Monday, 1 October 2007

ISU BABI: MESYUARAT PEMANTAU DIBATALKAN KERANA MCA TIDAK HADIR


Melaka : Wakil MCA dalam Jawatankuasa Pemantau Mengurangkan Babi tidak hadir mesyuarat jawatankuasa tersebut Khamis lalu menyebabkan ianya terpaksa di batalkan.
Tindakan MCA itu jelas menunjukkan bahawa MCA sebenarnya tidak setuju dengan tindakan jawatankuasa tersebut yang dikatakan bertindak dengan rakus untuk menutup dan menghapuskan sebahagian babi di kawasan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Kuala Linggi (ADUN) Abdul Rahman Palit ternyata kecewa dengan ketidakhadiran mereka.
"Malangnya mereka tidak memberitahu mengapa mereka tidak dapat datang sedangkan kami telah menunggu lama," katanya.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh berkata ternyata pihak Umno dan MCA bercanggah dalam isu ini. Umno cuba bermain politik dengan Orang Melayu dengan menunjukkan mereka tidak bersetuju dengan kewujudan ladang babi tersebut. Manakala MCA terpaksa membela penternak-penternak babi kerana takut kehilangan undi dalam pilihanraya nanti.
"Adalah jelas bahawa Umno dan MCA bermain politik dalam isu ini, masing-masing ingin menunjukkan merekalah hero kepada Orang Melayu dan Cina. Akhirnya Orang Melayu dan penternak babi tersept."
"Mengapa baru sekarang Umno beriya-iya hendak tutup ladang babi, 50 tahun dulu hidung mereka tersumbat ke, MCA pula mengapa sebelum ini mereka tidak nasihatkan penternak babi supaya mematuhi semua arahan dan undang-undang" tegas Khirul.
Sementara itu Jabatan Veterinar Melaka telah mengarahkan lapan ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka ditutup kerana penternaknya gagal mematuhi aspek kebersihan yang ditetapkan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Abdul Rahman Palit, pegawai Jabatan Veterinar negeri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.
"Lapan ladang terbabit, yang menternak kira-kira 8,000 ekor babi, terlalu kotor untuk membolehkan mereka terus beroperasi," kata Abdul Rahman yang juga timbalan pengerusi pemantau mengurangkan ternakan babi di daerah berkenaan.
Beliau diminta mengulas tindakan jabatan berkenaan menghantar notis kepada penternak terbabit supaya menutup ladang ternakan mereka dalam tempoh tujuh hari, berkuatkuasa hari ini.
Tindakan tersebut dikatakan telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan penternak kerana sebelum ini kerajaan negeri bersetuju membenarkan ternakan babi di di Paya Mengkuang diteruskan, tetapi jumlah keseluruhannya tidak boleh melebihi 48,000 ekor.
Manakala kesemula 25 ladang ternakan babi di luar kawasan Paya Mengkuang - di Mak Lok dan Londang - akan ditutup dan para penternak terbabit akan dibayar pampasan.

Salah seorang penternak, Lin Oh Pah, 46, berkata penternak akan tetap mempertahankan hak mereka dari diceroboh dan dihapuskan. Tetapi beliau berkata kemungkinan besar penternak akan berfikir dua kali jika mereka dibayar pampasan dan di beri kawasan baru untuk di jadikan kawasan penternakan mereka.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya juga kecewa kerana penternak sengaja melengahkan pengurangan tersebut.
Sehingga Jumaat lalu, katanya, penternak melaporkan kira-kira 31,000 ekor babi atau 30.2 peratus telah dipindahkan dari ladang masing-masing sedangkan kerajaan menjangka ia sudah mencapai lebih 60,000 ekor.
Tetapi menurutnya, angka itu meragukan kerana sering berlaku percanggahan antara angka yang diberikan oleh penternak, dengan angka Jabatan Veterinar.
Para penternak terbabit diberi tempoh hingga 4 Oktober depan bagi mengurangkan jumlah babi dari kira-kira 120,000 kepada 48,000 ekor.
Beliau berkata, penternak sengaja memberi pelbagai alasan seperti kemampuan pusat penyembelihan terhad sedangkan mereka dibenarkan beroperasi 24 jam sehari.
"Mereka juga datang merayu untuk melanjutkan tempoh memindahkan babi tetapi kita menolaknya kerana masa yang diberi sudah cukup," katanya.


ALI RUSTAM HAIRAN. GEDUNG BELI BELAH SUNYI


MELAKA: Media melaporkan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam hairan mengapa Kompleks beli-belah dan hotel di Melaka masih tidak mempamerkan suasana Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba dalam dua minggu lagi.

Beliau berkata suasana Hari Raya begitu sunyi di Melaka pada tahun ini dengan kompleks belibelah tidak mempamerkan "suasana hari raya" di premis mereka.

"Apa dah jadi, Aidilfitri menjelang tiba tapi sunyi, tak ada apaapa persiapan oleh hotel dan gedung belibelah," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Ali kesal kerana sebagai perbandingan, suasana begitu meriah dengan persiapan awal semasa menyambut perayaan kaum lain.

Beliau berharap pihak yang berkenaan mengambil inisiatif menghias premis masing-masing bagi menyambut ketibaan 1 Syawal.

ALI RUSTAM TAKKAN TIDAK SEDAR BAHAWA PENGUNJUNG KE GEDUNG-GENDUNG TERSEBUT KURANG KERANA RAKYAT SEKARANG TERHIMPIT DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN. RAKYAT TIDAK DAPAT BERBELANJA LEBIH KERANA MEREKA TERPAKSA BERJIMAT CERMAT DEMI UNTUK MEMASTIKAN PERUT DIISI.

KALAU BAJU TIDAK TUKAR MASA HARI RAYA PUN TAK APA ASALKAN PERUT BOLEH DIISI. INI SEMUA ADALAH GARA-GARA KERAJAAN BN ISLAM HADHARI YANG GAGAL MENTADBIR DENGAN BAIK SEHINGGA HARGA BARANGAN MELAMBUNG NAIK TANPA KAWALAN. PUNCA ASALNYA IALAH KERANA KENAIKAN HARGA MINYAK YANG MENYEBABKAN PENGILANG DAN PERUNCIT TERPAKSA MENAIKKAN HARGA BARANGAN MEREKA. AKHIRNYA RAKYAT JADI MANGSA. PEMIMPIN SENYUM DAN CERIA DI 'SINGGAHSANA'.

BN - BARANG NAIK. MARI KITA TOLAK MEREKA PADA PILIHANRAYA UMUM KE 12 NANTI.


LAYARI INTERNET DI DALAM KERETA


Di Malaysia, terdapat syarikat yang mengeluarkan produk PC yang mempunyai akses internet di dalam kereta, seperti syarikat Inspiration de Famosa Sdn Bhd di Kelana Jaya melalui IdeF Car PC.

Jauh berbeza dengan pemain DVD atau cakera padat (CD) kereta, IdeF Car PC adalah revolusi komputer mudah alih sebagai alternatif kepada komputer riba, palmtop dan telefon bimbit.

Teknologi dibawa masuk ke Malaysia dari Taiwan ini memperkenalkan model CPCPM800 dan CPCPM600 DVR yang tahan gegaran dan kepanasan bagi menyesuaikan kegunaannya dalam kenderaan yang bergerak.

Kelebihan IdeF Car PC adalah ia boleh dijadikan alat untuk membantu menguruskan perniagaan dan komunikasi seperti urusan yang membabitkan kertas kerja, perdagangan, pengumpulan data, faksimili, mencetak atau membuat salinan.

Idef Car PC boleh mengakses Internet menggunakan sambungan Wifi atau USB Bluetooth dihubungkan ke telefon bimbit atau PDA, untuk melayari laman web atau sembang, e-mel, skype Voip atau persidangan dan taklimat video.

Selain itu, teknologi generasi ketiga (3G) turut digunakan untuk mengakses Internet yang disambungkan daripada telefon bimbit.

Bagi tujuan hiburan dan multimedia, fungsi Idef Car PC sama dengan pemain DVD/CD/VCD yang biasa dipasang pada kenderaan untuk memainkan audio visual termasuk MP3, MP4, MMS, kamera digital dan permainan video.

Malah, Idef Car PC boleh dijadikan sebagai stesen arahan dan seliaan bagi tujuan pemantauan keselamatan kediaman dan kawasan atau pengawasan pesakit.

Kepelbagaian fungsi Idef Car PC menjadikan peranti ini sesuai untuk mereka yang sentiasa mengejar peralatan berteknologi tinggi dan terkini.

Apa lagi menjelang musim perayaan Aidilfitri pada tahun ini, Idef Car PC adalah ‘aksesori’ canggih yang paling sesuai untuk ditayangkan kepada orang kampung apabila balik beraya nanti.

Fungsi Idef Car PC juga boleh dipertingkatkan dijadikan sebagai kelengkapan pihak berkuasa seperti polis, kastam atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam menguatkuasakan undang-undang di jalan raya.

Set Idef Car PC model CPCPM800 didatangkan dengan monitor TFT LCD 7 inci (pilihan pelbagai saiz), papan kekunci dengan tetikus tanpa wayar, alat kawalan jauh dan kabel.

Komputer ini dihidup dan dimatikan secara automatik apabila enjin dihidup atau dimatikan, tanpa menjejaskan sistem atau perkakasannya.

Set komputer ini juga mempunyai ketahanan panas yang mampu digunakan secara berterusan selama 24 jam tanpa masalah.

Sebuah set komputer boleh terdiri daripada satu atau lebih monitor skrin sentuh untuk dipasang pada bahagian belakang tempat duduk kenderaan.

Bagaimanapun, skrin sentuh yang aktif hanya terhad kepada satu monitor pada satu masa.

CPCPM800 bersaiz 1 Din didokong oleh Pentium Mobile 800Mhz (PM800) dengan Zero L2 cache, chipset Intel 852GM GMCH dengan ICH4, DDR RAM 512MB yang boleh dipertingkatkan sehingga 1GB serta cakera keras 40GB.

Set komputer ini didatangkan dengan papan kekunci dan tetikus tanpa wayar 2.4GHz dinamakan IdeF KB2.4 yang menggunakan kuasa empat bateri bersaiz AA serta boleh dipadankan dengan Windows 98/Me/NT/2000 dan XP.

Papan kekunci mini ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk mengendalikannya pada lingkungan jarak 10 meter, sekali gus memberi ruang cukup besar serta selesa dikendalikan daripada mana-mana sudut dalam kereta atau kenderaan pelbagai guna (MPV).

Sama seperti set komputer biasa, Idef Car PC memerlukan perisian antivirus dan boleh dipertingkatkan keupayaan dan pemiliknya bebas untuk menggunakan Sistem Operasi (OS) pilihan yang bersesuaian .

Pengarah Eksekutif IdeF, Jack Lim, berkata Idef Car PC yang dijual pada harga lebih RM6,000 dijamin stabil dan selamat ketika digunakan dalam kenderaan bergerak kerana ia sudah diuji bagi ketahanan kepanasan, gegaran dan getaran.

“Jika peminat kereta boleh membelanjakan RM20,000 semata-mata untuk mempertingkatkan sistem bunyi, apalah sangat RM6,000 lebih untuk memiliki sebuah set komputer yang bergaya dan canggih,” katanya.

Lim berkata, set komputer itu boleh dipasang dalam tempoh dua jam di mana syarikatnya mampu memasang pada lima kereta setiap hari.

Katanya, IdeF mensasarkan untuk memasang set komputer itu kepada 1,000 kereta dalam tempoh dua tahun di mana pada waktu ini pihaknya mampu memasang lima set komputer sehari.

Beliau berkata, IdeF juga sedang merancang untuk memperluaskan operasinya melalui rangkaian rakan kongsi berkonsep francais bagi mengedar set komputer itu ke seluruh negara.

Menurut beliau, pengwujudan rangkaian rakan kongsi itu akan membolehkan syarikat menumpukan kepada khidmat lepas jualan, penyelesaian masalah dan meneruskan penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan keupayaan Idef Car PC.


EPISOD PADAN MUKA : PERBUALAN TELEFON PEGAWAI HEP DENGAN IBU MAHASISWA


Suatu ketika dahulu, pihak HEP telah mengambil keputusan untuk memberitahu ibu bapa mahasiswa yang dituduh terlibat dengan pembangkang walaupun tiada bukti jelas yang boleh mereka jadikan tuduhan itu tepat. Lalu TNC mengarahkan staf HEP yang menjadi balaci (lebih dari hamba abdi) menelefon ibu bapa berkenaan untuk memberitahu tentang anak mereka yang telah melanggar kehendak HEP. Ikuti perbualan telefon mereka

Kring!!! Kring!!!

Ibu mahasiswa: Hello
Staff: Assalamualaikum makcik.
Ibu mahasiswa: Waalaikumussalam. Nak cakap dengan sape?
Staff: Ni rumah mahasiswa Z ke?
Ibu mahasiswa: Ye. Nak bercakap dengan dia ke? Dia kat universiti sekarang ni. Takde kat rumah.
Staff: Boleh saya cakap dengan ayah dia?
Ibu mahasiswa: Ayah dia pergi kerja, tak balik lagi. Kenapa?
Staff: Takpe la. Saya cakap dengan makcik je la.
Ibu mahasiswa: Pasal apa tu?
Staff: Pasal anak makcik.
Ibu mahasiswa: Kenapa dengan anak saya? Ni siapa ni?
Staff: Saya pegawai universiti yang anak makcik sedang belajar sekarang ni.
Ibu mahasiswa: Oh, ye ke?
Staff: Ye makcik. Makcik, makcik tahu tak anak makcik datang ke universiti, dia telah libatkan diri dengan gerakan pembangkang? Makcik tahu ke hal ni?
Ibu mahasiswa: Ye, saya tahu. Kenapa? Ada masalah?
Staff: (Kelu seribu bahasa dan terus letak telefon)
Ibu mahasiswa: Aik, apsal senyap lak ni? Talian kene ceroboh ke?


PADAN MUKA

Sekian…


Mahasiswa Terengganu di Mesir di"sembelih" oleh HEP


UNTUK MENDAPATKAN CERITA LANJUT BERKENAAN 'PENYEMBELIHAN' INI SILA LAYARI http://mykebenaran.blogspot.com/


MAJIKAN CEKIK DARAH, KERAJAAN BUAT TAK TAHU?



Ketika orang ramai menuntut perkhidmatan bas ekspres yang lebih baik, selamat dan profesional, kebajikan pemandunya pula seolah-olah terabai apabila kebanyakan mereka hanya menerima gaji pokok sekitar RM250 sebulan.

Gaji pokok tersebut lebih rendah daripada gaji bulanan pembantu rumah warga Indonesia, malah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan gaji harian buruh binaan warga asing iaitu RM30 sehari.

Kadar gaji pokok yang diterima oleh para pemandu bas terbabit adalah di bawah paras kemiskinan.

Lebih teruk lagi ada pemandu yang langsung tidak diberikan gaji pokok sebaliknya mereka dibayar mengikut perjalanan atau trip iaitu sekitar RM70 bagi satu trip.

Sistem bayaran itu memaksa para pemandu bas ekspres berhempas-pulas mengejar trip tanpa ada rehat hingga menggadai nyawa penumpang.

Jika mereka mahu pendapatan lebih, mereka perlu sanggup memandu lebih banyak trip.

Presiden Persatuan Pemandu Bas Melayu Semenanjung Malaysia (PPBMS), Mohd. Yasin Yacob memberitahu Utusan Malaysia dalam satu temu bual di sini bahawa terdapat syarikat bas ekspres yang tidak membayar gaji pokok kepada pemandu mereka sebaliknya mengamalkan sistem pembayaran gaji berdasarkan trip.

Yang bergaji pokok pula, katanya, kebanyakannya amat rendah iaitu antara RM200 hingga RM250 sebulan.

“Untuk mendapatkan pendapatan lebih, pemandu akan memandu seorang diri hingga ada yang menggunakan pelbagai pil perangsang untuk tahan mengantuk,” katanya.

Mohd. Yasin turut berkata, satu analisis yang dijalankan pada tahun 2004 mendapati ada pemandu bas yang memandu secara berterusan hingga 36 jam terutama pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata, gaji yang rendah mendorong pemandu untuk bekerja di luar kemampuan sebenar sehingga memaksa segelintir mereka terlibat dalam pengambilan pil-pil perangsang termasuk pil kuda dan syabu.

Malah katanya, faktor gaji dan faedah yang tidak kompetitif seperti kerjaya lain menyebabkan ramai golongan muda tidak berminat menjadi pemandu bas.

Sehubungan itu beliau meminta pihak yang terbabit memberi sedikit perhatian terhadap nasib pemandu bas dan tidak hanya mencari kesalahan mereka.

Pada masa ini katanya, apabila berlaku sesuatu yang membabitkan bas ekspres pemandu yang sering dipersalahkan sedang nasib pemandu tidak ada siapa yang peduli.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan gaji pokok sebanyak RM600 sebulan di samping faedah tambahan termasuk elaun trip, kerana ia lebih munasabah mengambil kira kenaikan kos sara hidup sekarang.

Beliau turut mencadangkan supaya pemandu diberikan latihan, pakaian seragam, suasana serta persekitaran kerja yang kondusif untuk meningkatkan imej kerjaya tersebut.

“Gaji yang menarik berserta pelbagai faedah lain, sudah pasti lebih menarik golongan muda untuk menjadikan kerjaya ini profesion mereka.

“Ketika ini majoriti pemandu bas adalah merupakan yang berusia 40 tahun ke atas. Sedangkan, pekerjaan ini tanggungjawabnya berat,’’ katanya.

Sementara itu, pakar pengangkutan awam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Abd. Rahim Md. Nor memberitahu, berdasarkan satu kajian, kebanyakan syarikat membayar gaji pokok RM250 kepada pemandu bas.

“Kalau nak tambah pendapatan, mereka mesti kerja lebih dari lapan jam dan membuat banyak trip, walaupun mengantuk,” katanya.

Beliau berkata, gaji pokok yang rendah menyebabkan pemandu bas ekspres membuat banyak trip, bekerja lebih masa dan terlibat dalam penggunaan pil kuda, semata-mata untuk mendapat pendapatan yang lebih.

Kesannya kata beliau, ialah menjejaskan keselamatan dan nyawa penumpang terutama di musim perayaan ini.

MASALAHNYA APAKAH KEMENTERIAN TIDAK MENYEDARI AKAN MASALAH INI. APA MEREKA BUAT JIKA USAHA PEMANTAUAN KEBAJIKAN PEMANDU DAN PENUMPANG TIDAK PERNAH DIKAJI. APABILA KEMALANGAN BERLAKU SEMUA ORANG MENUDING JARI KEPADA PEMANDU.

PAS NAMPAKNYA LEBIH KE HADAPAN DALAM MASALAH INI APABILA KETUA PEMUDANYA YB SALAHUDDIN AYUB TELAH MEMBUAT PERTEMUAN DENGAN BEBERAPA PEMANDU DI PEJABAT AGUNG PAS JALAN RAJA LAUT BEBERAPA MINGGU LEPAS. DALAM PERTEMUAN ITU SALAHUDDIN BERJANJI UNTUK MEBAWA MASALAH DAN RUNGUTAN PEMANDU KE PARLIMEN.

SATU LAGI KELEMAHAN KEMENTERIAN ISLAM HADHARI DIDEDAHKAN


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59