Sunday, 28 October 2007

ISU KM MELAKA KECAM PPP: PAS MELAKA DAH TAHU LAMA TARAF UCAPAN ALI RUSTAM SAMA DENGAN JKKK KAMPUNG



Marah benar pemimpin dan ahli Parti Progresif Rakyat (PPP) kepada Naib Presiden Umno, Datuk Mohd Ali Rustam yang mengecam parti komponen Barisan Nasional (BN) tersebut dalam ucapannya ketika perhimpunan PPP Melaka baru-baru ini.

Oleh kerana marahnya mereka, satu aduan telah dikemukakan kepada Pengerusi BN, Imam Badawi Wal Hadhari.

Satu sumber PPP memberitahu media bahawa pegawai dari Jabatan Perdana Menteri mahu mendapatkan bukti rakaman video ucapan Mohd Ali itu.

Sumber itu berkata, para pegawai PPP telah cuba meminta ahli-ahli parti itu atau individu lain yang mempunyai rakaman ucapan Mohd Ali itu supaya tampil kehadapan.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, para pegawai Jabatan Perdana Menteri tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan buktinya kerana terdapat lebih 500 saksi yang mendengar ucapan Mohd Ali itu.

Sebelum ini, sumber-sumber media telah mengesahkan bahawa Mohd Ali telah meminta mereka supaya tidak melaporkan bahagian ucapan itu. Nampaknya Ali Rustam ini merupakan pemimpin yang pengecut, dah kecam baru takut, akhirnya minta media sembunyikan fakta.

Rabu lalu, akhbar the Sun melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Minister Abdullah Ahmad Badawi telah mengarah para pegawainya supaya menyiasat ucapan Mohd Ali itu sewaktu merasmikan konvensyen PPP Melaka pada 15 Oktober lalu.

Malangnya berbahasa Melayu yang sememangnya 'penjilat' Umno no.1 tidak menyiarkan berita ini sebagaimana The Sun.

Mohd Ali didakwa membuat ucapan yang mengecam PPP kerana "mengugut" kerajaan BN untuk mendapatkan lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang.

Para saksi berkata, beberapa ahli parti itu bertindak meninggalkan dewan kerana membantah ucapan Mohd Ali itu.

Mohd Ali berkata, PPP boleh keluar dari BN.

Sambil menuding jari ke arah para pewakilan, beliau berkata mereka semua boleh keluar dari BN, sama ada hari ini atau esok dan mengapa harus menunggu hingga pilihanraya umum.

Kecewa dengan ucapan terbuka Mohd Ali yang merupakan pemimpin ketiga tertinggi Umno, PPP telah membuat aduan rasmi kepada Abdullah, yang juga presiden Umno, beberapa hari kemudiannya.

Hasil siasatan tersebut dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT).

UNTUK MAKLUMAN PPP, PAS MELAKA SUDAH MASAK DENGAN PERANGAI ALI RUSTAM YANG LEBIH MESRA DENGAN PANGGILAN ALI KETAM. (SEPIT SANA SEPIT SINI).

UCAPAN-UCAPAN ALI RUSTAM SAMA TARAFNYA DENGAN UCAPAN PENGERUSI JKKK KAMPUNG. SEBAB ITULAH SEBELUM PILIHANRAYA 2004 DAHULU ALI RUSTAM MENGARAHKAN JENTERA UMNO MENGACAU CERAMAH PAS. DI MANA ADA CERAMAH PAS, DI SITU UMNO AKAN BUAT CERAMAH DALAM JARAK YANG SANGAT HAMPIR. KADANG-KADANG SEBELAH RUMAH SAHAJA. ALI RUSTAM SENDIRI AKAN TURUN BERCERAMAH UNTUK MENGACAU CERAMAH PAS. UCAPANNYA LEBIH TERUK DARI UCAPAN PENGERUSI JKKK. SEHINGGA SEMASA BELIAU MENGACAU CERAMAH PRESIDEN PAS DI JASIN BELIAU SANGGUP BERKOKOK MACAM AYAM JANTAN. INILAH TARAF SEORANG PEMIMPIN UMNO BERJAWATAN NO. 3 DALAM UMNO


IMAM BADAWI DAN MUSA HASSAN SILA KOSONGKAN PEJABAT KAMU


Jabatan-jabatan kerajaan begitu juga dengan kerajaan Malaysia sendiri sentiasa mengamalkan dasar 'fire fighting' iaitu perkara-perkara buruk berlaku barulah hendak bertindak. Sebaliknya kerajaan dan agensi-agensinya jarang sekali mengambil langkah pencegahan atau 'preventive action'.

Sudah berlaku kematian, kemalangan atau kegagalan barulah hendak bertindak dan mengambil langkah-langkah tertentu. Akhirnya ramai pegawai kerajaan yang terkorban atau tercedera. Namun kerajaan dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terus lepas tangan.

Antara peristiwa menyayat hati yang jelas disebabkan kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah-langkah pencegahan ialah tragedi kemalangan pesawat, kemalangan bas ekspres; 7 mati akibat feri terbakar dan terbaru 2 orang Polis terbunuh kerana tidak memakai baju kalis peluru; 2 pelajar mati digilis keretapi . Malah bukan kes-kes di atas sahaja, malah berpuluh-puluh malah ratusan kes lain yang membuktikan kelemahan dan kegagalan mereka. Berapa peserta PLKN yang mati atau tercedera akibat kecuaian pegawai kerajaan; berapa ramai pengguna jalanraya mati dan cedera saban hari kerana kegagalan JKR, Polis, Puspakom, JPJ dan sebagainya yang gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing dan bermacam-macam lagi kes yang sedemikian yang melibatkan agensi-agensi kerajaan tertentu.

Malangnya tidak pernah kita dengar pemimpin kerajaan mengaku salah atau meletakkan jawatan kerana maruah mereka tercalar. Memang mereka adalah pemimpin yang tidak bermaruah dan juga tidak punya harga diri.

Setiap kali kes kematian atau kecederaan sudah tentu banyak kajian dibuat dan punca-puncanya juga dihebahkan. Dan langkah-langkah untuk membetulkan kesalahan dan kecuaian juga diambil. Persoalannya mengapa setelah berlaku kemalangan dan kematian barulah mereka hendak mengambil tindakan. Mengapa pihak-pihak ini tidak mengambil tindakan berkenaan sebelum kemalangan berlaku? Mengapa langkah-langkah pencegahan tidak diambil.

Ibarat api dah merebak baru cuba hendak padamkan. Inilah FIRE FIGHTING namanya.

Semalam Musa Hassan dan Imam Hadhari marah benar dengan kes kematian 2 Polis ditembak penjenayah di Sg Buloh. Dalam marah-marah akhirnya rahsia terbocor bahawa baju kalis peluru untuk anggota Polis tidak cukup. Baru nak 'order'. Inikah pasukan Polis yang dikata bertaraf dunia. PIIIRRRRAAAHHH.

Imam AL Badawi dan Musa Hassan sila kosongkan pejabat bagi orang lain lah pulak pegang jawatan kamu tu.


GEJALA BULI DI SEKOLAH TERUS BERLAKU. HISHAMUDDIN MESTI LETAK JAWATAN



Gejala buli di sekolah terus berlaku tanpa penghujung. Apa yang Menteri Pelajaran dan kementeriannya lakukan. Nampaknya Hishamuddin hanya sibuk berpolitik dan tidak masa untuk memastikan gejala terus dibenteras.

Gejala bukan hanya setakat buli dan 'ragging' malah dalam banyak kes ianya mengakibatkan kematian dan kecederaan yang serius.

Terbaru 2 pelajar Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim (SMAHMY), Rembau, maut digilis keretapi setelah keluar dari sekolah secara-secara senyap kerana Takut kepada pelajar senior. Mereka telah tertidur di kawasan landasan kereta api hingga menyebabkan dua daripada mereka maut kelmarin.

Empat daripada lima pelajar yang terselamat itu memberitahu mereka keluar dari asrama itu kelmarin selepas digertak oleh pelajar senior yang mahu memukul mereka.

Mohd. Farhan Supran, 14 berkata, mereka tidak akan keluar dari asrama itu jika pelajar senior berkenaan tidak menggertak mahu memukul dan kejadian itu sebenarnya telah berlaku sejak dua tahun lalu.

“Pelajar senior hendak pukul kami dan arwah. Kami keluar untuk menyelamatkan diri dan duduk di landasan kereta api itu. Ini kali pertama kami berbuat begitu,” katanya dalam nada sedih ketika ditemui di sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kelmarin dua daripada tujuh pelajar SMAHMY terbunuh selepas digilis oleh kereta api kargo ketika nyenyak tidur di atas landasan kereta api selepas keluar dari asrama sekolah berkenaan tanpa kebenaran.

Mangsa yang terbunuh itu, Mohd. Hafiz Adnan, 14, dan Fazrul Asri Zulkifli, 14, gagal dikejutkan lima lagi rakan mereka ketika kereta api itu semakin hampir di lokasi tempat mereka digilis.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 11.45 malam kelmarin di hadapan Mohd. Farhan serta rakannya, Fairul Afiqry Abu Samah, Muhammad Syahir Omar, Mohd. Saiful Abd. Rahim dan Zainol Ariffin Asmad yang turut berada bersama kedua-dua mangsa di lokasi kejadian. Kesemua mereka berusia 14 tahun.

Zainol Ariffin tidak berada di sekolah hari ini kerana dibenarkan pulang ke rumah keluarganya berhampiran sekolah ini.

“Saya yang mengejutkan arwah Fazrul, tetapi dia tidak bangun. Saya gerakkan badannya, dia tidak langsung sedar. Ketika itu kereta api cuma 100 meter jaraknya dari saya.

“Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan selepas kami semua terpelanting, saya kembali ke landasan. Saya lihat hanya tangan Fazrul yang kelihatan dan kepalanya kemik,” katanya.

Mohd. Farhan berkata, dia dan rakan-rakan lain serta arwah tidak merokok atau khayal kerana mereka memang terlalu letih dan terlelap di situ.

“Sebelum ini, kami semua tidur di jambatan berhampiran sungai. Tetapi arwah kata, kita tidur sahaja di landasan sebab di jambatan itu banyak nyamuk.

“Kami menyesal dengan kejadian ini. Kami tidak akan ulangi lagi perbuatan ini. Kami insaf,” katanya.

Sehubungan dengan kejadian membuli dan menyayat hati ini, Dewan Pemuda Bukit Katil mendesak Hishamuddin Hussein dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia meletak jawatan kerana terbukti mereka ini gagal menjalankan tanggungjawab untuk memberikan kesejahteraan kepada pelajar. Kalau kedua-dua mereka ini sudah tidak ada idea dan perancangan untuk mengatasi masalah buli ini sila letak jawatan dan berikan tanggungjawab ini kepada orang lain yang lebih berwibawa.

Selain itu DPPBK juga mengucap takziah kepada keluarga murid-murid yang meninggal dunia dan mengharapkan mereka bersabar dengan ujian Allah. DPPBK mendoakan roh kedua-dua Allahyarham Mohd. Hafiz Adnan dan Fazrul Asri Zulkifli dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.


Gambar dari Utusan Meloya : BERKONGSI KESEDIHAN...Empat pelajar, dari kiri, Mohd. Farhan Supran, Muhammad Syahir Omar, Fairul Afiqry Abu Samah dan Mohd. Saiful Abd. Rahim menatap akhbar Utusan Malaysia di Rembau, semalam, mengenai kejadian yang menimpa dua rakan karib mereka, Mohd. Hafiz Adnan (gambar kecil, kiri) dan Fazrul Asri Zulkifli yang maut digilis kereta api kargo, kelmarin


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59