Friday, 12 October 2007

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI PRESIDEN PAS



Saya bagi pihak Parti Islam Se Malaysia (PAS) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada semua umat Islam khasnya rakyat Malaysia samada yang berada di tanahair ataupun di luar negara. Sesungguhnya hari ini adalah hari kurniaan Allah swt kepada mereka yang telah berjaya menjalani ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan dengan penuh ketaatan kepada Nya, mengerjakan segala yang disuruh dan menjauhkan segala yang dilarang.

Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amalan kita sepanjang bulan yangpenuh barakah itu dan mengurniakan kita kejayaan bagi melalui bulan-bulanyang berikutnya. Inilah masanya untuk kita memperbaharui azam danmempertingkatkan komitmen kita untuk berjuang dengan sungguh-sungguh bagimeninggikan agama Nya setelah kita berjaya terbit dan lulus dari bulantarbiyah sepanjang Ramadhan yang lalu sebagaimana firman Allah yangbermaksud:

Supaya agama ini zahir, menang mengatasi segala ajaran yang lain walaupundibenci oleh orang-orang musyrikin (As Saff : 9)

Kejayaan akan menjadi milik kita dengan pertolongan Allah swt sekiranyakita berjaya menzahirkan ketaqwaan dan keimanan yang kukuh bagi menghadapimereka yang memusuhi kita. Al Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhanmestilah menjadi pegangan dan panduan kita untuk dibawa ketengahmasyarakat bagi menyelamatkan mereka dari kesesatan dan kemusnahan denganmemimpin mereka ke arah kebenaran dan kesejahteraan yang sebenar. Allahswt berfirman yang bermaksud:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanyaditurunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadiketerangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al Baqarah : 185)

Marilah pada hari yang mulia ini kita seluruh umat Islam, berbekalkansemangat Ramadhan, bersatu di bawah panji-panji Islam dengan mengenepikanapa sahaja perselisihan dan perbezaan diantara kita, bersama melangkahdinaungi keredhaan Nya. Sessungguhnya urusan agama dan dunia insyallahakan dapat kita laksanakan dengan sempurna kiranya kita berjaya menyatukanpersaudaraan kita di atas kalimah tauhid yang satu, berpadu menyelamatkanagama, bangsa dan Negara.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahhil Hamd

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang
Presiden PAS


1 Syawal 1428


TERBUKTI SPR PINDAHKAN PENGUNDI


Pemantau Pilihanraya menggesa SPR menyiasat dan mengambil tindakan segera di atas peningkatan mendadak jumlah pengundi di Kawasan Parlimen Ipoh Timur.
Dalam kenyataan semalam BERSIH memandang berat peningkatan jumlah pengundi seramai 8,463 pengundi baru di kawasan tersebut.
Selasa lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pemeriksaan yang dibuat ke atas buku daftar pemilih untuk suku kedua - dari 1 April hingga 30 Jun - mengesahkan jumlah pertambahan itu.

Jumlah secara terperinci adalah seperti di bawah :-
1. Pemindahan beramai-ramai sejumlah 2,231 pengundi Peti Undi Pengkalan Pegoh di DUN Sungai Rapat (dalam Parlimen Gopeng) ke DUN jiran iaitu Pasir Pinji (dalam Parlimen Ipoh Timur);

2. Pertambahan mendadak pengundii POS iaitu 3,208 sedangkan dalam kawasan tersebut tiada kem tentera yang didirikan;

3. Pertambahan luar biasa pengundi baru atau yang dipindahkan ke Ipoh Timur - jumlah 3,024 pengundi baru merupakan jumlah biasa sedangkan pertambahan biasa adalah kira-kira 400 setiap suku tahun.

SPR MESTI MEMBERIKAN JAWAPAN KONKRIT KEPADA PERTAMBAHAN LUAR BIASA INI.


BUKAN HANYA PEGAWAI, MENTERI JUGA MESTI DIAMBIL TINDAKAN


Kuala Lumpur : Para pegawai kerajaan yang terbabit dalam salah urus dana awam seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006 akan dikenakan tindakan termasuk dihadapkan ke mahkamah, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Menurut beliau, hukuman dalam bentuk tindakan tatatertib bukan sahaja akan diambil oleh jabatan tempat mereka bekerja tetapi juga bakal disusuli dengan penyiasatan dan pendakwaan jabatan-jabatan lain yang berkaitan.

Katanya, Badan Pencegah Rasuah (BPR), misalnya, telah memulakan siasatan dan akan bertindak jika terdapat bukti penglibatan para pegawai itu dalam penyelewengan yang memalukan nama baik perkhidmatan awam.

“Kerajaan sangat serius dalam isu ini dan saya juga amat serius. Saya tidak boleh membenarkan ada pihak mencemarkan imej kerajaan dan perkhidmatan awam,” kata Mohd. Sidek kepada pemberita di sini hari ini dalam satu taklimat mengenai langkah susulan kepada Laporan Ketua Audit Negara 2006.

Laporan tersebut yang diterbitkan pada 7 September lalu sempena pembentangan Bajet 2008 mendedahkan pelbagai salah urus dana awam dan meletakkan perkhidmatan awam dalam imej yang negatif.

Dalam laporannya, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengkritik beberapa jabatan dan kementerian, termasuk menegur pembelian peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Begitulah laporan akhbar hari ini.

NAMUN ADA YANG TIDAK KENA DENGAN LAPORAN ITU. SEPATUTNYA BUKAN HANYA PEGAWAI KERAJAAN YANG DIKENAKAN TINDAKAN TETAPI YANG LEBIH UTAMA PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI YANG DISIASAT DAN DIDAKWA DAHULU KERANA SEMUA PENYELEWENGAN YANG DILAPORKAN ITU ADALAH DIKETAHUI OLEH MENTERI-MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB.


BERHATI-HATI DI JALANRAYA


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan sentiasa berhati-hati di jalanraya semasa musim hari raya ini demi keselamatan semua.

Kami mendoakan Tuan-Tuan dan Puan-puan sampai ke destinasi yang dituju dan selamat kembali semula dengan selamat.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59