Friday, 26 October 2007

PAS MELAKA TEMUI KETUA POLIS NEGERI



















Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) telah melakukan kunjungan menemui Ketua Polis Negeri Melaka Dato' Mortadza di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka pagi tadi.

Dalam pertemuan tersebut PAS Negeri di ketuai oleh Pesuruhjayanya Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman telah mengadakan dialog dan perbincangan tentang isu-isu yang membabitkan kepentingan kedua-dua pihak.

Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang permit ceramah, layanan yang tidak adil terhadap PAS, hubungan Polis dan masyarakat serta lain-lain.

Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan muhibbah.

Antara pimpinan negeri yang turut serta dalam pertemuan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 (TPJ 1), Adly Zahari; TPJ 2 Hj Bakrin Sidek; TPJ 3, Mejar (B) Jasme Tompang, Setiausaha Perhubungan, Harun Mohamed; Ketua Pemuda Ustaz Kamaruddin Sidek; AJK BPPNM, Dato' Amir Yaakub dan Ketua Penerangan Negeri Sofi Wahab.


ALI RUSTAM BAGI SUBSIDI ANAK ITIK TAK BERNYAWA



BANDARAYA MELAKA : Kerajaan negeri pimpinan Ali Rustam akan memberi 'subsidi' 4,000 'anak itik' untuk diagih-agihkan secara percuma kepada orang ramai sempena majlis perasmian Pesta Sungai Melaka 2007 pada jam 8 malam, 2 November depan.

Anak itik 'subsidi' ini akan diberikan berdasarkan 'siapa cepat dia dapat' berikutan kira-kira 10,000 tetamu dijangka hadir pada malam itu. Anak itik 'subsidi' ini ialah anak itik yang tidak bernyawa iaitu patung anak itik. Jadi penerimanya tidak perlu susah memelihara anak itik ini kerana ianya sudah pasti tidak akan bertelur.

Inilah sebenarnya antara PEMBAZIRAN yang dilakukan oleh kerajaan negeri Islam Hadhari yang sememangnya tidak tahu mana yang penting dan mana yang kurang penting, mana yang menjadi keutamaan dan mana yang tidak.

Dalam masa yang sama rakyat diajak berseronok-seronok supaya lupa dengan masalah yang sedang menimpa kita semua seperti masalah kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang; masalah keselamatan yang semakin parah dan lain-lain.

SAMA-SAMALAH KITA BEREBUT-REBUT UNTUK MENDAPATKAN ANAK ITIK SUBSIDI ALI RUSTAM.


BILANGAN KES ROGOL MENGGERUNKAN .KERAJAAN GAGAL TANGANINYA



Kerajaan tidak boleh menafikan bahawa rakyat terutamanya wanita semakin tidak selamat sekarang. Kejadian jenayah bukan lagi boleh diukur dengan hari tetapi sekarang ianya boleh diukur dengan jam. Lebih membimbangkan lagi adalah kes rogol. Pada tahun sehingga Julai berlaku 1,206 kes rogol, ini adalah kes yang dilaporkan, kita sudah pasti tidak tahu berapa pula bilangan kes rogol yang tidak dilaporkan sama-sekali mungkin kerana malu, takut.

Fakta di atas tentang bilangan kes rogol yang menggerunkan ini diberikan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow semalam ketika perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya dari 1,206 kes rogol tersebut 86% telah diselesaikan. Maksud selesai disini mungkin ialah perogol ditangkap. Tetapi persoalannya apakah tindakan kerajaan untuk memastikan kes ini tidak berulang. Apa yang kerajaan telah buat untuk mencari root cause (punca sebenar) serta apa tindakan yang dibuat untuk menutup punca-punca tersebut. Yang ini tidak dinyatakan. Selagi punca-punca ini tidak ditutup dan dibenteras selagi itulah kes rogol akan terus meningkat.

Kalau kita congakkan bilangan 1,206 kes dalam masa 7 bulan, ia merupakan suatu bilangan yang cukup menggerunkan kita. Bermakna terdapat purata 172 kes rogol sebulan ataupun 5.7 kes sehari ataupun hampir 1 kes rogol setiap 4 jam! Woow amat menakutkan bunyinya. Maka setiap 4 jam akan ada wanita yang teraniaya malah dalam banyak kes mangsa juga dibunuh dengan kejam.

Angka ini ternyata memberikan bukti bahawa RAKYAT BERADA DALAM KEADAAN BAHAYA DAN TIDAK SELAMAT dalam negara sekarang. Dan kita sudah pasti tidak tahu berapa pula bilangan kes rogol yang tidak dilaporkan sama-sekali mungkin kerana malu, takut, diugut dan sebagainya.

Malangnya di saat semua orang teraba-raba mencari penyelesaian, Imam Al Hadhari yang dikatakan dididik dengan asas-asas Islam juga turut bengong atau bukan bengong tetapi tertidur.

Mengapa Imam Islam Hadhari ini masih berdegil tidak mahu menggunakan undang-undang Islam yang mampu membendong gejala jenayah dan maksiat yang berleluasa ini.?


UMNO DAH TAKUT UNTUK SIARKAN SECARA LANGSUNG PERHIMPUNAN AGONGNYA


Umno sememangnya parti yang tidak demoktarik dan dikuasai oleh pemimpin atasannya. Semua keputusan dan idea Presiden akan diterima oleh pengikutnya kerana takut dicantas dan tidak diberikan projek.

Maka ujudlah begitu ramai YES MAN di dalam Umno.

Pemimpin atasannya juga seolah-olah maksum tidak boleh dikritik dan ditegur. Andai ada ahli yang berani menegur maka sudah pasti mereka itu akan masuk 'peti sejuk'.

Sebab itu Umno membuat keputusan Perhimpunan Agong Umno pada November ini tidak akan disiarkan secara langsung kerana mereka bimbang takut-takut nanti ada perwakilan yang menghentam dan mengkritik Imam Badawi Wal Hadhari yang ternyata gagal memerintah negara dengan baik. Maka oleh kerana bimbang air muka Imam Badawi dijatuhkan dan ditonton oleh sekelian hamba rakyat maka siaran langsung ditiadakan kali ini. Inilah budaya Umno iaitu budaya pemimpin tidak boleh ditegur.

Pengumuman bahawa tiada siaran langsung ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad selepas Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan perkara itu.

Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 5 hingga 9 November.


RAKYAT SEMAKIN SENGSARA : TARIF ELEKTRIK NAIK LAGI?



Media hari ini melaporkan kenyataan CEO TNB, Dato' Che Khalib Mohd Noh bahawa TNB mungkin terpaksa menaikkan tarif elektrik disebabkan lonjakan harga bahan bakar dunia, minyak dan arang batu.

Oleh kerana TNB terpaksa menanggung kenaikan kos operasi maka TNB tiada pilihan lain terpaksa menaikkan tarif elektrik.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan kewangan syarikat utiliti itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2007 oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie di Kuala Lumpur semalam.

Moggie semasa mengumumkan keputusan kewangan TNB itu berkata, syarikat utiliti itu mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM4.765 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2007 berbanding RM2.756 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Moggie turut menyatakan bahawa pendapatan firma itu melonjak 14.4 peratus kepada RM23.2 bilion dan ia disumbangkan oleh peningkatan permintaan elektrik dan kenaikan tarif yang dilaksanakan pada 1 Jun 2006.

KITA BERASA HAIRAN DENGAN KEUNTUNGAN YANG YANG BERBILION-BILION RINGGIT TIDAK BOLEHKAH TNB 'MELONTARKAN' SEDIKIT KEUNTUNGANNYA UNTUK MEMBANTU RAKYAT. SEKURANG-KURANGNYA DAPAT MEMASTIKAN TARIF ELEKTRIK TIDAK DINAIKKAN. KALAU TIDAK SILAP TARIF ELEKTRIK BARU SAHAJA DINAIKKAN TIDAK SAMPAI SETAHUN.

JELAS KEPADA KITA SEKTOR KORPORAT INI SEBENARNYA INGIN MENJADI KEPARAT, MEROMPAK DUIT RAKYAT SECARA TERHORMAT.


BIASANYA JIKA KENYATAAN SEBEGINI DIKELUARKAN OLEH CEO TNB MAKA SUDAH PASTILAH TIDAK LAMA LAGI RAKYAT AKAN MENDAPAT 'LABA' DENGAN KENAIKAN TARIK ELEKTRIK INI.

MAKA BERSEDIALAH WAHAI RAKYAT UNTUK MENDAPAT HABUAN INI KERANA KITA YAKIN KERAJAAN AKAN TETAP MENJAGA KEBAJIKAN SEKTOR KORPORAT DAN AKAN MEMBIARKAN RAKYAT MENDERITA MENANGGUNG KORPORAT YANG BOLEH DISIFATKAN SEBAGAI KEPARAT INI.

DPPBK MERAYU SEKELIAN RAKYAT SUPAYA INSAF DENGAN KEADAAN SEKELILING KITA YANG KIAN MENGHIMPIT DENGAN KOS SARA HIDUP YANG TIDAK SUDAH-SUDAH MENINGKAT.

JIKA BENAR KENAIKAN INI AKAN DILULUSKAN OLEH KERAJAAN ISLAM HADHARI MAKA, 'JANGAN RISAU' SELEPAS ITU SELEPAS SEMUA BARANGAN AKAN NAIK JUGA KERANA KOS PEMBUATAN JUGA TURUT NAIK DISEBABKAN KENAIKAN TARIF INI.

AKHIRNYA SEMUA INI AKAN DITANGGUNG OLEH RAKYAT KERANA KERAJAAN YANG ADA PADA HARI INI SEBENARNYA TIDAK TAHU MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT.


PAS MELAKA AJAK SELURUH RAKYAT KE DATARAN MERDEKA 10 NOV








PAS Melaka melalui Badan Penggerak Mobilasi Rakyat mengajak seluruh rakyat negeri Melaka tanpa mengira warna kulit dan agama supaya sama-sama turun ke Dataran Merdeka pada 10 Nov ini pada jam 2.00 petang.

Pengerusi Badan Penggerak Mobilasi Rakyat PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah dalam kenyataannya malam tadi berkata, rakyat Melaka sewajarnya bersama-sama rakyat dari seluruh negara untuk turun ke Dataran Merdeka bagi memberikan isyarat bahawa rakyat mahukan Pilihanraya yang Telus, Adil dan Bersih.

Beliau berkata hak rakyat yang telah dilacurkan oleh kerajaan Islam Hadhari terutama pada PRU 2004 mesti dikembalikan. Oleh itu Yuhaizad menyeru seluruh rakyat supaya sedar dan insaf tentang penyelewengan dan penipuan yang dibuat oleh SPR atas arahan Umno dan BN.

"Kita mesti tunjukkan sokongan kita kepada 4 tuntutan Badan Bertindak Pilihanraya yang Insya Allah jika ditunaikan oleh SPR maka lebih pilihanraya akan lebih adil, telus dan bersih." kata Yuhaizad ketika ditemui selepas mesyuarat penyelarasan program himpunan aman 100,000 rakyat di Semabok malam tadi.

Yuhaizad berkata kepada rakyat negeri Melaka yang ingin ke Dataran Merdeka boleh menghubungi Pejabat PAS Negeri di talian 06-284 1780.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59