Thursday, 25 October 2007

RAYUAN DERMA UNTUK MENYIAPKAN MASJID


PAS Kawasan Pokok Sena Ingin Memohon Sumbangan Orang Ramai untuk menyiapkan Sebuah Masjid Dihadapan Kompleks PAS kawasan Pokok Sena. Masjid Itu Telah Dibina Sehingga Hari Ini 80 Peratus telah Siap.. Untuk Menyiapkan 20 Peratus Lagi Pihak PAS Kawasan Pokok Sena Ingin Memohon Sumbangan Orang Ramai :

UNTUK KETERANGAN LANJUT MUSLIMIN & MUSLIMAT SEKELIAN BOLEH MENGHUBUNGI:

1) YANG BERHORMAT HAJI ROSHIDI BIN HAJI OTHMAN
PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID
H/P 013-4217012

2) TUAN HAJI MAHFUZ BIN OMAR
YDP PAS KAWASAN POKOK SENA
H/P 019-4422685

3) SDR AHMAD ZUHAIRI BIN ZUBIT
SETIAUSAHA PAS KAWASAN POKOK SENA.
04-7870802 / 019-4775140

4) SHEIKH OTHMAN BIN HAJI HASSAN
AJK PEMBINAAN MASJID
04-7876568


BERITA TERKINI : PEGAWAI BPR KECUT PERUT TAK JADI DATANG KE PEJABAT ANWAR



TERKINI: Pegawai-pegawai BPR membatalkan mesyuarat bersama Anwar pagi ini sebagaimana perancangan awal mereka untuk mendapatkan Klip Video VK Lingam dari Anwar, di mana tarikh akhir yang diberikan kepada Anwar untuk menyerahkannya berakhir hari ini.

Menurut Anwar, pegawai-pegawai BPR menelefon beliau pada jam 11 pagi tadi, memberitahu bahawa mereka dalam perjalanan ke pejabat beliau.

Bagaimanapun 10 minit kemudian, mereka menelefon semula memberitahu bahawa mesyuarat tersebut dibatalkan dan ditangguhkan kepada hari lain.

Ratusan berkumpul di Pejabat Anwar

Awal pagi ini kira-kira 100 orang berhimpun di Pejabat Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim di Petaling Jaya pagi ini bagi menunggu kedatangan pegawai-pegawai BPR.

Hari ini merupakan tarikh akhir yang diberikan oleh BPR kepada Anwar untuk menyerahkan Klip Video asli perbualan 14 minit yang menunjukkan Peguam VK Lingam sedang berbual dengan Hakim Kanan tentang perlantikan hakim.

Kegagalan Anwar menyerahkan Klip Video boleh menyebabkan beliau menghadapi risiko ditahan di bawah maksima 2 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan dengan Akta Anti Rasuah.


PROTONLAH KATAKAN ......NAK BUAT MACAM MANA!!!!!!!!!!!!



Kegembiraan seorang pembantu jurutera memiliki kereta Proton Gen.2 1.6 liter baru, sembilan bulan lalu, tidak bertahan lama apabila kenderaan itu didakwa mula bermasalah sejak minggu pertama dibeli sehingga sekarang.

Lebih menyedihkan, Faizah Noor Fathir@Padzil, 27, berkata masalah berkaitan kualiti yang timbul itu masih gagal diselesaikan walaupun kereta dibeli pada kos kira-kira RM59,000 itu sudah acap kali keluar masuk bengkel.

"Sepanjang sembilan bulan memiliki kereta ini, masa banyak dihabiskan di dalam bengkel berbanding dia atas jalan raya kerana banyak masalah dan kerosakan yang berlaku.

"Saya membeli kereta berkenaan pada 1 Januari lalu dari wakil pengedar Proton di Skudai namun seminggu kemudian, saya mendapati karpet bumbung kereta itu terkopak dan mempunyai kesan dimasuki air.

"Saya menghantar kereta ke pusat servis Proton untuk menyelesaikan masalah itu dan selepas pemeriksaan dilakukan, pekerja pusat servis memberitahu saya terpaksa menunggu untuk mendapatkan alat ganti bersesuaian tetapi selepas kira-kira dua bulan menunggu, kebocoran itu belum dapat diatasi menyebabkan saya sekali lagi ke pusat servis untuk mendapatkan perkembangan mengenai alat ganti baru," katanya.

Bagaimanapun, Faizah berkata, selepas bertemu dengan seorang kakitangan pusat servis berkenaan, beliau dinasihatkan supaya ke pusat servis utama di Plentong dan kerosakan itu akhirnya dibaiki.

"Pada mulanya saya menyangka masalah kebocoran sudah tiada, tetapi sangkaan saya meleset apabila mendapati kebocoran masih berlaku dan ia berlarutan sehingga sekarang.

"Selain itu, beberapa masalah lain turut timbul seperti wayar di bawah papan pemuka tertanggal sehingga menyebabkan fius untuk pengilap cermin dan radio tidak dapat berfungsi.

"Disebabkan kereta saya sering keluar masuk ke pusat servis, saya dapati berlaku beberapa kerosakan pada bahagian kereta akibat kecuaian kakitangan seperti bumper belakang pecah dan perkara itu diakui sendiri penyelia pusat servis terbabit," katanya.

Faizah berkata, beliau sudah membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana tidak berpuas hati dengan kualiti kereta itu serta mutu perkidmatan kakitangan di pusat servis dan berharap mendapat pembelaan sewajarnya.

"Saya pernah meminta untuk menukarkan kereta itu dengan kereta baru, tetapi difahamkan ia tidak mungkin berlaku kerana masalah yang timbul itu tidak termaktub dalam perjanjian bagi membolehkan pembeli membuat penukaran.

"Saya membeli kereta ini kerana ia buatan Malaysia, tetapi selepas beberapa lama menggunakannya baru saya tahu kualitinya yang pada hemat saya boleh menjejaskan imej kereta nasional itu sendiri.

"Jika orang lain gembira selepas membeli kereta baru, saya pula membayar ansuran RM680 sebulan untuk memiliki kereta bermasalah dan memeningkan kepala," katanya.

Faizah berkata, beliau bercadang untuk membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya masih belum mendapat penyelesaian terbaik daripada pihak terbabit.

Harian Metrok


PELAJAR HILANG, PEMUDA BUKIT KATIL RAYU PERTOLONGAN SEMUA ORANG


MELAKA: Dewan Pemuda PAS Bukit Katil merayu semua rakyat khususnya penduduk Melaka membantu keluarga Faridah Abd Rahman, 42, mencari anaknya yang dipercayai hilang secara misteri di sebuah tanah lapang sejak empat hari lalu.

Anak Faridah, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Malim (SMKM), Muhammad Arif Hamzah, 13, dari Taman Krubong Jaya, hilang selepas pulang dari kafe siber berhampiran rumahnya kira-kira jam 5.30 petang, Ahad lalu.

Anak kedua daripada empat beradik itu dipercayai melalui kawasan tanah lapang yang turut dipenuhi belukar bersebelahan Taman Krubong Indah sebagai laluan pintas pulang ke rumahnya. Jarak kawasan kafe siber dari rumahnya dianggarkan 1.6 kilometer.

Usaha mencari dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), polis, penduduk sekitar dijalankan dalam tempoh 24 jam sejak Ahad lalu di sekitar kawasan berkenaan, namun sehingga kini usaha mencarinya belum menemui petunjuk baru.

Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil mengharapkan semua ibubapa dan penjaga supaya sentiasa berwaspada terhadap keselamatan anak-anak mereka kerana sejak akhir-akhir ini pelbagai kejadian menyayat hati berlaku keatas kanak-kanak.

"Kita tidak mahu kejadian yang menimpa Nurin dan kanak-kanak lain sebelum ini berlaku lagi. Oleh itu semua ibubapa mesti berwaspada, jangan biarkan anak-anak mereka keluar bersendirian walaupun dekat dengan rumah" kata Ketua Penerangan DPPBK, Nazri Ariffin di sini pagi ini.

Nazri juga mengharapkan semua orang terutama penduduk Melaka, tampil membantu untuk mencari Muhammad Arif Hamzah yang hilang. Beliau juga turut mendoakan remaja itu ditemui semula dengan selamat.


KENALI PEMIMPIN PAS NEGERI MELAKA


Kami memaparkan gambar-gambar pemimpin utama PAS Negeri Melaka di ruangan sebelah kiri blog ini. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk para pengunjung mengenali mereka.

Jika anda ingin berkomunikasi dengan mereka sila hantarkan email anda ke : kpnmelaka@gmail.com atau hubungi talian hotline kami : 019-682 1318 untuk mendapatkan nombor telefon mereka.

Weblogmaster
Terima Kasih


Bahang pilihan raya makin dirasai


KUCHING : Bahang pilihan raya umum kini semakin terasa apabila 2,700 peti undi lutsinar yang bakal digunakan semasa pilihan raya Parlimen akan datang tiba di stor Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak.

Pengarah Pilihan Raya Sarawak, Takun Sunggah berkata, peti undi lutsinar yang diperbuat daripada plastik itu tiba dari Kuala Lumpur bersama-sama dengan kelengkapan pilihan raya yang lain.

NAMPAKNYA DARI SEHARI KE SEHARI BANYAK PETUNJUK YANG JELAS MEMBERIKAN ISYARAT BAHAWA PILIHANRAYA UMUM AKAN BERLANGSUNG DALAM JANGKAMASA TERDEKAT.

APA TINDAKAN KITA? NAK TIDUR LAGI KE?


BELILAH 100 BIJI HELIKOPTER LAGI, JENAYAH TIDAK AKAN BERKURANG



KUALA LUMPUR - Akhbar hari ini melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk menambah bilangan helikopternya bagi memantapkan tugas dalam pencegahan jenayah dan menjaga keselamatan negara. Ketua Polis Negara (KPN), Musa Hassan berkata, ketika ini, PDRM mempunyai 10 helikopter yang dibeli sejak 1990.

Beliau percaya penggunaan lebih banyak helikopter mampu memudahkan lagi usaha pencegahan jenayah.

Ini satu lagi kes yang bebal. Bukannya masalah tak cukup helikopter atau tak cukup tenaga, tetapi masalah (Root Cause) sebenar jenayah meningkat ialah kerana MANUSIA TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH DAN JUGA TIDAK TAKUT KEPADA HUKUMAN/UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI DI NEGARA KITA.

Pemimpin dan Ketua Polis Negara ini seolah-olah tidak faham dan BEBAL, sedangkan Allah sendiri memberitahu undang-undang Allah seperi HUDUD, QISAS dan lain-lain mempunyai KEBERKATAN dan dengan itu manusia takut untuk melakukan kejahatan dan kemungkaran. Malangnya Islam Hadhari yang menjadi 'agama' baru pemimpin kerajaan tidak mewajibkan penggunaan Undang-undang Islam.

Kita ingin beritahu kepada Imam Al Hadhari dan Musa Hassan, selagi kamu membelakangkan Allah S.W.T dan Sunnah Nabi S.A.W selagi itu masalah jenayah tidak akan dapat diselesaikan. Walaupun kamu guna prasana canggih, bilangan anggota yang berjuta serta lain-lain kaedah moden, kamu tidak akan dapat hasilnya.INSAFLAH.

Rakyat juga tidak dididik supaya takut kepada Allah. Tiap-tiap hari 'wirid' pemimpin kerajaan ialah PEMBANGUNAN, PEMBANGUNAN DAN PEMBANGUNAN. Unsur-unsur agama dan kebesaran Allah tidak ditekankan. Malah kuliah-kuliah dan kelas-kelas agama di halang serta surau dan masjid ditutup. Akhirnya rakyat semakin jauh dari agama. Maka perasaan takutkan Allah jauh panggang dari api. Jadi sesetengahnya tidak takut untuk melakukan jenayah.

Himpitan dan tekanan untuk hidup semakin hebat kerana masalah kenaikan harga barangan dan kos hidup yang semakin meningkat. Ini juga mendorong sesetengah melakukan jenayah untuk mencari sesuap nasi. Di tambah pula dengan pegangan agama yang longgar maka mudahlah mereka terjebak ke kancah jenayah.


JURUAUDIT PROFESSIONAL DI AGENSI AWAM BUKAN PENYELESAIAN MASALAH


PUTRAJAYA : Juruaudit profesional dari Jabatan Audit Negara (JAN) akan ditempatkan di semua agensi awam bagi mencegah penyelewengan dana, demikian kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya anjuran Jabatan Perdana Menteridalam dan ianya dilaporkan oleh akhbar hari ini.

Beliau berkata, tindakan mahkamah itu menunjukkan bahawa kerajaan serius dalam menangani masalah itu.

Nampaknya Pegawai-pegawai kerajaan sama sahaj dengan pemimpin-pemimpin Islam Hadhari yang jelas tidak mahu membenteras masalah rasuah dengan dengan bersungguh-sungguh. Walaupun Juruaudit Professional di tempatkan di agensi awam ianya tidak akan menakutkan penyangak-penyagak itu kerana juruaudit itu sendiri MUNGKIN juga boleh diSUAP dan terlibat sama dengan RASUAH kerana selagi manusia tidak takut kepada Allah selagi itulah rasuah akan terus berlaku.

Masalahnya sekarang, pemimpin atasan sendiri tidak takut kepada Allah dan mereka juga dipertikai integriti masing. Ada anak pemimpin besar yang kaya raya selepas bapanya jadi orang terpenting, ada adik pemimpin yang 'bussiness'nya begitu dahsyat selepas abangnya berkuasa dan macam-macam lagi.

Malah tindakan meletakkan juruaudit ini juga tidak akan menakutkan jerung-jerung besar seperti menteri, timbalan menteri dan sebagainya kerana mereka tidak akan didakwa dan akan dilindungi oleh pemimpin no. 1 Islam Hadhari. Sebab dalam kes penyelewengan di Kementeri Belia dan Sukan dan lain-lain, menteri-menterinya langsung tidak diusik oleh BPR. Sedangkan ada tender-tender atau projek-projek yang terlibat bernilai jutaan ringgit sudah tentu menteri juga tahu akan hal itu.

Malangnya di dalam negeri Islam Hadhari ala Filem Hindustan dan Tamil ini, semua orang besar ada imuniti.

Selagi Undang-undang Islam dan kaedah penyelesaian secara Islam tidak digunapakai selagi itulah manusia tidak akan gerun dan takut untuk melakukan kemungkaran dan kejahatan seperti rasuah dan lain-lain.

Kepada yang berkuasa tunggulah HUKUMAN ALLAH jika kamu menggunakan kuasa ada sedikit pada kamu untuk melindungi PENYANGAK dan 'MALAUN-MALAUN' ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59