Wednesday, 24 October 2007

Anwar tidak akan serahkan versi penuh klip video Lingam


Kuala Lumpur : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menyerahkan versi penuh klip video perbualan peguam Datuk VK Lingam - sepertimana yang diarahkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) - apabila tarikh akhir untuk beliau berbuat demikian, tamat esok.

Beliau diberi tempoh hingga esok untuk menyerahkan versi penuh rakaman selama 14 minit itu. Jika gagal berbuat demikian, Anwar boleh disabitkan di bawah Akta Mencegah Rasuah yang membawa hukuman dua tahun penjara atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

“Kami akan menyerahkan klip video rakaman selama lapan minit dalam 'thumb drive' (dan klip itu adalah yang) telah disaksi oleh umum," kata Pembantu Peribadi Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika dihubungi hari ini.

“Kami tidak akan melakukannya (menyerahkan versi penuh) sehinggalah tuntutan kami selama ini dipenuhi (untuk menjamin perlindungan dan memberi imuniti perundangan kepada sumber-sumber klip video tersebut)."

Pegawai BPR dijangka datang untuk mendapatkan klip video itu di pejabat Anwar di Petaling Jaya, kata Nik Nazmi.

Anwar menerima notis arahan itu dari BPR Isnin lalu, selepas pegawai badan tersebut menemui bekas timbalan perdana menteri itu sebanyak dua kali di pejabatnya selepas beliau mendedahkan mengenai klip video itu pada 19 September.

Nik Nazmi bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, yang dilaporkan oleh akhbar hari ini, sebagai berkata, Anwar boleh memainkan versi penuh klip video itu kepada BPR, dan itu sudah mencukupi untuk mengesahkan kesahihan rakaman tersebut.

Lindungi pemberi maklumat

Dalam sidang akhbar Isnin lalu, Anwar berkata salinan klip video yang akan diserahkannya esok "boleh disahkan kesahihannya" supaya pihak berkuasa tidak mempunyai sebab untuk tidak meneruskan siasatan.

Anwar juga berkata, beliau akan menghubungi dua sumber klip video itu untuk mendapatkan salinan asal, tetapi keputusan untuk mendedahkan baki rakaman tersebut adalah di tangan mereka.

“Mereka (sumber klip video) mahu diberi perlindungan, (dan), say tidak boleh menjamin keselamatan peribadi mereka," kata Anwar sambil menegaskan perlunya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja yang mempunyai kuasa untuk memberi imuniti mutlak kepada pemberi maklumat.

Anwar telah mendedahkan klip video tersebut pada 19 September lalu, yang menurutnya, merupakan bahagian pertama daripada rakaman selama 14 minit.

Menurut, baki rakaman tersebut tidak boleh didedah kerana ia akan mendedahkan identiti pemberi maklumat tersebut.

Klip video itu menunjukkan perbualan telefon Lingam, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mengenai pelantikan hakim-hakim yang 'sehaluan'.

Ahmad Fairuz, yang merupakan Hakim Besar Malaya ketika klip video itu dikatakan dirakam, telah menafikan sebarang pembabitannya, melalui Nazri.

Anwar adalah orang ketiga menerima notis arahan dari BPR. Sebelum ini, notis yang sama telah diterima oleh Naib Presiden PKR, R Sivarasa dan pembantu Anwar - Sim Tze Tzin - yang mengarahkan mereka mendedahkan sumber maklumat tersebut.

Bagaimanapun, kedua-duanya enggan berbuat demikian kerana bimbangkan keselamatan sumber klip video tersebut.

Malaysiakini


ANGKASAWAN NEGARA : RAKYAT KENA KELENTONG LAGI?????


DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Saya masih di Tokyo. Hari ini 23 Oktober 2007, akhbar Japan Times telah melaporkan satu berita di muka 4 � First Malaysian in space back home with a bump � pulang kepala bengkak. Ini mungkin kerana semasa Soyuz mendarat berlaku sedikit kesilapan teknikal. Dalam berita yang sama dinyatakan juga bagaimana Malaysia membayar 23 juta dolar �duit tambang� untuk menaiki Soyuz.

Juga dilaporkan kembali � ya beda bedoo - bagaimana coconout opps� angkasawan Malaysia dapat menumpang Soyuz kerana Najib Razak yang tidak ada bersangkutan apa-apa dengan Altantuya atau Ziana Zain telah bersetuju membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003 dahulu dengan harga 900 juta dolar. (Jangan tuduh saya tidak patriotik � ini laporan dari akhbar Jepun).

Apa yang hendak saya tulis di sini bukan tentang terbunuhnya gadis dari Mongolia atau kenapa 6 orang pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan diberhentikan kerja. Ini kisah lama, kisah yang telah saya baca dari Laman Mahazalim � laman fitnah dan tohmah yang sudah lama gulung tikar.

Apa yang ingin saya timbulkan di sini ialah satu persoalan yang semakin sarat mencari jawapan: Apakah betul manusia telah sampai ke bulan? Apakah kita semua telah dikelentong oleh NASA?

(Saya menggunakan perkataan kelentong. Maaf kerana menggunakan perkataan ini. Ada pakar bahasa telah menghantar pesanan ringkas kepada saya dan menerangkan asal-usul perkataan kelentong ialah dari dua perkataan - Keling dan tong. Ini kerana awal dahulu ada orang Keling yang membeli botol dan tin kosong sebagai punca mata pencarian. Saya tidak tahu bagaimana dua perkataan ini dikahwinkan dan diberi makna yang baru. Seharusnya hamba Allah ini dinobatkan sebagai contoh insan kamil yang menjadi pemula konsep kitar semula.)

Laporan dan pungutan suara di Amerika Syarikat akhir-akhir ini telah menunjukkan hampir 20% rakyat Amerika tidak percaya yang manusia telah sampai ke bulan. Angka-angka peratus ini semakin bertambah kerana dengan munculnya teknologi baru, bukan sahaja rakyat Amerika tetapi kita juga dapat menyelidiki satu demi satu bingkai-bingkai filem, gambar dan imej-imej dari pasukan Apollo yang dikatakan telah menjejak kaki ke bulan.

Untuk memahami kes kelentong NASA ini maka kita wajib kembali melihat latar belakang di zaman kegilaan naik ke bulan. Sesudah perang dunia ke dua tamat Amerika Syarikat telah menculik puluhan saintis Jerman dan dibawa pulang ke Amerika untuk memulakan kajian ilmu roket. Ini kerana para saintis Jerman telah memiliki ilmu pengetahuan roket ketika membuat senjata roket untuk menyerang dan menawan Eropah di zaman Hitler. Pada ketika ini juga para saintis Russia telah memulakan ilmu kajian roket.

Pada 4hb Oktober 1957 Republik Soviet Sosialis (USSR) telah berjaya melancarkan roket Sputnik ke angkasa lepas. Amerika menjadi gempar kerana mereka kelihatan jauh ketinggalan dalam ilmu pelancaran roket ke angkasa lepas. Ini diikuti pula dengan satu lagi kejayaan USSR meroketkan Yuri Gagarin pada 12 April 1961. Yuri Gagarin adalah manusia pertama � insan sosialis - naik ke angkasa lepas.

Ketika Sputnik dan Yuri Gagari di angkasa lepas Perang Dingin sedang berlaku. Pertembungan Amerika Syarikat dan USSR cukup sengit. Perang Dingin ialah perang di mana dua sistem ekonomi � kapitalis dan sosialis � sedang bersaing hebat untuk membuktikan kekuatan masing-masing dan mencari pengaruh.

Sebagai jawapan, kekasih Marilyn Monreo, Presiden Kennedy telah mengeluarkan satu arahan kepada NASA dalam ucapannya kepada kedua-dua parti ahli-ahli Kongres pada 25hb May 1961. Kekasih Marilyn Monreo ini telah mengarahkan NASA untuk menghantar angkasawan Amerika ke bulan dan pulang ke dunia dalam masa satu dekad. Belanjawan sebanyak 40 bilion dolar telah diperuntukkan kepada projek � Moon Landing.

Pada 16 Julai 1969 Apollo 11 telah dilancarkan untuk menghantar 3 orang angkasawan Amerika ke bulan. Saya masih ingat lagi, empat hari kemudian pada petang 20 Julai 1969 saya telah �mencuri� masuk ke rumah Chief Clerk, Malay College Kuala Kangsar untuk menonton TV hitam putih agar dapat melihat Neil Armstrong, Michael Collins dan Edward Aldrin Jr. menjejakkan kaki ke bulan. Saya tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat detik bersejarah ini lari dari pandangan mata dan ingatan saya.

Pada petang itu saya dan mungkin juga seluruh warga dunia cukup kagum melihat teknologi Amerika. Saya tidak memiliki apa-apa syak wasangka terhadap projek Apollo. Saya juga belum lagi memahami apa itu Perang Dingin dan apa itu propaganda dan perang saraf.

Ini berlaku pada tahun 1969, hari ini pada tahun 2007, saya agak was-was dan semakin kurang yakin tentang apa yang saya lihat petang itu. Saya masih ingat lagi gambar-gambar kabur hitam putih pada ketika Neil Armstrong menjejakkan kakinya ke bulan. Hari ini dari apa yang telah saya baca dan ulang tonton �footage� bersejarah ini sengaja di kaburkan oleh NASA kerana semua ini berlaku bukan di bulan tapi dalam studio di Area 51.

Area 51 adalah sebuah kawasan sulit di kawasan tandus Nevada Amerika di mana segala bentuk �kerja-kerja sulit penyelidikan� tentera Amerika sedang dijalankan. Ini kawasan rahsia dan larangan. Sesiapa yang cuba menerbus masuk atau mengintip akan mati katak tanpa soal siasat.

Hari ini timbul satu persoalan dalam kepala saya kenapa USSR yang pertama ke angkasa lepas tetapi TIDAK berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu klip temubual dengan Boris Valentinovich Volinov bekas ketua cosmonout USSR, yang saya temui dalam uTube, saya diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-roket perlu melintasi apa yang dipanggil Van Allen Belt.

Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan memasuki wilayah besi berani Van Allen Belt yang dipenuhi dengan radioaktif. Jauh bulan dari dunia ialah 250,000 batu atau 385,000 kilometer. Apollo 11 setelah 4 hari bergerak pasti telah melintasi Van Allen Belt. Persoalan timbul hingga ke hari ini belum ditemui lagi alat kebal/kalis yang dapat mendinding bukan sahaja para angkasawan tetapi roket itu sendiri dari dicemari oleh bahan radioaktif. Kerana itu menurut Boris Valentonovich USSR tidak berani menghantar manusia ke bulan.

Hari ini, jika kita meng�google� tentang Apollo 11, maka kita akan dapat melihat video/gambar/imej tentang sejarah manusia naik ke bulan. Apa yang memeranjatkan saya ialah ada klip filem yang menunjukkan bagaimana bendera Amerika yang dicacakkan di atas bulan kelihatan berkibar-kibar. Bendera tidak mungkin berkibar kerana di bulan tiada udara. Lalu persoalan timbul - kenapa bendera berkibar-kibar? Apakah Apollo 11 itu dilakukan dalam studio di Area 51?

Banyak lagi perkara-perkara aneh yang menghakiskan keyakinan saya. Anak roket yang turun ke bulan itu seharusnya akan melahirkan lubang/crater yang agak besar kerana kuasa pembakaran enjin ketika mendarat turun dari atas ke bawah. Tidak pula dapat dilihat gumpalan tanah, batu batan atau debu-debu yang terkumpul membukit di sekeliling anak roket ini. Ini bertambah pelik jika semua debu telah bertaburan jauh kerana tekanan jana kuasa enjin, kenapa pula banyak jejak jejak dan tapak kasut angkasawan ini kelihatan dalam gambar-gambar yang dihantar ke bumi?

Tentang gambar-gambar ini lagi pelik dan memelikkan. Menurut Jan Lundberg yang menjadi Pengarah syarikat kamera Hasselblad untuk Space Project NASA 1966-1975, dia sendiri hairan bagaimana gambar-gambar yang lahir dari kamera ini kelihatan cantik dan dapat dibingkaikan seperti gambar iklan walhal kamera yang direkanya pada ketika itu tidak ada view finder dan hanya tersangkut di atas dada para angkasawan. Gambar-gambar hanya diambil secara rambang. Bayangkan betapa susahnya untuk mengambil gambar kerana jari-jari para angkasawan ini cukup besar dibungkus oleh sarung tangan.

Kelentong NASA ini menjadi lebih lawak lagi apabila AREA 51 telah dirakam curi oleh satelit USSR. Ada satu gambar gaung di Area 51 yang betul-betul sama bentuk dan rupanya dengan gambar gaung yang telah dirakamkan oleh para angkasawan Apollo di bulan.

Kita tidak perlu belajar di sekolah filem Universiti of Westminster untuk memahami bagaimana banyak pencahayaan filem dan gambar-gambar dari Angkasawan Apollo ini bukan hanya dari satu sumber � matahari. Gambar-gambar ini telah mendapat cahaya dari pelbagai sumber seperti kita membuat filem. Ini membuktikan naik ke bulan itu telah dirakamkan dalam studio.

Bill Kaysing yang pernah menjadi ketua pengarah bahagian penerbitan/penganalisis syarikat Rocketdyne pembuat roket Saturn V yang menaikkan angkasawan ke bulan tidak pernah percaya dari awal lagi bahawa manusia telah sampai ke bulan dengan Apollo 11. Menurut Kaysing selama 7 hari Apollo telah mengelilingi dunia dan pada hari kelapan mereka telah turun kembali ke bumi untuk disambut hebat.

Menurut Kaysing, pada ketika itu Amerika tidak memiliki teknologi untuk menghantar manusia naik ke bulan dan pulang dengan selamat. Satu perkara yang ditunjukkan oleh Kaysing ialah gambar anak roket yang telah berlabuh di bulan, ketika malam. Latar belakangnya ialah alam yang gelap gelita tanpa satu pun kerlipan bintang. Bintang yang seharunya bertaburan seperti kita melihat langit di waktu malam.

Semua gambar-gambar yang dikaji selidiki ini adalah gambar-gambar rasmi kerajaan Amerika dan gambar-gambar dalam laman-laman rasmi NASA sendiri. Justeru tidak timbul kes sama ada ini pita rakaman Lingam atau pita rakaman Fairuz.

Tulisan saya bukan untuk membuktikan bahawa coconout opps.... angkasawan kita tidak naik ke angkasa lepas. Memang Soyuz naik ke angkasa lepas. Tetapi apabila coconout ...opps... angkasawan kita dinaikkan kerana telah ada agenda tersuruk, sama seperti agenda Perang Dingin NASA yang berjaya mengelentong rakyat dunia dengan Apollo 11 naik ke bulan.

Rakyat Malaysia TIDAK diberitahu (nasib baik saya baca akhbar Jepun) bahawa rakyat Malaysia telah membayar tiket untuk naik Soyuz ke angkasa. Untuk tujuan apa? Ini samalah seperti naik Proton Saga ke Kutub Utara atau pergi mendaki gunung apa namanya....saya dah lupa. Semuanya adalah kelentong besar untuk agenda politik.

Semuanya kelentong ini TIDAK ada sangkut-paut dengan keilmuan sains jauh lagi dalam bidang teknologi. Teknologi kepala bana apa? Kita hanya membeli tiket untuk naik Soyuz. Ini samalah macam naik Bas Mini dan kemudian dalam bas ini kita buat panggilan telefon ke rumah. Bas buatan Jepun. Telefon bimbit buatan Sweden. Kutu berahak penyelidikan apa? Tidak percaya apa yang saya tulis sila saman akhbar Jepun.

Duit tiket 25 juta dolar dan 900 juta dolar itu beli jet pejuang ini mungkin termasuk atau tidak termasuk duit upah kangkang opps... upah si penterjemah Altantuya, hal ini saya tidak arif. Tetapi saya sedar jika duit ini tidak digunakan untuk membazir membeli jet pejuang pasti boleh digunakan untuk membangunkan bilik-bilik makmal yang lengkap dan canggih untuk sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.

Neil Amstong telah berkelentong pada 20 Julai 1969 dengan kata-kata �satu jejak insan adalah satu loncatan besar untuk umat manusia�. Cukup indah bunyinya. Bagaimana pula dengan ini kata-kata pujangga ini - 457 juta ringgit duit komisen Sukhoi adalah loncatan besar untuk mendekatkan Najib kepada anak kunci simpanan duit Bank Negara�.


PILIHANRAYA NOVEMBER? MASA SEMAKIN SUNTUK KITA MASIH SYOK SENDIRI?



Masa semakin singkat?

Pilihanraya kian hampir. Jika ianya dilangsungkan pada pertengahan atau penghujung November bermakna kita hanya ada 4 atau 5 minggu sahaja lagi. Apa yang kita boleh buat dalam masa sesingkat itu? Atau jika ianya diadakan pada tahun depan, masa hanya berbaki 2 atau 3 bulan sahaja lagi. Tempoh itu amat singkat bagi merubah corak pemikiran rakyat.

Rata-rata kita sebenarnya belum serius mengatur rentak 'menyerang' setiap rumah berbekalkan sedikit buah tangan bersama risalah penerangan. Seolah-olah kita ketandusan tenaga kerja untuk mendekati rakyat, walhal bilangan ahli-ahli PAS - sekurang-kurangnya di atas kertas - cukup ramai, dan mampu untuk mencetuskan riak gelombang. Mungkin tenaga seramai itu gagal diuruskendalikan dengan baik bagi melaksanakan satu misi besar-penting-segera.

Malah sehingga Parlimen dan Dun dibubarkan, seterusnya hari penamaan calon berlangsung, ada di antara kita masih kaget sedangkan semua maklum kempen pilihan raya cukup singkat sekali. Pada 2004, hanya dibenarkan kempen 7 setengah hari, dan kita usah harap Abdullah Ahmad Badawi akan memanjangkannya mengulangi zaman Tunku Abdul Rahman (tahun 1959, 35 hari; 1964, 35 hari; 1969), atau era Tun Hussein On (1978, 26 hari).

Mensia-siakan peluang

Sedihnya, sudahlah kempen kian pendek dan kini yang terpendek, kita seolah-olah mensia-siakannya pula. Kita perhatikan ada tempat yang pembangkang mula berkempen hanya selepas tiga hari penamaan calon, maknanya tinggal berbaki empat *hari sahaja. Mungkin atas sebab itu Setiausaha SPR pernah mendakwa pemimpin PAS sendiri tidak mahu tempoh kempen dipanjangkan!

Kita cukup tertarik dengan gerak kerja Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) - yang beroleh kemenangan dalam pilihan raya umum Turki baru-baru ini - yang mengerahkan lebih setengah juta anggota partinya untuk turun berkempen dari rumah ke rumah.

Di Istanbul sahaja lebih 100,000 ahlinya berbuat demikian dengan mengunjungi lebih 95 peratus rumah di kota berkenaan. (Itu dalam suasana mereka pun boleh memanfaatkan tv dan radio, sedangkan di Malaysia pembangkang dinafikan sama sekali). Mereka turut dibekalkan bantuan keperluan harian serta risalah agenda perubahan yang dikemukakan AKP kepada rakyat.

Sewajarnya kita sudah merancang kempen, dalam kiraan dari jam ke jam, bukan dari hari ke hari lagi, bila saja gendang pilihan raya dipalu. Dengan sumber dan tenaga yang terhad, pembaziran adalah satu dosa tak terampun, termasuk aspek masa yang hangus begitu saja.

Dari segi pilihan raya, PAS lebih teruji daripada AKP Turki mahupun PKS Indonesia, soalnya mengapa kita sering alpa mendepani strategi BN yang tidak sehebat mana pun itu. Seperti kata seorang teman, percayalah, dengan keikhlasan dan kerja luar biasa, kita masih boleh menguasai gelanggang ini, namun ia menuntut gerak kerja luar biasa hebatnya.

Ramadhan disia-siakan

Dari tinjauan yang dibuat hampir semua organ kita di semua peringkat seolah-olah menutup pejabat dan markaz masing-masing sempena Ramadhan. Persoalannya adakah kita tidak yakin bahawa kerja-kerja jamaah adalah amal ibadat. Atau lebih parah lagi ada mungkin ada yang beranggapan bahawa kerja-kerja parti ini kerja sia-sia atau maksiat. Masya Allah.

Jamuan Hari Raya syok sendiri

Selepas hampir 2 minggu Ramadhan meninggalkan kita, petugas-petugas parti dan organ-organ sibuk dengan jamuan hari raya dan rumah terbuka. Malangnya rumah terbuka kita seolah-olah hanya untuk orang-orang PAS sahaja. Rata-rata pengunjung rumah terbuka PAS adalah orang PAS. Sebagainya contoh Rumah Terbuka PAS Kawasan Bukit Katil yang dijalankan di Markas PAS Kawasan Bukit Katil, boleh dikatakan 100% pengunjung adalah Orang PAS atau Penyokong PAS. Adakah ianya mencapai objektif untuk mendekati masyarakat atau kita hanya syok sesama sendiri.

Akhirnya kita amat bimbang dengan persiapan diri kita sendiri. Masa semakin suntuk. Bak kata Orang Putih...'just around the corder'.....

Apakah kita masih lena diulik mimpi sedangkan masa terus memancung kita. Apakah dengan mimpi ini kita boleh mengubah minda dan pemikiran pengundi. Atau mungkin kita hanya mengharapkan takdir menentukan segalanya.


ADUAN TENTANG KARAOKE TAJAAN JKKK DI BUKIT LINTANG


PIHAK DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENERIMA EMAIL DARI SEORANG PENGUNJUNG YANG MELAPORKAN TERDAPAT WARONG KOPI YANG MENYEDIAKAN KARAOKE DI BUKIT LINTANG. INSYA ALLAH PIHAK KAMI AKAN MENYIASAR ADUAN INI.

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Email yang kami terima........


A'kum sdra,

Semasa berkunjung raya di rumah seorang kawan di Rumah Awam Bukit Lintang, kami terkejut kerana ada warong kopi JKKK mempunyai karoke. Penduduk setempat sudah lama melaporkan pekara ini kepada pihak MBMBB sehingga kini tiada tindakan. Ini membuktikan Ketua Menteri mengalakan maksiat dalam kawasan kampong. kiranya sdra tinjau sendiri karoke milik JKKK di Bukit Lintang dalam parlimen Bukit Katil. Nampak sangat Ketua Menteri mengalakkan maksiat di kawasan kampung. Ada baiknya sdra pergi melihat sendiri maksiat di taja UMNO atas tiket JKKK..

Salam perantau
Kuala Pilah N9


RAKYAT DAH MELUAT DENGAN SHAHIDAN



KANGAR: Media melaporkan bahawa lebih 100 sepanduk memaparkan wajah Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim, yang dipasang di beberapa lokasi strategik seluruh Perlis, ditoreh dan dikoyak malam tadi.

SHAHIDAN SEPATUTNYA SEDAR BAHAWA MEMANG RAKYAT PERLIS SUDAH MELUAT DENGAN SHAHIDAN DAN KEPIMPINANNYA. SEJAK BELIAU MENJADI MB PERLIS TIDAK BANYAK YANG DILAKUKAN OLEH BELIAU BAGI MEMAJUKAN RAKYAT DAN NEGERI PERLIS.

MASALAH DADAH, GEJALA SOSIAL, MAKSIAT, JENAYAH DAN SEBAGAINYA TIDAK DAPAT DISELESAIKAN OLEH SHAHIDAN. RAKYAT PERLIS SEPERTI JUGA RAKYAT NEGERI LAIN SEMAKIN TERTEKAN DENGAN KOS SARA HIDUP. APA YANG SHAHIDAN BUAT????

JADI MUNGKIN KERANA MELUAT DENGAN SHAHIDAN MEREKA MELEPAS GERAM DENGAN MENGORAK SERTA MENOREH MUKA GAMBAR SHAHIDAN. IBARAT KATA TAK DAPAT TOREH MUKA TUAN, GAMBAR PUN JADILAH.

SELAIN DARI ITU SHAHIDAN KENA SEDAR DAN INSAF. JAWATAN MENTERI BESAR YANG DIMONOPOLI OLEHNYA SEJAK SEKIAN LAMA ITU HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA ORANG LAIN SEBAIK-BAIKNYA KEPADA PAS, SEBAB KALAU BAGI KEPADA 'MALAUN' BN JUGA, ALAMATNYA DUA KALI LIMA MACAM SHAHIDAN


Shahidan dalam kenyataan kepada media di sini semalam, menyifatkan perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang nakal dan bersikap kebudak-budakan.

"Saya tidak kisah dengan apa yang berlaku. Kita hendaklah bersangka baik dengan semua orang dan tidak boleh membuat tuduhan," katanya kepada Bernama.

Ditanya sama ada ia dilakukan oleh musuh politik, Shahidan berkata beliau tidak boleh membuat tuduhan.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan sepanduk ditoreh di bahagian muka Shahidan.

Pengarah unit kemasyarakatan dan dakwah, Pejabat Menteri Besar Perlis, Kasim Mat Isa membuat laporan di balai polis Kangar pagi tadi berhubung perbuatan itu.


SRJKC: Pemimpin Umno tidak 'gentleman'



Saya ingin memberi pandangan berhubung isu sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) diarah membiayai sendiri perbelanjaan membeli buku teks bahasa Cina serta buku sains dan matematik versi bahasa Cina.

Sewaktu diumumkan dalam bajet, Pak Lah dengan secara rasminya mencadangkan skim buku teks percuma. Bila sampai ke pelaksanaan pulak, keputusaan diputarbalikkan. Saya berpendirian bahawa semua anak Malaysia patut disatupadukan di bawah bumbung sekolah kebangsaan.

Saya rasa tindak tanduk pemimpin Umno yang terlibat dalam soal tidak membekalkan buku teks kepada sekolah jenis kebangsaan Cina, amatlah dikesali, malah memalukan bangsa sendiri.

Dunia Barat (orang putih terutamanya) akan menyifatkan pemimpin Melayu sebagai "not gentleman". Apatah lagi ini menunjukkan Pak Lah seorang pemimpin yang sering memberi janji janji kosong.

Dalam soal ini, pemimpin Umno tidak menonjolkan kematangan pemikiran sama sekali. Saya percaya perkara sebegini tidak berlaku dalam era Dr Mahathir Mohamad.

Kami, golongan Melayu yang berpendidikan, mahukan kepemimpinan yang berwibawa, tegas, progresif dalam memajukan bangsa Melayu dan dihormati dunia, bukannya mempermainkan isu isu perkauman yang remeh temeh

Surat Pembaca Malaysiakini : Jamiliah Kassim


KES BATU BUROK DAH TUTUP DAN SELESAI? POLIS PERANGAI MACAM YAHUDI?



Semalam aku berjumpa dengan seorang kawan yang ditangkap oleh anak buah Dato' Ayob dalam Peristiwa Berdarah Batu Burok (PBBB 809), semasa bersembang-sembang beliau menceritakan yang dirinya baru sahaja pulang dari IPD Kuala Terengganu bagi 'melapor diri'. Sahabat yang bekerja sebagai peniaga itu turut menceritakan yang beliau turut terserempak dengan sekumpulan UMNO yang masuk bagi membuat laporan polis yang diketuai oleh Tengku Putera.

Aku tidak terkejut apabila sahabat tadi menceritakan yang beliau dipanggil dan diminta 'melapor diri' kepada IPD. Namun sesuatu yang menarik adalah bilamana polis dilihat cuba menutup kes dengan menarik balik surat yang dikeluarkan kepada semua yang pernah ditahan. Surat itu merupakan 'temu janji' mereka yang ditahan dengan pihak polis. Mereka seolah-olah sudah 'dilepaskan' cuma diambil nombor telefon bagi membuat tindakan susulan.

Ini bukan perkara pelik sebenarnya. Apabila situasi dan keadaan yang ada tidak memihak kepada pihak polis, maka mereka akan melakukan 'pendamaian'. Rakyat yang agak tertekan dengan penahanan sememangnya berharap perdamaian ini, namun sampai bila kezaliman dan kejahatan polis dalam mengawal ketenteraman awam akan terus dilenyapkan begitu sahaja.

Mereka lakukan tangkapan, membuat kekasaran dan melakukan provokasi. Kemudian memukul orang yang ditahan dalam tahanan. Apabila merasakan mereka 'tidak kuat' dalam kes berkaitan, maka mereka melakukan 'perjanjian damai'.

Aku kira, jika aku berada di tempat mereka yang ditahan pun akan bersetuju dengan 'perdamaian' itu. Ini kerana bukan sesuatu yang menyeronokkan terpaksa ulang alik dari rumah ke balai, dari balai ke mahkamah dan sebagainya. Namun, dalam kita tidak sedar penjanjian damai itu telah membuat mereka semakin naik lemak dengan tindakan mereka. Seolah-olah kuasa undang-undang di tangan mereka. Maka kesalahan, tindakan biadap akan terus mereka lakukan terhadap awam.

Aku cukup tertarik dengan Malek Husin yang bakal menjadi jutawan segera. Jutawan yang berdepan dengan pelbagai kesakitan dan kepayahan. Jutawan yang terpaksa melalui mimpi ngeri dan terus membayangi mimpi itu. Memang payah dan merumitkan terpaksa ulang-alik ke mahkamah. Terpaksa meninggalkan kerja, kos lawyer dan sebagainya.

Aku tidak nampak kemenangan Malek pada jumlah yang akan berjaya diperolehi beliau. Namun apa yang aku nampak adalah nilai sebuah perjuangan. Sabar, tekad dan sanggup sedikit bersusah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan itulah kemenangan yang sebenar. Berjaya menang kes atau tidak, itu tetap soal kedua. Berjaya membongkar apa kezaliman, kejahatan dan salah laku mereka yang diberi amanah menjaga keselamatan itulah yang utama!

Kepada mereka yang ditahan dan telah diberi 'keampunan', aku berharap mereka ini tidak menganggap kes mereka selesai setakat itu sahaja. Anda mempunyai hak kerana ditahan seolah-olah pesalah, diperlaku sebagai penjenayah, dan dilayan dengan cukup teruk, maka berbuatlah sesuatu supaya pihak keselamatan tidak lagi selamat dengan uniform mereka itu. Bukan mahu mengajar melawan polis, tetapi mahu mengajar polis-polis yang jahat itu!

Aku juga berharap wujud segera pasukan peguam dan pihak yang tampil ke depan bagi membantu dan membela nasib mereka ini. Mereka ini tidak kuat kerana berasakan bersendirian, tidak semangat kerana dibayangkan kesusahan, dan ditakutkan dengan bayang-bayang. Walhal mereka tidak bersalah sama sekali!!

Mungkin sahaja membayangkan kepada mereka nilai RM yang bakal diperolehi. Kawan yang ditahan tadi apabila ditanya, cukupkah jika dibayar RM5000 sebagai saguhati, cepat-cepat sahaja dia menjawab "Itu hanya lekat celah gigi.

amdang61

Seorang pengunjung Tranungkite yang menamakan dirinya akusokongtokguru menyatakan bahawa ....
Aslkum...aku salah seorang yang polis ambik balik surat jaminan tu...polis mintak surat tu,lepastu dia mintak nom telefon..dia kata kes dah tutup...


UMNO & BN SEDIH AMAT SANGAT GOH TONG MENINGGAL



PM sedih sungguh bila jutawan judi Lim Goh Tong meninggal dunia semalam. Pak Lah, dalam kenyataannya kepada media, menyifatkan mendiang Lim sebagai usahawan yang sangat gigih dalam mengembangkan perniagaannya serta turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dalam pelbagai bidang industri.

“Beliau juga seorang dermawan yang cukup dikenali dan diakui. Saya percaya pemergian beliau merupakan satu kehilangan bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada masyarakat pengusaha dan peniaga di negara ini,” katanya kepada pemberita di Ipoh.

Bagi Pak Lah dia seolah-olah langsung tidak berasa kesal dan tidak rasa berdosa memungut cukai dari HASIL JUDI Goh Tong. Sebab itulah lesen perniagaan Goh Tong tidak ditamatkan.

Ada pihak mendakwa bahawa Goh Tong adalah penyumbang utama dana untuk Umno dan BN bagi mengalahkan PAS dan pembangkang pada setiap pilihanraya. Dakwaan ini memang ada logiknya kerana kalau BN kalah di Pahang kemungkinan Pusat Perjudian Goh Tong di Genting akan ditutup. Kerajaan negeri berkuasa keatas lesen premis perniagaan seperti di Kelantan.

Sebab itulah agaknya Goh Tong beriya-iya sangat menyumbang derma kepada Umno dan BN bagi memastikan BN terus berkuasa. Jadi kemungkinan Umno dan BN menang atas hasil judi. MASYA ALLAH.

Goh Tong mungkin semakin kecut perut dengan amaran Pesuruhjaya PAS Pahang apabila, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri membuat kenyataan bahawa Pusat Perjudian Genting akan ditukarkan kepada Pusat Peranginan dan seumpamanya jika PAS dan BA menang pada Pilihanraya Umum 2004 dan seterusnya.

Umno tak hirau HALAL dan HARAM

Memang menjadi dasar Umno dan Islam Hadhari yang tidak kisah HALAL dan HARAM, walaupun jelas di dalam Al Quran hasil judi adalah HARAM. Sebab itu lesen judi seperti TOTO, MAGNUM, DAMACAI, 4 Nombor dan sebagainya diberikan. Premis perjudian semakin banyak.

Oleh kerana tidak hiraukan HALAL dan HARAM maka dakwaan mengatakan Goh Tong adalah antara penyumbang terbesar kepada Umno dan BN ada kebenarannya.


BLOG LAJNAH PENERANGAN MELAKA KEMBALI AKTIF


BLOG LAJNAH PENERANGAN MELAKA KEMBALI DIAKTIFKAN BERMULA HARI INI. INSYA ALLAH IANYANYA AKAN DIUPDATEKAN SETIAP HARI BAGI MENYAMPAIKAN MAKLUMAT DAN ULASAN ISU-ISU SEMASA TERUTAMA ISU-ISU TEMPATAN.

BLOG INI BOLEH DICAPAI DI ALAMAT peneranganmelaka.blogspot.com


MELAKA NEGERI MAJU : SASARAN ALI RUSTAM INDAH KHABAR DARI RUPA


AYER KEROH : Semalam Ketua Menteri Ali Rustam berkata bahawa lima rumusan menjadi agenda utama dalam usaha memastikan negeri Melaka Maju menjelang 2010. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutupan Konvensyen Melayu Melaka Maju 2010 bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dekat sini, petang semalam.

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil ingin menjawab dan membalas apa yang diperkatakan oleh Ali Rustam.

Rumusan pertama : Kerajaan negeri melakar sejarah apabila berjaya menandatandatangani 16 surat Perjanjian dan Memorandum Persefahaman (MoU) berjumlah RM717.54 juta pelaburan membabitkan agensi-agensi berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun, swasta dan orang perseorangan.

DPPBK : Apakah yang Orang Melayu dapat dari pelaburan ini. Sebahagian besar syarikat di punyai oleh orang luar dan bukan bumiputera. Orang Melayu hanya menjadi jaga dan operator pengeluaran atau pekerja bawahan sahaja. Dengan kata lain Orang Melayu hanya menjadi KULI di tanahair sendiri. Vendor-vendor kepada syarikat-syarikat ini juga dikuasai oleh bukan bumiputera. JADI APA YANG BOLEH ORANG MELAYU BANGGAKAN.

Rumusan kedua : Kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 1,333 rumah kedai mampu dimiliki golongan bumiputera dalam tempoh tiga tahun 2007,2008 dan 2009 bagi mencapai 40 peratus menjelang 2010.Hanya 410 buah rumah kedai mampu dimiliki oleh golongan bumiputera pada hari ini iaitu hanya mencapai 10 peratus.

DPPBK : Apakah Orang Melayu mampu untuk memiliki rumah-rumah kedai rata-rata harganya RM200,000 keatas. Jangankan RM200,000, RM100,000 ribu belum tentu mampu dimiliki oleh bumiputera. Hanya kroni-kroni Umno dan Ali Rustam sahaja yang mampu.

Rumusan ketiga : Negeri Melaka memerlukan seramai 1,001 doktor perubatan, arkitek, doktor veterinar dan golongan profesional yang lain untuk berkhidmat atau menetap di negeri ini menjelang 2010.

DPPBK : Apakah tindakan kerajaan Melaka dalam menangani gejala sosial, maksiat, dadah, budaya hedonisme, ponteng sekolah dan lain-lain penyakit remaja sekarang? Apa yang kita lihat Kerajaan Melaka lebih suka menggalakkan remaja berseronok dan membuat maksiat seperti menjalankan pertandingan karaoke 24 jam dan lain-lain. Tempat-tempat maksiat tidak ditutup dan digalakkan beroperasi. Selagi semua program maksiat dan tempat maksiat ini tidak ditutup maka hasrat untuk melahirkan seramai mungkin modal insan yang baik seperti melahirkan golongan professional ini sukar dicapai. Kita bimbang nanti 1,001 orang golongan professional itu datang dari luar Melaka dan lebih parah lagi ianya adalah dikalangan bangsa asing.

Rumusan keempat : Badan Perhubungan UMNO negeri memutuskan 70 peratus golongan bumiputera di negeri ini yang mengundi telah menjadi ahli UMNO. Sehingga kini, seramai 4500 orang masih belum mendaftar dimana daripada jumlah keseluruhan itu seramai 2603 orang tidak dapat dikesan.

DPPBK : Hasrat Umno untuk mendapatkan 70 peratus pengundi berdaftar menjadi ahli Umno memang akan tercapai sebab, ramai dikalangan mereka tidak tahu bahawa mereka menjadi ahli Umno. Ahli Keluarga atau juak-juak Umno lah yang mendaftarkan mereka dan membayar yuran keahlian.

Rumusan kelima : Mengimbangkan pencapaian dunia dan akhirat berlandaskan 10 prinsip-prinsip Islam Hadhari yang telah diberi penekanan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

DPPBK : Prinsip Islam Hadhari itu sendiri jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Perkara-perkara asas dalam Islam pun tak ditunaikan. Antaranya AMAR MAKHRUF NAHI MUNGKAR tidak berlaku. Judi, arak, pelacuran, tempat maksiat, riba dan disebagaikan tidak diHARAMkan. Rasuah dibiarkan, jenayah semakin teruk, rakyat tidak merdeka dan terkonkong dan seribu satu masalah lagi yang jelas bertentangan dengan Islam HADHARI PALSU itu sendiri.Pengamalan Islam di kalangan pemimpin Umno pun kita lihat jauh menyimpang dari ajaran asas Islam antaranya AURAT tidak ditutup, berJABAT tangan dengan bukan muhrim. Itu baru perkara kecil tidak disentuh bab-bab yang lebih luas dan besar.

Sofi Wahab
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil


KENALI PEMIMPIN : HAJJAH KINTAN MAN - SETIAUSAHA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI MELAKA 2007/2009



Muslimat “Besi” , tidak kenal erti kalah

Hajjah Kintan binti Man , dilahirkan di kampong Serkam , Jasin Melaka anak bongsu daripada tiga adik beradik merupakan anak jati Melaka . Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan disiplin dalam kehidupan . Sejak kecil lagi beliau telah dididik dengan cara hidup Islam .
Dalam mengharungi kegetiran hidup sebagai ibu tunggal yang terpaksa mengasuh , mendidik , bertindak sebagai “ayah” kepada anak-anak kini beliau boleh berbangga dengan pencapaian anak-anaknya kini dan bukan itu sahaja kini beliau bergiat aktif dan berkhidmat sepenuh masa dalam politik. Ikuti temubual Sofi Wahab bersama Muslimat “Besi” ini.

PROFAIL

Nama : Hajjah Kintan binti Man
Umur : 48 Tahun
Tempat lahir : Kampung Serkam , Jasin Melaka
Nama Suami : Allahyarham Zulkifly bin Mohd Shah
Bilangan anak : (5 Orang)
1. Mohd.Syazman 25 tahun ( Jurutera Texas Instrumens) ,
2. Siti Naziha 23 tahun (Bio-Medic. UKM) ,
3. Siti Fariza 21 tahun (Information & Communication Enggineering. German) 4. Siti Hafiza 19 tahun (Universiti Sumatera Utara. Perubatan)
5. Siti Zubaidah 17 tahun (Tingkatan 5 SMKBKTKatil).

Alamat Tempat Tinggal : Taman Bukit Katil , Bukit Katil Melaka.
E-mail : akulernie_et@yahoo.com
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Serkam(tahun1-6 , Penolong Pengawas) , Sekolah Menengah Dang Anum Merlimau (Form1-5, /SU pengawas Sekolah, Ketua Pengawas Perempuan, Troop Leader Girl Scout) , High School Melaka (Form 6, Exco Persatuan Bahasa Melayu) ,
Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang Sains Pendidikan.

Hobi : Membaca dan Berfikir dengan Alam
Mentor : Nabi Muhammad SAW
Kerjaya : Ahli Politik sepenuh masa
Pengalaman : Aktivis persatuan anak-anak Melayu University Queensland Australia,
Ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat,
Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka,
Aktivis Masyarakat, aktif membantu NGO seperti Nisa’ dan lain-lain.

Apa Pandangan Hajjah mengenai permasalahan anak-anak zaman kini?

Kintan: Saya melihat permasalahan kini lebih merujuk kepada kegagalan pemerintah dalam menyediakan intrumen pendidikan berasaskan pembinaan rohani Islam yang syumul dan kegagalan kerajaan mengawal instrument hiburan yang keterlaluan.

Bagaimana Hajjah membentuk anak-anak?

Kintan: Saya akan memastikan semuanya aktiviti bersama keluarga diteruskan sungguhpun Allahyarham Suami sudah 10 tahun tidak bersama. Pertama setiap hujung minggu saya akan pastikan kami semua ahli keluarga dapat beriadhah atau berkelah bersama-sama bagi mengeratkan silaturrahim , saya akan berusaha untuk beri masa sekurang-kurangnya 1-2jam untuyk bersama anak-anak bagi mentelaah pelajaran mereka dan apa yang penting beri perhatian terhadap pembinaan akhlak yang berasaskan Islam.

Dalam kesibukan menguruskan rumahtangga dengan bertindak sebagai “Ayah” dan juga Ibu dalam masa yang sama Hajjah nampaknya sibuk dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, Bagaimana Hajjah melaluinya?

Jawapan: Pertama saya melihat tanggungjawab saya dalam aktiviti masyarakat khususnya dalam sebuah gerakan Islam adalah ianya bukan satu pilihan kerana ia telah terkandung dalam Al-Quran manusia dilahirkan sebagai Khalifah dan tangungjawab itu dipikul tanpa melihat status ia lelaki atau wanita jika ianya satu pilihan maka sudah tentu saya memilih untuk meneruskan kerjaya sebagai ahli perniagaan sepenuh masa. Mengenai bagaimana saya dapat mengurus atur masa itu adalah hasil daripada kesefahaman dan tanggungjawab yang telah disemai sejak dikalangan anak-anak sejak dari kecil lagi dan factor lain anak-anak saya kini sudah besar.


Bila Hajjah mula berkecimpung dalam politik?

Kintan: Saya mula berkecimpung dalam dunia politik sejak tahun 1997 ketika mana saya melihat kebangkitan rakyat dalam politik begitu membara.


Apa yang mendorong Hajjah untuk berkecimpung dalam politik?

Kintan: Saya terdorong daripada kesan didikan Islam dalam keluarga yang begitu mendalam dan juga minat serta kefahaman yang berasaskan tuntutan Al-Quran.


Selain Politik , apa minat Hajjah ?

Kintan: Saya meminati politik bukan kerana ia politik tetapi ia merupakan satu tanggungjawab kontrak sosial sepertimana yang telah saya katakan tadi ia merupakan amanah dari ‘Pencipta’, jadi minat saya dalam mengisi masa lapang saya suka membaca bagi menambah ilmu yang sentiasa berkurangan dan apa yang selalu saya buat ialah suka bertadabur atau berfikir dengan alam dengannya saya dapat menilai kembali kehebatan Maha Pencipta .

Dimana Hajjah sering menghabiskan masa ?

Kintan: Sebagai pimpinan saya sering habiskan masa di negeri Melaka khusus di DUN Bukit Baru untuk memberi khidmat kepada rakyat disekitarnya sungguhpun begitu sebagai anak yang masih lagi mempunyai kedua orang tua yang tinggal di Serkam maka saya sering berulang-alik dari rumah saya di Taman Bukit Katil ke Serkam.

Apakah Cita-cita Hajjah?

Kintan: Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang Ibu yang berilmu dan seorang rakyat yang prihatin dan sanggup memperjuangkan hak-hak rakyat yang tidak terbela dengan seadanya.

Siapakah Mentor Hajjah dalam membina karier politik sekaligus sebuah keluarga?

Kintan: Sebagai seorang muslim sudah tentu Baginda Rasulllulah SAW adalah mentor saya yang terbaik sepanjang hayat, walaubagaimanapun di alaf baru ini khususnya scenario politik di Malaysia tidak lain tidak bukan sudah Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat.

Matlamat Hajjah dalam hidup dan politik ?

Kintan: Dalam hidup saya sedaya upaya nak capai kehidupan yang cintakan Al-Quran melalui Izzah (Kemulian) taqwa ibu-bapa dan menjadikan anak-anak seorang manusia yang bertaqwa dan kenal erti kehidupan manakala dalam politik berusaha untuk menyedarkan manusia serta memenangi hati-hati mereka melalui kehebatan Islam dan memimpin masyarakat mengikut acuan Islam yang sebenar.

Ada ura-ura mengatakan Hajjah akan bertanding di salah sebuah Dewan Undangan Negeri Melaka sebagai calon muslimat pertama PAS Melaka, betul ke?

Kintan: Sebagai seorang anggota jemaah, saya akur dengan arahan dan kehendak parti lebih-lebih lagi Parti Islam seperti PAS. Arahan pimpinan mesti ditaati selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam.

Maknanya Hajjah bersetuju?

Kintan : Insya Allah, kalau itu arahan pimpinan dan parti.

Baik , apakah kata-kata akhir Hajjah untuk renungan pembaca

Kintan: Rakyat telah disogok dan terlalu dizahirkan dengan kecukupan hidup yang melampau sehingga tidak dapat memperdulikan keadaan sekeliling walaupun dalam keadaan tekanan hidup dengan bebanan taraf hidup semakin tinggi ini semua kesan daripada sikap dan tindakkan Kerajaan yang tidak menjadikan Agama sebagai panduan.
Justeru itu rakyat mesti disedarkan melalui usaha dan kerja keras daripada semua jentera parti untuk menyatakan sikap kita yang benar-benar serius untuk membawa perubahan dalam pemerintahan sekaligus dalam kehidupan.


KENALI PEMIMPIN : USTAZ KAMARUDDIN SEDIK - KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI MELAKA 2007/2009




Nama Penuh : Kamarudin Bin Hj Sedik.
Lahir : 26 Februari 1969.
Asal : Kampung Umbai Melaka.
Isteri : Safina Bte Hj Hashim.
Anak : 3 orang. (Zarkasyi, Zunaizah, Zajlatul Abidah)
No. Telefon : 013-6643574
Hobi : Membaca dan beriadah
Kerja : Mudir Madrasah Ar-Rahmah, Solok Gaong, Melaka

Pendidikan : Sekolah Rendah Kebangsaan Hj Baginda Kg Umbai Melaka.
Sekolah Menengah Agama Jabatan Agama Islam (JAIM ) Merlimau
Madrasah An Nuriah, Sungai Udang
Madrasah Ad Diniah Al Bakriah Pasir Tumboh, Kelantan.
Maahad Al Latiffiah, Perak
Maahad As Somadiah, Pattani Thailand
Universiti Al Azhar, Mesir dalam jurusan Syariah

Pengalaman politik : Ketua PAS Cawangan Bkt Tembakau, Umbai
Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin, 2000-2006
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 2003-2005
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 2005-sekarang

Pengalaman Pilihanraya : Bertanding pada Pilihanraya 2004 di DUN Serkam tewas pada
Dato’ Ahmad Hamzah dengan majoriti 4,347 undi

Mengapa berminat dengan Politik?
Kebetulan saya datang dari keluarga yang minat politik walaupun tidak berjawatan penting dalam parti. Lebih-lebih lagi setelah mendalami ilmu agama, ia memantapkan lagi kecenderungan berpolitik kerana ia merupakan tuntutan agama. Maknanya saya berpolitik lebih kepada tuntutan agama yang saya pelajari.

Boleh ceritakan sedikit bagaimana Ustaz terlibat secara langsung dengan Politik?
Saya pulang dati Mesir pada Ogos 1999, bila berlakunya Pilihanraya Umum ke 10 saya diamanahkan sebagai Wakil Calon kepada Dr Abdul Halim Ramli yang bertanding di Dewan Undangan Negeri Serkam. Ketika itu saya mula membiasakan diri berceramah di pentas. Mungkin faktor itu ahli PAS merasakan bakat kepimpinan saya perlu digilap untuk masa depan. Maka pada tahun 2000 saya telah diamanahkan beberapa jawatan penting seperti Ketua PAS Cawangan Bukit Tembakau dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin.

Adakah Ustaz tidak rasa terbeban dengan jawatan yang dipikul?
Saya tidak pernah minta apa-apa jawatan. Kadang-kadang terasa juga terbeban tetapi saya juga merasakan ini suatu pengalaman serta cabaran. Saya dah korban masa yang lama untuk menimba ilmu. Persoalaanya ke mana ilmu itu perlu saya bawa? Sekarang saya rasa sudah sampai giliran saya untuk menggalas perjuangan ini tidak kira di mana saja posisi yang di beri. Kalau saya tumpu mengajar masjid saja macam sahabat-sahabat yang lain, saya rasa tak padan lori besar muatan sikit.

Ustaz juga merupakan seorang Mudir (Pengetua) di sebuah Sekolah Agama Rakyat, sudah tentu banyak kerja yang dipaksa dilakukan untuk mentadbir sebuah sekolah?
Ya. Mentadbir sebuah sekolah swasta tidak seperti sekolah kementerian yang mempunyai prasarana yang ada semua di depan mata. Saya dan pentadbir sekolah terpaksa mencari dana untuk menguruskan sekolah, juga kadang-kadang gangguan sumbang dari pihak tertentu pun terpaksa kami hadapi. Tapi Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

Dengar cerita sekolah ustaz berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dari segi akademik dan syakhsiah?
Alhamdulillah, berkat keikhlasan guru-guru, usaha murid-murid dan doa ibubapa, pelajar-pelajar kami mampu membuktikan bahawa pelajar-pelajar SAR yang dianaktirikan oleh Kerajaan BN juga mampu mencapai keputusan cemerlang dalam semua bidang, walaupu baru 8 tahun beroperasi.

Boleh ceritakan sedikit kejayaan pelajar ustaz?
Pelajar Maahad Ar-Rahmah pernah dikategorikan antara 6 orang pelajar terbaik YIK dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU). Dalam PMR pula ada yang memperolehi 9A dan 8A. Dalam SPM tahun lepas ada yang memperolehi 10A.

Apa rahsianya?
Kami tak guna slogan Malaysia Boleh tapi kami terapkan slogan Islam Boleh. Pertama yang saya tekankan adalah faktor kombinasi antara keikhlasan guru yang mengajar, murid yang belajar dan ibubapa yang menghantar anak-anak. Kedua guru serta pelajar perlu berjiwa besar, jangan jadikan faktor kekurangan prasarana sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan, berapa ramai pelajar gagal di sekolah kementerian walaupun bangunannya indah, guru terlatih serta pengurusan yang sistematik. Itu semua kosmetik saja, pokok pangkalnya hati mahu berubah.

Ustaz sudah pasti sibuk dengan tugas seharian sebagai guru dan pejuang, bagaimana bahagikan masa?
Bila kita dah letakkan diri dalam posisi perjuangan Islam, putaran masa kita tak sama dengan orang lain, orang lain seminggu 7 hari, kita terpaksa bergerak seminggu 8 hari, terpaksa korban sikit. Di sini seorang pimpinan perlu gunakan kebijaksanaan. Sebenarnya saya berpegang dengan konsep Islam iaitu Hablum minAllah wa Hablum minannas, maknanya perjuangan untuk agama tanpa abaikan tanggungjawab sebagao ketua keluarga. Sebelah pagi ke sekolah, petang bersama keluarga, malam untuk parti kecuali Sabtu dan Ahad banyak program jamaah.

Isteri dan anak-anak tak marah dan masam muka?
Alhamdulillah mereka dah faham dan biasa dengan situasi macam ini. Balik malam biasanya tak sempat jumpa anak sebelum mereka tidur.

Kata orang untuk memujuk isteri banyak strategi digunakan. Jadi strategi mana yang Ustaz gunakan?
Biasanya saya bawa pergi malam luar. Sesekali ke Bandar atau ke pantai .....tengok angin la .....tolong buat kerja rumah pun ada juga kerana dah biasa buat masa belajar dulu.

Ustaz juga dikatakan antara pemidato yang hebat di Melaka?
Biasa aja.......saya cuma sampaikan yang terbaik untuk rakyat agar mereka faham mesej kebenaran yang PAS bawa. Penumpuan kepada isu dalam negeri Melaka mungkin menarik perhatian.

Dari mana Ustaz belajar berpidato?
Sebenarnya semenjak umur 18 tahun saya dah minat apabila selalu dengar ceramah PAS. Tak pernah kursus pun. Pernah johan pidato masa belajar di Perak dulu tahun 1992, di Mesir pun pernah menjadi johan pidato anjuran PMRAM sempena sambutan hari kemerdekaan tahun 1996. Ini semua saya lakukan sebagai persediaan untuk menjadi penceramah PAS.

Apa perancangan Dewan Pemuda Melaka pada Pilihanraya Umum ke-12 ini?
Sebenarnya Pemuda merupakan sayap kanan parti, jadi tugas kami adalah untuk merealisasikan hasrat dan perancangan parti iaitu memastikan PAS Melaka berjaya menghantar wakilnya dalam Dewan Undangan Negeri pada Pilihanraya Umum ke 12 nanti. Justeru, semua ahli pemuda diarahkan turun padang menggerakkan Unit Peti Undi (UPU) dan Majlis Tindakan DUN (MTD) untuk menghadapi pilihanraya akan datang, khususnya program mendekati golongan muda. Fokus lebih kepada DUN-DUN ’targett’.

Boleh nyatakan DUN mana yang di’target’kan?
Kita target semua DUN, tapi ada beberapa DUN yang special ....ketawa ......

DUN mana?
Itu kena tanya Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri, semua maklumat ada pada dia.

Ustaz bertanding kali ini? DUN mana?
Insya Allah ...itu terserah kepada keputusan pimpinan. Mana-mana pun saya ikut. Kalau suruh lawan Ketua Menteri pun tak ada masalah......cuma jangan pakai hantu raya sudah .......ketawa.

Berkenaan isu dalam Melaka, boleh ustaz nyatakan isu-isu terkini yang hangat?
Telah banyak saya perkatakan dalam ceramah saya. Boleh katakan semua agensi kerajaan negeri ada rekod. Sebab itu saya cadangkan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Integriti Nasional dalam perjumpaan di Melaka baru-baru ini agar diwujudkan satu badan hisbah untuk pantau harta semua pemimpin kerajaan negeri. Melaka ni kaya dengan isu negatif yang merugikan rakyat. Contohnya isu rombongan Ketua Menteri ke Amerika Latin dan Paris guna RM1 juta untuk belajar tanam pokok bunga, hutang negeri lebih RM1 bilion, penjualan anak Syarikat Kerajaan PKNM di bawah harga pasaran yang teruk lagi isu yang mengaibkan iaitu isu babi di Paya Mengkuang dan puluhan tahun tak selesai, kes babi pun tak terurus macamana nak urus rakyat? Kalau Orang Melayu berniaga tak ikut syarat, tarik lesen, roboh gerai tapi bangsa lain tak ikut syarat majlis daerah tak tarik lesen .....Umno ni hipokrit.

Ustaz yakin dengan isu-isu ini PAS Melaka akan menang beberapa kerusi pada PRU ke 12?
Kalau tengok isu tak ada sebab kita tak menang. Cuma pendedahan kepada rakyat kita kurang lakukan. Lebih-lebih lagi saluran PAS agak terhad. Sebab itu kerja memberi maklumat dan penerangan itu penting seperti ceramah umum, ceramah kelompok, edaran risalah dan sebagainya di samping hubungan dengan Allah S.W.T. Justeru kerja berat ini mesti semua ahli PAS terlibat jangan harapkan orang berjawatan sahaja yang lakukan.

Kalau tidak jadi ahli Politik apa yang mungkin Ustaz Kamaruddin ceburi?
Mungkin saya terus belajar dan mengajar, majukan sekolah dan lahirkan Ansorullah bukan ansor Islam Hadhari.

Akhir sekali boleh Ustaz cadangkan kaedah dan langkah yang perlu untuk megatasi kemelut di Malaysia seperti masalah jenayah, masalah murtad dan kedaulatan Melayu yang semakin terhakis?
Saya tertarik dengan slogan Gerakan Ikhwan Muslimin dalam pilihanraya Mesir iaitu Al Islam Huwal Hellu (Islam adalah penyelesaian), rakyat faham maka hampir 80 kerusi Parlimen Ikhwan Muslimin menang. Selagi tidak kembali kepada peraturan Islam, tidak ada penyelesaian, walaupun tukar 10 Perdana Menteri lagi. Tak percaya cuba beri kita peluang memerintah sekali. Masalahnya rakyat Malaysia ni takut buat perubahan......

Terimakasih Ustaz
Sama-sama


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59