Sunday, 30 September 2007

KREDIBILITI HAIDAR DIPERSOALKAN


Kini bukan sahaja rakyat menentang penubuhan panel khas untuk mengkaji kesahihan video kontroversial yang memaparkan peguam VK Lingam sedang berbual dengan seseorang mengenai perlantikkan hakim-hakim tetapi kredibiliti Pengerusi Tan Sri Haidar juga dipersoalkan.

Contohnya Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mahukan pengerusi panel ini Tan Sri Haidar menarik diri. Kenapa? Siapakah Tan Sri Haidar?

Tan Sri Haidar kini adalah Pengerusi CIMB, beliau dilantik kejawatan ini sejurus bersara dari bidang kehakiman. Soalnya siapakah Tan Sri Haidar sehingga didesak agar menarik diri dari mempengerusikan panel ini?

Untuk mengetahuinya kita perlu melangkah jauh kembali ke tahun 1988 iaitu kira-kira 19 tahun yang lalu. Ketika itu Haidar adalah Ketua Pendaftar Mahkamah Agung. Dan tahun 1988 adalah tahun paling kontroversial bagi badan kehakiman Malaysia kerana pada tahun itulah berlakunya perisitiwa pemecatan terhadap Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas, yang kemudiannya turut menyaksikan penggantungan lima hakim Mahkamah Agung dan kemudiannya pemecatan dua daripada mereka.

Badan kehakiman mati dikuburkan pada tahun itu, dan sejak itu ia cuba bangkit kembali, tetapi terus digerhanai dengan syak-wasangka dan prejudis oleh rakyat dan dunia luar.

Kisah detail dan panjang lebar episod hitam dalam sejarah negara ini boleh dibaca dalam buku karangan Tun Salleh (bersama K. Das) bertajuk:

May Day for Justice (1989)

Haidar ketika itu walaupun berkhidmat di bawah Tun Salleh telah akhirnya menjadi saksi tribunal untuk memecat bekas bosnya itu. Konspirasi pemecatan Tun Salleh diketahui Haidar sejak awal-awal lagi sedangkan Tun Salleh tidak tahu menahu. Tun Salleh menulis:

On Saturday, 21 May the Chief Registrar, Encik Haidar Mohamed Noor came to see me at home regarding some documents which I had to sign. During the course of our conversation he said that Tan Sri Abdu Hamid Omar was in Singapore with his daughter and son in law who were on their way on a round the world trip. Encik Haidar then added that Tan Sri Hamid was canceling his own vacation abroad because according to the Chief Justice SOMETHING BIG WAS HAPPENING.

Tun Salleh tidak pun bertanya apakah yang dimaksudkan something big itu, rupanya ia bermaksud yang beliau akan dipecat tidak lama lagi!

Semasa menjadi saksi kepada tribunal yang mencadangkan pemecatan Tun Salleh, Haidar menurut Tun Salleh membantu dalam memberikan gambaran seolah beliau (Tun Sallah) telah melakukan salah laku yang besar ketika menangguhkan kes Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir Mas Kelantan and Another (kes melibatkan seorang anak gadis keluarga Buddha yang memeluk Islam tanpa persetujuan bapanya).

Dengan dibantu Penguam Negara Tan Sri Abd Talib Othman ketika itu Tun Salleh digambarkan sengaja melengah-lengahkan kes ini sedangkan menurut penjelasan Tun Salleh dalam bukunya itu, beliau tidak pernah bermaksud demikian.

Itulah Haidar, yang kini Tan Sri Haidar. Sejurus selepas Tun Salleh dan dua lagi Hakim Mahkamah Agung berjaya dipecat, semua yang terlibat telah secara kebetulan atau tidak menerima ghanimah (harta rampasan perang) masing-masing. Ini termasuklah Haidar yang telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan kemudiannya bersara sebagai Hakim Besar Malaya!

Kerana itulah ramai yang tidak berpuas hati apabila Haidar yang dilantik mempengerusikan panel ini, kerana Haidar samada secara langsung atau tidak adalah parti kepada tahun gelap 1988 dahulu. Anda bagaimana?
Petikan dari blog Roslan SMS


P'raya kampus: Pelajar dakwa ada dalang Umno


Kuala Lumpur : Kira-kira 100 pelajar Universiti Malaya (UM) dari kumpulan 'anti-establishment' membantah tindakan pihak pentadbiran membenarkan 16 calon dari kumpulan 'pro-establishment' - yang mereka dakwa tidak layak - bertanding dalam pilihanraya kampus pada 2 Oktober ini.

Ini adalah lanjutan kepada perarakan yang diadakan kelmarin untuk menyuarakan bantahan yang sama.

Mereka mendakwa, 16 calon tersebut terdiri daripada pelajar tahun akhir yang akan tamat pengajian sebelum tamat tempoh dalam Majlis Perwakilan Pelajar selama setahun.

Kumpulan 'anti-establishment' itu mengadakan protes tersebut di pintu masuk kolej kediaman kesembilan (K9) semalam. Kesemua 16 calon tersebut adalah dari asrama berkenaan.


Mereka mendakwa, pegawai pentadbir kolej kediaman tersebut, Wirakanain Sani turut terbabit dalam pencalonan 16 calon tersebut.

Pelajar yang menyertai protes itu turut menyembur cat di jalan mengutuk Wiranakanian sebagai 'bacul' dan menjadi 'dalang Umno'.

Mereka turut membakar kain rentang kempen salah seorang calon 'pro-establishment'.

Sementara itu, kira-kira 50 lagi pelajar turut berkumpul di situ, sambil membawa kain rentang menyokong Wirakanain dan Timbalan Naib Canselor, Azarae Idris.

Ekoran itu berlaku kutuk-mengutuk antara dua kumpulan merbabit. Bagaimanapun mereka bersurai secara aman pada kira-kira jam 4 petang.

Azarae enggan mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui wartawan malaysiakini.

Pilihanraya kampus setiap tahun membabitkan pertandingan sengit antara calon kumpulan 'anti-establishment' dengan calon 'pro-establishment' yang juga dikenali sebagai kumpulan Aspirasi.


RASUAH LAGI. TAK ADA ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI


IPOH: Seorang pendakwa kanan Syarie Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), yang didakwa menerima rasuah berjumlah RM4,000 bagi menyelesaikan satu kes khalwat di sini, dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 selepas tempoh reman sehari terhadapnya berakhir hari ini.

Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, Wong Lok Hai semalam mengeluarkan perintah tahanan reman itu bagi membolehkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan siasatan.

Perintah pembebasan dengan jaminan itu dikeluarkan oleh Majistret Mahyudin Mohamad Som pagi ini berikutan permohonan BPR.

Jurucakap BPR ketika dihubungi berkata pihaknya akan memanggil semula pegawai itu sekiranya diperlukan bagi membantu proses siasatan yang sedang berjalan.

"Kertas siasatan kes akan diserah ke Ibu Pejabat BPR untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pendakwa kanan syarie berusia 39 tahun itu ditahan Khamis lepas setelah dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat BPR di sini.


CERAMAH MAT SABU MALAM BESOK 30 SEPT DI MASJID TANAH


Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu akan berceramah di Markaz PAS Hujan Panas, Masjid Tanah pada 30 Sept, jam 9.00 malam.

Muslimin dan Muslimat di jemput hadir.


IMAM DAPAT 88 SEN SATU RAKAAT



Telok Mas : AJK PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib berkata para Imam yang mendapat elaun RM450 sebulan, mendapat 88 sen satu rakaat. Beliau perbandingan ini berdasarkan 17 rakaat sembahyang sehari semalam dalam masa 30 hari.

Dalam ucapannya beliau berkata bukan niatnya untuk memperkecil-kecil dan mempersendakan tugas Imam tetapi beliau sedih ramai Imam yang menjadi Pak Sanggup Umno yang langsung tidak berani berkata yang haq kepada pemimpin Umno.

"Dengan RM450 sebulan dan '88 sen' satu rakaat adakah Imam-Imam seperti ini sanggup menjual agama, alangkah hinanya mereka".

"Jurulatuh-jurulatih tari di Istana Budaya mendapat elaun jauh lebih besar dari mereka dapat, jadi sebenarnya para Imam ini dihina oleh kerajaan kerana elaun mereka jauh lebih kecil dari orang yang mengajar menari" jelas Ustaz Taib.

Ustaz Taib juga menegaskan bahawa ustaz-ustaz dan guru-guru agama di Malaysia sepatutnya malu kepada sami-sami Budha di Myanmar yang berhimpun membantah keganasan dan kediktatoran kerajaan Junta Tentera di Myanmar.

"Lebih 100,000 sami Buddha dan penyokong mereka mengadakan protes pro-demokrasi dengan membanjiri jalan-jalan utama di Rangoon bandaraya terbesar di Myanmar, di Malaysia ustaz-ustaz dan guru-guru agama menjadi pengampu pemimpin walaupun pemimpin buat salah mereka diamkan diri".

"Mana maruah kita, malulah sikit kepada sami-sami buddha yang pernah tanggal 'kain ihram' mereka" kata beliau dengan nada sinis.

Beliau menyatakan demikian pada ceramah Jelajah Ramadhan anjuran bersama Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Surau Ustaz Ali, Kg Permatang Pasir di sini malam tadi.

Turut berceramah bersama beliau ialah AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin dan TYDP Kota Melaka, Ustaz Abdul Rahman Jaafar.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59