Tuesday, 6 November 2007

PEMUDA AKUI UMNO, MIC, MCA PARTI PERKAUMAN YANG PENTING BANGSA SENDIRI


Perwakilan Pemuda Umno Negeri Sembilan, Samad Ibrahim mengakui bahawa parti-parti utama komponen BN iaitu Umno, MCA dan MIC adalah parti perkauman yang hanya mementingkan bangsa masing-masing.

"Hakikatnya, politik kita adalah politik perkauman, kita sedar semua bangsa memperjuangkan bangsa mereka.

"Kita tidak mampu berbobong pada diri kita...beretorik...begitu jugalah , retorik, begitu dengan MCA, MIC...," katanya ketika membahaskan ucapan dasar ketua pergerakan tersebut hari ini.


DEMOKRASI TERTUTUP DALAM UMNO. SIAPA PENYANDANG ADA KUASA CANTAS PENCABAR


Demokrasi memang sudah lama tertutup dalam Umno sebab itu seseorang calon Presiden dan Timbalan Presiden mesti mendapat kouta minima pencalonan barulah layak untuk bertanding. Oleh kerana itulah Tengku Razaleigh telah beberapa kali tewas sebelum bertanding menentang Dr Mahathir dan terakhir menentang Pak Lah dalam pemilihan Umno yang lepas.

Begitu juga hal ini terjadi kepada sayap Umno, Pergerakan Wanita, apabila ura-ura Azalina untuk menentang Rafidah telah menyebabkan Rafidah dan barua-barua melenting memberi amaran. Maka terbukti demokrasi telah berkubur dalam Umno.

Media melaporkan hari ini seperti di bawah :-

Seorang exco Wanita Umno hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak dalam pergerakan tersebut supaya jangan cuba menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Rafidah Aziz.

Datin Haliman Saddique yang juga Ketua Wanita Johor berkata, beliau dan ahli-ahli pergerakan itu di seluruh negeri itu sedia menyinsing lengan mempertahankan Rafidah dan timbalannya, Datuk Sharizat Abdul Jalil.

"Datuk Seri jangan takut, jangan gentar Wanita akan berdiri teguh dan menyokong Datuk Seri," katanya ketika membahaskan ucapan Ketua Pergerakan Wanita, di perhimpunan pergerakan itu di PWTC di ibunegara.

Halimah dipercayai merujuk kepada khabar angin ada pihak dalam pergerakan itu yang mahukan bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Azalina Othman mencabar Rafidah dalam pemilihan parti akan datang.

Baru-baru ini, Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dilaporkan berkata, Azalina layak untuk menerajui pergerakan Wanita.

Dalam ucapan dasarnya di perhimpunan Wanita Umno pagi tadi pun, Rafidah mengingatkan generasi muda dalam pergerakan itu supaya tidak terlalu memikirkan tentang kuasa dan jawatan.

Walaupun Rafidah tidak menyebut sebarang nama dalam ucapannya, tetapi nasihat beliau itu dipercayai ditujukan kepada Azalina dan para penyokongnya dalam pergerakan Wanita Umno.

'Berdiam diri'

Azalina, yang merupakan ketua pengasas pergerakan Puteri Umno, hanya berdiam diri walaupun perkara itu telah lama diperkatakan.

Kalau mengikut proses peralihan biasa, calon selepas Rafidah ialah timbalannya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil akan mengambilalih jawatan Ketua Wanita jika tidak ada sebarang cabaran.

Bagaimanapun, Rafidah, yang menyambut harijadinya yang ke 64 pada hari Ahad, belum menyatakan lagi hasratnya untuk bersara.

Pemilihan Umno yang sepatutnya diadakan tahun ini, telah ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya umum akan datang.

Sementara itu, Halimah juga mendedahkan wujudnya di kalangan sesetengah ahli pergerakan itu perasaan hasad dengki dan mahu menjatuhkan antara satu sama lain.

Katanya, di peringkat akar umbi ada pemimpin tertentu yang mula berkempen untuk kepentingan sendiri.

'Beri amaran'

Beliau juga mendedahkan bahawa ada pihak tertentu yang memperlekehkan Wanita sedangkan mereka tahu Wanita merupakan tulang belakang parti.

"Saya memberi amaran, jangan sesekali baling batu, sembunyi tangan dan jangan jolok sarang tebuan," katanya.

Halimah berkata, ketika orang marah, benci dan mencerca Umno, ahli-ahli Wanita turun padang untuk membantu memenangi calon parti itu.

Tetapi, katanya, apabila sudah stabil dan parti telah menjadi kuat, Wanita pula yang mahu dilupakan.

"Tiada Wanita tidak akan ada mesyuarat cawangan, Tiada mesyuarat cawangan, maka tiadalah mesyuarat bahagian. Tiada mesyuarat bahagian tiadalah Majlis Tertinggi (MT) Umno. Jangan bermain api, nanti parti akan hangus dan bangsa akan terbakar," katanya.

Beliau juga menasihatkan ahli pergerakan itu supaya tidak mudah mempercayakan orang lain kerana ada pihak yang sentiasa menjatuhkan orang lain secara senyap-senyap.


Sumber : Malaysiakini


MARUAH ISLAM DICABAR, KERAJAAN ISLAM HADHARI BUAT TAK TAU?




Malang sungguh gadis ini (gambar) kerana menjual arak disebuah Pasar raya. Apa yang berlaku adalah contoh kegagalan kerajaan (Umno?BN) yang diberi kuasa tetapi tidak prihatin terhadap larangan agama.

Gadis ini tidak akan menjadi penjual arak jika pihak berkuasa menyediakan peraturan yang melarang gadis Islam menjual arak dengan menyediakan kaunter berasingan untuk menjual barangan HARAM. Akibat daripada ketiadaan kaunter yang berbeza antara arak dan barangan lain, maka ramai anak-anak gadis Islam yang bertudung ini menjual arak di Pasaraya milik bukan Islam.

Dimanakah Kadi dan mufti? dimanakah Jabatan Agama Islam negeri-negeri untuk membela gadis malang ini?

Bukan sahaja maruah gadis ini yang tercalar, tetapi maruah agama Islam itu sendiri tercalar kerana kerajaan membiarkan pekerja Islam diperkotak-katikkan oleh majikan bukan Islam.

Ini antara contoh kegagalan kerajaan Islam Hadhari menjaga kedaulatan Islam.

DARI ITU BANGKITLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA, JATUHKAN KERAJAAN BN ISLAM HADHARI PADA PILIHANRAYA UMUM KE 12 NANTI


*Gambar gadis di atas dirakam di Pasaraya TF, Jerantut,Pahang.

Sumber : darigaunghati


MASIH ADA YANG MAKAN SEKALI SEHARI, RUMAH NAK ROBOH DI NEGERI KEDAH MAJU 2010



Kedah kononnya akan menjadi negeri maju menjelang 2010. Bila dikatakan negeri maju maka apa yang tergambar ialah kehidupan rakyat yang senang dan sejahtera, pendapatan rakyat yang hebat dan sebagainya.

Hakikatnya cita-cita Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid hanyalah angan-angan kosong kerana masih ramai rakyat Kedah yang miskin, kais pagi makan pagi, tidak ada rumah yang sempurna dan sebagainya.

Media hari ini sekali lagi membongkar kesusahan sebuah keluarga di Kedah. Kemiskinan menyebabkan seorang ibu tunggal, Manis Yusof, 49, bersama anaknya Shazri Husin, 9, terpaksa mengikat perut selain mengharapkan belas ihsan jiran terdekat untuk membeli makanan.

Manis yang tinggal di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena, mendakwa disebabkan kedaifan itu mereka sering makan sekali sehari.

"Kami makan apa yang ada saja asalkan ada beras. Kami juga tidak mampu membeli makanan sedap seperti daging atau ayam kecuali yang disumbangkan jiran pada setiap kali hari raya," katanya.

Manis yang kematian suami sejak setahun lalu tinggal di rumah usang yang dipenuhi lubang dan tidak sesuai diduduki kerana keadaannya yang uzur dan boleh roboh pada bila-bila masa.

"Purata pendapatan saya dalam sebulan cuma RM80. Jumlah itu hanya cukup untuk membeli beras manakala lauk-pauk pula terpaksa berjimat-jimat," katanya yang bekerja sebagai pembantu gerai di pekan sehari di sekitar Pokok Sena di sini, dengan upah RM5 sehari.

Menurutnya, dia sudah tidak tahan tinggal di rumah itu kerana dipenuhi lubang selain tiangnya reput dan berbahaya untuk diduduki.

"Jika hujan, kami terpaksa menumpang teduh di rumah jiran berdekatan. Jika tidak memang tidak boleh tidur kerana hampir seluruh dinding rumah berlubang dan dimasuki air," katanya.

Katanya, beberapa tahun lalu dia pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tetapi sehingga kini tidak diketahui statusnya.

"Saya juga pernah meminta bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mendapatkan rumah baru bagaimanapun masih tidak mendapat keputusan walaupun permohonan itu sudah lama dibuat," katanya.

Kemiskinan juga menyebabkan Manis terpaksa menyerahkan dua anak perempuannya untuk dipelihara keluarga angkat.

"Saya terpaksa menyerahkan kedua-dua anak saya untuk dipelihara orang lain kerana tidak mampu menjaga mereka," katanya.

Jirannya, Norma Yaacob, 38, berkata rumah Manis juga tidak mempunyai bekalan air dan terpaksa meminta air dari rumah jiran terdekat untuk kegunaan harian.

Anak Manis, Shazri, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Bukit Payung sering menumpang kereta gurunya pergi dan balik sekolah serta turut mendapat program bantuan makanan sekolah.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi jiran Manis, Abdul Malek Idris melalui talian 019-5277487.


REMAJA MENGANDUNG LUAR NIKAH MENINGKAT DI MELAKA. APA ALI RUSTAM BUAT?



Ketua Pegawai Penguat Kuasaan Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, sejak awal tahun ini hingga sekarang, 261 kes mengandung anak luar nikah membabitkan remaja perempuan berlaku di negeri Melaka.

Katanya, ia meningkat sebanyak 37 kes berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 223 kes. Ini adalah kes yang dilaporkan atau diketahui oleh pihak berkuasa, sudah tentu banyak lagi kes yang berlaku tetapi tidak dilaporkan.

Fakta di atas menunjukkan bahawa kes perzinaan semakin meningkat dari masa ke semasa di Melaka. Perkara ini tidak menimbulkan kehairanan kepada kita kerana program-program maksiat terus digalakkan oleh kerajaan negeri Melaka.

Pada masa yang sama kuliah-kuliah dan program agama semakin kurang atau tidak digalakkan. Malah jika ada Ustaz yang hendak mengajar di surau dan masjid kerajaan sudah tentu tidak dibenarkan jika tidak ada tauliah walaupun ustaz tersebut lulusan Al-Azhar atau lulusan agama IPTA tempatan.

Kelab-kelab malam, dangdut, karaoke, pub, rumah urut semakin banyak samada yang dihalalkan oleh kerajaan negeri atau tidak halal disisi kerajaan negeri.

Program-program hiburan seperti konsert, karaoke, joget, pesta dan sebagainya terus subur di Melaka.

Malah baru-baru ini Bahagian Belia Jabatan Ketua Menteri sendiri menganjurkan pertandingan karaoke 24 jam tidak lama selepas Ramadhan berakhir.

Remaja dibiarkan terus khayal dengan budaya hedonisme dan hiburan yang melalaikan mereka dari agama. Kerajaan negeri tidak pernah risau dengan situasi mengandung luar nikah dan gejala sosial ini. Sebab itu tempat-tempat maksiat terus diujudkan dan program-program maksiat terus digalakkan oleh kerajaan negeri sendiri.

Akhirnya remaja semakin rosak dan terjerumus ke lembah kehinaan. Malangnya setiap kali kes-kes begini di bincangkan ibubapa sahaja yang dipersalah. Sedangkan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap amar makhruf dan nahi mungkar berlepas tangan. Kerajaan yang berkuasa menutup tempat-tempat maksiat dan menghentikan program maksiat terus lalai dengan kuasa mereka.

Sistem pembelajaran yang langsung tidak menekankan aspek agama juga menjadi sebab mengapa remaja menjauhi agama. Mereka pergi sekolah hanya untuk lulus periksa. Pendidikan akhlaq dan perangai tidak penting. Kerajaan lepas tangan dan selalu menuding jari kepada ibubapa dikatakan tidak pandai menjaga anak.

Ayuh wahai rakyat Melaka bangkit dan sedarlah bahawa kerajaan Islam Hadhari yang memerintah sekarang sememangnya tidak hirau apa yang terjadi kepada anak-anak kita. Yang penting bagi mereka ialah pembangunan kerana pembangunan yang banyak akan menyebabkan kocek mereka penuh.


POLIS DAN KERAJAAN MALAYSIA DI SAMAN



Empat peguam hari ini menfailkan saman terhadap enam pegawai polis dan kerajaan Malaysia bagi menuntut gantirugi RM85 juta atas dakwaan silap menangkap dan menahan mereka selama sehari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, bulan lalu.

M Manoharan, P Uthayakumar, P Waythamoorthy dan V Ganabatirau menfailkan writ saman itu melalui Tetuan R Kengadharan di Pejabat
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur, demikian laporan Bernama.

Tujuh defenden yang dinamakan dalam tuntutan saman itu ialah Ketua Polis Daerah (OCPD) Shah Alam ACP Noor Azam Jamaludin, timbalannya Supt Sharif Abdul Wahid, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Konstabel Hasrul (hanya satu nama) dari IPD Shah Alam dan kerajaan Malaysia.

Manoharan, Uthayakumar dan Ganabatirau masing-masing memohon RM20 juta sebagai gantirugi am manakala Waythamoorthy memohon RM25 juta.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka mendakwa pada 30 Oktober lalu, mereka telah pergi ke IPD Shah Alam untuk berjumpa dengan anak guam masing-masing tetapi telah dihalang oleh defendan keenam iaitu Konstabel Hasrul.

'Jejas reputasi'

Mereka mendakwa Konstabel Hasrul tidak membenarkan mereka masuk ke dalam balai polis itu dan juga bertindak ganas dengan menolak Waythamoorthy sehingga beliau mengalami kecederaan di kepala dan siku.

Mereka mendakwa apabila berlaku kekecohan, anggota polis lain bergegas ke balai itu dan Konstabel Hasrul juga telah mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh terhadap mereka.

Mereka kemudiannya diberkas sekitar jam 11 malam, 30 Oktober, atas arahan defendan pertama hingga defendan kelima sehingga mereka dibebaskan pada keesokan harinya jam 8 malam.

Keempat-empat peguam itu mendakwa akibat perbuatan oleh defendan-defendan, reputasi dan imej mereka sebagai peguam terjejas.

Akibat perbuatan itu juga, mereka tidak dapat berjumpa dengan anak guam masing-masing pada 31 Oktober dan mereka juga tidak dapat untuk menghadiri perbicaraan dan sebutan kes yang dijadualkan pada 31 Oktober.

Susulan itu, mereka mendakwa perbuatan defendan-defandan itu yang memberkas dan menahan mereka adalah salah di sisi undang-undang.


BN BUKAN SAHAJA AKAN MENANG SEPERTI PRU 2004 TAPI BOLEH MENANG SEMUA KERUSI PADA PRU 12



Berkatalah Najib semalam bahawa Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, yakin dapat mengulangi kejayaan dengan majoriti lebih dua pertiga dalam pilihanraya umum akan datang berasas kepada kekalahan parti pembangkang dalam lima pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini.

Katanya, Umno telah menewaskan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Berang dan Pengkalan Pasir, DAP di kerusi Machap, PKR di Ijok manakala calon Bebas kehilangan deposit di Batu Talam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno supaya melipatgandakan persiapan untuk menghadapinya.

Berucap merasmikan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Putrama malam tadi, Najib berkata Umno menang dengan majoriti besar kerana sokongan rakyat yang mantap kepada parti itu dan BN.

KITA MEMANG KITA MENAFIKAN BN MUNGKIN AKAN MENCAPAI KEMENANGAN TETAPI KEMENANGAN TERSEBUT DIPEROLEHI DENGAN CARA TIDAK BERMARUAH SEPERTI MEMPERKUDAKAN SPR, JABATAN KERAJAAN, MEDIA DAN SEBAGAINYA.

BN MENIPU, MENGUGUT, MERASUAH DAN MENGGUNAKAN SEGENAP JENTERA KERAJAAN UNTUK MEMPENGARUHI RAKYAT SUPAYA MENGUNDI BN. JIKA INI DILAKUKAN SEKALI LAGI PADA PRU 12 MAKA TIDAK MUSTAHIL BN AKAN MENANG 100 %.


RILEK SEKEJAP. TEMURAMAH DGN SAMY 'TARAK' VALUE



The great Samy Vellu announced today:
"Saya syukur angkasawan kita telah meninggal dunia 10 hari, kini selamat dikebumi"

Samy Vellu ditemuramah tentang program angkasawan negara.

Samy: "...Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat.
Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi
matahari. Barulah USA , Russia , respect sama kita...."


Penemuramah: Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi
sana ?

Samy: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun
jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang,
manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk......


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59