Saturday, 13 October 2007

HARI RAYA AIDIL FITRI DI SAMBUT SEDERHANA


Rata-rata rakyat Malaysia yang menyambut Hari Raya Aidil Fitri hari ini menyambutnya secara sederhana kerana tekanan perbelanjaan untuk kehidupan seharian yang semakin meningkat.

Krew kami yang berhari raya di Kampung Lubuk Kulit Kuala Lipis Pahang, melaporkan perayaan di sana meriah tetapi sederhana kerana masalah kesempitan hidup akibat kenaikan harga barangan keperluan yang semakin meningkat.

Kami juga yakin bahawa rakyat di seluruh negara lebih-lebih berhati-hati dengan keadaan sekarang yang mana harga barangan keperluan kian naik dari sehari ke sehari.


KRITERIA MENJADI AHLI UMNO


Catatan Hj Suhaimi Said (Bekas Naib Ketua Bahagian Umno Temerloh)

UMNO berkhayal bahawa keahliannya sudah melebihi 2 juta orang. Ini termasuklah mereka yang sudah keluar parti dan mereka yang sudah meninggal. Tapi tak usah pertikaikan lah. Lama juga saya menjadi ahli UMNO, diperingkat cawangan saya pernah pegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, di peringkat Bahagian pula pernah pegang Naib Ketua Bahagian sehingga keahlian digantung kononnya saya menyokong calon Parti Melayu Semangat 46, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang bertanding di Parlimen Temerloh, walhal, calon 46 itu datang berkempen ke rumah saya, dan gunakan mesin fax saya, dan juga diatas sebab saya mengkritik pimpinan UMNO tempatan kerana tidak mengambil peduli tentang rakyat tidak seperti calon DAP di DUN Triang, En Leong Ngah Ngah yang tak berhenti-henti menjalankan kerja massa.

Apabila keahlian saya pulih semula saya bertanding berlawan dengan 2 tokoh lain berebut jawatan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian dan saya menang landslide victory. Sebenarnya, saya behajat bertanding AJK Bahagian, tetapi apabila mendengar Dato Sabbaruddin Chik dicalonkan sebagai Pengerusi Tetap maka saya ingin berentap dengannya. Saya membawa Sabbaruddin balik ke Temerloh, dan dengan jentera saya didalam 4B, beliau terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian, dan sebagai Ketua Pemuda dia menentang saya sebagai Pengerusi 4B Daerah Temerloh, dia tarik diri setelah undi by ballot votes sudah dibuang, hanya tunggu untuk dikira dan dia lawan Timbalan Pengerusi berlawan dengan Mahmud Md Diah, dan Mahmud menang dengan massif mengalahkan Sabbaruddin dan selepas itu Sabbaruddin bermusuh dengan saya sehinggalah kehari ini.

Semasa saya bertanding Naib Ketua UMNO Bahagian berlawan dengan 2 tokoh lain (yang seorang darinya adalah proxy Sabbaruddin), Sabbaruddin dan semua AJK Bahagian berkempen habis-habisan menentang saya. Saya menang tipis terhadap calon proxy Sabbaruddin dengan majoriti 6 undi sahaja tetapi cukup manis bagi saya kerana ahli-ahli UMNO Temerloh berkata itulah kekalahan Sabbaruddin secara peribadi. Bagaimana pun kemenangan saya itu tidak ada erti langsung kerana Sabbaruddin tidak membenarkan apa-apa tugas untuk saya lakukan.

Penarikan diri Sabbaruddin bertanding Pengerusi Tetap melawan saya membuktikan bahawa saya boleh menang bertanding berlawan dengan Sabbaruddin untuk apa jawatan sekali pun didalam UMNO Bahagian Temerloh. Puas!

Untuk menjadi ahli UMNO, ada kritera penting yang mesti disempurnakan. Kalau untuk menjadi ahli biasa, anda tak tahu berdikari. Anda mesti sentiasa berasa takut. Takut mengkritik pemimpin, takut kalau tak dapat biasiswa untuk anak-anak, takut tak dapat lesen/permit, takut tak lulus permohonan tanah, takut tak dapat menjadi peserta Felcra, takut tak dibawa melancung ke Langkawi, takut tak dapat lembu subsidi, takut tak dapat baja subsidi, takut tak dapat kambing subsidi, takut tak dapat cermin mata subsidi, takut tak dapat jadi imam mesjid, takut tak dapat jadi Tok Siak, takut tak dapat jadi bilal, takut tak dapat jadi ketua kampong, takut tak dapat jadi JKKK. Takut, takut, takut....ini adalah kriteria untuk jadi ahli UMNO biasa. Sebab itulah orang-orang Melayu yang ada didalam UMNO (ahli biasa) itu lemahtidak ada semangat juang, sukar mahu maju, duduk dalam kepompong sendiri, dunia mereka hanya dunia takut, dan sukar bersaing. Kalau benar majoriti orang Melayu itu berada didalam UMNO, maka itulah sebenarnya Melayu itu mundur berbanding kaum-kaum lain. Punca kesalahannya adalah UMNO.

Kriteria pemimpin UMNO adalah berbeza. Mereka kena ada ijazah, status kehidupan mereka adalah tinggi, kena ada rumah mewah, kena ada kereta mewah, kena pandai main golf. Mereka hanya memberikan arahan, "nasihat" dan "tunjuk ajar", ada wang, jangan sentiasa berada dalam kawasan pilehanraya, jangan bergaul terlalu rapat dengan rakyat, kena hipokrit - tunjuk muka manis bila bersama rakyat, jangan ambil pusing tentang rakyat setelah tidak bersama rakyat, ada projek - kebas, ada kerja kontrak - kebas, ada AP - kebas, ada lesen - kebas, ada permit kebas, ada peluang - kebas. Kena pandai membodek pimpinan yang lebih tinggi, jadikan diri sebagai kroni untuk dapatkan projek dan untuk jadi calon pilehanraya dan untuk jadi Menteri. Kena pandai janji dengan ahli-ahli biasa, masa pemilihan - kena ada "fulus" untuk beli undi, jangan bimbang, tak siapa nak tangkap kerana semua calon bagi fulus, yang kena tangkap dan diambil tindakan hanya seorang berdua saja, kalau kena tangkap kena gantung ahli setahun dua, tapi kalau tak kena tangkap boleh jadi MB, EXCO atau Menteri. Tak usah kisah dengan rasuah kerana filosofi mereka "mana boleh tangkap ikan besar kalau tak hulur ikan kecil". Oleh kerana pemimpin-pemimpin mereka guna rauah untuk naik keatas, maka apabila dah naik diatas, RASUAH itu hanyalah mainan biasa saja bagi mereka. Itu sebab Malaysia menjai semakin popular sebagai Negara rauah, dan bolehkah BPR menjalankan tugasnya apabila orang yang dijadikan suspek itu adalah bos-bos mereka?

UMNO adalah parti yang mengamalkan rasuah! Pemimpin-pemimpin beri rasuah, ahli-ahli biasa menerima rasuah - satu mainan adat dan tradisional. Tak usah jeritlah tentang rasuah, UMNO telah rosak dari atas hingga ke akar umbi. Skandal dan Rasuah - itulah UMNO!


Wang, beras, kain sudah mulai diedarkan


Catatan Hj Suhaimi Said

Pilihanraya Umum kali ini pasti akan bermula dengan rasuah oleh pihak UMNO/BN. Baru diura-urakan bahawa Pilihanraya akan diadakan didalam tahun ini (2007), beras, kain dan wang ringgit sudah diedarkan di kampong-kampong. Pelbagai majlis telah dan sedang diadakan untuk mengagih-agihkan bahan-bahan rasuah itu.

Seorang penduduk Kg Desa Purun dialam DUN Kerdau, Pahang memberitahu saya bahawa penduduk sekitar kampong Desa Purun dan Macang Manis telah mendapat pelbagai pemberian seperti wang ringgit, kain dan beras.

Kampong-kampong sekitar ini dipilih semata-mata kerana undi orang-orang Melayu disini memihak kepada pembangkang dan dengan cara itu UMNO/BN berharap orang-orang Melayu disini boleh berubah.

Disekitar kawasan ini terletak pula perkampongan orang Asli iaitu Kg Sendayan yang mempunyai hampir 300 orang pengundi, sehingga ke hari ini, UMNO/BN memberikan apa jua hadiah berupa wang dan makanan kepada orang-orang Asli itu untuk mempastikan undi mereka tidak jatuh kepada pembangkang.

Rasuah adalah amalan UMNO/BN. Didalam parti mereka pun, mereka guna rasuah untuk mendapatkan jawatan dan menjadi perwakilan, diluar parti, mereka gunakan rasuah untuk membeli undi. Diperingkat pemerintahan pula mereka gunakan rasuah untuk memperkayakan diri mereka. Padanlah Malaysia ini semakin terkenal sebagai Negara Rasuah, rasuah dianggap sebagai umpan untuk mendapatkan kejaran yang besar. Rasuah, rasuah, rasuah. Mampus BPR nak jalankan tugas membasmi rasuah kerana yang rasuah itu adalah pemimpin-pemimpin dipihak kerajaan dari yang atas hingga kebawah!


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59