Thursday, 1 November 2007

PERGI KELANTAN SELENDANG ATAS KEPALA, BALIK KL SELENDANG HILANG .....!@#@#$#$????


















Cuba amati gambar ini. Wanita ini ialah Ummu Hadhari Jeanne Abdullah. Ianya dipetik dari weblog Kickdefella, ia diambik ketika pelancaran ECER di Kota Bharu minggu lalu.

Ada yang tak kena ke dengan gambar ini. Ada iaitu Ummu Hadhari TIDAK MENUTUP AURAT dengan betul walaupun meletak selendang di kepada, tetapi rambut nampak dan selendang tidak dilabuhkan hingga ke paras dada.

APA YANG KAMI INGIN UTARAKAN IALAH HIPOKRITNYA UMMU HADHARI NI. BILA PERGI KELANTAN ATAU TERENGGANU MAKA LETAK SELENDANG ATAS KEPALA. BALIK KL SELENDANG PUN MELAYANG.

TOK SAH LAH BERLAKON. SEBAB MENUTUP AURAT WAJIB DALAM ISLAM


Datuk Ramli didakwa di mahkamah


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff dihadap di mahkamah sesyen Kuala Lumpur jam 3.30 petang tadi ata tiga tuduhan gagal mengisytiharkan hartanya.

Dia dituduh di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana gagal mengisytiharkan maklumat penuh mengenai hartanya di dalam kenyataan bersumpahnya.

Tiga tuduhan tersebut berkaitan dengan:

1. Dua lot pejabat milik saudara perempuannya di Jalan Yap Kuan Seng in Kuala Lumpur. Harta tersebut didaftar di bawah Bonus Circle Sdn Bhd dan dibeli pada harga kira-kira RM1 juta.

2. Kegagalannya untuk mengisytiharkan 154,000 unit saham dalam Pemaju Industries Sdn Bhd.

3. Kerana melanggar Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib kerana memegang jawatan pengarah Kinta Jaya Sdn Bhd pada 25 April 2006 ketika memegang jawatan pengarah CCID.

Ramli. 55 - salah seorang pegawai tertinggi polis, dipanggil ke ibupejabat BPR pagi tadi.

Dia tiba di ibupejabat BPR pada jam 11.20 pagi dengan menaiki kereta BMW warna hitam, dengan ditemani oleh isterinya serta empat orang peguam.

Ramli ditahan pada kira-kira jam 11.45 pagi, selepas merakam kenyataannya.

Ramli merupakan pegawai polis paling kanan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, yang didakwa di mahkamah, dalam sejarah negara ini.

Ramli disiasat oleh BPR ekoran dakwaan dia memiliki aset bernilai RM27 juta. Ramli bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dalam satu sidang akhbar Selasa lalu.

Dalam sidang akhbar tersebut, Ramli turut mengecam BPR kerana membocorkan maklumat berhubung siasatan itu kepada pihak akhbar.

Susulan kepada siasatan itu, BPR telah mendakwa seorang peguam Ramli - Rosli Dahlan -pada 13 Oktober lalu kerana gagal memberi maklumat mengenai hartanya dalam kenyataan bersumpahnya.

Rosli, 46, seorang rakan fima guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, didakwa gagal mematuhi arahan dalam notis bertarikh 17 Julai 2007, yang dikeluarkan di bawah Seksyen 32(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997, supaya memberi maklumat penuh mengenai hartanya.


RAKYAT KELANTAN TIDAK SEBODOH YANG ANNUAR MUSA SANGKAKAN



Dakwaan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Annuar MusaXX bahawa rakyat Kelantan akan menolak PAS dan menabalkan Umno untuk menjadi kerajaan negeri yang baru selepas Pilihanraya Umum ke 12 nanti boleh diibaratkan angan-angan yang belum tentu menjadi kenyataan.

Ini kerana rakyat Kelantan jauh lebih matang dari rakyat negeri lain dalam percaturan politik. Kalau tidak masakan PAS tetap mampu mempertahankan kerajaan Kelantan pada Pilihanraya Umum ke 11 (2004) walaupun pelbagai penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh BN.

Annuar dalam kenyataan medianya hari ini cukup yakin bahawa BN akan memerintah semula Kelantan dan beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar untuk memasuki Kota Darulnaim sebagai Menteri Besar.

Beliau mendakwa bahawa Umno Kelantan sekarang berada pada tahap terbaik, tiada perpecahan, tiada 'cah keting' dan semuanya berpadu belaka. Namun hakikatnya hanya orang Kelantan yang tahu. Sudah ramai AJK Bahagian Umno yang keluar Umno masuk PAS atau PKR. Hatta Annuar sendiri kehilangan beberapa orang kuatnya apabila beberapa orang AJK Bahagiannya sendiri sudah bertaubat dan meninggal Umno yang sesat dan menyesatkan.

Dakwaan bahawa projek pembangunan yang menelan belanja berbilion ringgit mampu memesongkan hati orang Kelantan untuk mengundi BN merupakan dakwaan yang menghina orang Kelantan. Ini terbukti sejak 17 tahun lalu rakyat Kelantan disogokkan dengan kebendaan tetapi mereka tetap beristiqamah mempertahankan kerajaan Islam PAS.

Kita mengharapkan Annuar MusaXX supaya cermin diri dulu. Berbaik-baik dulu dengan semua Ketua Bahagian dan AJK bahagian serta veteran-veteran Umno lepas baru boleh bercakap mahu lawan PAS.

LAPORAN PENUH MSTAR SEPERTI DI BAWAH:

KOTA BAHARU: Perjuangan 17 tahun Barisan Nasional untuk menawan Kelantan daripada
PAS hampir menampakkan hasil menjelang pilihan raya umum ke-12 nanti.

Selepas tiga tahun memimpin BN dan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata beliau yakin BN mampu membentuk kerajaan negeri dengan kelebihan dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 45 kerusi itu.

Beliau yakin angin perubahan dalam politik sudah meresapi penduduk negeri itu sejak pilihan raya umum 2004 yang lepas, apabila BN menang 21 daripada 45 kerusi itu.

Bilangan kerusi BN bertambah pada Disember 2005 apabila ia menang Pengkalan Pasir dalam satu pilihan raya kecil, dan ini menjadikan kedudukan sekarang: 23 PAS 22 BN.

Annuar berkata bagi mencapai matlamat membentuk kerajaan negeri yang akan datang, BN akan terus berusaha membawa pembangunan di Kelantan, dan untuk pilihan raya nanti, akan memilih calon-calon yang benar-benar berkaliber.

"Umno Kelantan menetapkan tanda aras yang tinggi kepada sesiapa yang mahu menawarkan diri menjadi wakil rakyat.

"Semua wakil rakyat BN yang akan datang, mestilah terdiri daripada mereka yang tinggi daya intelek, kali ini 99.99 peratus bakal calon BN terdiri daripada lulusan ijazah," katanya dalam satu temubual dengan Bernama di kediamannya di sini.

Annuar berkata peluang lebih luas terbuka kepada golongan muda dan profesional yang mampu membawa misi BN dalam membangunkan Kelantan dan mengurangkan keluarga miskin tegar daripada bilangannya sekarang sekitar 19,000.

"Ini kerana rakyat Kelantan sendiri tinggi pengetahuannya. Rata-rata golongan muda lulusan universiti, ramai yang ada ijazah sarjana dan PhD.

"Jadi, wakil rakyat kita mestilah terdiri daripada mereka yang mampu membawa suara rakyat yang terpelajar dan yang tinggi tahap intelek dan ilmu pengetahuan mereka," katanya.

Bagaimanapun, menurut Annuar, tenaga lama dan pemimpin akar umbi serta wakil rakyat sedia ada yang cemerlang tetap akan dikekalkan.

Beliau berkata perubahan sokongan rakyat kepada BN sekarang sebahagian besarnya didorong faktor kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak pernah menganaktirikan Kelantan daripada semua segi, termasuk aspek pembangunan negeri itu yang masih ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain.

"Orang Kelantan tertawan dengan sikap dan pendekatan Pak Lah. Walaupun Kelantan diperintah pihak yang berlainan ideologi politik dengan kerajaan pusat, rakyat negeri ini tidak pernah diabaikan.

"Pantang ada masa, Pak Lah akan turun melawat Kelantan, melihat perkembangan projek yang dibawa ke negeri ini. Beliau sendiri sering mengakui bahawa rakyat negeri ini dekat dengan hatinya. Bagi saya ia satu penghormatan kepada orang Kelantan.

"Berbilion ringgit diperuntukkan untuk bermacam-macam projek pembangunan di Kelantan. Peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan juga bukan calang-calang," katanya.

Terbaru ialah pelancaran pelan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

"Ia benar-benar membuktikan keikhlasan pusat untuk memaju dan memakmurkan Kelantan seiring dengan negeri-negeri lain," kata Annuar.

Beliau berkata BN dan Umno Kelantan tidak hanya berpeluk tubuh tetapi akan memastikan faktor "feel good" (rasa senang dan gembira) diterjemahkan dalam bentuk undi kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita sedar PAS menang disebabkan Umno Kelantan mengalami perpecahan. Berdasarkan sejarah, PAS juga pernah jatuh setelah mereka berpecah. Kalau PAS benar-benar kuat, tentu kerusi yang didudukinya semakin banyak. Ini bermakna Umno dan PAS ini lebih kurang sahaja kuat," katanya.

Yang penting, kata Annuar, ialah pihak mana yang mampu bangkit semula dan memperteguhkan perpaduan dalam parti yang akan mendapat kepercayaan rakyat.

"Saya gembira Umno Kelantan kini berada pada tahap terbaik. Solid (padu). Semua peringkat dari atas sampai ke bawah, kita kini benar-benar bersatu. Kita perhati, kaji di mana kelemahan yang ada, kita baiki," katanya.

Katanya, bibit perpecahan dicantas dari awal menyebabkan budaya "cah keting" iaitu saling menjatuhkan sesama sendiri, yang sering berlaku dalam Umno Kelantan suatu masa dulu, telah diselesaikan.

"Dulu, perpecahan berlaku kerana pemilihan yang kerap dalam parti. Sekarang tidak lagi. Begitu juga dalam pilihan raya, pemilihan calon bukan lagi suatu masalah bagi kita," katanya.

Annuar, 51, yang mula menjadi wakil rakyat pada usia 28 tahun, berkata beliau telah menyiapkan senarai calon BN bagi pilihan raya yang akan datang dan akan diserahkan kepada Abdullah selaku pengerusi BN dan Presiden Umno untuk dinilai.

"Kali ini kita bariskan calon yang dimahukan rakyat. Juga tidak akan ada calon mengejut, tukar calon di saat akhir dan sebagainya yang boleh merosakkan parti.

"Semua masalah dalaman parti telah kita selesaikan, kalau ada pun, tiada yang tidak dapat kita tangani. Umno Kelantan kini semakin kental. Jentera pilihan raya juga sudah lama bersedia, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, kita bergerak.

"Kalau boleh, biar pilihan raya umum ini dipercepatkan. Kita di Kelantan sudah bersedia dan rakyat bersedia bersama kita," katanya.


Datuk Ramli di panggil ke ibupejabat BPR pagi ini


Kuala Lumpur : Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) Datuk Ramli Yusuff dijangka didakwa hari ini atas tuduhan gagal mengisytiharkan hartanya.

Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Para wartawan berkumpul di ibupejabat BPR di Putrajaya sejak awal pagi tadi apabila tersebar berita bahawa Ramli telah dipanggil ke ke pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini.

Kira-kira jam 11.20 pagi, Ramli tiba di ibupejabat BPR itu, dengan ditemani oleh isterinya serta empat orang peguam.

Difahamkan, selepas merakam kenyataan Ramli, BPR menahannya pada jam 11.45 pagi dan akan didakwa di mahkamah kerana gagal memberi maklumat mengenai hartanya dalam kenyataan bersumpahnya.

Mengikut laporan media dan sumber-sumber yang layak dipercayai, Badan Pencegah Rasuah telah menyiapkan siasatannya berhubung pengisytiharan harta Ramli.

BPR juga telah mengemukakan laporannya kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan selanjutnya. Abdul Ghani dikatakan telah memberi lampu hijau kepada BPR untuk mendakwa Ramli hari ini.

Berita mengenai seorang pegawai kanan polis disiasat berhubung pemilikan hartanya telah diperkatakan sejak beberapa bulan yang lalu.

Selasa lalu, Ramli memanggil satu sidang akhir untuk mengesahkan bahawa pegawai kanan yang dimaksudkan itu adalah dirinya tetapi menafikan yang beliau memiliki harta bernilai RM27 juta.

Peguam didakwa

Beliau turut mengecam BPR kerana membocorkan maklumat berhubung siasatan tersebut kepada pihak akhbar.

Susulan kepada siasatan itu, BPR telah mendakwa seorang peguam Ramli - Rosli Dahlan - pada 13 Oktober lalu kerana gagal memberi maklumat mengenai hartanya dalam kenyataan bersumpahnya.

Rosli, 46, seorang rakan fima guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, didakwa gagal mematuhi arahan dalam notis bertarikh 17 Julai 2007, yang dikeluarkan di bawah Seksyen 32(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997, supaya memberi maklumat penuh mengenai hartanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, BPR telah mengambil kenyataan dari kakak dan adik perempuan Ramli semalam.

Dalam satu kenyataan melalui peguamnya semalam, Ramli berkata tindakan BPR itu boleh dipersoalkan. Katanya, ini kerana Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berpuashati dengan siasatan BPR dan kertas siasatan telah diserahkan kepadanya.

Menurut Ramli, kira-kira jam 9.15 pagi tiga pegawai BPR dari pejabat Kota Baharu ke rumah kakaknya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan dan meminta kakaknya itu mengikut mereka bagi tujuan mengambil kenyataan.

Beliau berkata kakaknya Rohmah @ Hasmah Yusuff, 58, telah memberitahu pegawai-pegawai itu beliau perlu menjaga bapanya berusia 83 tahun yang mempunyai pelbagai penyakit.

Beri kenyataan

"Kakak saya menawarkan untuk memberi kenyataannya di rumah, dengan alasan kesihatan ayah saya, tetapi beliau diberitahu akan ditangkap jika tidak mengikut mereka," kata Ramli dalam kenyataan itu.

Ramli berkata pegawai-pegawai BPR itu juga mengunjungi adik perempuannya, Roslina Yusoff, 42, di pejabatnya tetapi beliau bercuti.

"Adik saya diberitahu oleh pejabatnya mengenai kunjungan itu dan beliau menghubungi peguamnya dan mereka menasihatinya supaya memberikan kerjasama kepada BPR," katanya.

Ramli berkata sebelum ini, kakak dan adik perempuannya itu telah memberikan kenyataan mereka kepada BPR.

Di Kota Bharu, kakak Ramli mengelak apabila dihampiri pemberita yang menunggu kira-kira dua jam di luar pejabat BPR Kelantan.

Pengarah BPR Kelantan, Md Yusof Md Zain ketika dihubungi Bernama juga enggan mengesahkan perkara itu kerana menurutnya semua siasatan berhubung kes itu dijalankan pegawai BPR dari ibu pejabat.

Sementara itu, bapa Ramli, Yusuff Ismail, 82, ketika ditanya mengenai perkara itu berkata beliau hanya mengetahui mengenai tuduhan terhadap anaknya itu melalui laporan media.

"Bagi saya terserah kepada tuhan agar perkara yang didakwa itu tidak berlaku kepadanya. Apa yang membimbangkan saya perkara tak ada diada-adakan," katanya kepada Bernama.

Yusuff, yang juga bekas anggota polis ketika zaman pemerintahan Jepun berkata beliau tinggal bersama anak perempuannya di rumah banglo itu sejak beberapa tahun lepas setelah isterinya meninggal dunia.


AMARAN HANYA TOPENG, HAKIKAT SEBENAR ADALAH SEBALIKNYA


KUALA LUMPUR : Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail semalam mengeluarkan amaran menyeluruh kepada semua ahli parti itu, terutama pemimpin tertinggi agar tidak memihak kepada mana-mana individu dalam sebarang pemilihan di masa akan datang.

Katanya, sebarang perbuatan oleh pemimpin tertinggi yang dilihat boleh memberikan kelebihan kepada individu tertentu bermula di peringkat pemilihan perwakilan G-7 hingga pemilihan jawatan dalam pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan Majlis Teringgi, menyalahi prinsip keadilan.

Amaran ini hanya tinggal amaran kerana pemimpin Umno sudah pasti akan mempengaruhi pemilihan, kerana masing-masing mahukan 'orang' masing-masing menang demi untuk memastikan pemimpin tersebut dapat mempertahankan jawatan masing-masing.

Kalau orang kuat masing-masing kalah di cawangan atau macamana mereka mahu mempertahankan jawatan di peringkat bahagian.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Tun Mahathir yang bertanding untuk menjadi perwakilan Umno Kubang Pasu tahun lepas. Beliau tersungkur kerana pengaruh MB Kedah, Johari Abdul dan lain-lain yang menggunakan kuasa dan rasuah untuk mempengaruhi perwakilan cawangan-cawangan supaya jangan mengundi Mahathir.

Tak payah lah Ku Din (Tengku Ahmad Rithaudeen) nak bersusah payah beri amaran, kerana ianya tidak akan meninggalkan bekas sedikit pun kepada pemimpin Umno yang sememangnya tidak bermaruah.


SIAPA LAGI YANG BOLEH DIPERCAYAI KALAU PEGAWAI POLIS PUN 'MALAUN' JUGA










Negara kita Malaysia tercinta sebenarnya berada dalam lembah kehancuran jika tidak diselamatkan segera.

Satu demi satu tembelang pecah, semuanya gara-gara pemimpin atasan yang dilihat berlumba-lumba berebut kuasa dan mengumpulkan harta. Bukankah agama rakyat adalah mengikut acuan pemimpinnya.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, MusaXX Hassan pernah dituduh rasuah oleh Timbalan Menteri sendiri. Tetapi MusaXX terlebih dek kuasa yang dipunyai oleh Peguam Negara, Ghani PaXtXX.

Kini seorang lagi pegawai tinggi Polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil(JSJK), Ramli Yusuf pula di tuduh mempunyai harta sampai RM25 juta. Kalau betul tuduhan itu mana dia dapat harta sebanyak itu dengan gaji beliau sebagai Pegawai Polis. Berjimat cermat dengan makan nasi berlauk garam pun takkan dapat kumpul harta macam itu besarnya.

Jelas kepada kita sekarang, kedaulatan negara akan hancur kerana kebiadapan dan kecurangan pemimpin dan pegawai kerajaan yang menjual maruah negara, rakyat dan diri untuk kepentingan perut dan bawah perut masing-masing.

SIAPA LAGI YANG BOLEH DIPERCAYAI KALAU PEGAWAI POLIS PUN JADI 'MALAUN'

Ramli pertahan diri

Dalam sidang akhbar selama 45 minit di ibu pejabat JSJK di Jalan Dato’ Onn semalam, Ramli bagaimanapun menafikan memiliki aset sebanyak itu.

Ramli dilaporkan kesal dengan tindakan BPR membocorkan maklumat kepada akhbar tertentu berhubung siasatan BPR terhadap dirinya sedangkan ia sepatutnya dirahsiakan memandangkan penyiasatan itu belum lengkap kerana menurutnya, fakta tidak benar.

Ramli menegaskan dirinya bersih daripada sebarang kes rasuah sehingga 6 September 2006 dan adalah berdasarkan rekod bersih itu beliau disahkan sebagai pegawai kanan polis berpangkat pesuruhjaya polis.

Beliau turut mendakwa tindakan pihak BPR membocorkan maklumat siasatan terhadap dirinya sebagai pelanggaran di bawah Seksyen 21 (8), Akta Pencegahan Rasuah, walaupun beliau sendiri menunggu sehingga tiga bulan sebelum tampil membuat kenyataan kerana mahu memberi peluang kepada BPR menjalankan siasatan.

PAS tuntu Imam Al Badawi campur tangan

Sementara itu, di Kota Bharu, Pas menggesa Perdana Menteri campur tangan segera berhubung kemelut yang melibatkan PDRM dan BPR susulan kenyataan Ramli itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, isu itu menuntut respon Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mengekalkan integriti kedua-dua agensi terlibat.

“Ia juga perlu diselesai segera bagi memberi peluang pihak terlibat terutama anggota polis, melaksanakan tugas mereka dengan selesa,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat Kelantan berkata, pendedahan Ramli berhubung BPR memberi layanan buruk kepada pegawai polis adalah dakwaan berat.

“Pas memandang serius dakwaan itu kerana ia memberi implikasi tidak baik kepada integriti negara, soal keselamatan dan juga keadilan.

“Kita harap Perdana Menteri dapat tangani isu ini tanpa berlengah,” katanya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59