Sunday, 21 October 2007

ADUN BN KENA ADA IJAZAH UNTUK JADI EXCO : APA SUSAHNYA IJAZAH BOLEH BELI


IPOH: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak yang tidak mempunyai ijazah tidak akan dipertimbangkan bagi pelantikan sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Oleh itu manamana wakil rakyat yang bercitacita menjawat jawatan itu telah diminta menyambung pelajaran untuk mendapatkan ijazah...peluang kini terbuka luas untuk mereka belajar sambilan," kata Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Beliau berkata kriteria itu penting jika wakil rakyat mahu memegang jawatan kerajaan negeri atau dipertimbangkan untuk menjadi anggota Parlimen dan seterusnya menyandang jawatan di peringkat kerajaan persekutuan.

"Saya sudah meminta beberapa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) menyambung belajar. Mana yang ada diploma, belajar balik untuk mendapat ijazah," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat wilayah Universiti Terbuka Wawasan (WOU) di sini hari ini.

Tajol Rosli bagaimanapun berkata syarat itu tidak akan dikenakan bagi pemilihan wakil rakyat.

"Adun tak apa kalau tiada ijazah, kita tidak bercadang mengenakan syarat itu untuk pemilihan Adun...tapi kalau mereka ada citacita, sambunglah belajar," katanya.

APA SUSAHNYA NAK DAPATKAN IJAZAH. PhD PUN BOLEH BELI MACAM KAWAN KITA YANG JADI KETUA PUTERA UMNO ....EHEM EHEM


PEMUDA UMNO BERHARGA RM5,000 SEORANG LEBIH MURAH DARI UNTA?


Dengar khabar, tetapi cerita di bawah ini TIDAK MUSTAHIL kerana perjuangan Umno hanya untuk duit dan perut.

Sumber : Blog Anti Khairy

Kami telah dimaklumkan bahawa Khairy Jamaluddin memandang serius isu kehilangan keyakinan Pemuda Umno Wangsa Maju kepada Ketuanya Norza. Khairy dilaporkan telah memberitahu Datuk Norza untuk menyelesaikan segera masalah ini. Kata dua Khairy Jamaluddin ini ibarat wahyu untuk Datuk Norza dan dari laporan yang kami terima 5 antara mereka yang menandatangani memo tersebut telah menerima wang sebanyak RM 5,000.00 setiap orang untuk kembali menyokong Datuk Norza. Tindakan ini adalah bersesuaian dengan saranan Khairy kepada Datuk Norza untuk menyelesaikan isu ini sebelum perhimpunan Umno.

Dengan tindakan membayar kepada 5 orang tersebut, ini akan mengurangkan sokongan terhadap mereka yang telah sepakat untuk menandatangani memorandum tersebut. RM 5,000.00 adalah ganjaran yang diberi dan Datuk Norza telah berjaya membeli sokongan dengan wang.

Mereka dibayar oleh orang perantaraan Datuk sewaktu semua sibuk dalam persiapan untuk Hari Raya. Setakat ini kem Datuk Norza telah berpuas hati dan isu tentangan terhadap Datuk Norza selesai.

Menurut sumber-sumber yang terapat dengan kami, Khairy Jamaluddin akan menghubungi semula Datuk Norza untuk memastikan bahawa beliau tetap diterima oleh Wangsa Maju.

Ini adalah budaya yang wujud dalam UMNO dan mereka boleh berubah dengan wang. Sebenarnya RM 5,000.00 itu bukannya banyak sangat kepada Khairy dan Norza namun dengan pemberian wang tersebut, kelima-lima telah bertindak membelakangi prinsip masing-masing.

Pemuda Umno harus bangkit dan tidak membenarkan budaya wang membeli sokongan ini berlarutan kerana RM 5,000.00 yang kita ambil mampu menggadai maruah bangsa dan mereka ini akan dapat berlipat kali ganda bila sudah memegang kuasa. Mereka yang menandatangani memo tersebut kini dalam delima tetapi percaya bahawa Datuk Norza pasti akan diburu oleh kami di Wangsa Maju.

Adakah orang seperti Khairy dan Norza ini patut diberi amanat untuk menerajui negara? Tentu tidak.


KERAJAAN PAHANG JAUH LEBIH DEMOKRATIK DARI MELAKA



Kerajaan Pahang dan agensi kerajaan di sana jauh lebih demokratik berbanding kerajaan Melaka. Keadaan ditunjukkan apabila hampir seluruh negeri di Pahang dipenuhi dengan 'banner' ucapan Selamat Hari Raya PAS terutama di kawasan-kawasan awam dan tumpuan orang ramai.

Tempat-tempat strategik seperti di pintu pagar masjid, persimpangan jalan, traffic light dan sebagainya menjadi tumpuan PAS dan Umno. Apa yang menarik 'banner' tersebut tidak pula dibuang atau 'dicuri' oleh pencuri yang sememangnya diketahui siapa gerangannya.

Di Parlimen Lipis umpamanya 'banner' Ucapan Selamat Hari Raya PAS Kawasan Lipis yang memaparkan gambar Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan YDP PAS Kawasan Lipis, Tuan Haji Ramli Abdullah diletakkan di Simpang Tiga Lipis-Gua Musang-Kuala Lumpur.

Di Parlimen Cameron Highland 'Banner' gambar Tuan Ibrahim dan YDP Kawasan Cameron Highland, Hj Ahmad Ludin diletakkan di pagar Masjid Kampung Keledek dan Simpang Tiga Bukit Betong-Kuala Lipis-Sg Koyan di Kampung Keledek.

Di Bera 'banner' Tuan Ibrahim dan YDP PAS Kawasan Bera, Ustaz Sulaiman Mohamad diletakkan di tempat strategik iaitu di Simpang Tiga Triang-Temerloh-Kuala Bera.

Di Temerloh 'banner' PAS Kawasan yang mengandungi gambar Pesuruhjaya dan YDP Kawasan Ustaz Abdul Rahim Latif, Dewan Muslimat Kawasan Temerloh dan lain-lain diletakkan di merata tempat yang strategik.

Begitu juga di Jerantut, 'Banner' PAS Kawasan yang memaparkan gambar Tuan Ibrahim dan YDP Kawasan Jerantut diletakkan di Traffic Light Simpang ke Jerantut-Temerloh-Bandar Jengka dan juga di jalan masuk ke pintu pagar Masjid Daerah Jerantut.

Kawasan-kawasan lain juga tidak ketinggalan menggantungkan 'banner' di kawasan-kawasan strategik di tempat masing-masing.

Fenomena di atas tidak akan dapat kita lihat di Melaka. Jangan 'banner' hendak digantung di tempat-tempat tersebut, poster-poster ceramah juga akan dikoyakkan jika ditampalkan di pokok-pokok. Malam tampal besok pagi dah hilang.

ADALAH JELAS KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN NEGERI PAHANG JAUH LEBIH CERDIK DAN PROFESSIONAL BERBANDING MELAKA.


KEMBALI BEROPERASI SEPERTI BIASA


BLOG INI AKAN KEMBALI BEROPERASI SEPERTI BIASA MULAI MALAM INI SELEPAS 'PENAT' CUTI HARI RAYA.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59