Friday, 5 October 2007

TIADA SEBAB GAS KELANTAN DIDARATKAN DI THAILAND


Kota Bharu : Walaupun dianugerahkah dengan sumber galian gas yang banyak dan Petronas berkemampuan untuk mendaratkannya di Kelantan, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bersedih apabila hak itu dinafikan dengan mendaratkan gas tersebut di Thailand.

"Saya sedih mengapa gas dari JDA di perairan Kelantan didaratkan di Thailand. Tiada sebab langsung. Pendaratan di Thailand kalau dibuat juga tidak berkat kerana harta kita dibawa ke tempat lain," katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan Mengenai Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER) yang dijangka dilancarkan Perdana Menteri hujung bulan ini katanya.

ECER akan melibatkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor.

Ia melibatkan 51 peratus kawasan tanah di Semenanjung Malaysia dan bakal berakhir pada tahun 2020.

Sehingga kini, Kelantan masih berharap gas dan minyak yang ditemui berhampiran pantai Kelantan di daratkan di pantai negeri itu kerana ia paling dekat dengan kawasan penemuan itu.

Pendaratan gas dan minyak itu diharapkan dapat menjadi pemangkin ekonomi Kelantan yang didiami lebih 95 peratus orang Melayu.

Siasah


ALLAHU AKHBAR : PRO-MAHASISWA BAIKI KEDUDUKAN DI UM


Allahu Akhbar, Kumpulan Pro-Mahasiswa berjaya membaiki pencapaian mereka dalam Pilihanraya Kampus UM sessi 2008/2009, apabila memenangi 9 kerusi,berbanding 32 oleh Aspirasi pada PRK tersebut.

Pro mahasiswa mendapat dua daripada sembilan kerusi umum dan mendapat kerusi percuma di Akademi Pengajian Islam, dan Fakulti Undang-undang.

Selain itu, di Fakulti Pergigian, Kejuruteraan dan Pusat Sukan, mereka hanya meperolehi satu kerusi di setiap fakulti tersebut.

UM antara kampus terakhir selain Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengumumkan keputusan PRK selepas pengundian semula diadakan ekoran terdapat pengundi hantu di Kolej Kediaman ke-12 pada 2 Oktober lalu.

Proses pengundian berlangsung semula semalam dari jam 9 pagi sehingga 3 petang.

Selepas solat Asar, Dewan Tunku Canselor (DTC) menjadi tumpuan mahasiswa serta kakitangan universiti yang terlibat termasuk jawatankuasa pemantau, penyiasat serta Naib Canselor yang turun melihat proses penjumlahan undi.

Kira-kira 500 penyokong pro mahasiswa mengadakan perhimpunan sambil duduk bersila di pekarangan DTC sambil mengadakan sesi tazkirah dan berzikir.

Mereka kemudiannya masuk ke dalam DTC tersebut pada jam 6.30 petang bagi mendengar keputusan yang diumumkan, yang dimulai dengan nyanyian lagu universiti, 'Varsiti'.

DTC yang dipenuhi mahasiswa untuk sesi pengumuman gamat selepas diselangi sorakan kumpulan, apabila calon yang disokong mendapat kemenangan.

Ia berakhir pada jam 6.45 petang dengan perhimpunan aman kumpulan pro mahasiswa yang memberi taklimat dan kata-kata semangat kepada penyokong mereka yang telah bekerja keras.

WALAUPUN DITEKAN DAN DIHIMPIT DENGAN PELBAGAI PERATURAN BERAT SEBELAH SERTA BERHADAPAN DENGAN SELURUH JENTERA UNIVESITI NAMUN KUMPULAN PRO MAHASISWA BERJAYA MEMBUKTIKAN BAHAWA ISLAM TIDAK AKAN LENYAP DARI BUMI UNIVERSITI.

KEMENANGAN 2 ORANG CALON UMUM MENUNJUKKAN BAHAWA KESELURUHAN MAHASISWA UM TIDAK MENOLAK CALON-CALON PRO-MAHASISWA KERANA JIKA MEREKA DI TOLAK SECARA TOTAL SUDAH TENTU TIDAK SEORANG PUN CALON MEREKA AKAN MENANG KERUSI UMUM.

KITA YAKIN SEKIRANYA 'PADANG PERMAINAN' SAMA RATA, TIADA UGUTAN, PAKSAAN, PENIPUAN DAN PENYELEWENGAN SUDAH TENTU PRO MAHASISWA AKAN MEMBERIKAN TENTANGAN LEBIH SENGIT HATTA MUNGKIN AKAN MENAWAN SEMULA UM. MEREKA BUKAN SAHAJA BERHADAPAN DENGAN JENTERA MAHASISWA ASPIRASI MALAH MEREKA SEBENARNYA BERHADAPAN DENGAN HEP DAN KERAJAAN KHUSUSNYA UMNO ITU SENDIRI.

SYABAS KEPADA YANG MENANG. INSYA ALLAH PRO MAHASISWA AKAN TERUS MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MENCEGAH KEBATILAN.

KESIMPULAN DARI PRK KALI INI BOLEHLAH DIKATAKAN DEMOKRASI TELAH MATI DI UNIVERSITI, WALAUPUN MUNGKIN PEMBUNUH-PEMBUNUH DEMOKRASI AKAN MENJAWAB PEMBANGKANG JUGA MENANG MANA MUNGKIN DEMOKRASI TELAH MATI.


Menang pilihan raya kena buang kolej?



Menang pilihan raya kampus terus kena buang kolej, itulah kekecewaan yang jelas dijelaskan oleh seorang calon siswa promahasiswa yang telah berjaya dengan cemerlangannya memenangi kerusi dalam Pilihanraya Kampus (PRK) kali. Nampaknya bagi calon promahasiswa akan mendapat hadiah buang kolej dari HEP yang diketuai Azali apabila menang pilihanraya. Akibat tidak berpuashati dan iri hati terhadap kemenangan calon pro mahasiswa yang tidak boleh dihalang lagi, Dr Azali telah mengamalkan undang-undang rimba untuk menekan pihak kolej membuang pelajar tersebut.

Ini bukanlah taktik dan cara baru yang digunakan oleh Azali untuk menekan mahasiswa, perkara ini telah menjadi strategi utama azali dalam menekan dan menindas mahasiswa. Tahun lepas sahaja hampir 38 orang ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Islam UPM yang tidak bersalah dan aktif di Universiti telah diambil tindakan buang kolej ekoran terlibat dalam pilihan raya kampus. Pembuangan pelajar ini termasuk 6 orang calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) promahasiswa yang baru sahaj memenangi pilihan raya kampus pada waktu itu. Dimanakah lagi nilaian demokratik yang ada di UPM apabila orang yang gila kuasa memegang ketua yang mengendalikan hal ehwal pelajar. Lalu, terus diamalkan undang-undang rimba untuk menekan mahasiswa.

Signifikannya isu ini, kita perlu lihat dari skop yang luas. Pertama, amat tidak wajar calon MPP yang menang dalam pilihan raya kampus dilayan sebegitu rupa tidak kiralah dia aspirasi atau promahasiswa. Mereka berhak mendapat penghormatan dan penghargaan kerana telah berjaya mengharungi cabaran dalam pilihan raya kampus kali ini. Keduanya, sikap yang diambil oleh pihak kolej membuang pelajar yang berkaliber amat tidak professional dan memalukan. Hal ini kerana, calon yang menang dalam pilihan raya kampus telah terbukti mereka berkaliber sebab itu mereka telah diberi kepercayaan oleh mahasiswa. Mengapakah pihak kolej sanggup diperkudakan oleh azali? Sanggup mengkhianati pelajar melayu islam yang sepatutnya dijaga kebajikannya bukannya dibuang kolej sesuka hati.

Perkara yang ketiga, membuang pelajar yang telah dilantik menjadi oleh tangan mahasiswa merupakan pencabulan demokrasi kampus yang cukup menyedihkan. Mereka ini Majlis Perwakilan Pelajar amat wajar terus dibenarkan tinggal di Kolej kerana mereka sebagai wakil-wakil mahasiswa perlu duduk bersama mahasiswa untuk mendengar segala rintihan mahasiswa. Kelima, UPM sedang dan ada yang sudah mendapat ISO 9001, kalau macam inilah layanan mereka terhadap mahasiswa. Saya lihat wajar ditarik kembali ISO 9001 kepada mereka kerana layanan mereka terhadap mahasiswa yang menjadi pelanggan mereka amat teruk.

Konklusi daripada kes ini membuktikan bahawa demokrasi kampus benar-benar telah dicabuli oleh tangan-tangan raja rimba yang mengguna undang-undang rimba. Raja rimba ini sepatutunya tidak campurtangan dalam urusan mahasiswa sampai peringkat mengarahkan pengetua kolej membuang pelajar yang tidak sehaluan. Raja rimba ini sepatutnya tugas utama dia diamanahkan di jawatan TNCHEP bukan untuk meninda pelajar tetapi adalah untuk membantu kebajikan pelajar. Kalau inilah yang berlaku, betul seperti kata pengerusi GMPS, Azali sepatutnya tempatnya bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, tengok diri betul-betul best atau kuat kerana menjadi TNCHEP semata-mata. Pangkat dan darjat suatu yang pasti akan hancur, yang kekal hanya amal kebajikan kita.

Abdul Basit Abdullah
Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB)


Kontrak kerajaan: Siapa rapat dia dapat


KUALA LUMPUR: Kontrak kerajaan, siapa rapat dia rapat. Itulah hakikatnya yang berlaku sejak dahulu, kini dan seolah-olah selamanya.

SemalamJawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mahu pemberian kontrak secara rundingan terus bagi projek kerajaan dikurangkan kecuali bagi projek yang memerlukan kepakaran tertentu. Ini jelas menunjukkan sememang pemberian kontrak secara runding terus ini terus menjadi amalan kerajaan Pak Lah yang kononnya ingin menghapuskan rasuah tetapi hakikatnya kerajaanlah sebenarnya yang menjadi JUARA RASUAH.

Pemberian kontrak secara tender dan mengikut prosedur mesti dilakukan bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah terutamanya penyelewengan kewangan akibat kurangnya pemantauan dan pengawasan bagi projek-projek yang dilaksanakan.

"Sebaiknya pemberian tender secara rundingan terus ini hanya dalam keadaan di mana pihak yang boleh laksanakannya terhad. Kalau satu-satu projek itu boleh dilaksanakan oleh banyak pihak, mengapa mesti ada rundingan terus, ini macam siapa cepat dia dapat atau siapa rapat dia dapat.

"Kita kena elakkan perkara ini kerana gambaran ini memang tidak sihat, sebab itu kalau dikurangkan sama sekali projek rundingan terus, ia akan lebih lagi menjadikan kontraktor, pembekal dan ahli perniagaan kita lebih profesional, dan inilah caranya untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang kompetitif," kata Pengerusi PAC, Shahrir Samad semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC berhubung isu pembelian perbekalan peralatan bagi lapan buah Institut Kemahiran Belia Malaysia (IKBN), di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBs), seperti mana yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang diedar bulan lepas.

Ketua Setiausaha KBS Datuk Mohd Yasin Salleh mengetuai delegasi tujuh wakil kementerian itu termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Muhamad Batri dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Mohid Mohamed.

Dalam laporannya, Ketua Audit Negara membuat teguran terhadap proses pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi IKBN pada kadar melebihi harga pasaran sehingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM8.39 juta.(Bukan kerajaan sebenarnya tetapi rakyat kerana duit kerajaan adalah duit rakyat).

Merujuk isu-isu yang ditimbulkan, Shahrir berkata apa yang berlaku berpunca daripada masalah serupa, iaitu pemberian tender secara rundingan terus dan tidak cukup pengawasan daripada KBS dan Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang melebihi bajet.

Bagi mengatasi masalah seumpamanya di masa akan datang, PAC telah meminta Kementerian Kewangan memberikan senarai semua projek rundingan terus di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Jawatankuasa itu telah meminta Jabatan Audit Negara dan Bahagian Pemantauan dan Kawalan Kementerian Kewangan supaya segera menubuhkan jawatankuasa audit dalaman bagi setiap projek rundingan terus yang dilaksanakan.

"Maknanya daripada awal mestilah ada pihak audit untuk memastikan bahawa projek-projek rundingan terus itu tidak berhadapan dengan masalah pada masa akan datang," kata Shahrir


Permohonan batal notis penternak babi ditolak


MELAKA : Mahkamah Tinggi di sini menolak tuntutan pembatalan notis oleh dua penternak babi Kampung Paya Mengkuang berhubung pengurangan jumlah ternakan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pada 21 Ogos lalu.

Hakim Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua pihak.

Penternak terbabit iaitu Lim Oh Pah dan Ye Kim Onn diwakili peguamnya, Gideon Tan dan Teo Nie Ching manakala MPAG diwakili Datuk D.P Naban dan

Vijay Kumar.

Mohtarudin hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Antara kandungan hujahan Gideon ialah kegagalan MPAG mengeluarkan notis awal untuk memaklumkan mengenai operasi pemusnahan 4 September lalu dan mendakwa kegiatan penternakan babi oleh anak guamnya itu digalakkan oleh pihak berkuasa melalui pemeriksaan yang kerap oleh Jabatan Haiwan negeri.

(KALAU KERAJAAN TIDAK SUKA KEPADA PENTERNAKAN INI TENTU MEREKA MENGARAHKAN JABATAN HAIWAN JANGAN MENOLONG PENTERNAK. TETAPI JABATAN HAIWAN KERAP PERGI KE SANA UNTUK MEMERIKSA HAIWAN TERSEBUT, SUDAH TENTU IANYA MENUNJUKKAN SEOLAH-OLAH PENTERNAKAN ITU 'HALAL' DI SISI KERAJAAN)

Sementara itu D.P Naban dalam hujahannya mempertahankan tindakan MPAG mengeluarkan notis awal dan amaran pihak berkuasa itu tentang tindakan penternak berkenaan yang melakukan pengubah suaian dan membesarkan ladang tanpa kebenaran MPAG.

Oh Pah kini mempunyai lebih 10,000 ekor ternakan manakala Kim Onn memiliki lebih 7,000 ekor. Ladang ternakan mereka terletak di Kampung Paya Mengkuang dan Kampung Bukit Beruang, Masjid Tanah.

Awal bulan ini, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi berkaitan telah mengadakan operasi pemusnahan ternakan babi bagi mengurangkan jumlah ternakan tersebut dari 160,000 yang ada kepada 48,000 sahaja kerana aktiviti tersebut mencemar alam sekitar serta mengganggu kesihatan penduduk sejak 50 tahun lalu.

Operasi tersebut terpaksa dilakukan ekoran sikap para penternak babi terbabit tidak mengendahkan gesaan kerajaan supaya mengurangkan jumlah ternakan kerana berlaku pencemaran udara dan air yang teruk di kawasan terbabit.

Bagaimanapun operasi tersebut gagal selepas para penternak khususnya di Kampung Paya Mengkuang dan Kampung Bukit Beruang, Masjid Tanah menghalang operasi tersebut manakala para pemimpin Cina pula membuat rayuan penangguhan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah memberi tempoh sehingga 21 September ini bagi para penternak mengurangkan ternakan mereka


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59