Saturday, 3 November 2007

Kami tiada tempat lain nak pergi...




Shah Alam : "Ramai yang berpindah untuk tinggal bersama rakan dan saudara mara. Kami terpaksa tinggal di sini kerana kami tiada tempat hendak pergi," kata Mudzakir Mustapar, salah seorang penduduk Kampung Rimba Jaya yang rumah mereka dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam kelmarin.

Beliau bersama isteri serta empat orang anaknya, termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan, terpaksa tinggal dalam pondok yang diperbuat daripada sisa-sisa kayu daripada rumah-rumah yang dirobohkan di situ.

Sebelum ini, Mustapar, 37, tinggal di Kampung Rimba Jaya sejak tahun 1980, dan punca sumber pencariannya adalah daripada kerja-kerja kimpalan di belakang rumahnya.

Mudzakir mendakwa hampir keseluruhan barangan milik keluarganya musnah ketika MBSA menjalankan operasi merobohkan rumah-rumah di situ, termasuk sebuah bot yang digunakannya untuk menangkap ikan pada hujung minggu bagi menambah sumber pendapatannya.

“Hari Raya baru seminggu berlalu. Saya tidak faham mengapa kerajaan membiarkan semua ini berlaku," katanya dalam nada kesal.

Tidak mampu berpindah

Sebuah lagi keluarga yang tidak mahu memberitahu nama mereka, berkata mereka telah membeli tiga khemah semalam.

Mereka berharap akan menerima pampasan dari pemaju kawasan tersebut atau dari kerajaan kerana mereka tidak mampu untuk berpindah keluar dari situ.

Ketua kampung, Mohd Yassin Hashim , 62, juga mengambil keputusan untuk terus tinggal di Kampung Rimba Jaya.

Anak-anak dan isterinya telahpun berpindah ke tempat lain, tetapi Mohd Yassin tetap berkeras mahu terus tinggal di tengah-tengah runtuhan rumah di situ.

“Di sinilah tempat say atinggal sejak 30 tahun yan glalu dan di sini jugalah saya akan menghembuskan nafas saya yang terakhir," kata Mohd Yassin.

Keputusan mahkamah


Seperti penduduk yang lain, rumah Mohd Yassin musnah sama sekali. Yang tinggal hanyalah beberapa pakaian, kerusi dan beg yang mengandungi dokumen-dokumen penting.

Beliau juga menggunakan menggunakan bendera Barisan Nasional yang disambung bersama, sebagai sempadan tanap rumahnya yang telah dirobohkan itu.

Nasib penduduk-penduduk lain kampung Kampung Rimba Jaya tidak diketahui.

Mohd Yassin mendakwa, penduduk di situ tidak ditawarkan tempat tinggal sementara atau ditawarkan membeli rumah kos rendah di mana-mana kawasan.

Penduduk Kampung Rimba Jaya telah mencuba menghalang sejak bertahun-tahun lamanya usaha untuk mengusirkan mereka melalui mahkamah. Mereka mencabar penggunaan Ordinan Darurat untuk mengusir mereka dari situ.

Mereka membawa kes itu hingga ke Mahkamah Persekutuan, dan mereka kalah dalam kes tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59