Monday, 8 October 2007

OPS SIKAP : HARI PERTAMA DAH PECAH REKOD


Apa nak jadi dengan negara kita ini, sudahlah masalah keselamatan dan jenayah semakin parah. Baru semalam hari pertama ops sikap dilancarkan ianya telah memecahkan rekod tahun lepas apabila 20 orang maut di pusara jalanraya.
Apa yang kena ni?

Jumlah kematian itu meningkat berbanding 18 kematian pada hari pertama Ops Sikap 11 semasa perayaan Aidilfitri tahun lalu.

Bagaimanapun, kata Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC II Hamza Taib, 936 kemalangan jalanraya yang dicatat semalam berkurangan 106 kes berbanding 1,042 kemalangan pada hari pertama Ops Sikap 11 semasa perayaan Aidilfitri tahun lalu.

Manakala 15 kemalangan maut dicatatkan semalam, berbanding 16 kes yang dilaporkan pada hari pertama tahun lalu, katanya kepada Bernama hari ini.

Hamza berkata, perbandingan operasi kali ini dibuat dengan Ops Sikap 11 kerana ia dilancarkan sempena perayaan yang sama iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala Ops Sikap 12 dilancarkan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pada hari pertama Ops Sikap 12, seramai 25 orang terkorban dalam 921 kemalangan jalanraya yang dicatatkan di seluruh negara.

Menurutnya, mangsa korban teramai semalam adalah penunggang motosikal (tujuh), diikuti empat penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV), pejalan kaki (tiga), penumpang kereta (dua), pemandu kereta (dua), pemandu kenderaan lain (satu) dan pemandu MPV (satu).

"Jalan Persekutuan merekodkan jumlah kemalangan maut tertinggi dengan enam kes diikuti jalan Negeri (empat), jalan Bandaran (tiga) dan lebuhraya (dua)," katanya.

Sementara itu, jalan Bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi dengan 415 diikuti jalan Persekutuan (248), jalan Negeri (151), lebuhraya (86) dan jalan-jalan lain (36).

Moga-moga hari-hari yang mendatang memberikan sinar kepada pengguna jalanraya. Mari kita sama-sama berdoa supaya sentiasa memberikan limpah dan rahmat kepada kita semua. Doakan kesejahteraan dan keselamatan kita semua terutama pengguna jalnraya.


IMAM AL HADHARI JANGAN MARAH-MARAH NANTI CEPAT KEREPOT


Dollah marah-marah di Kepala Batas

PM Imam Al Hadhari dilaporkan marah-marah di Kepala Batas apabila ada wartawan yang bertanya adakah kerajaan sedang cuba mengalihkan penyiasatan (divert the investigation) apabila mensasarkan perhatian mereka terhadap perakam video dan bukannya peguam yang dirakam (merujuk keapda rakaman video kontroversi peguam VK Lingam).

Imam Al Hadhari itu berkata "Masih ada siasatan lanjut mengenainya dan kita tidak septutnya membuat andaian seperti itu (BERNAMA).

Memang sejak penubuhan Panel Penyiasat bagi mengesahkan kesahihan rakam video sensasi ini, banyak pihak tidak berpuas hati. Pengerusi dan ahli-ahli panel ini sendiri mengakui yang kuasa mereka terbatas dalam menjalankan penyiasatan. Banyak pihak lebih setuju jika kerajaan menubuhkan sebuah badan penyiasat bertaraf Suruhanjaya DiRaja.

Dalam Mingguan Malaysia semalam Datuk Shaik Daud Md Ismail, bekas Hakim Mahkamah Rayuan telah berkata:

Untuk mengelakkan keraguan (berkenaan penyiasatan yang dikendalikan panel ini), lebih baik jika satu Suruhanjaya Diraja turut ditubuhkan.

Contoh yang baik , semasa kes ‘mata lebam’ (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, tiada siapa mahu bercakap. Pegawai polis yang nampak tindakan (bekas) Ketua Polis Negara pun tidak berani. Tetapi bila Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, mereka tampil dan memberikan bukti-bukti.

Malah bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dalam ruangannya dalam akhbar The Sunday Star hari ini turut mempertikaikan kesesuaian Panel Penyiasat ini dengan berkata jika benar panel ini tidak berkuasa memanggil saksi melainkan mereka yang datangs ecara sukarela sebagaimana yang dinyatakan oleh TPM Najib Tun Razak, apa gunanya panel ini (Then, of what use is the Panel of Enquiry).

Bukan hanya tokoh-tokoh besar ini, parti-parti pembangkang dan NGO termasuklah Majlis Peguam, kita melihat parti komponan BN, iaitu GERAKAN pun menuntut agar sebuah Suruhnajaya di Raja dibentuk untuk menyiasat isu ini. Gesaan GERAKAN itu datangnya dari Pemangku Presidennya Dr Koh Tsu Koon semasa berucap dalam perhimpunan parti itu di Kuala Lumpur. Beliau berkata kerajaan perlu meniliti secara serius desakan dari rakyat itu.

Oleh itu apa perlu Dollah marah-marah. Kalau benar beliau jujur dan ikhlas tidak mahu menyelindung mana-mana pihak pun, ayuh terima tuntutan rakyat agar ditubuhkan sahaja sebuah Suruhanjaya di Raja yang memiliki kuasa yang lebih efektif untuk menyiasat kes ini secara terbuka dan memberikan cadangan kepada kerajaan.

KITA HARAP IMAM HADHARI JANGAN MARAH-MARAH NANTI CEPAT KEREPOT. RAKYAT BUKANNYA HENDAK MENONTON AKSI PAK IMAM HADHARI MARAH DI MEDIA, TETAPI RAKYAT MAHU MENGETAHUI BENAR ATAU TIDAK APA YANG MEREKA SAKSIKAN DALAM VIDEO ITU.

KALAU BENAR SILA AMBIL TINDAKAN KE ATAS PARA 'PELAKON' DAN ORANG YANG DISEBUT DI DALAM VIDEO ITU. APA YANG SUSAH SANGAT PAK IMAM HADHARI KAN BERKUASA. PETIK SAHAJA JARI SEMUA ORANG AKAN DATANG MENUNDUK KEPADA DAN BERKATA APA YANG MEMANDA PERINTAHKAN AKAN HAMBA TURUTI.

KALAU IANYA FITNAH DAN VIDEO YANG DIBUAT-BUAT SILA SERET ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB ITU KE MUKA PENGADILAN.

BILA LAGI PAK IMAM HADHARI NAK TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA?


PERANG RAFIDAH-AZALINA SEMAKIN RANCAK


'Perang Rafidah-Azalina semakin rancak apabila Azalina mula mendapat sokongan terbuka untuk menentang Rafidah.

UMNO Bahagian Cheras hari ini menyatakan sokongan terbuka kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Azalina, 44, ialah calon yang layak untuk menerajui dan membawa pembaharuan kepada sayap UMNO itu.

“Azalina adalah seorang yang berpendirian dan berani dalam berpolitik, jadi beliau perlu diberi peluang,” katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan penyampaian sumbangan Hari Raya anjuran UMNO Bahagian Cheras di sini.

Azalina turut hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis itu.

Syed Ali memberitahu, sokongan secara terbuka kepada Azalina itu menunjukkan bahawa UMNO tetap memerlukan Wanita sebagai penggerak utama parti lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum.

Sementara itu, Azalina ketika ditemui pemberita menegaskan, apa yang penting kepadanya sekarang adalah untuk mengekalkan kedudukan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Saya hanya ahli MT dan saya akan cuba kekalkan kedudukan itu. Ia adalah keutamaan saya buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai soal pemilihan parti.

“Selepas pilihan raya barulah saya tengok keadaan,’’ katanya yang merupakan seorang peguam sebelum menceburi bidang politik.

Azalina, bekas Ketua Puteri UMNO, dipilih sebagai Ahli Parlimen Pengerang dalam pilihan raya umum 2004. Selepas pilihan raya itu beliau terus dilantik menganggotai Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Wanita UMNO sekarang ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, 64.

Untuk rekod Umno bahagian Cheras memang bermusuh dengan Rafidah kerana Ketua Bahagiannya iaitu Syed Ali sejak dari dulu asyik 'berperang' dengan Ketua Wanita Bahagiannya yang juga merupakan Setiausaha Pergerakan Wanita Umno iaitu orang kepercayaan Rafidah.


HISHAMUDDIN SEKALI LAGI DIPERMAINKAN



Sabtu lepas Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Hishamudin Hussien sekali lagi dipermainkan oleh perwakilan pemuda parti komponen BN. Kalau sebelum ini Hishamuddin diperolok-olokkan oleh Pemuda MCA kini tiba giliran Pemuda Gerakan pula mempersendakan Hishamuddin dan Pemuda Umno.

Seorang perwakilan Pemuda Gerakan menggamatkan persidangan tahunan pergerakan itu di Kuala Lumpur Sabtu lalu apabila beliau mengangkat dua bilah keris 'gergasi' ketika menyampaikan ucapannya.

Lian Teck Lai dari bahagian Kuala Kedah, mengangkat keris yang diperbuat daripada styrofoam yang bersaiz besar itu, sambil meniru gaya Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein menghunus keris.

Sebelum ini, Hishammuddin pernah menghunus keris sewaktu perhimpunan pergerakan Pemuda Umno tahun lalu dan tindakannya itu dikritik hebat oleh Pemuda MCA dan Pemuda Gerakan.

"Saya mengangkat sepasang keris di sini bukan hendak melawan sesiapa, pun bukan untuk mencabar sesiapa, dan saya bukan hendak berjuang untuk sesiapa, (kepada) kawan-kawan di media, tujuan saya berlainan dengan Ketua Pemuda Umno.

"Saya hanya hendak menunjukkan satu simbol perpaduan untuk semua bangsa.

"Saya berharap bila Datuk Hishammuddin menghunus keris lain kali, beliau akan melaungkan perpaduan kepada semua rakyat Malaysia," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Oleh itu, Lian meminta para media supaya jangan menyalahtafsirkan tindakannya mengangkat sepasang keris tersebut.

KALAULAH HISHAMUDDIN DAN PEMUDA UMNO BERMARUAH SUDAH TENTU MEREKA AKAN MINTA MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DI ATAS TINDAKAN YANG MENGGURIS HATI RAKYAT KERANA KETELANJURANNYA MENGANGKAT KERIS DI MAJLIS RESMI. TETAPI KITA YAKIN MEREKA SEMUA INI ADALAH PEMIMPIN YANG TIDAK BERMARUAH SEBAB ITU APA JUGA KESALAHAN DAN KESILAPAN YANG MEREKA LAKUKAN TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA MEREKA. MEREKA INI ADALAH GOLONGAN BODOH SOMBONG YANG CERDIK TAK BOLEH DIPAKAI BODOH TAK BOLEH DIAJAR.


ISU VIDEO : TSU KON LEBIH WARAS DARI PAK LAH


Gerakan gesa k'jaan timbang tubuh s'jaya diraja

Nampaknya Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Kon lebih waras dari Pak Lah yang kononnya dulu berjanji untuk membenteras rasuah.

Semalam Gerakan membuktikan bahawa ia sebuah parti yang lebih waras dari Umno apabila menggesa kerajaan supaya 'menimbang dengan serius' penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat klip video yang didakwa untuk mengatur pelantikan hakim.

Gerakan merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang pertama membuat gesaan tersebut, sejak Ketua UmumPKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan klip video tersebut pada 19 September lalu.

Pendedahan tersebut telah mencetuskan desakan pelbagai pihak supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kandungan klip video itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menolak desakan tersebut dan sebaliknya mengumumkan penubuhan panel bebas untuk menyiasat kesahihan klip video itu.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu menyokong penubuhan panel tersebut sebagai langkah pertama untuk menyiasat kesahihan kandungan klip video berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menggesa supaya langkah seterusnya diambil untuk menyiasat perkara tersebut.

Persepsi umum

Dr Koh berkata pihaknya memandang berat persepsi umum mengenai badan kehakiman ekoran pendedahan tersebut serta dakwaan-dakwaan yang lain.

Beliau menegaskan demikian dalam ucapannya di perhimpunan agung parti Gerakan di Kuala Lumpur yang dirasmikan Abdullah.

Jika perlu, katanya, penubuhan suruhanjaya diraja hendaklah dipertimbangkan dengan serius.

Koh yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, menegaskan bahawa integriti badan kehakiman adalah penting kerana ia dilihat sebagai pelindung dan pelaksana keadilan.

Tambahan lagi, tegasnya, sistem perundangan dengan badan kehakiman yang bebas adalah salah satu faktor paling penting dalam menarik dan mengekalkan keyakinan pelabur tempatan dan luar negara.

Perdana Menteri yang duduk di atas pentas, tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika Dr Koh membangkitkan cadangan tersebut.

Beliau juga tidak menjawab gesaan Dr Koh itu atau menyentuh mengenai kontroversi klip video tersebut dalam ucapan perasmiannya. Perdana Menteri beredar kemudiannya tanpa bercakap kepada media.

Klip video tersebut menunjukkan Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa untuk mengatur pelantikan hakim-hakim.

Dari kontek perbualan tersebut, Anwar mendakwa orang yang bercakap dengan Lingam adalah Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim.

Malaysiakini


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59