Monday, 29 October 2007

SUNGAI DI SABAH TERCEMAR.MENGAPA MENTERI TAK BISING?



Hampir semua sungai di Sabah tercemar teruk, tetapi mengapa pemimpin Kerajaan Pusat tidak bising sebagaimana bisingnya mereka kalau sesuatu yang buruk itu berlaku di Kelantan. Inilah sikap 'double standard' pemimpin pusat yang rata-rata tidak bermaruah politik itu.

Bernama melaporkan hari ini bahawa hampir semua sungai di Sabah termasuk dua sungai utamanya iaitu Sungai Kinabatangan dan Sungai Padas sudah tercemar, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Katanya punca pencemaran sungai yang dikenal pasti antaranya pembuangan sisa buangan daripada kilang kelapa sawit, bahan buangan aktiviti ternakan haiwan, pemotongan bukit secara tidak mesra alam, aktiviti mengorek pasir dan batu sungai dan pencerobohan kawasan tebing sungai.

"Mendapan sisa pepejal daripada kegiatan tersebut menyebabkan sungai menjadi cetek, kualiti air terjejas serta mengancam hidupan dalam sungai," katanya pada penutupan Minggu Alam Sekitar peringkat negeri Sabah di sini hari ini.

Antara contoh kesan daripada pencemaran berkenaan, kata Masidi, ialah pengeluaran hasil pertanian di daerah Beaufort, yang menjadi laluan Sungai Padas, kini sudah merosot kerana daerah itu sering dilanda banjir yang menyebabkan tanaman musnah.

Sungai Kinabatangan yang penting untuk membekalkan sumber air minum dan kaya dengan hidupan akuatik seperti ikan dan udang galah menghadapi risiko pencemaran akibat pelepasan effluen oleh lebih 30 kilang kelapa sawit yang terdapat di daerah Kinabatangan, katanya.

Namun, katanya, tahap pencemaran berkenaan masih terkawal dan sungaisungai di Sabah masih boleh dipulihkan.

Kita tunggu dan lihat apa reaksi pemimpin Kuala Lumpur?


DAH 20 TAHUN BANJIR KILAT MASIH GAGAL DI ATASI. PENDUDUK BOSAN DENGAN JANJI PEMIMPIN


MELAKA: Sistem empangan baru yang diperkenalkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menangani masalah banjir kilat di Kampung Limbongan, dekat sini yang siap dibina Julai lalu masih gagal mengatasi masalah berkenaan.

Ini berikutan kira-kira 100 rumah penduduk yang terletak berhampiran dan di sepanjang longkang besar di kampung berkenaan masih dinaiki air setiap kali hujan lebat.

Seorang penduduk, Zaide Abd Rahman, 49, berkata masalah banjir kilat di kampung berkenaan dikenal pasti akibat sistem saliran longkang besar di kampung itu yang tidak sempurna.

Katanya, harapan penduduk di kampung berkenaan supaya tidak lagi dibelenggu masalah itu masih tidak berkesudahan meskipun JPS membina sistem empangan baru di hujung longkang besar terbabit yang menghala ke laut dan menggunakan teknologi Jepun.

"Pada awalnya kami lega sebaik mendapati JPS membina empangan baru di kawasan itu bagi menahan air laut memasuki saliran longkang besar di kampung ini apabila air pasang.

"Bagaimanapun, sejak empangan baru itu siap, kami masih berdepan masalah banjir kilat dengan kejadian terbaru beberapa hari lalu akibat hujan lebat.

"Kami sudah jemu kerana terpaksa membersihkan lantai rumah yang dimasuki air kumbahan dari longkang berkenaan selain menanggung kerugian akibat perkakas rumah rosak," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Ustaz Khairul Che Salleh ketika dihubungi pagi ini menyatakan kehairanan beliau mengapa empangan yang siap dibina Julai lalu gagal mengatasi masalah banjir kilat di kampung tersebut.

"Begitu banyak wang rakyat digunakan untuk membina empangan ini tetapi ianya gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang banjir".

"Apakah pihak berwajib tidak menjalankan kajian terperinci sebelum membina empangan tersebut atau ianya dibuat tergesa-gesa sehingga akhirnya projek ini gagal" jelas Khairul.

Beliau menggesa BPR menyiasat pembinaan projek ini kerana khuatir adanya penyelewengan dan unsur rasuah dalam projek ini sehingga ianya gagal membantu penduduk mengatasi masalah banjir kilat.

Difahamkan masalah banjir kilat di kampung tersebut telah berlarutan sejak 20 tahun lalu. Sehingga kini ianya gagal diatasi oleh Kerajaan Negeri dan agensi-agensinya.


PESTA MAKSIAT DI A'FARMOSA RESORT. JABATAN AGAMA SILA SIASAT



Kami menerima aduan dari seorang pengunjung A'Farmosa Resort (yang tidak mahu nama disiarkan) bahawa satu pesta maksiat telah dijalankan di A'Farmosa Resort Alor Gajah baru-baru ini. Pesta yang melibatkan percampuran lelaki dan wanita dengan dipenuhi oleh minuman arak, tarian dan sebagainya telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 pagi keesokan harinya.

Beliau juga mendedahkan bagaimana pengunjung-penghujung pesta yang terdiri dari pelbagai bangsa termasuk melayu, cina, India dan lain-lain berpakaian amat menjolok mata.

Menurutnya, pesta ini jelas mempersendakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang sepatutnya disambut dengan cara yang dihalalkan oleh agama Islam.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) agar menyiasat perkara ini untuk membuktikan kesahihannya. Jika ianya terbukti maka tindakan undang-undang mesti diambil keatas pentadbiran A'Farmosa Resort dan penganjurnya.


Gambar di atas adalah gambar hiasan pengunjung A' Farmosa, tidak ada kena mengena dengan aduan ini.


BODEK PUNYA PASAL SAMPAI CIUM TANGAN JEANNE ABDULLAH


Oleh kerana kuat membodek, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakub sanggup mencium tangan Ummu Islam Hadhari, Jeanne Abdullah dalam satu majlis baru-baru ini.

Hadis mana dan Ayat Al Qur'an mana yang mengharuskan Adnan mencium tangan Ummu Islam Hadhari ini. Imam Al Badawi Wal Hadhari pun buat tak kisah sahaja, sebab memang Islam Hadhari 'MENGHALALKAN' persentuhan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim seperti hukum menutup aurat dalam Islam Hadhari tidak wajib.

"Kalau aku jadi Pak Lah aku dah hempuk kepala Adnan Yaakub biar dia menggelupur kat situ, berani cium tangan bini orang" itu komen Salih Othman seorang pesara dari Taman Merdeka.

Sila lihat klip video di sini http://www.tvpas.com/material.php?id=5397&cat=berita untuk menonton bagaimana kaki pembodek, Adnan Yaakub cium tangan Jeanne Abdullah.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59