Wednesday, 7 November 2007

RILEK SEJENAK



PANDUAN UNTUK 'MUJAHID/MUJAHIDAH' KE HIMPUNAN 100,000


Bagi memudahkan rakyat menyertai Himpunan Aman 100 ribu anjuran BERSIH, dilampirkan peta lokasi dan pengangkutan awam ke Dataran Merdeka.

Para peserta digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti, Bas, LRT Star, LRT Putra dan komuter. Berdasarkan maklumat yang diterima, jumlah penyertaan dari seluruh negara pada masa ini telah melebihi 100 ribu. Oleh itu pengangkutan awam amatlah sesuai pada hari berkenaan dan segala kenderaan dari luar bolehlah di letakkan di stesen-stesen pengangkutan awam dipinggir Kuala Lumpur.

Para peserta Perhimpunan yang masuk ke Kuala Lumpur sebelum pukul 3 petang, boleh berkumpul di tempat-tempat berikut;

1. Kompleks SOGO : Berhenti di Stesen Bas Sogo @ Stesen Komuter Bank Negara @ Stesen LRT STAR Bandaraya

2. Masjid Jamek KL : Berhenti di Stesen Bas Masjid Jamek @ LRT STAR @ PUTRA Masjid Jamek

3. Masjid Negara : Berhenti di Stesen Komuter @ Stesen Kereta api Kuala Lumpur

4. Pasar Seni : Berhenti Stesen Bas Bangkok Bank @ LRT Putra Pasar Seni


Disetiap tempat ini akan ada pmpinan dan sekretariat BERSIH yang akan menunggu. Pada pukul 3 petang semua akan berkumpl di Dataran Merdeka.

Para peserta dinasihatkan untuk membawa sedikit makanan dan minuman beserta anggota keluarga kerana Perhimpunan Aman ini juga adalah untuk semua. Kita datang dengan aman dan kita berkelah beramai-ramai di Dataran sambil mendengar amanat pimpinan BERSIH sebelum berarak ke Istana Negara.

Bagi peserta muslim, dinasihatkan untuk bersolat Zohor lebih awal atau melakukan Solat Jamak bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur.


REGIM DOLLAH SAMA DENGAN JUNTA TENTERA MYANMAR?


Ada pihak mendakwa bahawa Polis akan bertindak keras dengan menangkap sesiapa sahaja yang berdemonstrasi di Dataran Merdeka Sabtu ini.

Jika benar dakwaan ini dan jika berlaku sedemikian maka apa bezanya kita dengan Junta Tentera Myanmar! Satu dunia sedang memerhatikan kita. Jangan letak Malaysia setaraf dengan regim Musharaf di Pakistan atau Junta Tentera Myanmar. Malaysia kan dah 50 tahun Merdeka, Perdana Menterinya hebat dan terkenal di seluruh dunia, hatta angkasa pun Malaysia dah tawan. (Meminjam kata-kata Roslan SMS dalam blognya).

Kita memang menjangkakan adanya halangan dari Polis yang sudah jelas menjadi barua Umno. Tetapi kita mengharapkan ianya tidaklah sampai menangkap peserta perhimpunan aman ini. Tugas Polis ialah menjaga ketenteraman awam bukannya membuat provokasi dan kekacauan seperti yang barua Umno ini lakukan di Batu Burok baru-baru ini.

KITA HARAP SAHABAT-SAHABAT KITA JANGAN TAKUT DENGAN GERTAKAN DAN HASUTAN POLIS YANG MENYATAKAN PERHIMPUNAN BERSIH INI PERHIMPUNAN HARAM DAN SESIAPA YANG HADIR ADALAH MELAKUKAN KESALAHAN.

APA YANG PENTING KITA MESTI PATUH DAN TAAT KEPADA ARAHAN PIMPINAN SEBELUM, SEMASA DAN SESUDAH PERHIMPUNAN ITU.


Nik Aziz: Penggabungan Pas - Umno ibarat campuran lelaki dan wanita



KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata penggabungan antara parti itu dan Umno adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana percantuman itu ibarat pergaulan lelaki dan wanita yang bukan mahram, sesuatu yang ditegah oleh agama.

"Macam laki-laki dengan perempuan tak boleh bertemu. Hendak gabung tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan East Computech System Sdn Bhd di sini hari ini.

Menurut Nik Aziz antara faktor lain yang menyebabkan penggabungan itu sukar adalah Umno pernah menyingkirkan anggotanya yang kemudian menubuhkan Pas.

"Boleh jika nak gabung, tapi Umno perlu ubah dasar dia...daripada kebangsaan kepada Islam," katanya.

Dalam ucapannya, Menteri Besar Kelantan itu meminta umat Islam mengubah cara penyampaian tradisi seperti berceramah di masjid dan surau kepada penggunaan teknologi dalam menyebarkan agama Islam.

"Sampai bila hendak guna cara ini. Kita berdakwah ini macam berniaga, bukan orang cari kita tapi kita cari orang," katanya.

Beliau berkata dengan kecanggihan teknologi sekarang, satu daripada caranya ialah menggunakan Internet untuk berdakwah kepada kaum lain.

"Contohnya (ialah) menggunakan bahasa Cina di dalam Internet dengan menulis artikel-artikel yang mudah difahami untuk menarik minat mereka terhadap Islam," kata Nik Aziz.


Himpunan 100,000 Bakal Menjadi 1 juta!


Sabtu ini 10 November 2007, negara bakal menyaksikan satu perhimpunan aman terbesar anjuran BERSIH kendatipun pihak penganjur dan rakyat telah menerima sekalian banyak ancaman, ugutan dan larangan.

Sekalipun pada awalnya BERSIH mensasarkan perhimpunan tersebut disertai oleh 100,000 orang, namun setelah ianya diberikan publisiti meluas oleh pihak polis, media massa arus perdana dan media eletronik menghalang akyat menyertai perhimpunan tersebut, anggaran angka rakyat yang akan hadir dijangka meningkat kepada 1 juta orang.


Demikianlah, mengulangi kata-kata Mursyidul Am PAS, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, "bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Seroang sahabat menyatakan, himpunan mega ini bukan sekadar satu himpunan politik tetapi ianya lebih kepada himpunan massa bagi melaungkan kembali gema suara rakyat yang selama ini dipulas-pulas oleh tangan-tangan provokator dan konspirator negara. Hakikatnya rakyat Malaysia bukannya bodoh, rakyat boleh berfikir seiring dengan capaian massa.

Uniknya rakyat Malaysia adalah sikap mereka yang pantang dicabar dan diperbudakkan. Kita sentiasa mahu jadi yang terbaik. Membina masyarakat dan demokrasi yang berkualiti.Tekanan Kerajaan BN ini sedikit pun tidak akan mengurangkan jumlah penyertaan (malah meningkatkannya lagi).

Pihak polis telah pun merancang siri larangan dan ugutan sebagai menyahut kata-kata menantu Perdana Meneri, Khairi Jamaluddin yang memnta polis bertindak tegas dan menangkap penganjur perhimpunan ini.

Terbaru, Ketua Pemuda PAS. YB Salahuddin Ayub telah menerima panggilan pada 3 November lalu melalui telefon bimbit, sistem pesanan ringkas (SMS) dan pos laju daripada seorang pegawai Bahagian Jenayah Komersial, Amran Mohd Husin supaya hadir ke Bukit Aman untuk memberi kenyataan berhubung perhimpunan aman itu.

Sebelum dari ini, enam daripada Ahli Jawatankuasa Bersih terdiri daripada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, AJK Bersih, Sivarasa Rasiah, Johari Abdul, Khairul Annuar Zainuddin (Jonah), Tian Chua dan Ronnie Liu turut dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan mengenai gabungan Bersih di bawah Akta Pertubuhan.

Tanpa merasa malu dan rasa bersalah sedikit pun apabila rancangan-rancangan jahat Polis melalui anggota cawangan khas (SB-SB) mereka melakukan provokasi menimbulkan kacau bilau dan mencetuskan keganasan di dalam beberapa siri perhimpunan aman yang lepas-lepas didedah dan dibongkarkan, kini pihak polis masih terus-terusan menggunakan taktik untuk menakut-nakutkan rakyat.

Setelah sekalian lama pihak polis yang sepatutnya menjaga keamanan tetapi telah meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka, melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang seperti mencabul, menyepak, menendang, menampar, mengkasari malah menembak orang ramai menjadikan imej polis sejijik najis yang tidak pernah menjadikan polis sedar dirinya bahawa mereka juga perlu mematuhi undang-undnag.

Keputusan Mahkamah Tinggi yang mendedahkan perlakuan ganas dan jelek pihak polis di dalam kes Abdul Malek adalah justifikasi terhadap kebinatangan polis selama ini.

Justeru itu rakyat sudah tidak dapat menerima serta memaafkan polis, apatah lagi amaran atau ancaman, yang selama ini rupa-rupanya polis bertindak membelakangkan undang-undang tetapi tanpa tahu malu menyuruh oranglain mematuhi undang-undang.

Kuasa sebenar bukan ditangan polis, bukan di tangan parti pemerintah, bukan di tangan pegawai-pegawai kerajaan yang bongkak, sombong dan angkuh, tetapi kuasa sebenar adalah di tangan rakyat terbanyak.

Benar kita ada institusi parlimen, benar kita ada sistem pilihanraya, benar kita memilih wakil rakyat melalui peti undi di dalam demokrasi, namun perkara pokok yang menjadi persoalan kini ialah terdapatnya penyelewengan serta korupsi perjalanan sistem pilihanraya yang dilakukan oleh pihak keajaan melalui agennya Suruhanjaya Pilihanraya.

Maka itu perhimpunan aman BERSIH ini di adakan. Menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih supaya tidak ada lagi keperluan untuk mengadakan perhimpunan seperti ini di masa muka.

Jika polis masih ingin meneruskan provokasi dan ugutan mereka terhadap rakyat dari menyertai perhimpunan ini, percayalah, perhimpunan 100,000 orang ini akan bertukar menjadi jutaan rakyat, bukan sekadar di Dataran Merdeka tetapi di seluruh negara!

greenboc


UMNO - Party for all Malaysians, wow what a joke!


Pemuda UMNO kata parti itu bukan untuk Melayu saja tapi mahu lihat semua kaum maju, Wanita UMNO menyediakan gold medals dan hadiah kewangan kepada 3 pelajar bukan Melayu dan Puteri UMNO menyeru semua parti-parti BN ujudkan sayap puteri masing-masing, dan dengan 3 perkara itu, maka UMNO telah dianggap sebuah parti politik bukan untuk Melayu saja tapi untuk semua kaum.

Kalau itu sajalah yang perlu dibuat oleh UMNO untuk menjadi parti bukan perkauman dan dianggap parti multi-racial, maka sebenarnya dah lama UMNO ni menjadi parti yang bukan untuk Melayu saja.

Dibawah payung ekonomi, khususnya dibawah Dasar Ekonomi Baru sudah ratusan kalau tidak pun ribuan manusia bukan Melayu yang dah jadi jutawan hasil penyalahgunaan dasar itu oleh UMNO dan pemimpin-pemimpinnya.

Sebenarnya, UMNO itu adalah parti Melayu sekadar untuk mendapatkan undi dan sokongan orang-orang Melayu, tetapi pimpinan UMNO dah jadikan parti itu sebagai tempat mencari kepentingan diri, memperkayakan diri dan kroni dan mereka berpakat dengan orang-orang kaya bukan Melayu merompak kekayaan Negara, mereka mempunyai kepentingan bersama.

Manakala ahli-ahli UMNO akar umbi itu langsung tidak mempunyai kepentingan bersama pemimpin-pemimpin. Bagi mereka itu sudah cukup dapat duit dan lain-lain habuan seratus dua ringgit masa nak mengundi. Masa pemilihan UMNO pun mereka diberi sedikit sebanyak habuan. Itu sajalah! Kepentingan ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi itu ada persamaan dengan ahli-ahli MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS, PBRS, Pesaka-Bumiputra dsb diperingkat akar umbi. Semuanya tidak mempunyai kepentingan yang sama dengan pemimpin-pemimpin mereka. Orang-orang Asli lagilah ketinggalannya!

Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Pemimpin-pemimpin BN (Enggang) tanpa kira kaum mempunyai kepentingan bersama, ahli-ahli biasa BN (pipit) tanpa kira kaum mempunyai kepentingan bersama.

Kepada ahli-ahli pipit didalam komponen BN tu, sedar dan insaflah. Cukuplah dipermain-mainkan oleh pemimpin-pemimpin kamu. Mari kita sama-sama berjuang didalam parti yang memperjuangkan nasib semua kaum -- PAS dan PKR

Suhaimi Said


UMNO - Party for all Malaysians, wow what a joke!


Pemuda UMNO kata parti itu bukan untuk Melayu saja tapi mahu lihat semua kaum maju, Wanita UMNO menyediakan gold medals dan hadiah kewangan kepada 3 pelajar bukan Melayu dan Puteri UMNO menyeru semua parti-parti BN ujudkan sayap puteri masing-masing, dan dengan 3 perkara itu, maka UMNO telah dianggap sebuah parti politik bukan untuk Melayu saja tapi untuk semua kaum.

Kalau itu sajalah yang perlu dibuat oleh UMNO untuk menjadi parti bukan perkauman dan dianggap parti multi-racial, maka sebenarnya dah lama UMNO ni menjadi parti yang bukan untuk Melayu saja.

Dibawah payung ekonomi, khususnya dibawah Dasar Ekonomi Baru sudah ratusan kalau tidak pun ribuan manusia bukan Melayu yang dah jadi jutawan hasil penyalahgunaan dasar itu oleh UMNO dan pemimpin-pemimpinnya.

Sebenarnya, UMNO itu adalah parti Melayu sekadar untuk mendapatkan undi dan sokongan orang-orang Melayu, tetapi pimpinan UMNO dah jadikan parti itu sebagai tempat mencari kepentingan diri, memperkayakan diri dan kroni dan mereka berpakat dengan orang-orang kaya bukan Melayu merompak kekayaan Negara, mereka mempunyai kepentingan bersama.

Manakala ahli-ahli UMNO akar umbi itu langsung tidak mempunyai kepentingan bersama pemimpin-pemimpin. Bagi mereka itu sudah cukup dapat duit dan lain-lain habuan seratus dua ringgit masa nak mengundi. Masa pemilihan UMNO pun mereka diberi sedikit sebanyak habuan. Itu sajalah! Kepentingan ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi itu ada persamaan dengan ahli-ahli MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS, PBRS, Pesaka-Bumiputra dsb diperingkat akar umbi. Semuanya tidak mempunyai kepentingan yang sama dengan pemimpin-pemimpin mereka. Orang-orang Asli lagilah ketinggalannya!

Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Pemimpin-pemimpin BN (Enggang) tanpa kira kaum mempunyai kepentingan bersama, ahli-ahli biasa BN (pipit) tanpa kira kaum mempunyai kepentingan bersama.

Kepada ahli-ahli pipit didalam komponen BN tu, sedar dan insaflah. Cukuplah dipermain-mainkan oleh pemimpin-pemimpin kamu. Mari kita sama-sama berjuang didalam parti yang memperjuangkan nasib semua kaum -- PAS dan PKR

Suhaimi Said


IMAM HADHARI YANG KELIRU TENTANG ISLAM


Maka berkatalah Imam Al Hadhari dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno pagi ini. Katanya :

"Manhaj atau pendekatan Islam Hadhari telah difahami dan menerima sokongan dari parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Ini menunjukkan bahawa pendekatan Islam yang dianjurkan oleh Umno berwajah sederhana - bersifat adil," katanya.

Jelas sekali bahawa Imam Al Hadhari ini keliru tentang Islam. Hujahnya di atas seolah-olah Islam yang betul ialah Islam yang diterima oleh orang Kafir.

Sedangkan kita tahu, Islam yang sebenarnya tidak pernah dipersetujui oleh orang Kafir.

Jadi kalau Islam Hadhari diterima dengan mudah oleh orang Kafir maknanya ADA YANG TIDAK KENA DENGAN ISLAM HADHARI.

IMAM AL HADHARI KENA KAJI DENGAN TELITI DAN JUJUR ADAKAH ISLAM HADHARI BERTEPATAN DENGAN AL QURAN DAN HADIS.


LAGI KES PELAJAR PEREMPUAN SAMSENG. BUKTI SISTEM PELAJARAN ISLAM HADHARI GAGAL


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu depan terpaksa mengulang kaji pelajaran di katil hospital selepas diterajang ala kungfu oleh sekumpulan rakan perempuan sekolahnya di Taman Maluri, Cheras di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, Siti Ruhana Mohd Ramli, 17, ditumbuk di perut dan diterajang di bahagian kemaluan.

Berikutan itu, mangsa mengalami kesakitan dalam perut serta pendarahan ketika membuang air kecil.

Menceritakan kejadian itu, Siti Ruhana berkata dia dipanggil seorang pelajar perempuan dari kelas lain ketika khusyuk mengulang kaji pelajaran.

"Pelajar tingkatan lima yang saya kenali itu meminta saya ke belakang (kelas) kerana mendakwa ada sesuatu yang ingin dibincangkan.

"Sebaik sampai di sana, ada lima pelajar perempuan dan tiga pelajar lelaki di situ," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia terus dimaki-hamun kumpulan pelajar perempuan terbabit yang dipercayai tidak puas hati dan berselisih faham dengannya.

Sejurus selepas itu, dengan tidak semena-mena seorang pelajar perempuan memegangnya manakala seorang lagi pelajar perempuan menumbuk perutnya.

"Selepas ditumbuk di perut, pelajar perempuan itu turut menendang kemaluan saya tiga kali menyebabkan saya mengalami kesakitan yang amat sangat.

"Kejadian itu berakhir selepas kira-kira 10 minit saya diperlakukan demikian," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Siti Ruhana berkata, sambil menahan kesakitan dia menggagahkan diri masuk ke kelas dan menghubungi bapanya untuk meminta dihantar ke klinik.

Katanya, bapanya yang tiba tidak lama kemudian meminta kebenaran guru untuk menghantarnya ke klinik.

"Saya bagaimanapun dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan kecederaan yang dialami.

"Pemeriksaan doktor mendapati bahagian dalam perut saya membengkak kesan perbuatan pelajar terbabit.

"Saya juga mengalami pendarahan ketika membuang air kecil menyebabkan saya ditahan di wad untuk rawatan lanjut," katanya.

Siti Ruhana berkata, dia yang bakal menduduki SPM minggu depan kini trauma dengan kejadian yang pertama kali dialami dalam hidupnya.

Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan di pondok polis HKL beberapa jam selepas kejadian itu.

KEJADIAN DI ATAS MEMBUKTIKAN BAHAWA BUDAYA SAMSENG MENULAR DENGAN BEGITU PARAH BUKAN SAHAJA DI KALANGAN PELAJAR LELAKI MALAH PELAJAR PEREMPUAN.

JELAS SEKALI KEMENTERIAN PELAJARAN GAGAL MEMBENDUNGNYA.


Pemuda PAS wajib hadir perhimpunan rakyat Sabtu ini


Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada siapa yang mengaku menjadi ahli Pemuda PAS, supaya wajib hadir di dalam perhimpunan aman menuntut pilihan raya yang adil, Sabtu ini.

Saya mengarahkan khas kepada ahli Pemuda PAS seluruh negara supaya menyertai perhimpunan aman itu bagi memberi kesedaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan menjalankan pilihan raya secara telus dan adil.

Perhimpuanan aman anjuran Bersih tersebut akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu 10 November ini, bermula jam 3 petang.

Saya mengingatkan supaya ahli Pemuda PAS seluruh negara, kehadiran dalam perhimpunan aman itu amat penting jika mereka benar-benar mengaku sebagai ahli Pemuda PAS dan mahu meneruskan perjuangan dalam Islam.

Saya minta agar Pemuda PAS dapat buktikan yang kita cintakan keadilan serta keamanan. Jika sami-sami Buddha di Myanmar sanggup berdemonstrasi di jalan raya untuk menuntut keadilan tidak ada sebab bagi Pemuda PAS tidak hadir dalam perhimpunan aman itu.

Saya juga mengingatkan agar Pemuda PAS seluruh negara supaya berani dalam menghadapi apa sahaja cabaran dan halangan, tidak perlu gentar dan amaran atau ugutan daripada pihak polis.

Dalam masa yang sama saya mengingatkan seluruh Pemuda PAS supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan mematuhi segala arahan daripada pihak pimpinan Parti.

YB. SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59