Sunday, 14 October 2007

RAKYAT DITIPU



Malang sungguh bagi semua ibu bapa yang mempunyai anak sedang belajar di sekolah rendah dan menengah kerana ditipu oleh Bajet 2008 yang didakwa telah memansuhkan yuran persekolahan mulai sesi pengajian Januari depan.

Media cetak dan eletronik pengampu menemuramah ibu bapa pelajar dan menyiarkan komen positif terhadap pembentangan Bajet 2008 itu. Ada yang mangatakan langkah kerajaan menghapuskan yuran sekolah adalah suatu tindakan tepat oleh kerajaan yang mementingkan rakyat. Tidak kurang juga ada yang memuji Perdana Menteri setinggi langit kerana membentangkan bajet pemurah itu.

Namun realitinya bukanlah sebagaimana yang dihebohkan, rupanya yuran yang dimansuhkan itu hanya bernilai RM4.50 (sekolah rendah) dan RM9.00 (sekolah menengah) setahun atau hanya 0.38 dan 0.75 sen sebulan!. Apakah nilai itu dikatakan dapat membantu meringankan beban rakyat?.

Hanya orang tidak siuman sahaja yang menilai 0.38/0.75 sen sebulan sebagai tinggi yang boleh memberi nilai tambahan kepadanya. Tetapi itu lah digambarkan oleh media serta individu yang diwawancara. Sunggu bengong mereka itu!.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Noh Omar menasihatkan ibu bapa supaya jangan terkeliru dan mereka hendaklah memahami hanya yuran persekolahan (bernilai 0.38 dan 0.75 sebulan) itu sahaja yang dimansuhkan manakala bayaran lain tetap tidak berubah. Ertinya ibu bapa tetap akan membayar ratusan ringgi pada hari pertama persekolahan anak mereka nanti. Itu lah realitinya, beban ibu bapa tetap tidak berhapus dengan penghapusan yuran sekolah!.

Penjelasan Noh itu adalah jawapan tepat terhadap terhadap rakyat bahawa kerajaan sebenarnya mengelirukan rakyat dengan war-war pemansuhan yuran perseolahan didalam baget 2008 lalu. Kerajaan juga tidak bersedia untuk meyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Malaysia adalah negara pengeluar minyak tetapi kenaikan harga minyak di pasaran dunia tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana pada ketika harga minyak dunai naik mendadak kerajaan pula mengurangkan subsidi minyaknya menyebabkan harga minyak dipasan tempatan naik dan rakyat menanggung kos hidup yang lebih tinggi manakala syarikat minyak negara (Petronas) mengaut untung berlipat kali ganda.

Keuntungan petronas kira-kira RM70 billion pada tahun lalu tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Keadaan akan berubah jika sebahagian kecil daripada keuntungan petronas itu disalur sebagai subsidi pelajaran yang dapat memberi pendidikan percuma kepada generasi muda.

Bagaimanapun kerajaan lebih suka membelanja keuntungan hasil minyak anugerah Tuhan itu untuk kegiatan kurang bermanfaat seperti menganjur perlumbaan kereta Formula 1 dan membina bangunan tertinggi di dunia (satu waktu dulu).

Jelas sekali pemberian Allah melalui penemuan minyak dan gas diperut bumi negara ini tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) baik untuk agama mahupun untuk bangsa jauh sekali untuk mensyukuri nikmat Allah. Itu lah realitinya.

Bebeza dengan sesetengah negara Arab yang kaya dengan minyak dimana rakyatnya mendapat pendidikan percuma dari peringkat rendah hinggilah keperingkat tertinggi. Ia bertujuan untuk melahirkan warga negara berpendidikan dan berilmu.

Jika pemimpin bercakap soal modal insan….nah ini lah masanya untuk menggunakan kekayaan minyak dengan memberi pendidikan percuma kepada rakyat sekurang-kurangnya setakat sekolah rendah dan menengah.

Ayuh ….lakukan lah jangan biarkan hasil minyak anugerah Allah itu diguna untuk membiayai perkara tidak perlu atau untuk memenuhi nafsu pemimpin yang berkuasa.

Ingat Minyak adalah anugerah Allah, bila –bila masa Allah boleh menarik balik nikmatnya sebagaimana berlaku kepada Iraq!.

SUMBER : DARIGAUNGHATI


AYUH KITA PUASA ENAM


Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.

Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).

Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.

Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.

Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar'ie, dia digalakkan untuk mengqada'nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada' puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.

Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.

Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.

Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT?

Tepuk dada tanda iman!

Ustaz Zainuddin Hashim Harakahdaily


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59