Wednesday, 31 October 2007

ISU KG RIMBA JAYA: KERAJAAN ZALIM JADIKAN RAKYAT SENDIRI MACAM PENDATANG



Empat peguam hak asasi manusia telah ditahan polis ketika cuba memasuki balai polis Seksyen 11 Shah Alam malam tadi untuk membantu penduduk Kampung Rimba Jaya di Padang Jaya, dekat Shah Alam yang ditahan kerana menghalang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan rumah mereka semalam.

Peguam terbabit ialah P Uthayakumar, P Waythamoorthy serta peguam dari DAP M Manoharan dan S Ganabathi Rao.

Dalam kejadian semalam, 15 penduduk ditangkap dan kini ditahan di balai polis Seksyen 11, Shah Alam.

Lebih 200 rumah, sebuah kuil yang berusia 100 tahun dan sebuah surau telah dirobohkan oleh pihak berkuasa. Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang berada di tempat kejadian semalam, juga tidak dapat berbuat apa-apa.

Hari ini, pihak polis telah mendapatkan perintah reman selama empat hari terhadap penduduk terbabit, kata Ketua Biro Perundangan DAP, A Sivanesan.

Manakala empat peguam berkenaan masih lagi ditahan walaupun tiada perintah remah diperolehi terhadap mereka sehingga ini.

Ketika dihubungi, Sivanesan juga berkata, sekurang-kurangnya dua orang penduduk cedera dalam kejadian semalam.

"Seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun cedera teruk. Pakaian mereka basah dengan darah dan mereka masih memakainya," kata Sivanesan.

Akhbar-akhbar berbahasa Tamil hari ini turut menyiarkan gambar seorang lagi lelaki yang cedera di kepala.

Peguam dikasari

Pihak polis juga telah mengambil kenyataan Uthayakumar dan dalam proses untuk mengambil kenyataan dari tiga orang lagi peguam terbabit.

Empat peguam tersebut ditahan selepas berlaku kekecohan di depan balai polis Seksyen 11 itu selepas mereka tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis.

"Mereka ke situ untuk membantu penduduk membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri dan pihak berkuasa terbabit. Mereka juga mahu mengetahui status mereka yang ditangkap dan ditahan," kata peguam Hindraf, R Gengadharan ketika dihubungi hari ini.

"Cara penangkapan dan penahanan oleh pihak polis tidak berjustifikasi," katanya.

Malam tadi, Waythamoorthy telah membuat laporan polis terhadap cara pihak polis menangkap beliau dan tiga peguam lain.

Dalam laporan yang dibuatnya di balai polis yang sama, Waythamoorthy berkata, beliau telah dikasari dan diacu dengan senjata mesingun apabila dia bertanya mengapa peguam-peguam tersebut tidak dibenarkan masuk ke balai.

Dakwa acu senjata

Dalam laporannya, beliau berkata, badannya telah ditekan ke bawah dan kakinya dipijak, untuk menghalangnya daripada berdiri.

“Saya cedera di kepala, belakang dan di bahagian siku...konstabel yang sama mengancam untuk menembak saya jika saya tidak keluar dan senjata mesigunnya diacu ke arah saya semasa saya masih berada di tanah," katanya.

Beliau juga mendakwa bahawa seorang lagi anggota polis telah berkata yang dia "akan memastikan saya ditahan dalam lokap malam ini".

Sementara itu, seorang lagi aktivis hak asasi manusia, S Kumaravel, 44, berkata sebuah surau turut dirobohkan dalam gerakan semalam.

Surau tersebut terletak di Kampung Rimba Jaya, kira-kira satu kilometer dari kuil tersebut. Kuil Sri Maha Mariaman terletak di Rimba Jaya. Penduduk India dari Kampung Karuppiah yang berhampiran, bersembahyang di kuil tersebut.

Kumaravel, yang juga ahli exco Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) berkata, lebih 200 rumah di Rimba Jaya telah dirobohkan dalam gerakan semalam yang membabitkan penyertaan sekurang-kurangnya 300 anggota polis, termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Sebahagian besar penduduk Rimba Jaya adalah orang Melayu manakala majorit penduduk Kampung Karuppiah terdiri daripada kaum India.

Menurut Kumaravel, anggota penguatkuasa MPSA telah menggunakan cota untuk memukul orang ramai.

Lepas tembakan

Katanya, dia juga nampak seorang ahli penguatkuasa mengeluarkan sebilah pisau.

Kerja merobohkan kuil Sri Maha Mariaman mengambil masa hampir tiga jam. Kerja meroboh itu diteruskan pada jam 2 petang walaupun dibantah oleh kira-kira 400 penduduk. Kejadian membaling batu juga dilaporkan berlaku antara kedua belah pihak.

Manakala akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh melaporkan polis telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah lori, dan memancitkan sekurang-kurang satu tayarnya. Nanyang Siang Pau pula melaporkan bahawa lima das tembakan dilepaskan. Laporan itu berkata beberapa penduduk cuba melarikan diri dari pihak polis dengan menaiki lori tersebut. Mereka kemudiannya ditangkap.

Awal pagi tadi, Kumaravel membuat laporan polis di Seksyen 11 terhadap kerajaan negeri kerana mengarahkan gerakan merobohkan rumah di kampung berkenaan.

"Pihak polis memberitahu kami bahawa arahan itu datangnya dari Menteri Menteri Besar (Datuk Seri Mohd Khir Toyo). Tidak terdapat sebarang perintah mahkamah untuk merobohkan surau atau kuil tersebut," katanya.


KHIR TOYO ROBOH SURAU, SAMY VELLU PERTAHAN KUIL


Petikan berita Harakahdaily

Dan dalam perkembangan lain,kaum India di kawasan perkampungan tersebut tetap berkeras mempertahankan agar kuil Sri Maha Mariammah tidak dirobohkan walaupun dirahkan oleh pihak polis.

Keadaan pula mula menjadi gawat dan kecoh apabila kaum India dari kawasan lain mula berkumpul di perkampungan tersebut untuk mempertahankan kuil mereka.

Ketika laporan ini disampaikan, mereka dikatakan sedang membuat benteng sampah dan manusia untuk mengelak daripada diserang daripada pihak FRU.

Namun, pihak polis tetap menerima arahan agar menyerbu dan merobohkan kuil berkenaan.

Dalam pada itu, kanak-kanak dan golongan ibu turut sama berkumpul dan berdoa di kuil tersebut.

Dan pada jam 3.30 petang tadi, pihak FRU cuba mara dan pergerakan mereka telah dihalang apabila kaum India di kampung tersebut meletakkan sebuah lori di hadapan pintu masuk kuil mereka.

Pada jam 4 petang tadi, keadaan agak genting apabila FRU tetap menceroboh masuk, dan ditentang oleh penduduk yang cuba mempertahankan kuil mereka.

Dalam pada itu, Presiden MIC, Dato' Seri Samy Vellu yang diiringi pimpinan MIC yang lain, tiba di tempat tersebut.

Bagaimanapun, sewaktu sedang berunding dengan penduduk India dalam kuil tersebut, beliau turut dihambur dengan 'water cannon' sebelum sempat dilarikan oleh pengikut-pengikutnya.

Keadaan menjadi tegang apabila penduduk dan pihak MBPJ saling membaling batu. Dalam kejadian tersebut, beberapa orang penduduk mengalami kecederaan.

Sungguhpun berkeras agar kuil mereka tidak dirobohkan, kelihatan beberapa orang di kalangan mereka cuba 'menyelamatkan' barang-barang di dalam kuil tersebut.

Akhirnya, setelah keadaaan reda pihak berkuasa telah menunda operasi merobohkan kuil setelah Samy Vellu campurtangan dalam konflik perobohan kuil Hindu.

KHIR TOYO ROBOH SURAU SAMY VELLU PERTAHANKAN KUIL.

MANA PEMIMPIN UMNO DI SAAT SURAU HENDAK DIROBOHKAN. SAMY VELLU SANGGUP TURUN UNTUK PERTAHAN KUIL.


KHIR TOYO DAN AGENSI KERAJAAN SELANGOR TERUS MELAKUKAN KEZALIMAN







Gambar-gambar di bawah membuktikan kezaliman Khir Toyo dan agensi-agensi kerajaan negeri Selangor. Mereka yang diberikan sedikit kuasa di atas dunia ini bertindak zalim. Kali ini penduduk Kg Rimba Jaya yang merupakan penyokong kuat Umno merasa padahnya.

Rumah mereka di Kg Rimba Jaya dirobohkan pagi semalam dengan zalim seolah-olah mereka menggunakan undang-undang rimba tanpa budi bicara.


SUDAH PULUHAN TAHUN DI BAHAS, ORANG MELAYU PULAU TERUS MEREMPAT DI NEGERI SENDIRI



Media melaporkan UmnoPulau Pinang akan memastikan isu pencapaian ekonomi orang Melayu di negeri itu terus diberi perhatian dalam perbahasan para perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno yang bermula Isnin ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdullah berkata, walaupun kedudukan sosioekonomi orang Melayu di negeri ini jauh lebih baik dibandingkan dengan beberapa negeri, banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk memperbaiki kedudukan tersebut.

Kita pun hairan bagaimana Rashid mendakwa kedudukan ekonomi orang Melayu baik, sedangkan sedikit demi sedikit orang Melayu 'di halau dari Pulua Pinan. Cuba kita tinjau keadaan orang Melayu di sebelah pulau. Perkampungan Melayu asli hanya tinggal di kawasan Balik Pulau. Kawasan-kawasan lain boleh dikatakan tiada. Ini kerana mereka terpaksa 'berundur' ke Kedah dan Utara Perak disebabkan tanah mereka diambil kerajaan untuk pembangunan atau pun mereka jual kerana sebab-sebab tertentu.

Contoh paling ketara ialah di kawasan Batu Uban berhadapan USM, kalau pada hujung 80-an dulu masih terdapat Kampung Melayu yang luas di sana tetapi kini ianya hanya tinggal sekangkang kera semuanya telah ditelan pembangunan.

Dari segi politik, kuasa politik orang Melayu semakin terhakis. Di sebelah Pulau hanya Parlimen Balik Pulau sahaja yang diwakili oleh orang Melayu, parlimen lain semuanya terlepas kepada orang lain. Parlimen Balik Pulau pun lambat laun akan difaraidkan kepada MCA atau Gerakan kerana bilangan pengundi Melayu semakin susut iaitu kira-kira 58.84 % sahaja mengikut daftar pemilih 2004.

Adalah tidak menghairankan 10 atau 20 tahun lagi bilangan orang Melayu akan semakin berkurangan di sebelah pulau. Yang ada pun hanya staff dan pelajar Melayu USM, Minden.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59