Wednesday, 26 September 2007

Lebih 2,000 sertai perarakan serah memorandum


Putrajaya : Kira-kira 2,000 orang, sebahagian besarnya peguam, menyertai perarakan dari Istana Keadilan ke Jabatan Perdana Menteri sejauh 3.5km bagi menyerahkan memorandum supaya menyelamatkan badan kehakiman.

Perarakan itu baru bermula kira-kira jam 12 tengahari. Menurut saksi, Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abdul Majid telah memberitahu penganjurnya - Majlis Peguam - bahawa perarakan itu tidak boleh diadakan atas sebab-sebab keselamatan. Naib Pengerusi Majlis Peguam, Ragunath Kesavan mengesahkan perkara itu kepada malaysiakini. Bagaimanapun, katanya, mereka akan meneruskan juga perarakan tersebut.

Sebelum memulakan perarakan para kira-kira jam 12 tengahari, mereka mendengar ucapan ringkas daripada Pengerusi Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan. “Kita berarak secara aman dan dengan bermaruah," kata Ambiga, sambil menyatakan rasa bangganya dengan jumlah mereka yang hadir untuk menyertai perarakan tersebut. Menurutnya, ia adalah "perarakan untuk keadilan" kerana "kita berhak mendapatkan badan kehakiman kelas pertama"

Serah memorandum“Bila para peguam berarak, itu bermakna adalah yang tidak kena. Kita mahukan perubahan dalam badan kehakiman," katanya. Ambiga juga berkata, majlis tersebut mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat pita Lingam.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan mengakui wujudnya masalah. Bagaimanapun, kita masih mahu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan," tambahnya.

Ambiga berkata, ia hanya merupakan langkah pertama kerana panel itu tidak boleh memaksa saksi memberi keterangan atau mendapatkan dokumen.

Beliau juga menyifatkan kehadiran ramai anggota polis dan sebuah helikopter polis sebagai "satu tindakan intimidasi". Semasa perarakan tersebut mereka melaungkan "Kami mahu keadilan" serta membawa kain tentang bertulis "Judiciary has gone to the dogs" dan "Judiciary has gone to the drain".
Perarakan itu mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke JPM. Selepas itu, Ambiga mengetuai delegasi empat orang untuk masuk menyerahkan memorandum mereka
.
Manakala yang menunggu di luar mencari berteduh daripada hujan lebat yang turun kira-kira jam 12.45 tengahari.Peserta perarakan tersebut, sebahagian besarnya peguam, telah berkumpul di Istana Keadilan sejak pagi tadi. Perarakan itu pada mulanya dijadual bermula jam 11 pagi. Sebelum ini, polis melarang tujuh buah bas yang membawa orang ramai dan para peguam yang dalam perjalanan ke Istana Keadilan, daripada memasuki Putrajaya.

Ketika dihubungi, Supt Abdul Razak berkata, beliau sedang sibuk dan tidak dapat memberi sebarang komen.


BANK ROMPAK BONUS KAMI



Melaka : Pekikan 'Bank Rompak Bonus Kami' dan 'Kembalikan Hak kami' yang mengamatkan suasana menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di depan Maybank, Jalan Munshi Abdullah, Melaka, berikutan piket oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE).

Piket itu dilakukan kerana mereka ingin memperjuangkan hak mereka mendapatkan bonus dua bulan gaji seperti termaktub dalam perjanjian tetapi cuba dinafikan majikan atas alasan sudah memberi kenaikan gaji 30 peratus seperti yang diminta oleh NUBE baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, bahawa beberapa sesi rundingan telah dijalankan namun pihak majikan tidak memperdulikan tuntutan dan akhirnya mereka terpaksa berpiket bagi memperjuangkan hak.

"Kami bersusah payah memperjuangkan hak kami untuk mendapatkan kenaikan gaji 30 peratus dan ini selaras dengan pembayaran yang telah dibuat oleh pihak kerajaan berdasarkan peningkatan kos sara hidup.

"Tetapi kini pihak bank ingin menafikan pembayaran bonus pula, sedangkan ianya adalah hak yang telah kami perolehi setiap tahun dan bank juga membuat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun," kata beliau.

Menurut seorang pekerja, Serbegeth Singh, bahawa mereka adalah kakitangan bank yang paling rendah dibayar dengan gaji permulaan sebanyak RM662 hingga RM995.

"Kita lihat harga barang makin meningkat, minyak naik dan kini gas pun nak naik juga, bagaimana kami nak tampung keperluan hidup sekeluarga di bandar.

"Tindakan bank ini seperti sambung kaki kanan tetapi potong kaki kiri dan kami akan berpiket sehingga tuntutan kami ini dipenuhi," katanya, merujuk kepada penarikan bonus dua bulan gaji yang dinikmati selama ini.

Mereka mengambil kesempatan rehat tengahari semalam untuk berpiket beramai-ramai bagi mendapat sokongan orang-ramai sambil meniup wisel dan memegang poster.

Ahli NUBE adalah merupakan kakitangan bawahan iaitu kerani, bukan kerani dan kerani gred khas yang cuma mendapat gaji asas.

Harakahdaily


KITA MINTA SURUHANJAYA DIRAJA BUKAN PANEL (TAK) BEBAS


Sebuah suruhanjaya diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat skandal pita Lingam kerana ia mempunyai kuasa perundangan untuk berbuat demikian.

Suruhanjaya diraja yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 mempunyai kuasa untuk memanggil saksi, mewajibkan kehadiran dan menyediakan imuniti kepada para saksi bagi memastikan keberkesanan siasatan yang dijalan.

Inilah saja caranya untuk memastikan siasatan dijalankan secara berkesan bebas dan tanpa sebarang rasa takut. Sebaliknya, penubuhan sebuah panel bebas tidak mencukup kerana ia tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menjalankan siasatan secara berkesan.

Sebuah panel yang ditubuhkan oleh kabinet untuk menjalankan siasatan belum tentu dapat menjalankan dengan sempurna dan bebas kerana ianya boleh dipengaruhi oleh kabinet itu sendiri.

Klip video selama lapan minit itu menunjukkan Lingam, seorang peguam kanan, sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengatur pelantikan hakim.

Antara panel yang dilantik untuk menyiasat Klip video tersebut ialah bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor akan mengetuai panel bebas tiga anggota itu. Dua lagi anggota panel tersebut ialah Pengerusi Majlis Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar. Kedua-duanya adalah bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).


BERITA TERKINI : BAS BAWA PEGUAM DAN ORANG RAMAI UNTUK BERARAK DIHALANG OLEH POLIS


Pihak polis melarang tujuh buah bas yang membawa orang ramai dan para peguam yang dalam perjalanan untuk menyertai perarakan anjuran Majlis Peguam, daripada memasuki kawasan Putrajaya.

Bas-bas tersebut tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Istana Keadilan di Putrajaya untuk menyertai perarakan ke Jabatan Perdana Menteri bagi mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat integriti badan kehakiman. Perarakan tersebut dijadualkan bermula dari Istana Kehakiman pada jam 11 pagi.

Difahamkan beberapa kenderaan persendirian juga turut dilarang daripada memasuki Putrajaya. Perarakan tersebut dianjurkan oleh Majlis Peguam selepas pendedahan klip video yang menunjukkan seorang peguam sedang berbual melalui telefon dengan seseorang untuk mengatur pelantikan hakim. Kontek perbualan tersebut membayangkan bahawa orang yang bercakap dengan peguam tersebut adalah Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Mereka yang menaiki bas tersebut yang berjumlah kira-kira 200, kini sedang berjalan kaki menuju ke Istana Keadilan yang jauhnya kira-kira lima kilometer. Para saksi berkata, mereka juga membawa kain tentang serta melaungkan slogan, antaranya berbunyi 'Rakyat Hakim Negara', 'No to Corruption', dan 'Selamatkan Badan Kehakiman'.

Malaysiakini

INILAH BUKTI NEGARA MALAYSIA ADALAH NEGARA POLIS DAN TIADA DEMOKRASI LAGI DI DALAM NEGARA. PERARAKAN AMAN PUN DISEKAT TIDAK SEBAGAIMANA NEGARA MAJU RAKYAT BERJUMLAH RATUSAN RIBU DIBENARKAN BERARAK SECARA AMAN.


DAFTAR SEGERA SEBAGAI PEMILIH UNTUK LAYAK MENGUNDI


KUALA LUMPUR : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya mendaftar sebagai pengundi selewat-lewatnya hujung bulan ini sekiranya mahu mengundi pada pilihan raya umum ke-12.

Jika seseorang itu gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, kemungkinan besar nama mereka tidak akan tersenarai sebagai pemilih berdaftar untuk pilihan raya umum berkenaan.
Semua pihak harus sedar proses memasukkan nama sebagai pengundi dalam senarai pemilih perlu mengikut undang-undang dan tempoh masa yang ditetapkan ialah tiga bulan.

Pengundi baru yang membuat pendaftaran pada bulan ini, namanya akan dimasukkan dalam senarai pemilih bulan Disember iaitu selepas melalui beberapa proses undang-undang.

Selepas proses itu selesai, mereka kemudian dibenarkan membuang undi pada pilihan raya umum akan datang yang kemungkinan akan diadakan pada awal tahun depan.

Orang Melayu merupakan golongan tertinggi tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai program diatur untuk memudahkan mereka mendaftar.

Sebagai contoh, dalam program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas, katanya, 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain.

Bagaimanapun, sekiranya pilihan raya umum diadakan pada tahun ini, nama mereka yang mendaftar bulan ini tidak akan dapat dimasukkan ke dalam senarai pemilih kerana tempohnya belum cukup tiga bulan.

Oleh itu mereka yang belum berdaftar mestilah segera berbuat demikian. Sekurang-kurangnya mereka boleh menjadi pengundi jika pilihan raya umum diadakan pada awal tahun depan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59