Tuesday, 2 October 2007

BN TERPAKSA TUNDUK KEPADA PENTERNAK BABI TAKUT KEHILANGAN UNDI


MELAKA : Akibat takut kehilangan undi dan sokongan kaum Cina Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir pemindahan lebihan ternakan babi di Paya Mengkuang, Alor Gajah, Melaka sehingga 31 Mac tahun depan.

Sebelum ini, penternak di kawasan berkenaan diberi tempoh hingga Khamis ini (4 Oktober) untuk mengurangkan jumlah ternakan mereka kepada 48,000 ekor.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai isu babi, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Seri Abu Seman Yusop; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Fong Chan Onn yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah.

Mesyuarat itu juga untuk bersetuju melanjutkan tempoh bagi 24 ladang ternakan babi di luar kawasan Paya Mengkuang - iaitu di Bukit Beruang, Man Lok dan Londang dekat Alor Gajah - ditutup sehingga 31 Disember depan.

Bagaimanapun, semua penternak di semua kawasan terbabit, termasuk Paya Mengkuang, dikehendaki menjual babi jantan mereka dalam tempoh tujuh hari, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Fong hari ini.

Keputusan ini jelas menunjukkan kerajaan BN begitu takut dengan kecenderungan penternak-penternak babi yang begitu rapat dengan pembangkang terutama DAP semenjak isu ini tercetus.

Semenjak isu ini tercetus, kepimpinan DAP Pusat dan Negeri hampir setiap hari turun ke Paya Mengkuang bertemu penternak babi. Gambar-gambar mereka juga saban hari terpampang di dada akhbar berbahasa Cina.

Malah kepimpinan PAS seperti AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan PAS Melaka juga kerap kali turun padang ke Paya Mengkuang untuk berdialog dan berbincang dengan penternak-penternak babi. Kelab Penyokong PAS Kuam Cina juga tidak ketinggalan mengadakan dialog bersama penduduk di Paya Mengkuang.

Sementara itu Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh dalam kenyataan malam ini menyatakan bahawa BN tidak berani menanggung risiko kehilangan undi kaum cina, sebab itu mereka terpaksa mengalah dengan desakan dan tuntutan penternak.

"BN yang bimbang dengan kecenderungan kaum Cina kepada pembangkang seperti hasil kajian Merdeka Center, nampaknya semakin takut jika isu babi tidak memihak kepada kaum cina sudah tentu mereka semakin membenci BN. Maka atas dasar itu mereka terpaksa berlembut dan mengaku kalah" tegas Ustaz Khirul yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Beliau bagaimana mengucapkan tahniah kepada penternak babi di Paya Mengkuang dan Kawasan sekitarnya yang tetap bertegas dengan pendirian dan hak mereka serta tidak tunduk kepada arahan kerajaan sebelum ini supaya menghapuskan semua babi sebelum 21 September lalu.

"Mereka mempertahankan hak mereka kerana mata pencarian dan kehidupan mereka bergantung kepada hasil babi, jadi itu hak mereka. Masalah cara, pengurusan dan masalah alam sekitar itu menjadi tanggungjawab kerajaan. Mereka baru sekarang kerajaan sedar ianya melanggar peraturan sedangkan ia dah wujud 50 tahun".

"Jelas sekali bahawa kerajaan bertindak atas desakan politik, untuk meraih undi bukannya atas sebab undang-undang, mereka hendakkan undi Orang Melayu, jadi mereka 'create' isu ini habis-habisan. Lepas itu bila Cina memberontak mereka tunduk dan patuh. Jadi undi Melayu dapat, undi Cina pun dapat. Inilah politik Pecah dan Perintah namanya" tambah Khirul panjang lebar.

Beliau juga mengingatkan Orang Melayu dan Cina di kawasan itu dan di Melaka amnya, supaya tidak terjerat dengan isu ini, kerana BN sebenarnya pandai bermain dengan isu. BN merasakan dengan keputusan untuk menangguhkan pengurangan babi dan penutupan ladang ini mereka berjaya menjadi Juara Orang Melayu dan Orang Cina. Akhirnya undi mereka dapat kerana rakyat merasakan BN berjaya meyakinkan mereka. Tetapi hakikatnya sandiwara BN ini hanyalah untuk mengabui mata rakyat.

Percepat ambilalih

Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Negeri Melaka juga bersetuju untuk mempercepatkan proses pengambilalihan tanah dan semua kemudahan di 24 ladang ternakan babi terbabit.

Manakala lapan ladang ternakan babi dalam kawasan Paya Mengkuang yang belum meningkatkan kemudahannya diarahkan menjual kesemua 13,000 ekor babi sebelum 31 Disember ini.

Ini adalah kali kedua kerajaan negeri Melaka bersetuju melanjutkan tempoh bagi penternak babi membawa keluar ternakan masing-masing dari semua kawasan berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah melanjutkan tempoh tersebut dari 21 September kepada 4 Oktober.

Pada 4 September lalu, kerajaan negeri juga menangguhkan operasi untuk memusnahkan lebihan ternakan babi di kawasan berkenaan, setelah MCA berjanji untuk mengurangkan sendiri jumlah ternakan itu kepada 48,000 ekor.


PRK UIA : ALLAHU AKHBAR !!! KEBENARAN MENGATASI KEBATILAN


TERKINI | KUALA LUMPUR : Kumpulan Pro Mahasiswa yang memperjuangkan Islam berjaya mempertahankan kemenangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pro Mahasiswa memenangi 19 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan yang melayakkan mereka untuk terus menerajui kepimpinan Student Representative Council (SRC) sesi 2007/2008. Kumpulan 'Batil' hanya menang 8 kerusi itupun atas permainan kotor pihak pentadbir PRK di UIAM.

Di Kampus Induk Gombak, mereka berjaya di Kuliyyah Undang-undang, Kejuruteraan, Ilmu Wahyu, Ekonomi, Sains, Antarabangsa, Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu.

Namun, mereka tewas di Kuliyyah Teknologi Komunikasi Maklumat dan hanya menang satu kerusi di Kuliyyah Senibina.

Walaupun terpaksa melalui proses penamaan semula pada 30 September lalu, mereka tetap pasrah lantaran masa kempen yang diperuntukkan hanya lebih satu hari berbanding enam hari di kampus-kampus lain.


Ribuan sertai protes terhadap junta Burma



Kira-kira 2,000 orang berkumpul di kedutaan Burma di Kuala Lumpur pagi ini kerana membantah kekejaman junta tentera negara itu terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi. Mereka kemudian berarak ke kedutaaan Russia dan China untuk mengadakan protes yang sama.

Mereka termasuk anggota masyarakat Burma di negara ini, yang sebahagian besarnya memakai pakaian tradisional sambil melaungkan protes terhadap tindakan ganas junta tentera terhadap penunjuk perasaan anti-kerajaan di negara itu.

"Kami mahu demokrasi," laung mereka yang menyertai protes tersebut di luar bangunan kedutaan China, yang merupakan sekutu rapat Burma.

Mereka juga mendesak supaya Burma disingkirkan daripada menganggotai Asean serta mendesak pembebasan pemimpin pro-demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi.

"Kami benci junta. Kami semua mahu mereka ditumbangkan," kata Sandar Su, 19, kepada AFP. Dia membawa pelekat yang menuduh kerajaan junta di Burma sebagai "pembunuh".

Seorang pelajar kolej, yang menurutnya lari dari Burma ketika berusia lima tahun, mendesak tentera asing campurtangan di Burma dan menuduhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak berkesan dalam menangani keganasan di negara itu.

Menurutnya, pihak junta telah "memperbodohkan PBB untuk mempercayai yang mereka akan membawa perubahan".

Perlu bantuan dunia

Protes yang sama diadakan Jumaat dan Isnin lalu, di mana sekurang-kurangnya 150 aktivis Malaysia mengadakan protes di luar kedutaan Burma, menuntut pihak junta tentera menghentikan penindasannya.

Wakil khas PBB, Ibrahim Gambari, kini berada di Burma atas arahan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon ekoran tindakan ganas junta tentera Burma terhadap penunjuk perasaan anti-kerajaan sejak Rabu lalu.

Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan beratus-ratusnya lagi ditahan.

"Kami berharap pemimpin dunia akan membantu menumbangkan kerajaan tentera itu. Dunia mesti menolong kami," Andy Myo, 30, yang bekerja sebagai pelayan di Malaysia sejak meninggalkan Burma pada 2004.

Myo membawa poster yang berbunyi: "Kami adalah tawanan di negara sendiri"

Manakala Mung, 29, pula berkata, dia tiba di Malaysia Jun lalu untuk mendapatkan status sebagai pelarian.

"Saya tidak mempunyai pekerjaan dan hidup susah. Saya mahu demokrasi," katanya, sambil membawa pelekat yang mengutuk Russia dan China.

Kementerian Luar Russia pada mulanya menyifatkan apa yang berlaku di Burma itu sebagai "masalah dalaman" tetapi mengubah pendirian pada hari Jumaat, dengan menggesa langkah segera diambil untuk menghalang keganasan yang berterusan.

Pemuda BA serah memorandum kutuk kekejaman junta

Sementara itu Pemuda BA menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur hari ini.

Sungguhpun dihalang oleh kira-kira 50 orang anggota polis termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU), Pemuda Barisan Alternatif (BA) berjaya menyerahkan Memorandum Bantahan Terhadap Regim Junta di pekarangan Kedutaan Myanmar.

Memorandum yang disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin itu diterima oleh Kaunselor Menteri, Kedutaan Myanmar, Win Myint di pekarangan kedutaan disaksikan oleh anggota polis yang kelihatan cuba mengawal keadaan.

Turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut ialah Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua.

Antara lain memorandum tersebut menyatakan Pemuda BA mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan oleh junta Myanmar di atas serangan terhadap peserta demonstrasi pada minggu lepas yang menyebabkan kecederaan dan kematian.

Mereka juga mendesak junta supaya mengembalikan Myanmar ke arah negara yang lebih demokratik melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil, bagi membolehkan rakyat negara itu menentukan kerajaan mereka.

Di samping itu, kerajaan junta didesak agar membebaskan Aung San Su Kyi yang cuba membawa perubahan dan proses demokrasi di Myanmar.

Selain itu, memorandum tersebut menyatakan Asean sepatutnya mengambil peduli cadangan yang pernah diutarakan oleh bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1997 yang mendesak ASEAN campur tangan dalam isu ini. Jika cadangannya diterima dan disokong oleh anggota yang lain seperti Thailand dan Filipina, pasti banyak nyawa boleh diselamatkan.

Dalam pada itu, Pemuda BA turut menekankan agar Menteri Luar, Dato' Syed Hamid Albar supaya menyingkirkan Myanmar daripada Asean sekiranya kerajaan junta masih berdegil dan bertindak kejam.

"Kami juga mengharapkan agar isu di Myanmar ini akan menjadi isu utama yang akan dibincangkan dalam Persidangan Asean yang dijadualkan berlangsung di Singapura, November ini.

"Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mendesak sayap pemuda dalam Asean agar memberi tekanan kepada kerajaan mereka untuk menyingkirkan Myanmar dalam Asean," kata Salahuddin.

Sehubungan itu, Salahuddin menyatakan, memorandum bantahan itu juga akan diserahkan kepada sekretariat Asean di Jakarta. Salahuddin juga akan mengemukakan usul mengenai isu tersebut agar dibahaskan di sidang Dewan Rakyat pada 22 Oktober akan datang.


EMAIL PENGUNJUNG KAMI ADA PENGAJARANNYA


1. Marilah kita pakat-pakat menternak Babi secara HAram .., lesen semua tak payah ambik, untung besor, bila untung beso, boleh pakai kereta beso, perut besor, bini 4, gundik 250 orang .. nak apa lagi semua dapat ..

2. Jangan sesekali mendengar ceramah .. ; kerana yang suka ceramah semua orang jahat, muka boleh masuk paper, yang dengar ceramah nie semua tak patriotik, depa suka bakaq bendera, depa nie suka baling batu dan sembunyi tangan ...

dan kalau nak buat jahat, buatlah macam nie :

bunuh orang macam Al-Tantuya .. confirm muka 'selimut' macam Ninja, rekod semua boleh 'HILANG', CCTV boleh 'Rosak' .. kalau bunuh cik limah janda tonggek kerana berani akan tonggeknya buntotnya tak 'aci', kalau bunuh chin gila isim pun tak boleh main lagi; kena bunuh sekufu dengan al-Tantuya .. kalau sapa-sapa teringin nak membunuh kena cari penganalisa politik macam aku ..

demikianlah riwayat sahih PDRM dalam kitab Al-Qanun Lil Bubuq Serawa mukasurat 413, cetakan ke-12 oleh percetakan Mudah Terpengaruh .... muahhehee ....

# komen aku tiada kena mengena dengan Kerajaan Malaysia, Agensi-Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Malaysia dan insan-insan berwarganera Malaysia. Segala komentar di atas adalah merujuk terus kepada Kerajaan Monggolia, Agensi Kerajaan Monggolia dan warganagera Monggolia sahaja ..

HIDUP PAK LAH, HIDUP MELA-YU


`matnoq
pencari kebenaran


MELAKA BERHUTANG RM1.05 BILION



Kerajaan Negeri Melaka berhutang RM1.05 bilion kepada Kerajaan Pusat mengikut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2006. Hutang ini lebih tinggi dari hutang 2005 iaitu RM1.03 bilion.

Adalah jelas bahawa Kerajaan Negeri gagal membayar hutang Kerajaan Pusat kerana sikap boros pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Ali Rustam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Nazri Ariffin berkata, hutang yang sebanyak ini mencerminkan bahawa keadaan kewangan kerajaan adalah parah, mungkin kalau tidak ada bantuan kerajaan pusat, Melaka akan bangkrap.

"Ali Rustam hanya pandai membelanjakan wang rakyat tetapi tidak tahu untuk membayar hutang, sehingga hutang negeri meningkat dari tahun ke tahun".

"Kalau Ali Rustam perintah Melaka, 5 tahun lagi sudah kerajaan Melaka akan muflis, nasib baik ada kerajaan Pusat, kalau tidak Ali Rustam pun tak ada gaji", sindir Nazri yang juga merupakan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil.

Nazri juga mempertikaikan bagaimana Melaka boleh menjadi maju tahun 2010 kalau keadaan kewangan yang semakin meruncing.

"Hutang keliling pinggang ada nafsu nak jadi negeri maju, bayar hutang dulu baru cerita maju ke mundur ke" tambah Nazri.

Laporan Ketua Audit Negara 2006 yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan bahawa pinjaman terbesar dari Kerajaan Pusat ialah melibatkan Rancangan Bekalan Air RM770.28 juta;Pelbagai - RM139.64 juta;Perumahan Awam Kos Rendah - RM105.09;Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) - RM39.84 juta.


KOKOK BERDEGAR-DEGAR, EKOR BERGELUMANG DENGAN TAHI



Maka berkatalah menantu kesayangan Pak Lah, Khairy Jamaluddin seperti yang dilaporkan oleh The Star :

Malaysians were concerned over the use of live bullets to kill demonstrators and urged the Myanmar authorities to stop using excessive force against civilians.

Rakyat Malaysia bimbang di atas penggunaan peluru hidup yang digunakan untuk membunuh para penunjuk perasaan dan mendesak pihak Myanmar agar menghentikan penggunaan keganasan terhadap orang awam di sana.

Masalahnya APAKAH KHAIRY SEDAR bahawa di Malaysia juga kerajaan mengarahkan Polis bertindak zalim sedemikian rupa kepada rakyatnya seperti yang berlaku di Batu Burok dan lain-lain tempat sebelum ini.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENYERU KEPADA KHAIRY SUPAYA CERMAT SEDIKIT BILA MENGELUARKAN KATA-KATA TAKUT NANTI DITERTAWAKAN OLEH RAKYAT DAN NEGARA LUAR.

Sumber Roslan SMS


RUANGAN BARU DI BLOG INI



PIHAK KAMI MENERIMA BANYAK SMS TENTANG APA JUGA ISU HANGAT DI NEGARA INI. OLEH ITU MULAI HARI INI KAMI AKAN MENYIARKAN SEMUA SMS YANG DITERIMA DALAM SATU KOLUM YANG DIKHAS UNTUK ANDA SEMUA. SILA SMS APA JUGA PANDANGAN DAN KRITIKAN ANDA TENTANG APA JUGA ISU.

HANYA 6 NOMBOR AWAL HANDPHONE ANDA AKAN DIPAPARKAN UNTUK MASLAHAT UMUM.

TERIMA KASIH


Empat suspek pembunuhan Nurin dibebaskan


Kuala Lumpur : Nampaknya kes pembunuhan Nurin masih belum dapat diselesaikan Polis apabila empat lelaki yang ditahan polis Khamis lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam ke atas Nurin Jazlin Jazimin dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Jurucakap polis berkata keempat-empat suspek dibebaskan pada jam 4.56 petang tadi kerana pihak polis tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa mereka.

Malah, menurut laporan Bernama, ujian DNA yang dibuat keatas mereka berempat tidak sepadan dengan DNA yang ada pada mayat Nurin, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Keempat-empat lelaki, yang berumur antara 27 dan 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Seksyen 7, Shah Alam berhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin.

Seorang wanita yang turut ditahan bersama mereka telah dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Seorang wanita warga Indonesia turut ditahan di Pasar Ramadan di Nilai, Negeri Sembilan pada tengah malam Jumaat lalu untuk membantu polis dalam siasatan kes pembunuhan itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos lalu setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya.

Pada 17 September, mayatnya ditemui dalam satu beg yang ditinggalkan di sebuah kedai di Petaling Jaya.


RAKYAT AKAN DIBEBANKAN DENGAN KENAIKAN TOL 1 JAN?



KUALA LUMPUR : Pengumuman terkini, Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S.Sammy Vellu yang menyatakan mengenai betapa kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengelakkan kenaikan 10 peratus bayaran tol hanya memberi 'signal' bahawa kenaikan akan berlaku menjelang 1 Januari 2008 nanti.

KENYATAAN SAMY JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA KERAJAAN BN ISLAM HADHARI SEMEMANGNYA TIDAK MAMPU UNTUK MENTADBIR NEGARA DALAM APA SEGI SEKALIPUN. MANA MUNGKIN KERAJAAN TIDAK MAMPU UNTUK BERBUAT SESUATU SEDANGKAN KUASA TERLETAK DI TANGANNYA. MENGAPA DALAM HAL KENAIKAN TOL AWAL-AWAL LAGI KERAJAAN MENGAKU TIDAK MAMPU. BUKANKAH KERAJAAN BERKUASA UNTUK BERBUAT APA SAHAJA, TERMASUK MENGKAJI SEMULA KONTRAK PERJANJIAN DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT YANG MENGENDALIKAN LEBUHRAYA INI.

INI SEMUA ADALAH TIPU MUSLIHAT KERAJAAN UNTUK MENGENYANGKAN SYARIKAT KRONI MEREKA. KERAJAAN SANGGUP MENEKAN RAKYAT ASALKAN KRONI-KRONI BUNCIT PERUT DI ATAS KESENGSARAAN RAKYAT.


Signal 'awal' dari Samy ini sekaligus akan meneruskan lagi episod awal kepada siri penjajahan poket rakyat bagi memenangi hati kroni-kroni mengaut kekayaan negara.


(RAKYAT AKAN TERUS MENANGGUNG BEBAN BUKAN SAHAJA KENAIKAN TOL MALAH IA JUGA AKAN MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BARANGAN KERANA KOS PENGANGKUTAN MENINGKAT)

Seperti biasa kerajaan Malaysia yang diterajui Umno/BN akan menggunakan hujah 'berdasarkan perjanjian, pemilik konsesi berhak menaikkan harga tol.

Dan kerajaan juga katanya berpandangan sekiranya pemilik konsesi tidak dibenarkan menaikan harga tol maka kerajaan terpaksa menggunakan wang negara, kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

"Menjadi persoal siapa yang membuat perjanjian bodoh yang jelas berat sebelah ini? Maknanya syarikat kapitalis ini lebih berkuasa dari kerajaan BN yang lemah ini,"kata Badrul Hisham.

Usaha tutup kelemahan kerajaan

Perlu disedari kenaikan tol, hak dan perjanjian konsesi ini sebenarnya satu usaha terancang untuk menutup kelemahan dan amalan korupsi rompakan wang negara secara berterusan, katanya.

"Kita mengambil contoh pemegang kosesi terbesar lebuhraya di Malaysia, PLUS. Syarikat ini telah mengalami keuntungan sebanyak RM583 juta untuk separuh tahun 2007 (Januari-Jun 2007) dan berdasarkan rekod keuntungan ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun berdasarakan pertambahan jumnlah kenderaan di Malaysia,"kata Badrul Hisham.

Malangnya kerajaan tidak boleh menghalang kenaikan seperti yang kononya termaktub dalam perjanjian kerana 'perjanjian sulit' dengan pemegang saham syarikat tersebut, ujarnya.

Krisis 1997-1998 'bail out' jamin kepentingan kroni

Dalam isu ini, Badrul Hisham mengimbau sejarah sewaktu krisis ekonomi 1997-1999.

Ketika itu kerajaan telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk menyelamatkan Kumpulan Syarikat UEM-Renong terutamanya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui Khazanah Nasional yang kini secara efektif memegang ekuiti PLUS sebanyak 69 peratus, katanya.

Kerana usaha 'bail ou't yang menjamin kepentingan kroni maka sehingga kini rakyat terus menderita, ujarnya.

"Setiap kali membayar tol kita bukan sahaja membayar harga menggunakan lebuhraya tetapi kita turut tolong membayar hutang 'bail out' yang dibuat oleh kroni,"ujarnya.

Mengulas pengumuman Samy Vellu itu beliau melihat bahawa tiga implikasi besar dari pengumuman tersebut akan dirasai.

Tiga impilkasi jika harga tol naik

Pertamanya kerajaan akan menguar-uarkan kadar kenaikan dan kemudian akan mengumumkan 'dengan penuh rasa keperhatinan' bahawa kerajaan berkorban untuk tidak menaikkan (atau menaikkan separuh) kadar tol tetapi kerajaan berkorban dengan membayar sejumlah billion Ringgit Malaysia kepada pemegang konsesi sebagai pampasan, katanya.

Ini kerana pilihan raya yang terlalu hampir, Maka rakyat akan terus ditipu dengan lupa opsyen pertama ini dengan yang akan rugi tetap rakyat, katanya.

Ringgit Malaysia yang dibayar ialah datangnya dari belanjawan negara juga sementara melaluinya pemimpin BN melalui kroni mereka akan terus menikmati keuntungan yang dikehendaki, katanya.

Pihak yang lebih rugi ialah rakyat Sabah dan Sarawak yang terpaksa yang terpaksa melalui jalan yang teruk setiap hari tetapi wang mereka juga secara tidak langsung turut dirompak melalui belanjawan negara, katanya.

Implikasi ke dua yang akan berlaku ialah jika rakyat berani rakyat bangkit dengan kesedaran dengan menunjukkan protes secara langsung dan tidak langsung, katanya.

Dari tidak membayar tol, menyertai protes-protes terbuka dan sekurang kurangnya rakyat sedar yang Malaysia sedang ditadbir oleh kerajaan yang bekerjasama dengan kapitalis merompak, katanya.

"Implikasi ketiga yang boleh mungkin berlaku ialah, lebih 'malangnya' jika kerajaan terus menaikkan harga tol kerana yakin tidak akan hilang undi.

"Walaupun pilihan raya amat hampir rakyat akan terus hilang maruah diri tertipu dan terus mengundi BN dan keyakinan ini diperkukuhkan dengan yakin betapa SPR telah sedia menjadi kuda tunggangan BN untuk menjamin kemenangan,"katanya sinis.


PECAT SAMY VELLU

MAKA KAMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL DENGAN INI MENGGESA KERAJAAN DAN PAK LAH SEBAGAI PERDANA MENTERI MEMECAT SAMY VELLU YANG JELAS GAGAL MENTADBIR KEMENTERIAN KERJA RAYA KERANA MENAIKKAN TOL DENGAN TUNDUK KEPADA DESAKAN SYARIKAT SWASTA


Sumber : Harakahdaily


PILIHANRAYA TAK JADI NOVEMBER INI?



KUALA TERENGGANU : BN takut untuk mengadakan Pilihanraya Umum lebih awal. Walaupun serangan demi serangan dilancarkan kepada pembangkang sejak sebulan dua ini nampaknya suasana masih belum selesa untuk Pak Lah membubarkan parlimen. Walaupun pada awalnya Pak Lah seolah-olah selesa untuk mengadakan Pilihanraya Umum pada November ini, tetapi hakikatnya kini beliau jelas takut untuk berbuat demikian.

Beberapa peristiwa dan program yang sememangnya dirancang oleh untuk menarik sokongan rakyat akhirnya menjadi 'back fire' kepada mereka. Sambutan 50 tahun merdeka akhirnya menikam Pak Lah semula kerana rakyat mual dan jelak dengan gelagat Khairy yang jelas mengangkat diri sendiri dalam semua program kemerdekaan seperti malam ambang merdeka dan lain-lain.

Bajet 2008 juga jelas gagal 'mengelirukan' rakyat apabila tiada perkara baru yang betul-betul menarik perhatian rakyat. Minyak tidak diturunkan, bonus kakitangan awam tiada, projek menaikkan ekonomi Orang Melayu jauh sekali dan seribu satu janji yang diramalkan tidak menjadi nyata dalam bajet tersebut.

Malah kerajaan semakin tersepit dengan isu keganasan Polis di Batu Burok. Isu jenayah dan keselamatan terus menjadi mimpi ngeri rakyat. Satu demi satu kes melibatkan pembunuhan kanak-kanak berlaku dan ianya tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan. Indeks jenayah terus meningkat saban hari. Tetapi Polis terus hilang punca apabila tunduk membabi buta akan arahan kerajaan memantau program pembangkang sedangkan tugas utama menjaga keselamatan rakyat dan negara diabaikan.

Rasuah terus membarah bukan sahaja dikalangan pegawai-pegawai malah kementerian-kementerian kerajaan Islam Hadhari turut terbabit. Malah Kementerian Pertahanan pimpinan Najib juga dilaporkan begitu parah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006. Kes jet Sukhoi, Kapal Selam dan kapal peronda laut tidak siap terus menghantui kerajaan dan ianya gagal dijawab oleh Najib dan Pak Lah.

Kementerian Belia dan Sukan juga menjadi sasaran dalam Laporan Ketua Audit Negara Sebagai contoh skru driver berharga RM50 dibeli sehingga berkali-kali ganda harganya. Azalina sebagai menterinya menuding jari kepada Hishamuddin yang menerajui kementerian itu sebelumnya. Nampaknya isu ini juga gagal dijawab.

Lebih malaang semua menteri yang terlibat tidak diambil sebarang tindakan. Hampir semua kementerian terlibat dengan masalah seperti yang dilaporkan oleh laporan audit tersebut. Apakah Pak Lah ingin menunggu rakyat untuk menghukumnya dan menteri-menteri tersebut? (Sila tunggu Pak Lah kalau berani bubarkan Parlimen sekarang, begitu cabaran salah seorang penyokong pembangkang yang kami temui baru-baru ini)

Selain itu isu babi di Melaka juga jelas merimaskan Pak Lah apabila MCA secara terang-terang tidak menghormati Umno apabila terus menyokong penternak babi yang 'dizalimi' oleh kerajaan BN Melaka. Sokongan kaum cina kepada penternak babi adalah jelas apabila semua media cina memaparkan pembelaan DAP kepada penternak babi. Lawatan dan dialog antara PAS dan penternak babi juga disiarkan oleh media tersebut tanpa diskriminasi.

Isu-isu lain yang melibatkan kenaikan harga barangan, kos hidup yang terus meningkat, isu murtad, isu kedaulatan melayu dan lain-lain terus menggugat Pak Lah.

Atas sebab itulah Pas meramalkan pilihan raya umum akan diadakan pada Mac atau selewat-lewatnya pertengahan tahun depan berdasarkan beberapa perkembangan dalam negara yang menuntut penjelasan daripada kerajaan.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, sebelum ini, Pas menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan pada November ini, namun beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menangguhkannya sehingga tahun depan berikutan beberapa isu yang masih belum selesai.

Beliau mendakwa, selagi isu-isu berkenaan tidak selesai, UMNO tidak mempunyai keberanian untuk menghadapi pilihan raya lebih awal.

“Walaupun UMNO belum bersedia tetapi Pas sudah lama bersedia. Saya nampak Perdana Menteri dan UMNO belum bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum bulan November ini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Menurut Mustafa, antara isu hangat yang menuntut penjelasan kerajaan adalah rakaman video antara seorang peguam kanan mengenai urusan pelantikan hakim, rusuhan di Batu Burok, isu pemindahan ternakan babi di Melaka dan beberapa isu lain


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59