Thursday, 4 October 2007

PAS Pahang memboikot Siasatan awam dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


TEMERLOH : PAS Pahang mengambil tindakan memboikot Siasatan awam dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Chenor, hari ini 2 Oktober 2007 kerana membantah ketidakadilan badan itu dalam mengendalikan siasatan berkenaan kelmarin.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Pahang, Zulkifli Tan berkata, pihaknya tidak berpuasa hati dengan cara pengedalian siasatan awam SPR apabila menolak bantahan PAS terhadap beberapa nama didalam daftar pemilih tanpa kehadiran individu yang dibantah.

“Kita telah kemukakan bukti prima facie terhadap individu yang dibantah tetapi SPR menolaknya tanpa mendengar alasan daripada individu yang dibahtah.

“Sepatutnya SPR tidak membuat keputusan sendiri tanpa mendengar hujah daripada individu yang dibantah terlebih dahulu,” katanya.

Mengulas isu berkaitan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, adalah tidak adil kepada PAS, jika SPR yang bertindak sebagai hakim membuat keputusan yang menyebelahi orang yang dibantah tanpa mendengar hujah mereka terlebih dahulu.

Katanya dalam kes Dun Chenor ini, SPR menolak bantahan PAS sekali pun individu yang dibantah itu gagal hadir berhujah dan PAS telah mengemukakan bukti prima facie.

Berdasarkan Peraturan-peraturan Pilihan raya (Pendaftaran pemilih) fasal 17 (7) menyebut Jika bukti prima Facie sedemikian diberi semasa ketiadaan orang yang mengenainya batahan itu dibuat, maka adalah sah bagi Pendaftar untuk mengeluarkan nama orang itu daripada, atau enggan memasukkan nama orang itu kedalam , daftar pemilih tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Sidang Online


VIDEO LINGAM : FILEM HINDUSTAN BERULANG KEMBALI



Ibarat Filem Hindustan, siapa yang lapor orang itu yang akan disiasat, manakala orang yang dilaporkan berbuat salah terlepas begitu sahaja. Itulah episod-episod yang berlaku sebelum ini keatas Ezam, Ahmad Lutfi dan lain-lain yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai akta manakala orang yang didakwa bersalah lepas bebas tanpa disiasat.
Episod itu berulang lagi dalam kes terbaru melibatkan klip video VT Lingam-Fairuz. Media internet melaprokan bahawa Naib Presiden PKR, R Sivarasa dan pekerja parti itu, Sim Tze Tzin telah menerima notis dari BPR itu hari ini supaya mendedahkan dari mana mereka mendapatkan klip video itu, jika gagal mereka boleh dikenakan hukuman. Mereka diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat demikian.

Sivarasa berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan para pegawai serta penasihat undang-undang parti itu sebelum memutuskan langkah berikutnya.

“Jika kita terpaksa dikenakan hukuman demi untuk melindungi sumber kita, biarlah," kata Sivarasa kepada pemberita selepas menerima notis tersebut daripada ibupejabat BPR Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Notis itu menyatakan bahawa kegagalan untuk berbuat demikian adalah melanggar Seksyen 29 (c) Akta Mencegah Rasuah 1997.

Di bawah Seksyen 58 akta yang sama, mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara.

Video tersebut, yang didedahkan oleh PKR pada 19 September lalu, menunjukkan Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.

Ekoran itu, Sivarasa membuat laporan kepada BPR menggesa badan itu supaya menyiasat kandungan klip video tersebut.

'Kita kecewa'

Bagaimanapun, naib presiden PKR itu berkata hari ini bahawa BPR nampaknya lebih cenderung untuk menyiasat aduan dan sumber video klip tersebut.

Sivarasa, seorang peguam, berkata adalah lebih logikal bagi BPR untuk terlebih dahulu menyiasat dua individu yang dikaitkan dengan klip video tersebut.

Menurutnya, taktik seumpama itu akan menghakis keyakinan rakyat terhadap BPR dan mengurangkan kesediaan orang ramai untuk membuat aduan kepada badan tersebut.

“Kita telah menyatakan dengan jelas kepada BPR bahawa kita kecewa kerana tujuan siasatan mereka sudah menyimpang daripada menyiasat kesalahan (yang didakwa dilakukan) dalam klip video tersebut," katanya.

Sivarasa membandingkan tindakan BPR sekarang dengan percubaan polis untuk mengesan orang yang merakamkan klip video seorang wanita melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel pada tahun 2005.

“Kedua-dua klip video tersebut menunjukkan bahawa kesalahan telah dilakukan. Jadi saya bertanya kepada BPR apakah maknanya siasatan mereka bila kesalahan yang ditunjukkan dalam klip video itu tidak disiasat," tambahnya.

Sehingga ini, tidak dapat dipastikan sama ada BPR telah memanggil Lingam atau Ahmad Fairuz. Ketua Hakim Negara itu bagaimanapun telah menafikan bahawa beliau adalah orang yang bercakap dengan Lingam dalam klip video tersebut.

Kerajaan telah menubuhkan sebuah panel bebas tiga anggota untuk menyiasat kesahihan klip video tersebut.

Esok, BPR akan mengambil kenyataan daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim


ARTIKEL PERISTIWA AR-RAAFIQ TELAH DIPADAMKAN


Baru sahaja beberapa jam kami memberikan ucapan tahniah kepada The Star )versi Melayu secara online) yang menyiarkan tulisan Ustaz Nasaruddin Tantawi, kami dapati artikel itu telah di'delete'kan oleh webmasternya.

Mungkin juga secara kebetulan. Agaknya ia telah lama dipaparkan. Kami pun tidak perasan sejak bila ianya dipaparkan. Tetapi artikel itu sebenarnya baru sahaja di siarkan oleh blog Ustaz Nasaruddin pada 1 Oktober. Kami yakin ia hanya dipostkan ke The Star Melayu semalam atau hari ini. Jadi dari fakta di atas jelaslah bahawa ianya hanya dipaparkan dalam masa yang amat singkat.

Penyiarannya di laman itu mungkin tidak disengajakan. Atau 'boss' besar mereka tidak perasan dan terlepas pandang.

Besar kemungkinan ada 'tangan-tangan' yang memerintahkan webmaster meng'delete'nya. Kalau itu kisah sebenarnya maka kami tidak keberatan untuk menarik balik ucapan tahniah itu.

Namun kami mengucapkan berbanyak terima kasih di atas paparan itu. Setidak-tidaknya pernah juga artikel sebegitu dipaparkan oleh The Star Melayu (www.mstar.com.my).

Setiausaha DPPK Bukit Katil
Jasry Jabar


CAMPAKKAN PAK LAH DAN BN PADA PILIHANRAYA UMUM NANTI



KENYATAAN AKHBAR : TAHNIAH THE STAR MELAYU (VERSI INTERNET)


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada The Star versi internet dalam Bahasa Melayu (www.mstar.com.my) yang nampaknya jauh lebih terbuka daripada Utusan Meloya(Utusan Malaysia), Berita Hairan(Berita Harian), Harian Metrok (Harian Metro) dan lain-lain.

Buktinya Mstar.com.my telah menyiarkan tulisan Timbalan Ketua DPPP, Ustaz Nasaruddin Hassan At Tantawi tentang peristiwa Ar-Raafiq iaitu kejadian Balaci Umno, Jabatan Agama Islam Selangor (yang sepatutnya dipanggil Jabatan Banteras Agama Islam Selangor-JBAIS) cuba hendak menangkap Ustaz Nasaruddin di Surau Ar Raafiq di Seksyen 7 Kota Damansara.

Sesungguhnya keterbukaan Mstar ini patut dicontohi oleh semua media tidak kira media cetak atau elektronik dan juga internet.

Tuan-Tuan/Puan-puan boleh melayari artikel tersebut http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_59719dcf-c0a85062-1e6f6780-471f39e7.

Jasry Jabar
Setiausaha DPPK Bukit Katil


PROASPIRASI MENANG SECARA TIDAK BERMARUAH


KUALA LUMPUR : Kumpulan proaspirasi 'memenangi' pilihanraya kampus sessi 2007/2008, hampir di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA)dengan kemenangan yang tidak bermaruah atas bantuan Hal Ehwal Pelajar, ugutan, penipuan dan rasuah.

Pilihan raya kampus yang diadakan secara serentak di seluruh negara itu bagaimanapun menyaksikan kumpulan proaspirasi tumpas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Paling mencuri tumpuan pada pilihan raya kali ini ialah di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UIAM yang menyaksikan persaingan sengit antara calon proaspirasi dan promahasiswa.

Luar biasanya, pilihan raya kampus di UM tahun ini telah dicemari dengan dakwaan kemunculan ‘pengundi hantu’ di pusat pengundian Kolej Ke-12 di situ.

Difahamkan ‘pengundi hantu’ itu terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga pelajar Pusat Asasi Sains yang tidak layak mengundi.

Keadaan itu juga menyebabkan satu ‘pilihan raya kecil’ terpaksa diadakan di kolej kediaman itu. Keputusan penuh mengenainya dijangka akan diketahui esok.

Di UIAM, Gerakan Pro-Mahasiswa berjaya mempertahankan kemenangan mereka sessi lalu walaupun di tekan dan diugut dengan begitu hebat oleh HEP sehingga memaksa penamaan calon dibuat kali. Presiden GPMS, Reezal Merican yang juag Setiausaha Politik Pak Lah, di dakwa telah mengarahkan UIA membuat penamaan calon semula setelah 11 orang calon Promahasiswa menang tanpa bertanding pada penamaan calon pertama.

Kumpulan promahasiswa memenangi 4 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan di UKM,
Di UPM, mereka menang enam daripada 48 kerusi; Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 8 daripada 45 kerusi; Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM 2 daripada 20.

Calon proaspirasi terus menguasai MPP di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Turut dikuasai proaspirasi ialah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UMP).

Sesungguh Menteri Pengajian Tinggi, Naib Canselor Universiti, TNC HEP dan Pegawai-pegawai langsung tidak menunjukkan keinsafan dalam bulan Ramadhan ini apabila sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka dengan menjalankan pilihanraya yang berat sebelah, tidak demokratik dan tidak bermaruah. Kita memanjatkan doa kepada Allah agar golongan zalim ini di beri balasan yang setimpal oleh Allah samada di dunia atau di akhirat kelak.


BLOG INI UJUDKAN 2 RUANGAN BARU IAITU RUANGAN DOA PILIHAN DAN BAHAN ILMIAH


PIHAK KAMI INSYA ALLAH AKAN MENYEDIAKAN BEBERAPA RUANGAN BERMANFAAT UNTUK PARA PENGUNJUNG ANTARANYA RUANGAN DOA PILIHAN DAN BAHAN ILIMIAH. INSYA ALLAH IANYA AKAN DIMULAKAN HARI INI.

HARAP MAKLUM


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59