Tuesday, 9 October 2007

104,562 nama dikeluarkan dari senarai pemilih


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengeluarkan 104,562 nama dari senarai pemilih atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan hari ini, SPR tidak menjelaskan sebab nama-nama tersebut dikeluarkan dari senarai pemilih yang dikemaskini.

SPR juga berkata ia telah memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahunan kedua 2007 (1 April hingga 30 Jun), yang melibat 316,223 pemilih.

DPT itu akan didiwartakan esok dan jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2006 adalah seramai 10,516,256 orang.

Daripada jumlah yang mendaftar dalam DPT itu 254,455 adalah permohonan pemilih baru dan 61,768 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi, demikian menurut laporan Bernama.

Menurut kenyataan itu lagi sebanyak 160 tuntutan bagi permohonan baru diterima dalam Suku Tahun Kedua 2007 namun tidak dapat diselesaikan berikutan bahagian pilihanraya terlibat dengan urusan bantahan dan terpaksa dibawa ke Suku Tahun Ketiga 2007.

Kawasan-kawasan Parlimen yang terlibat dengan tuntutan ialah di Kelantan yang melibatkan Tumpat, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Ketereh dan Jeli manakala bagi Terengganu pula kawasan terlibat ialah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.

Senarai pemilih dijual

Bantahan pula melibatkan 1,489 permohonan iaitu di kawasan parlimen Jerlun, Baling, Kulim Bandar Baharu dan Padang Serai di Kedah.

Di Kelantan, bantahan melibatkan kawasan Tumpat, Kota Bharu, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Ketereh, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Jeli, dan Kuala Krai.

Bantahan di Terengganu pula melibatkan kawasan parlimen Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang berminat untuk membeli Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2007 boleh mendapatkannya di ibu pejabat SPR di Putrajaya atau hubungi talian 03-88856500 bagi mendapatkan
maklumat lanjut.

Ia dijual di Perlis pada harga RM14.20, Kedah (RM134.20), Kelantan (RM35.60), Terengganu (0.00), Pulau Pinang (RM130.40), Perak (RM235.60), Pahang (RM100) dan Selangor (RM253.40).

Ia juga dijual di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada harga RM86.80, Wilayah Putrajaya (RM1.20), Negeri Sembilan (RM108.60), Melaka (RM60.40), Johor (RM261.60), Wilayah Persekutuan Labuan (RM2.60), Sabah (RM168) dan Sarawak (RM169.40).


BERSEDIA HADAPI PILIHANRAYA MENGEJUT


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) - gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang - meramalkan kerajaan akan mengadakan pilihanraya mengejut akhir tahun ini bagi mengelak timbul lebih banyak isu besar dan menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

"Saya meramalkan (pilihanraya umum) pada akhir November atau awal atau pertengahan Disember supaya tidak timbul lagi isu-isu besar yang boleh menjejaskan kerajaan," kata wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Bersih, Sivarasa Rasiah.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengadakan pilihanraya umum secara mengejut pada 1999 setelah tercetus isu Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau yang juga naib presiden PKR dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

PKR merupakan salah satu gabungan Bersih yang menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melaksanakan pilihanraya yang adil dan bersih, termasuk kebebasan media, senarai pemilih yang telus dan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum.

Sivarasa yang juga seorang peguam berkata, antara isu yang mendorong kerajaan untuk mengadakan pilihanraya mengejut ialah isu rasuah seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, peristiwa rusuhan di Batu Buruk dan klip video pelantikan hakim.

Katanya, kerajaan tidak boleh menunggu lebih lama kerana bimbang rakyat semakin marah.

Perhimpunan rakyat

Serentak dengan itu, Bersih akan mengadakan perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka di ibu negara 10 November ini bagi mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilhanraya yang adil dan bersih dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain orang ramai, ia juga akan dihadiri oleh pemimpin utama parti politik dan NGO dari seluruh negara.

"Satu memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendesak pilihanraya yang bersih dan adil diadakan," katanya.

Sivarasa berkata, pihaknya akan meminta Suruhanjaya Hak Asasi dan Kemanusiaan Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam bertindak menjadi pemerhati dalam perhimpunan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Zulkifli Ahmad yang hadir sama dalam sidang media tersebut berkata, pihaknya berharap SPR mengadakan percubaan kaedah penggunaan dakwat kekal untuk mengundi dalam pilihanraya umum kelak.

Sehingga ini, katanya, SPR belum memanggil wakil parti politik untuk menunjukkan cara-cara menggunakan dakwat pada hari mengundi nanti.

"Berapa lama dakwat yang dicelup boleh kekal kerana ada dakwaan ia boleh tahan dua jam sahaja," katanya.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan parti pembangkang kerana mendakwa kaedah yang digunakan sekarang membolehkan pemilih mengundi lebih daripada sekali.


MAMPUIH UMNO



Melihat kepada semangat yang ditunjukkan oleh ahli PAS Cawangan Kebur Air, DUN Teluk Pasu jelas sekali semangat ahli-ahli PAS Terengganu sekarang ini membuak-buak untuk memalukan Umno pada Pilihanraya Umum akan datang. Kesungguhan ini ditunjukkan oleh mereka apabila menaikkan bendera sebesar 25 kaki x 35 kaki dengan ketinggian 90 kaki. Kren digunakan untuk memasang bendera gergasi tersebut.

Syabas sahabat di Kebur Air.

MAMPUIH UMNO


PASAR BORONG PENGUNDI HANTU


SPR pindah ribuan pengundi ke Parlimen Kit Siang

Jumlah pengundi di kawasan Parlimen Ipoh Timor - yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dari DAP - telah 'meningkat' secara mendadak sebanyak 8,463 orang, termasuk lebih 2,000 pengundi yang dipindahkan ke kawasan pilihanraya tersebut dan pertambahan undi pos.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, semakan dengan senarai pemilih bagi suku tahun kedua - dari 1 April hingga 30 Jun - mendedahkan tambahan pengundi tersebut.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau mempersoalkan:

1. Pemindahan kesemua 2,231 pengundi di pusat mengundi Pengkalan Pegoh dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat/Parlimen Gopeng ke DUN Pasir Pinji/Parlimen Ipoh Timor.

2. Pertambahan mendadak undi pos seramai 3,208 orang walaupun tidak dapat kem tentera atau balai polis baru; dan

3. Pertambahan luarbiasa pengundi baru atau mereka yang dipindahkan ke Ipoh Timor - angkanya ialah 3,024 pengundi baru, sedangkan kebiasaannya jumlahnya adalah kira-kira 400 bagi setiap suku tahun.

Beliau berkata, pertambahan itu boleh memberi kesan kepada penyandang kerusi tersebut, Lim Kit Siang, yang menganggapnya sebagai kerusi Parlimen 'selamat'.

“Peningkatan luar biasa jumlah pengundi ini mungkin bukan berlaku di situ sahaja, kerana perangkaan bagi suku tahun ketiga, dari 1 Julai dan 30 September belum dikeluarkan lagi," katanya.

Penjelasan Rashid

“Jika jumlah pertambahan itu sama dengan suku tahun kedua, maka Kit Siang atau mana-mana calon DAP yang bertanding di Ipoh Timor berdepan dengan kemungkinan akan kalah [...] melalui pengundi 'hantu' yang dipindahkan ke situ oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Dalam pilihanraya umum 2004, Kit Siang menewaskan calon MCA, Thong Fah Chong dengan majoriti 9,774 undi.


Mengikut kenyataan itu lagi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman telah menjelaskan bahawa pemindahan pengundi dari Sungai Rapat ke Pasir Pinji adalah untuk memperbetulkan apa yang tidak dibuat dalam pilihanraya umum lalu, dan suruhanjaya itu mempunyai kuasa undang-undang untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, DAP tidak puas hati kerana ia dilakukan tanpa pengetahuan pengundi dan wakil rakyat di kawasan terbabit.

“Dalam satu mesyuarat semalam, Tan Sri Rashid (foto) mengakui bahawa pengarah SPR Perak salah untuk memindahkan pengundi tersebut secara rahsia dan bersembunyi tanpa memaklumkannya kepada ahlli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)," kata Guan Eng.

“Untuk mengatakan ianya mengikut undang-undang jelas bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa setiap persempadanan semula (kawasan pilihanraya) yang membabitkan pertukaran pusat mengundi, mesti diluluskan dengan meminda undang-undang dan oleh Parlimen dan dewan undangan negeri," tambahnya.

Lim berkata, DAP akan menungggu lawatan Rashid untuk menyiasat sendiri perkara itu selepas perayaan Hari Raya Puasa.

“Jika tiada penjelasan memuaskan diberikan, maka DAP akan terus membangkitkan perkara tersebut kerana kami tidak akan membenarkan pengundi Ipoh Timur dipinggirkan," tambahnya.

Malaysiakini


KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN - USTAZ ZUL


ALOR GAJAH : Tindakan Ketua Menteri, Ali Rustam melalui Yayasan Negeri Melaka menawarkan 130 ekar tanah untuk dibangunkan sebagai Perkampungan Artis boleh diibaratkan 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.

Sepatutnya kerajaan negeri merancang penggunaan tanah secara bijak memandangkan keluasannya yang terhad dan mengkaji kesannya dari pelbagai aspek sosial, budaya atau moral bagi jangka masa panjang akibat gejala memuja hiburan melampau khususnya kepada golongan muda.

Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail, tindakan tersebut bercanggah dengan Islam sedangkan masih ramai rakyat yang lebih memerlukan tanah dinafikan hak mereka dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Selain itu katanya,"Tindakan itu akan menggalakkan dan menyuburkan kemungkaran dan masiat yang sememangnya budaya kebanyakan artis".

"Ianya juga menggambarkan mentaliti pemimpin yang suka berhibur dan tidak prihatin dengan jenayah, akhlak dan moral rakyat yang semakin hari semakin merudum.

"Sepatutnya pemimpin lebih peka dan bersikap sensitif kerana antara yang menyumbang maksiat ialah golongan artis barat dan tanah air yang gagal menjadi contoh kepada masyarakat," kata beliau.

Beliau menambah, "Kerajaan menggalakkan pemujaan artis dan peniruan cara hidup barat yang jelas terpesong dari Islam serta mewujudkan satu aktiviti kurang bermoral".

Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam berkata, projek pembangunan hartanah terbaru oleh Kerajaan Negeri Melaka yang dinamakan Melaka Indah itu membabitkan keluasan berjumlah 130 ekar.

"Selain perkampungan tersusun, kita juga akan membina studio penggambaran, pentas untuk membuat persembahan dan kemudahan perfileman bersesuaian dengan matlamat kita untuk menjadikannya sebagai Perkampungan Artis," katanya.

Mohd Ali berkata, kewujudan Perkampungan Artis nanti akan memberikan nilai tambah terhadap pembangunan Melaka Indah yang seterusnya menjadi tarikan pelancongan terbaru di negeri itu.

Harakahdaily


ANAK LEPIH (LIPIS) DI PERANTAUAN DI JEMPUT KE PROGRAM 'JEJAK KASIH'


Anak Lipis yang berada di perantauan dipelawa menyertai perhimpunan sempena Sambutan Aidilfitri anjuran PAS Kawasan Lipis (Lepih) di Markas PAS Kampung Bapong pada hari raya kedua mulai jam 3 .00 - 5 .00 petang.

Pengarah Program, Haji Abu Bakar Haji Mohamad berkata, program tersebut terbuka kepada semua khususnya anak kelahiran Lipis(Lepih) yang kembali berhari raya bersama keluarga di kampung.

Katanya, saban tahun mereka ini yang berada diperantuan pulang beraya di kampung kemudian kembali semula ke perantuan selepas itu. Ada baiknya jika mereka dihimpunkan dan diraikan dalam suatu majlis khas buat mereka.

"Kita mengambil daya usaha untuk menghimpunkan mereka ini di dalam suatu program yang membolehkan mereka berkenalan sesama sendiri sambil menjamu selera. Mungkin ada manfaatnya kerana mereka dapat bertemu muka dan beramah mesra di dalam majlis 'santai' seperti ini.

"Di samping bergembira menyambut hari kemenangan dan beraya bersama sanak saudara dapat juga mereka menjalin silaturahim," ujarnya.

Kepada mereka yang berminat dan ingin turut serta bolehlah menghubungi talian telefon 013 2602219 (Izwan), 013 9050190 (Hj Abu Bakar), 019 9694050 (Muttachiri) untuk mendaftar dan mangesahkan kehadiran dalam program itu.


UMNO SAUDARA SYAITAN


Mungkin kasar bunyinya tajuk posting di atas, tetapi hakikatnya itulah fakta yang terpaksa kita akui kerana Ayat Al-Quran jelas mengklasifikan SESIAPA YANG MEMBAZIR ADALAH SAUDARA SYAITAN.

Fakta ini terpaksa kita nyatakan walaupun mungkin pahit bagi Umno tetapi PERANGAI BURUK SEPERTI INI MESTI KITA BERITAHU KEPADA RAKYAT supaya rakyat tidak tertipu oleh kemanisan dan lakonan Umno dan pemimpinnya.

Kalau hendak kita 'list'kan perangai membazir Umno ni tak cukup ruangan posting ini kerana PEMBAZIRAN SUDAH MENJADI PAKAIAN UMNO DAN PEMIMPINNYA.

Terbaru didedahkan oleh Harakahdaily bahawa berlakunya pembaziran dalam projek terbaru yang telah dianjurkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Mohammad Hassan dalam memperolehi publisiti.

"Sempena bulan Ramadhan baru-baru ini MB telah merasmikan pelancaran bubur lambuk secara besar-besaran di mana bubur lambuk itu dibuat dengan menggunakan 3000 kg beras; 1200 kg daging; 1200 kg santan; 200 kg udang kering dan 400 kg kacang tanah," dakwa Koordinatornya, Norazizi Aziz.

"Tujuan bubur lambuk itu dibuat bukanlah untuk membantu rakyat miskin, tetapi untuk mencatat nama dalam Malaysian Book Of Record. Bayangkan jika 3000 kg beras itu dibahagikan kepada keluarga miskin, sebanyak 600 keluarga dapat dibantu,"katanya.

Pusat Aduan Rakyat juga difahamkan bahawa banyak bubur terpaksa dibuang begitu sahaja kerana tiada yang mahu mengambilnya.

"Apa pentingnya mencatat nama dalam 'Malaysia Book Of Record' tetapi dalam masa yang sama terdapat keluarga daif yang kebuluran? Dimana keperihatinan Mohamad Hassan terhadap rakyat miskin selain hanya kata-kata retorik yang jelas memesongkan isu sebenar,"kata Norazizi lagi.


PAK LAH HASILKAN 'ALBUM' SLOGAN BARU


Imam Hadhari memang terkenal dengan Slogan-slogannya yang berjaya mengabui mata rakyat.
Antaranya :"Aku cari bukan harta bertimbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-jua
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia As-Shafie ….


Bekerjalah bersama saya, bukan untuk saya
Saya akan benteras jenayah
Saya akan hapuskan rasuah

Dan seribu satu macam lagi slogan yang diciptanya. Yang terbaru 'Jangan selindung, beritahu kebenaran walaupun ia menyakitkan'

Nampaknya 'album' demi 'album' slogan yang dihasilkan oleh Imam Al Hadhari ini tetapi semuanya hanya tinggal slogan perlaksanaannya jauh sekali.

Rasuah semakin parah, jenayah semakin membimbangkan, penyelewengan berterusan, ISA terus menzalimi dan berbagai lagi masalah negara dan rakyat yang semakin kusut masai.

Kita ingin mengingatkan rakyat supaya tidak tertipu dengan 'gula-gula' dan slogan Imam Hadhari ini sebagaimana tertipunya mereka pada Pilihanraya Umum 2004 sehingga Imam Hadhari dan BN menang besar. Akhirnya kepada kita pula yang diketuk oleh Imam Hadhari dan BN kerana mereka bongkak dengan kekuasaan yang ada pada mereka.


RAFIDAH PURA-PURA


Nampaknya Rafidah cuba menyembunyikan kebimbangannya terhadap kemungkinan beliau akan dicabar oleh Azalina untuk jawatan Ketua Wanita Umno. Kita tahu hubungan Rafidah memang dingin dengan Azalina. Entah apa tindakan dan strategi yang akan dilakukan oleh Rafidah sama-sama kita tunggu. Rafidah sudah merasai kepahitan dimalukan Siti Zaharah Sulaiman tahun 1996 dahulu, apabila beliau tewas dalam perebutan jawatan Ketua Wanita tersebut.

Sudah tentu kali ini Rafidah tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali.

Media hari ini melaporkan bahawa Rafidah Aziz menegaskan, sokongan terbuka UMNO Bahagian Cheras kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menentangnya dalam pemilihan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti akan datang adalah ‘perkara remeh’.

Rafidah yang memimpin Wanita UMNO sepanjang 19 tahun sejak 1984, dengan hanya terlepas kepimpinan pergerakan itu selama empat tahun kepada Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman antara 1996 dan 2000, enggan memberikan komen panjang lebar mengenai sokongan terhadap Azalina.

Katanya, beliau tidak berpeluang membaca laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai isu sokongan terhadap Azalina kerana sibuk bermesyuarat.

‘‘Saya tidak mahu komen. Isu itu terlalu remeh untuk diperkatakan. Saya tiada komen.

‘‘Saya pun tidak baca surat khabar lagi sebab bermesyuarat sehari suntuk di Putrajaya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Rafidah berkata demikian ketika ditanya mengenai sokongan UMNO Bahagian Cheras yang disuarakan oleh Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee supaya Azalina dicalonkan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan parti akan datang.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59