah sisipan ini, menggambarkan seolah-olah wakil Majlis Daerah Hulu Selangor itu yang menyerahkan penyapu kepada Khir Toyo kerana prestasi buruknya selaku Menteri Besar selama ini.


Sumber : Harakahdaily


PILIHANRAYA UMUM SEBELUM 15 FEB.


Ooooop sorry. Itu bukan cerita di Malaysia. Itu di Pakistan. Segila-gila Musharaf, dia berani tetapkan tarikh Pilehanraya Umum. Adakah Pakistan lebih demokratik dari Malaysia? No. Tidak. Pemerintah Pakistan adalah diktatur militer. Presidennya seorang Jenderal yang masih bertugas, dan uniformnya belum gugur.

Negara-negara demokratik lain menetapkan pilehanraya lebih awal. Di Amerika, rakyatnya dah tahu pilehanraya akan datang semasa pergi mengundi di pilehanraya semasa. Di England, dah diketahui berbulan-bulan sebelum Pilehanraya, begitu juga di Kanada, di New Zealand, di Australia. Bahkan di Indonesia pun begitu. Di Thailand yang huruhara tupun pilehanraya diumumkan berbulan-bulan sebelum tu. Di Israel, Negara Zionis yang jahat kepada penududuk Palestin tu pun berlembut dengan rakyat sendiri dan pilehanraya mereka diketahui lebih awal. Semua Negara-Negara Eropah begitu.

Malaysia? Hampas tak guna! Semuanya buat mengejut! Tarikh pembubaran Parlimen tak diberitahu bila. Pilehanraya yang penuh dengan penipuan, rasuah, dan salahguna kuasa dibuat dalam tempoh hanya 10 hari, semua media citak dan letronik membawa kempen BN, semua jabatan kerajaan disalahguna, semua kewangan negara digunakan untuk pilehanraya BN, polis digunakan untuk menekan pembangkang, spr untuk BN, hampeh tak guna. Dan inilah demokrasi yang dihidangkan untuk rakyat Malaysia. TAK MALU!

lubuk kawah


HIMPUNAN 100,000 CATATAN LUBUK KAWAH: POLIS BIASA MAKI FRU


Apa dah jadi? lebih kurang 6000 orang berkumpul di Masjid Jamek dari awal pagi. Kami menunggu jam 3.00 petang, 10.11.07 untuk ke Dataran Merdeka dan dari sana ke Istana Negara.

Jam 2.45 petang semua jalan keluar disekat oleh FRU. FRU bagi warning suruh bersurai. Tapi bila kami nak keluar dari Masjid Jamek, FRU tabur kami dengan pancutan air kimia, dan berselang seli dengan gas pemedih mata.

Ramai yang jatuh, muntah, sesak nafas, dan ramai yang jatuh ke longkang kerana mata mereka tidak dapat dibuka lagi. Kesian orang-orang tua dan kanak-kanak.

Mana yang jatuh dibantu dibawa ke sumber air ditempat wuduk masjid. Saya diantara yang jatuh dan rebah dan dibantu ke tempat wuduk. Ramai yang bantu saya, saya disiramkan dengan air dan kemudian diberi garam dan air garam untuk diminum. Lama juga baru pulih. Tetapi berdekatan dengan saya ada beberapa orang polis beuniform juga mencurah air ke rambut dan muka mereka. Mereka juga muntah-muntah, ada polis yang meluru ke tempat air itu.

Polis biasa itu juga kena gas, mereka juga tak tahan, dan terdengar suara mereka memaki-maki FRU dengan perkataan yang berat-berat seperti BABI FRU TU, CELAKA FRU TU, neraka jahanam FRU tu. Ya, mereka baru tahu, siapa kawan siapa lawan.
Kami adalah perhimpunan yang aman di masjid itu. Kami tidk buat apa-apa kecuali menunggu masa untuk pergi ke Dataran Merdeka.

FRU tutup semua jalan keluar, mereka suruh kami bersurai, dan apabila kami mahu keluar, mereka tabur dengan gas pemedih mata dan pancutan air kimia. Tuhan akan balas mereka itu di akhirat nanti. Jangan ingat Pak Lah, Najib atau Musa akan menjadi pembantu anda diakhirat nanti. Kami tidak redha apa yang kamu buat keatas kami, Allahu Akbar!

Lebihkurang jam 4.00 petang, kepungan keatas kami masih diteruskan. Tetapi jika kami keluar dengan cara seorang berdua, kami dilepaskan. Kami mengambil peluang itu untuk keluar, saya, Nizam, Bob, Irwan dan beberapa yang lain secara berdua-duaan pergi ke Jalan Tun Perak, berhajat juga untuk ke Dataran Merdeka. Disana ada puluhan ribu manusia lagi, begitu juga di Soho dan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mesjid India dan Mesjid Negara. Ratusan ribu manusia berhimpun dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur menjadi Bandar Kuning, Bandar BERSIH untuk keadilan. Kalau semua bas dan semua yang mahu hadir tidak disekat oleh polis, lebih ramai lagi peserta-peserta perhimpunan itu. Walaupun kami tidak dapat pergi ke Dataran Merdeka, kerana tempat itu ditutup dan di seal oleh polis, ribuan kawan-kawan kami disana dimandikan dengan air asid dan gas, kami mendapat berita gembira bahawa lebih 5000 orang berjaya membolosi semua kepungan dan dengan diketuai Dato Seri Anwar Ibrahim yang bermotosikal, MEMORANDUM menuntut pilehanraya bersih dan adil berjaya diserahkan kepada wakil Yang Di Pertuan Agong.

Selepas 4.30 petang itu, kami duduk-duduk di perhentian bas, berehampiran Bank Pertanian yang tidak jauh dari Dataran Merdeka. Satu jam setengah kami duduk disana untuk melihat banjiran manusia yang tidak henti-henti mengalir diatas jalanraya itu. Mereka berjalan dengan aman, penuh dengan tertib. Dan itulah sebenarya perhimpunan kami, aman, damai dan berdisiplin. Malangnya kami DIRUSUHI POLIS. Ada yang terpaksa meluru kesana kesini kerana mereka dibom dengan air kimia dan gas. Gambaran itulah yang diambil oleh TV di Malaysia nak membayangkan bahawa perhimpunan itu adalah tidak terkawal. Sebenarnya polis yag merusuh!

Sambil kami duduk-duduk itu ada 4 orang yang berpakaian lain sedikit dari kami. Mereka tu sangat serius, tapi kami duduk berhimpit dengan mereka. Mereka macam tak selesa. Bob ambil gambar mereka, tapi mereka memalingkan muka, walau macam mana pun, muka mereka dapat juga diambil. Ditangan mereka ada beg plastik kuning, kami sangkakan makanan. Salah seorang dari mereka tertinggal beg plastik kuning itu, dan apabila kami lihat, didalamnya adalah ketulan batu pejal. Oh..Oh..rupa-rupanya inilah yang dinamakan ejen probokatur. Kalau kami tidak ada disitu, puak itulah yang akan mebaling kearah cermin-cermin kedai dan pejabat disitu,
jurugambar mereka akan ambil dan kononnya para demonstrasilah yang mengganas itu. Bagaimana kami tahu siapa mereka itu? Sebab apabila polis-polis itu mendapat ration makanan mereka, yang berada dekat kami itu pun dapat!

Ingat Batu Burok? Budak itu secara aman/damai tanpa gangguan, dan diambil gambar, ditayang di tv membakar bendera Malaysia. Polis yang bersipah disitu tak larang pun dia membakar bendera tu, budak tu tak ditangkap, siapa yang disalahkan? Orang KeADILan dan PAS!

Ini kerja jahat mereka! Mereka baling batu, mereka kata pembangkang buat; mereka bakar bendera Malaysia, mereka kata pembangkang buat.

Sebenarnya mereka itu bukan patriotik, mereka sanggup bakar bendera untuk menyalahkan orang lain! Merekalah penjahat Negara ini.

Pak Lah kata, demonstrasi bukan budaya negara kita, Najib kata bukan budaya kita, Zainuddin kata bukan budaya kita, Shahrizat kata bukan budaya negara kita. Yang menjadi budaya kepada mereka ialah RASUAH, MEROMPAK HARTA NEGARA, SALAHGUNA KUASA, ANTI DEMOKRASI -- itulah budaya mereka. Memang tak sama antara mereka dan rakyat! Demonstrasi adalah sebahagian dari perjalanan demokrasi. Di China Komunis tak boleh, di rab Saudi tak boleh, di Myanmar tak boleh, di Pakistan tak boleh dan di Malaysia tak boleh!

BN dan akhbar-akhbar dan tv-tv mereka telah hantar wartawan yang "buta" dan yang "pekak". Yang buta tu tak nampak berama ramai yang berhimpun, maka mereka kata 4000 orang, yang pekak tu tak dengar apakah yang dituntut oleh rakyat.
ANYWAY, Perhimpunan kita telah berjaya. Bukan saja 100,000 bahkan lebih dari itu! Ingat, kami turun dengan kereta sendiri, belanja sendiri, BUKAN macam BN, semuanya dibayar, pemandu dibayar, kereta dibayar, minyak kereta dibayar, makan dibayar. Itulah nasib AYAM SUBSIDI kena makan ditangan. Kalau tak dibayar, tak usah kata 1000 nak hadir, seorang berdua pun susah. Tak usah tipulah, kami dulu berasal dari UMNO! Kami dah tak sanggup jadi ayam subsidi!

Tidak ada kejayaan tanpa perjuangan! Kami berjuang dilandasan yan benar, menuntut demokrasi tulen dan keadilan sebenar. Walaupun dihalang oleh puak-puak fasis, kebenaran akan tetap menyerlah. Fasis Jepun, Jerman dan Italy telah lama kalah, dan tidak ada fasisme yang dibenarkan lagi didunia ini!


RUPA-RUPANYA ZAINUDDIN MAIDIN TU BODOH SANGAT!


Saya dah lama tengok telatah Zainuddin Maidin, saya dah cakap kepada ramai kawan-kawan semasa dalam UMNO dulu bahawa dia ni tak layak menjadi Menteri. Bagi saya dia ni tak ada kualiti, dan memang rupanya layak menjadi kaki bodek. Ramai kawan-kawan saya berkata bahawa itulah kmualiti yang bagus untuk menjadi Menteri didalam kabinet BN. Kaki Bodek dan Tidak Cerdik!
Semasa di interview oleh Wartawan Aljazeera, lagi jelas bahawa Zainuddin ni bukan saja tak punyai kualiti seorang Menteri, bahkan kualiti kaki bodek pun dia gagal. Dia hanya seorang yang bodoh, betul-betul bodoh! Malu Malaysia mempunyai Menteri macam Zainuddin ni!
Tapi dalam akhbar The Star pada hari ini, 13hb November 2007, dia menampakkan sangat dia tu bodoh! Dia kata : "The police only used water cannons and tear gas and did not shoot anyone" (Polis hanya guna pancutan air dan gas pemedih mata dan polis tak tembak sesiapa pun). KEPALA BAPAK DIA!
Hoi -- Zainuddin bodoh, cuba kamu dipancut dengan air dan gas ini, apa macam? Engkau ingat air tu, air biasa ke? Itu air asid, air racun! Kalau kena ke mata, buta. Kalau kena ke kulit, gatal! Kalau tak dibasuh serta merta kulit boleh jadi berkudis!
Gas itu pula, kalau kena sikit saja ke mata, terus tak dapat buka mata, bukan sekadar pedih, tapi sakit macam kena cili api. Kalau terhidu walaupun sedikit, terus tidak boleh bernafas. Kalau tidak dapat bantuan segera, ia boleh membawa maut!
Tapi Zainuddin yang bodoh ni, boleh kata, hanya pancutan air dan gas! Kepala
bapaknya. Manusia bodoh!

Suhaimi Said - Lubuk Kawah


GAMBAR-GAMBAR HIMPUNAN 100,000 AHLI-AHLI PAS DARI BUKIT KATIL




Ketua Penerangan, Ustaz Khirul Che Salleh berehat di Masjid Ar Rahman sebelum memulakan langkah


Ketua Pemuda, Sofi Wahab di Stesyen LRT Universiti dalam perjalanan ke Medan Perjuangan.


Unit Amal bersiap sedia memulakan amanah


Rehat selepas penat melaksanakan amanah
AJK DPPBK Khairuddin memerhatikan helikopter yang membazirkan duit rakyat


AJK DPPBK Khairuddin dan Yusrizamri di tengah Medan


Yusrizamri menutup muka dengan kain serban - nak elak gas pemedih mata ke?
Yusrizamri lagi.


AJK DPPBK Zafeer berdiri gagah di tengah medan


Ketua Pemuda Sofi Wahab bergambar di tengah peserta demonstrasi


AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Yaniey Semail berdiri berdekatan tempat pimpinan menyampaikan ucapan


TAHNIAH KEPADA BLOG PEMUDABUKITKATIL


Blog pemudabukitkatil hari ini berjaya mencapai 100,000 hit sejak ianya dilancarkan secara rasmi pada 21 Julai 2006. Walaupun pencapaian ini tidaklah sehebat blog-blog terkenal lain tetapi ianya sedikit sebanyak merangsangkan kami untuk menerukan kerja-kerja dakwah dan penerangan melalui alam cyber ini.

TAHNIAH


BERSEDIA UNTUK DIZALIMI OLEH KERAJAAN BN


BATU BERENDAM - Rakyat mesti bersedia dari sekarang untuk berhadapan dengan kerajaan BN Islam Hadhari yang sememangnya terkenal dengan kezaliman, penindasan dan ketidakadilan.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataannya kepada blog ini di sini pagi ini.

"Kezaliman BN Islam Hadhari sebenarnya sudah sampai ke kemuncak apabila menembak rakyat yang tidak berdosa di Memali dan Batu Burok baru-baru ini. Selain kerajaan zalim ini juga tanpa rasa belas kasihan merobohkan rumah rakyat, merampas tanah rakyat dan sebagainya".

"Selain itu mereka berani mencabar Allah apabila merobohkan Rumah Allah, surau serta menghalang pengajian agama malah menangkap ustaz-ustaz yang mengajar agama" kata Sofi.

Menurut Sofi, tidak lama lagi dijangkakan kerajaan Islam Hadhari akan terus menekan rakyat dengan menaikkan harga minyak kerana mereka sudah ketandusan idea dan perancangan bagaimana untuk mengekal atau menurunkan harga minyak.

"Rakyat akan terus tertekan dan terhimpit dengan kenaikan harga minyak ini kerana ianya sudah pasti menyebabkan harga barangan lain akan melambung naik, jadi pada masa itu rakyat terus menanggung kesengsaraan sedangkan pemimpin kerajaan terus senyum kerana mereka mempunyai pendapatan yang besar malah sesetengahnya mempunyai business sendiri atau kroni" kata Sofi yang juga merupakan Ketua DPP Kawasan Bukit Katil.

Kerajaan sememangnya tidak pernah simpati dengan kesusahan dan kedhaifan rakyat sebaliknya mereka amat prihatin sekiranya sesuatu perkara itu melibatkan korporat dan kroni mereka.

Sebagai contoh, menurut Sofi, TNB dan pihak berkuasa air negeri-negeri akan memotong bekala elektrik dan air ke rumah rakyat jika ada tunggakan hutang yang kadang-kadang tidak sampai RM50.00 tetapi tidak memotong bekalan di rumah pemimpin mereka, syarikat korporat dan kroni walaupun hutang mereka mencecah ratusan ribu ringgit. Dalam hal apabila aduan di buat kepada kerajaan, mereka akan berlepas tangan.

Kerajaan, kata Sofi, mula memasukkan jarum kedalam pemikiran rakyat supaya rakyat menerima apa sahaja tindakan kerajaan walaupun tindakan itu amat membebankan rakyat. Media hari ini menyiarkan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal yang meminta masyarakat di negara ini perlu bersedia menghadapi kesan daripada trend kenaikan harga minyak yang melanda seluruh dunia.

"Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak dalam jangkamasa terdekat. Cuma satu sahaja yang menghalang mereka iaitu pilihanraya umum. Andaikata pilihanraya umum jauh lagi sudah pasti mereka akan menaikkan harga minyak sekarang juga" tambah Sofi.

Shafie berkata, trend kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang memberi kesan kepada kemampuan rakyat, mesti dihadapi mana-mana kerajaan dan parti politik di dunia termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah.

“Kadang-kala pihak tidak bertanggungjawab menyatakan ini (kenaikan harga minyak) tidak sepatutnya berlaku, dan ini (harga minyak) tidak sepatutnya naik.

“Mana ada satu kerajaan dan pemimpin di dunia ini boleh kawal harga minyak daripada naik termasuk Presiden Bush (AS) dan Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Raya Muhibah Aidilfitri dan Deepavali Parlimen Tapah di Dewan Merdeka Tapah semalam.

Oleh itu Sofi menyeru rakyat supaya bersedia untuk mengajar kerajaan zalim dan biadap ini dalam pilihanraya akan datang. Rakyat mesti menukar kerajaan kerana terbukti kerajaan BN Islam Hadhari ini zalim, biadap, tiada belas kasihan dan gagal memerintah dengan baik sehingga rakyat semakin susah dan melarat.


POLIS TERENGGANU KERJASAMA DGN UMNO CUBA GAGALKAN CERAMAH PAS


KUALA TERENGGANU : Nampaknya Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob tidak serik-serik dengan menjadikan Polis sebagai kuda tunggangan Umno apabila cuba menggagalkan program ceramah PAS yang akan diadakan malam ini.
Semalam Ayub memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai sebarang aktiviti ceramah dan perhimpunan haram anjuran sebuah parti pembangkang yang dirancang diadakan di Batu Buruk di sini pada malam esok.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut yang akan diadakan di tempat yang sama berlakunya rusuhan pada 8 September lepas, tidak ada permit, maka penganjur serta orang ramai yang didapati menyertainya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Manan Alwi ada menerima permohonan daripada penganjur untuk mengadakan perhimpunan dan ceramah di Batu Buruk pada malam esok, namun setelah kajian dan penilaian dilakukan melibatkan segala aspek, kita dapati tempat tersebut tidak sesuai untuk diadakan ceramah tersebut.

“Sehubungan itu, saya meminta kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram tersebut kerana mereka yang didapati berbuat demikian boleh ditahan tanpa waran dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, jika didapati bersalah, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 27 (8) akta yang sama dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau maksimum RM10,000 atau penjara setahun.

Tidakkah Polis tahu bahawa tempat ceramah yang akan diadakan tersebut ialah di kawasan persendirian iaitu di rumah Hj Mat Singapura. Sebelum sudah berpuluh-puluh kali malah mungkin beratus kali PAS mengadakan ceramah di rumah tersebut.

Polis juga sepatutnya sedar bahawa semua kes mahkamah yang melibatkan penganjuran ceramah di premis persendirian menyebelahi penganjur.


Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah menyekat mana-mana pihak khususnya parti pembangkang untuk menyuarakan pendapat, pandangan, malahan penganjuran perjumpaan di seluruh negeri oleh Pas.

Namun, katanya, tapak cadangan untuk diadakan perhimpunan pada malam esok didapati tidak sesuai dari aspek keselamatan dan ketenteraman awam, selain tempat itu terlalu sempit serta tidak mampu untuk menampung bilangan orang ramai seperti yang disasarkan.

Dalam kejadian pada malam 8 September lalu, Polsi telah menembak 2 ahli PAS yang datang untuk mendengar ceramah anjuran Bersih. Polis menuduh mereka cuba menyerang Polis tetapi sehingga kini kes ini belum dibicarakan di mana-mana mahkamah. Polis juga menjalankan provokasi kepada orang awam sehingga menyebabkan berlakunya ketegangan.

Harta-harta awam juga dirosakkan oleh anggota Polis sebaliknya Polis menuduh penyokong-peyokong pembangkang yang melakukannya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59