Friday, 9 November 2007

'HEBATNYA' MALAYSIA TIADA SEBUAH UNIVERSITI DALAM SENARAI 200 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA



KUALA LUMPUR -Oleh kerana sibuk 'berpolitik' samada dengan pelajar atau mengampu kerajaan maka mutu universiti kita semakin teruk. Tiada sebuah pun universiti di Malaysia tersenarai di kalangan 200 universiti terbaik dunia, berdasarkan penarafan Times Higher Education Supplement (THES) tahun ini. Perkara ini dilaporkan oleh media arus perdana hari ini.

Semua orang tahu bahawa saban tahun Naib Canselor(NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) sibuk bermain politik bodoh menentang pelajar sendiri sehingga kerja-kerja asasi mereka iaitu meningkatkan mutu universiti diabaikan.

Lebih teruk lagi kerajaan Islam Hadhari melalui Kementerian Pengajian Tinggi bertindak memilih NC bukannya berdasarkan kelayakan dan kepakaran tetapi berdasarkan kroni dan politik. Inilah sebenarnya antara punca Malaysia mendapat malu apabila tiada sebuah universiti pun yang bertaraf 200 terbaik.

Kita jauh ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain terutama Thailand, Singapura dan Indonesia.

Zaman Pak Lah semuanya merudum Indeks rasuah merudum, Hak Asasi Manusia merudum dan banyak lagi.........


KINI BARU KAU SEDAR


















Orang dah berbuih mulut memberikan hujah bahawa pengajaran Matematik dan Sains akan merugikan pelajar terutama pelajar Melayu, pemimpin dan barua-barua kerajaan tidak mengendahkannya.

Berapa seminar, forum, debat, diskusi, kajian, ceramah dan bermacam-macam program dianjurkan oleh PAS, NGO Melayu dan sebagai semuanya membuat kesimpulan bahawa kerajaan mestilah kembali menukarkan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu demi kepentingan pelajar. Pemimpin dan barua kerajaan terurama Pemuda Umno terus buta hati dan mata.

Kini dalam perhimpunan Umno semalam, tiba-tiba Khairy Jamaluddin menantu kesayangan Imam Hadhari tiba-tiba menggesa kerajaan mengikut kehendak PAS dan NGO supaya Matematik dan Sains di ajar dalam Bahasa Melayu.

Selama ini, Pemuda Umno yang diketuai sendiri oleh Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussien agaknya tertidur sehingga setelah ramai pelajar 'terkorban' kerana gagal dalam Sains dan Matematik, barulah mereka minta kerajaan berbuat demikian.

Agaknya Khairy bermimpi dan mengigau atau mungkin juga Khairy ingin mencari populariti kerana mungkin pemimpin Umno lain sedar akan hal ini tetapi takut menyuarakannya, takut nanti dicantas.

Media melaporkan hari ini bahawa kerajaan digesa mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bagi mengangkasakan tamadun bangsa selain memenuhi peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Wakil Badan Perhubungan UMNO Johor, Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menimbulkan isu kedudukan bahasa Melayu itu tahun lalu dan membangkitkannya sekali lagi pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini berkata, UMNO Johor tidak menolak penguasaan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris.

‘‘Cuma, jangan abaikan jati diri kita. Bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkasakan tamadun bangsa,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pendirian UMNO Johor tersebut turut dikongsi oleh wakil Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin yang membuat gesaan yang sama ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan pada perhimpunan tahunan UMNO itu.

Menurut Mohd. Puad, UMNO Johor akan meneruskan perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan mahu melihat bahasa Melayu digunakan semula dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah.

Dalam konteks ini, beliau mengalu-alukan keprihatinan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menangguhkan cadangan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk kertas Sains dan Matematik dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mulai tahun depan, kertas peperiksaan Sains dan Matematik sepatutnya dikendalikan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Kini kerajaan membenarkan kertas peperiksaan itu dibuat dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Mohd. Puad yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat memberitahu, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah dilakukan oleh UMNO sejak parti itu masih ‘bayi’ lagi dan ia juga terkandung dalam Perlembagaan parti serta Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga membidas perbuatan sesetengah pihak memanggil bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia.

‘‘Masakan kita lupa, melainkan kalau kita tidak peduli. Jadi, kita kena baca buku (Perlembagaan parti dan negara) ini.

‘‘Tapi, tak tahulah kalau kita malas nak baca. Kalau itu sikap kita, baca pun tidak, apatah lagi memahaminya, maka jauh sekali menghayatinya,” kata beliau.

Mohd. Puad berhujah: ‘‘Sebab itu, kadang-kadang kita tukar ikut suka-suka namanya. Alasannya, supaya diterima oleh semua bangsa, boleh jadi alat perpaduan negara.

‘‘Apakah kalau namanya bahasa Melayu, bermakna ia membawa perpecahan. Tunggu apa lagi, kembalikan namanya kepada bahasa Melayu.’’

Dalam perbahasan itu, beliau turut membangkitkan tindakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang disifatkan sebagai bercelaru apabila menjalankan kuliah dalam bahasa Inggeris semata-mata disebabkan terdapat seorang pelajar dari luar negara yang tidak memahami bahasa Melayu.

Dalam isu ini, beliau mengingatkan universiti dan pihak berkenaan supaya jangan bersikap lepas tangan atau ‘baling batu sembunyi tangan’ apabila memberikan pelbagai alasan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam kuliah.

Beliau mengambil contoh tindakan Universiti Malaya yang sudah mengeluarkan arahan yang disifatkan suatu ugutan supaya pengajaran di setiap fakulti dibuat dalam bahasa Inggeris.

‘‘Timbul pertanyaan, apakah mengangkasakan tamadun bangsa hanya berjaya dengan bahasa Inggeris semata-mata?

‘‘Apakah dengan menggunakan bahasa Inggeris, IPTA kita akan menjadi jaguh pendidikan dunia?

‘‘Bukankah banyak faktor lain menentukan kejaguhan kita. Bukankah gahnya sebuah universiti itu kerana sumbangannya kepada tamadun ilmu yang didukung oleh mutu pengajian dan hasil penyelidikannya,’’ kata beliau.

Mohd. Puad berkata, UMNO Johor mahu masalah itu diselesaikan.

Katanya, jika universiti terus dengan gelagat yang tidak berpegang kepada akar budaya dan bahasa negaranya, bagaimana orang Melayu hendak membina tamadun bangsa.

Tegas beliau: ‘‘Kita melihat dalam ruang lebih luas, pandangan lebih jauh ke hadapan. Kita mahu maju dengan acuan sendiri. Malah tidak ada negara di dunia yang maju dengan meminjam bahasa orang lain.’’


BARUA KERAJAAN BERUSAHA KERAS MENGGAGALKAN PERHIMPUNAN



Di saat pemimpin-pemimpin BERSIH berusaha untuk mengumpul seramai mungkin peserta himpunan aman 100,000 rakyat, barua-barua kerajaan Islam Hadhari terus berusaha untuk menggagalkan himpunan tersebut.

Berbagai amaran dan ugutan dikeluarkan baik oleh pemimpin Umno dan kerajaan maupun barua kerajaan iaiti Polis kerajaan Islam Hadhari (bukan Polis Diraja Malaysia lagi).

Amaran demi amaran dikeluarkan oleh barua ini, bermula dari Ketua Polis Daerah sehinggalah Ketua Polis Negara. Barua kerajaan ini memang begitu taat dan patuh kepada tuan mereka sehingga membelakangkan kepentingan rakyat yang membayar gaji mereka.

Barua ini yang sepatutnya menjaga keselamatan sebalik melancarkan perang psikologi untuk menakutkan rakyat yang ingin berkumpul secara aman.

Di bawah ini diperturunkan kenyataan bapak segala barua Umno :-

Jangan sertai perhimpunan haram Sabtu ini, kata Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR 8 Nov — Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka di sini Sabtu ini kerana ia mampu mencetuskan kekecohan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya, memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu daripada diadakan.

Musa berkata, walaupun ada yang mendakwa ia perhimpunan aman, namun polis meragui tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan.

“Ini kerana mereka (penganjur) didapati membuat hebahan yang begitu meluas mengenainya, sama ada melalui majlis-majlis ceramah, forum, penyebaran SMS, penggunaan laman-laman web, pengedaran “handbill” dan sebagainya sejak beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama kata beliau, mereka juga mengeluarkan panduan-panduan kepada orang ramai tentang cara-cara untuk menghadapi pihak polis melalui laman-laman web.

Kumpulan yang menamakan diri mereka “Bersih” merancang mengadakan perhimpunan disertai 100,000 orang pada pukul 3 petang Sabtu ini sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara.

Musa juga berkata, tindakan penganjur berkeras untuk meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan dan perarakan yang besar boleh menimbulkan kesesakan lalu lintas yang teruk, bukan sahaja di kawasan Dataran Merdeka malah seluruh ibu kota.

“Perhimpunan serta perarakan yang disertai oleh orang ramai secara besar-besaran juga tidak mustahil akan berlaku kekecohan sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

“Polis khuatir ada pihak-pihak dan anasir-anasir yang tidak diingini dan tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk mencetuskan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak terkawal sehingga akhirnya bertukar menjadi demonstrasi jalanan dan rusuhan ganas,” katanya.

Katanya, keadaan tersebut akan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai dan boleh menjejaskan aktiviti perniagaan serta membawa kepada kerosakan harta benda awam.

“Kerjasama orang ramai dalam mematuhi peringatan ini amat-amatlah dihargai bagi memastikan keamanan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata perhimpunan tersebut diharamkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman pada 6 Nov lepas.

Katanya, permohonan untuk mengadakan perhimpunan dibuat pada 3 Nov lalu, tetapi ditolak baru-baru ini.

“Persatuan itu boleh membuat rayuan, namun sehingga semalam tidak ada rayuan dibuat. Ia adalah perhimpunan haram,” katanya pada persidangan akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini hari ini.

“Orang ramai yang didapati berada di situ dengan tujuan untuk menyertai perhimpunan tersebut adalah salah, dan tindakan undang-undang ke atas mereka akan diambil,” katanya.

Beliau berkata, sekatan jalan akan diadakan di beberapa tempat manakala orang ramai dan kenderaan dari luar ibukota akan diperiksa.

Zul Hasnan berkata, kira-kira 4,000 anggota akan dikerah di sekitar kawasan tersebut untuk “menyuraikan dan menahan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan seperti rusuhan dan pergaduhan”.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59