Monday, 12 November 2007

TAHNIAH ISMAIL. PULIHKAN IMEJ POLIS YANG TERCALAR DENGAN TERUK




Datuk Ismail Omar dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara yang baru berkuatkuasa esok (13 November) bagi menggantikan Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz yang akan bersara.

Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan pelantikan Ismail menggantikan Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Kataya, pelantikan Ismail diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat Perdana Menteri setelah diperakukan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis, demikian menurut laporan Bernama.

Abdul Aziz yang juga Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis berkata. Ismail sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Ismail, 54, yang dilahirkan pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, berkelulusan Ijazah Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.

KAMI MENGHARAPKAN ISMAIL DAPAT MEMULIHKAN IMEJ POLIS YANG TERCALAR DENGAN BEBERAPA INSIDEN BURUK SEPERTI PERISTIWA POLIS MENEMBAK ORANG AWAM DI BATU BUROK, POLIS MEMUKUL, MENENDANG DAN MENANGKAP RAKYAT SECARA MEMBUTA TULI PADA SETIAP DEMO AMAN RAKYAT SEPERTI DEMO TERBARU HIMPUNAN 100,000 SABTU LALU.

POLIS JUGA MESTI MEMBEBASKAN DIRI DARI MENJADI KUDA TUNGGANGAN BN DAN UMNO DI MANA BANYAK TINDAKAN POLIS DI LIHAT MENYEBELAHI PARTI PEMERINTAH.

SELAIN ITU ISMAIL JUGA DI HARAP DAPAT MENYELESAIKAN SEMUA KES RASUAH, PENYELEWENGAN KUASA DAN LAIN-LAIN SALAH LAKU POLIS YANG JELAS BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG.


POLIS GANAS : PUKUL WARTAWAN DAN ORANG AWAM




Beberapa wartawan yang membuat liputan perhimpunan Bersih hari ini telah ditendang dan dipukul oleh anggota polis anti-rusuhan yang bertindak meleraikan perhimpunan di kawasan Masjid Negara.

Kekecohan berlaku kira-kira jam 2.30 petang Sabtu lalu ketika polis menembak meriam air dan gas pemedih mata ke atas lebih 2,000 orang.

Dalam keadaan kelamkabut tersebut, beberapa orang wartawan tempatan dan wartawan asing, turut menjadi mangsa.

Seorang wartawan wanita, yang enggan namanya disebut, berkata dia dipukul dengan cota oleh seorang anggota polis yang cuba meleraikan orang ramai di situ.

“Dia pukul...punggung saya dan dia kata kepada saya' Pergi, pergi, pergi, seolah-seolah saya ini kaldai," katanya.

Seorang lagi wartawan, yang juga tidak mahu namanya disebut, berkata dia ditendang dua kali oleh anggota polis -- di belakang dan bahagian pahanya.

Beliau kesal terhadap pihak berkuasa yang menggunakan "kekerasan yang tidak sepatutnya berlaku'" terhadap wartawan.

"Saya terkejut dengan tindakan ganas pihak polis itu," tambahnya.

Mereka berdua adalah antara lima wartawan yang sedang berdiri di belakang barisan anggota polis sebelum mereka tiba-tiba dipukul oleh kira-kira 10 anggota polis.

seorang daripada mereka, wartawan wanita dari sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, cedera akibat dipukul. Seorang anggota polis menendang lehernya ketika dia terbaring dan enggan berhenti walaupun dirayu oleh wartawan-wartawan lain.

Zulhasnan tidak tahu

Juga didakwa anggota Unit Simpanan Persekutuan telah menyerang seorang wartawan Sweden dengan perisai mereka, manakala dua orang lagi wartawan dikatakan cedera selepas menjadi sasaran kanister gas pemedih mata dan tembakan meriam air.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata beliau tidak tahu yang ada wartawan telah dikasari oleh anggota polis.

“Adakah laporan dibuat? Ia tidak dimaklumkan kepada saya," katanya.

Perhimpunan itu, yang dianjurkan oleh Bersih untuk menuntut diadakan pilihanraya yang adil dan bersih, telah disertai oleh kira-kira 40,000 orang walaupun hujan lebat dan bandaraya dikawal ketat oleh pihak polis.

Mereka tidak dapat berhimpun di Dataran Merdeka seperti yang dirancangkan kerana kawasan itu telah ditutup oleh polis, menyebabkan mereka terpaksa berhimpun di Masjid Jamek, Pasar Seni, Kompleks Sogo dan Masjid Negara.

Selain itu berpuluh-puluh orang awam dipukul secara ganas oleh Polis tanpa belas kasihan. Salah seorang yang dipukul polis, Khirul Che Salleh, 30 memberitahu beliau telah dipukul oleh Polis dalam perjalanan dari Pasar Seni ke Istana Negara.

"Dalam keadaan yang kelam kabut tersebut saya telah dipukul di bahagian lengan dan bahu. Kesakitannya masih terasa sehingga sekarang" jelas Khirul.

Rakan beliau, Pirdaus Awang Hadi, 23, juga dipukul oleh Polis di tempat sama.

"Ketika kami menolak Polis yang menghalang perjalanan kami, beberapa orang polis menggunakan cotar memukul kami, kami tidak melawan, cuma kami menolak polis yang membuat halangan di tengah-tengah jalan" ujar beliau yang berasal dari Ayer Keroh, Melaka.


Sokong tuntutan Bersih, PAS cadang pakai baju kuning setiap Sabtu



KUALA LUMPUR : Mesyuarat PAS Pusat semalam mencadangkan supaya ahli,para penyokong PAS dan rakyat Malaysia amnya memakai baju kuning 'Bersih' setiap hari Sabtu sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan demokrasi negara dipulihkan.

Ini adalah sebagai satu lanjutan kepada perhimpunan rakyat yang telah berjaya diadakan pada 10 November lepas sehingga Kuala Lumpur diwarnai landskap manusia berbaju kuning yang menyatakan sokongan terhadap tuntutan Bersih itu.

Mengulas lanjut isu tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berkata cadangan itu telah dibangkitkan oleh salah seorang AJK PAS Pusat namun cadangan tersebut akan diputuskan tidak lama lagi.

"Cadangan tersebut amat positif. Pemakaian itu sebagai satu simbol sokongan rakyat yang mahukan perubahan dalam demokrasi negara yang semakin pincang dan mahukan supaya tuntutan pilhanraya yang bersih dan adil dapat dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Ia masih di peringkat cadangan dan kita akan putuskan tidak lama lagi." katanya lagi.

Dalam pada itu aktivis politik Ruhanie Ahmad dalam blognya juga turut mencadangkan supaya 'Gelombang Kuning' dengan pakaian kuning setiap Sabtu.

"Gelombang kuning perlu terus digelorakan di seluruh pelusuk tanahair tercinta. Bukan dengan perarakan ke Istana Negara di Kuala Lumpur sahaja," katanya dalam blognya Kuda Kepang.

"Tapi, hanya dengan memakai pakaian - baju, baju-t, tudung, necktie, selendang, kot, jubah, serban, seluar, skirt atau topi berwarna kuning pada setiap hari Sabtu," katanya

Katanya pemakaian warna kuning pada setiap Sabtu mulai hujung minggu ini sebagai simbol kasih dan sayang kita kepada Raja dan Negara dan tindakan ini amat bersesuaian dengan prinsip kedua Rukun Negara di mana rakyat mengikrarkan kesetiaan kepada Raja dan Negara pada setiap masa.

"Kita juga kenakan pakaian warna kuning setiap Sabtu untuk memperingati Sabtu 10:11 atau Sabtu 10 November 2007, tarikh bermulanya gelombang kuning di negara ini," cadangnya lagi.


PAK LAH HILANG PUNCA TUDUH PEMBANGKANG HERET AGONG DALAM POLITIK



Nampaknya Imam Al Hadhari semakin kehilangan punca dalam mendepani situasi politik yang nyata tidak menyebelahi beliau sehari dua ini. Kejayaan BERSIH menggumpulkan 100,000 rakyat berhimpun di depan Istana Negara dan kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur Sabtu lalu benar-benar menggusarkan pemimpin yang selalu tertidur ini.

Semalam beliau membuat kenyataan bodoh beliau apabila mendakwa pembangkang mengheret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke kancah politik. Adakah dengan hanya menyerahkan memo menuntut pilihanraya bersih menunjukkan Agong di ajak berpolitik?.

Adakah Imam Al Hadhari buta politik. Agong sebagai Ketua Negara sememangnya sedang berpolitik di mana beliau sedang bersemayam memerintah negara dengan bantuan Imam Hadhari sendiri.

Baginda berhak untuk mendengar dan meneliti tuntutan rakyat dan terpulang kepada baginda untuk mengambil apa-apa juga tindakan demi untuk menyelamatkan negara. Hatta 'memecat' Perdana Menteri(PM) juga mungkin satu tindakan yang boleh menyelamatkan negara kerana mungkin baginda rasa PM lemah dan tidak cerdik.

Media melaporkan bahawa Imam Hadhari menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.

"Yang di-Pertuan Agong lebih matang dan tidak terperangkap dengan taktik politik mereka (parti pembangkang),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konges ke-22 Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan di Hongkod Koisaan KDCA, di Penampang, Sabah semalam.

DAULAT TUANKU


BLOG AKAN DIUPDATE SEMULA BERMULA HARI INI


KAMI MEMOHON KEMAAFAN DI ATAS KEGAGALAN KAMI MENG'UPDATE' BLOG INI DISEBABKAN KESIBUKAN KAMI PADA HARI SABTU DAN AHAD KERANA HIMPUNAN 100,000 DAN BEBERAPA PERKARA DAN PROGRAM YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. INSYA ALLAH KAMI AKAN KEMBALI BEROPERASI SEPERTI BIASA BERMULA SAAT INI.

HARAP MAAF

WEBLOG MASTER


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59