Tuesday, 23 October 2007

Semak segera nama anda, daftar pemilih tambahan dipamer hari ini


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2007 mulai hari ini hingga 29 Oktober di 866 lokasi di seluruh negara lapor Bernama.

SPR dalam kenyataannya semalam berkata, warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat menyemak daftar pemilih itu.

Mereka yang nama tidak tersenarai dalam daftar pemilih boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B manakala bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang di dalam daftar pemilih itu boleh dibuat dengan mengisi Borang C.

Kedua-dua borang itu perlu diserahkan kepada Pendaftar iaitu pengarah pilihanraya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh Rang itu dipamerkan.

SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara dari angkatan tentera atau polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya.

SPR turut memohon kerjasama waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur wariswaris mereka yang telah meninggal dunia bagi memudahkannya membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia.

Waris boleh menghantar salinan itu melalui pos ke alamat Aras 5, Blok C7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya atau fax ke 0388889113 atau 0388889117.

Jika ada kesilapan, pemilih boleh menghantar pembetulan ke alamat emel spr@spr.gov.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya my atau menulis surat ke mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau Ibu Pejabat SPR, Putrajaya.

Pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin juga digalakkan membuat pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di pusat mengundi yang lebih dekat dengan tempat kediaman masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 0388856500 atau layari laman web SPR di www.spr.gov. my.

Harakahdaily


PAS TETAP DITERIMA RAKYAT KELANTAN - TOK GURU NIK AZIZ


Kota Baharu : PAS, dalam menghadapi pilihan raya umum ke-12 nanti, yakin perjuangan Islam mengikut acuannya masih diterima oleh rakyat Kelantan berbanding perjuangan Umno yang berlandaskan pembangunan.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS mempunyai keyakinan dan kekuatan dalam memperjuangkan Islam untuk meraih kepercayaan rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu.

"Kita yakin Islam menjadi pilihan, kerana kita boleh beri dunia dan akhirat. Untuk ke syurga hanya itu sahaja caranya," katanya ketika ditemui di Wisma Darul Naim di sini baru-baru ini.

Tok Guru yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana keyakinan rakyat terhadap parti itu dan apakah kekuatan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum yang kian hampir.

Namun anggapan ramai pemimpin Umno bahawa PAS kini semakin tersepit dalam percaturan politik negeri sementara sokongan bagi Barisan Nasional, Umno khasnya, juga semakin meningkat hasil pelbagai usaha yang diambil oleh parti itu untuk bertapak dengan teguh ADALAH MELESET.

Bukan susah lawan Umno

"Umno ni bukan susah sangat lawan dia, pakai hujah sahaja kerana Umno sendiri tahu, semangat kebangsaan ni orang Melayu tak boleh terima kerana Umno tunjuk dunia sahaja, dunia pun tak selamat. Sebab tu mereka guna kekerasan, pujukan dan wang," katanya.

Mungkin rakyat akan fikir sendiri dan balik kepada Islam. Sebab itu, senjata kami PAS hanya beri kesedaran," katanya.

Katanya, keyakinan beliau juga berdasarkan kepada hakikat perjuangan PAS kini semakin diterima oleh bukan Islam juga.

Beliau mendakwa kebelakangan ini, sudah banyak kelab penyokong PAS ditubuhkan kaum Cina dan India malah ada yang berminat untuk masuk menjadi anggota parti itu.

"Ini semua kerana kekuatan Islam itu sendiri yang mampu tarik orang luar. Mereka nak masuk PAS, kita tak bagi sebab bukan Islam, tetapi mereka sendiri yang buat kelab sokong kami.

"Saya dengar sudah banyak kelab penyokong yang ditubuhkan termasuk di negeri lain. Pendirian parti, kita tak halang mereka sokong kita. Kita terima," katanya.

Ditanya mengenai keyakinan pengerusi Badan Perhubungan Umno Datuk Seri Annuar Musa dalam merampas kembali Kelantan setelah 17 tahun dikuasai PAS, Tok Guru beranggapan hasrat Umno Kelantan itu masih jauh untuk dicapai.

"Macam biasa, kita kenal dia, dia pun kenal kita, apa yang dia buat tak beri kesan. Tapi nampak jauh sangat untuk Annuar rampas Kelantan," katanya.

Tetapi betulkah andaian Tok Guru itu memandangkan BN juga telah menabur banyak jasa khasnya daripada segi membangunkan negeri ini? Yang pasti BN tidak akan memberikan laluan mudah kepada PAS.

DIOLAH DARI BERITA BERNAMA


LAPORAN AUDIT NEGARA : PEGAWAI DIDAKWA MENTERI TERLEPAS


SEPERTI DIJANGKA JERUNG AKAN SENTIASA DI SELAMATKAN,MANAKALA ANAK-ANAK BILIS TERSANGKUT DI JARING. SEKALI LAGI PEGAWAI-PEGAWAI YANG MENJADI KAMBING HITAM, MANAKALA MENTERI-MENTERI TERLEPAS TANPA DIUSIK SEDIKITPUN. SAMALAH SEPERTI ISU PPRT ANNUAR MUSA, HANYA PEGAWAI DAN KERETA MERCERDES ANNUAR MUSA YANG DITANGKAP. ANNUAR MASIH BEBAS DAN MASIH BERMAHARAJALELA DI KELANTAN.

PADAHAL MENTERI-MENTERI JUGA MESTI DISIASAT KERANA MEREKA BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA JUGA PERILAKU PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN MASING-MASING.

KALAU DI NEGERI BARAT ATAU JEPUN MENTERI-MENTERI INI SUDAH TENTU MELETAKKAN JAWATAN KERANA MERASAKAN MARUAH MEREKA TERCALAR OLEH LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2006.

TETAPI MALANGNYA MENTERI MUKA TEMBOK DAN TAK TAU MALU INI TERUS 'MEMBUTAKAN' TELINGA DAN 'MEMEKAKKAN' MATA TERUS MAHU MENJADI MENTERI DI DALAM NEGARA 'ALA FILEM HINDUSTAN' INI.

MEDIA MELAPORKAN HARI INI BAHAWA :

Lima termasuk dua pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta seorang pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan pembelian peralatan dan kelengkapan seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah KBS dan Ketua Kemahiran Teknikal Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) itu ditahan di Ibu Pejabat BPR di Putrajaya tengah hari semalam.

Dua lagi yang ditahan bersama mereka ialah seorang perunding dan pembekal barangan kepada kementerian berkenaan yang dipercayai terlibat dalam proses pembelian peralatan dan kelengkapan pada kadar melebihi harga pasaran hingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian berjuta-juta ringgit.

Siasatan BPR terhadap dakwaan penyalahgunaan perbelanjaan kementerian dan jabatan kerajaan itu turut membawa kepada penahanan seorang pegawai pembantu pembangunan masyarakat KPWKM berusia 43 tahun di Raub, Pahang.

Difahamkan BPR juga akan menahan dan mendakwa beberapa orang lagi pegawai kerajaan yang dipercayai terbabit dalam salah urus dana awam seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006.

Sidang media berhubung hasil siasatan BPR terhadap kes itu akan diadakan oleh Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan di ibu pejabat BPR di Putrajaya esok.

Ahmad Said memberitahu Utusan Malaysia, ketua penolong pengarah KBS, ketua kemahiran teknikal IKBN bersama perunding dan pembekal barangan untuk KBS akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, esok.

‘‘Esok juga BPR akan mendakwa pembantu pembangunan masyarakat berkenaan di Mahkamah Sesyen Raub.

‘‘Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 11 C Akta Pencegahan Rasuah 1997,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, BPR menegaskan pihaknya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyiasat dakwaan penyalahgunaan perbelanjaan kementerian dan jabatan kerajaan.

Menurut Ahmad Said, kementerian dan jabatan terbabit disiasat sebelum laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan kerana maklumat mengenainya telah diterima lebih awal oleh BPR.

Tegas beliau, tidak ada pilih kasih dan mereka yang bersalah akan dihadapkan ke mahkamah.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya yang dikeluarkan baru-baru ini mengkritik beberapa kementerian kerana menerima tawaran harga kontraktor yang terlalu tinggi dalam pembelian peralatan tertentu.

Laporan tersebut antaranya menegur proses pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah KBS pada kadar melebihi harga pasaran hingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM8.39 juta.

Ini termasuk pembelian dua menara kren membabitkan perbelanjaan RM5.72 juta berbanding RM2.98 juta mengikut harga pasaran, selain membeli alat pengangkat kereta dua tan berharga RM5,741 sebuah berbanding cuma RM50 sebuah di pasaran.

Selain itu, pemutar skru yang dibeli pada harga RM224.94 berbanding harga asalnya RM40, set buku teknikal RM10,700 (RM417), jek dua tan RM5,741 (RM50), set pen Steadtler Mar RM224.95 (RM120), set Faber Castell RM1,164.56 (RM160), kamera digital Kodak RM8,254 (RM2,990), set tiga bekas plastik RM42.80 (RM5.20) dan komputer CADD RM29,385 (RM,9250).

Laporan Ketua Audit Negara turut menegur KPWKM berhubung pemberian peruntukan kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Binalah Imej, buang imej Buruk - Tuan Ibrahim


TEMERLOH : Anggota parti perlu membina imej dengan membuang imej buruk supaya keyakinan rakyat terhadap PAS dapat dipertingkatkan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, imej buruk seperti bendera lusuh, papan tanda usang, markaz tidak terurus adalah imej parti yang harus diberi perhatian supaya sentisa berada dalam keadaan cantik dan menyenangkan hati orang yang melihatnya.

Sehubungan itu beliau mahu semua pihak memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut supaya imej PAS pada pandangan umum adalah imej positif.

Beliau berkata, jika bendera PAS dipasang pada rumah, pastkani rumah tersebut berada dalam kedaaan ceria, jika dipasang pada kenderaan pastikan kenderaan tersebut elok.

“Pastikan juga bendera PAS yang dipasang berada itu adalah bendera baru, bukan bendera lusuh atau dipasang pada kenderaan buruk yang boleh menjatuhkan imej parti,” ujarnya.

Pemuda diberi tanggung jawab besar.

Berucap pada perhimpunan Aidil Fitri anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang di Darul Amin , Sungai Gau, dekat sini beliau berkata PAS negeri telah memutuskan bahawa 40 peratus kerusi yang ditandingi PAS dalam pilihan raya umum akan datang diberi kepada pemuda.

Katanya, ini bermakna 40 peratus daripada kepimpinan PAS Pahang akan diterajui oleh pemuda, 40 peratus kepimpinan diperingkat kawasan juga akan diterajui oleh pemuda.

“Pemuda diberi kepercayaan dan tanggungjawab besar dalam kepimpinan PAS negeri dan kawasan serta cawangan,” katanya.

Dewan Pemuda juga bertanggungjawab mencari calon sesuai, berkewibawaan serta mampu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Perjuangan

Dato Tuan mempertegaskan bahawa perjaungan PAS menggabungkan dua elemen penting iaitu siasah dan dakwah dalam satu wadah perjuangan.

Justeru PAS melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu berdakwah dan pada masa sama berjuang untuk mendapatkan kuasa politik.

Bagi memperolehi kejayaan dalam perjuangan, setiap anggota parti perlu mempunyai keyakinan terhadap parti dan perjuangan, memiliki ilmu pengetahuan yang mantap serta gerak kerja yang bersunggu-sungguh.


Suasana Tidak Selamat.

Katanya negara ini kini berada dalam keadaan tidak selamat, kerajaan telah gagal menjamin keselamatan rakyat, jenayah berlaku dimana-mana, rasuah sudah sampai kepada tahap parah.

Sebagai contoh beliau mempersoalkan bagaimana Syarikat yang mengendalikan Ferry dari Mersing ke Pulau Tioman yang terlibat dalam nahas baru-baru ini boleh beroperasi walaupun lesen sudah tamat tempoh lupus jika tidak ujud unsur rasuah.

“Ini semua mengambarkan tahap rasuah sudah sampai keakar umbi dimana tiada lagi agensi kerajaan yang tidak terlibat dengan gelaja itu,” katanya.

Sumber : Darigaunghati


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59