Monday, 24 September 2007

Selamatkan kampus kita dari Umno


Pilihanraya kampus sudah semakin hampir dan bertambahlah pencabulan hak-hak mahasiswa untuk bertanding dalam pilihanraya secara bebas. Mahasiswa pada hari ini menjalin proses pembentukan pemimpin ‘Pak Angguk’. Setiap apa yang ‘Bapa Hal Ehwal Pelajar’ iaitu Timbalan Naib-cancelor Hal Ehwal Pelajar suruh akan diangguknya.

Sekarang ini ramai sungguh yang jadi ‘pak angguk’ ataupun ‘Yes, boss’. Mereka seolah tidak sedar bahawa tindakan mereka itu sebenarnya tindakan merosakkan barisan masa depan negara. Masa depan negara akan kucar kacir bilamana negara suatu hari nanti akan ditadbir oleh ‘pak angguk-pak angguk’ ini.

MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) yang diketuai ‘pak angguk’ ini pasti tidak akan mampu mendepani cabaran globalisasi mendatang kerana mereka dilatih untuk hanya mengangguk sehingga menyebabkan pemikiran pewaris pemimpin negara tidak lagi kreatif. Apabila ditekan oleh kuasa besar seperti Amerika, kita amat bimbang pemimpin didikan ‘pak angguk’ ini hanya akan mengangguk sahaja tanpa memikirkan kesan negatif. Malaysia di dalam bahaya jika sistem pilihanraya kampus seperti ini diteruskan kerana kita akan gagal mendapat dan mendidik ‘true leaders’.

Pemimpin seperti ini tidak akan wujud disebabkan mahasiswa yang benar-benar layak bertanding dihalang sebab mereka bukan pilihan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti-universiti. Maka lahirlah peimimpin-pemimpin tangkap muat, bacul ‘pak angguk’ dan lembik. Pemimpin yang tidak mempunyai gagasan mereka sendiri. Hanya mengharapkan suapan daripada Jabatan HEP. Justeru ini, selamatkanlah kampus kita daripada terus diperkotak-katikkan oleh Jabatan HEP yang didalangi oleh Umno itu sendiri.

Abdul Razak Abdullah - Malaysiakini


Tarikh pilihan raya perlu ambil kira musim haji, tengkujuh


KOTA BAHARU : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri mengambil kira faktor rakyat menunaikan fardu haji dan musim tengkujuh sekiranya bercadang mengadakan pilihan raya umum ke-12 dalam waktu terdekat.

Beliau berkata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu mengambil kira faktor musim haji hujung tahun ini kerana jika pilihan raya diadakan pada waktu itu, ia boleh menafikan hak jemaah haji untuk mengundi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata hujung tahun juga bermakna pilihan raya bakal berdepan dengan musim tengkujuh dan menyukarkan rakyat yang menghadapi bencana itu untuk keluar mengundi.

Berdasarkan kepada perkembangan yang berlaku sekarang, beliau yakin pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat ini.

“Sekarang feel good factor bagi kerajaan dan jika tunggu lama lagi takut nanti timbul masalah besar dan sebab itu saya yakin pilihan raya akan diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini.

Nik Aziz turut mendakwa keengganan bangsa Melayu untuk mendaftar sebagai pengundi disebabkan kekangan politik dan kecewa dengan semangat demokrasi dalam pilihan raya.

“Kebebasan memilih parti yang disukai sudah tidak ada dan mereka sendiri pun sudah tidak percaya kepada kebebasan demokrasi di Malaysia,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengenai 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah orang Melayu dan kaum Bumiputera yang lain.

Nik Aziz ketika ditanya mengenai kematian menyedihkan kanak-kanak lapan tahun Nurin Jazlin Jazimin akibat penderaan seksual, berkata ia disebabkan manusia sudah tidak takut lagi kepada Allah hingga sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk kepuasan nafsu.

“Saya tak boleh sebut (betapa sedihnya) sedangkan kucing mati digilis di tengah jalan pun sedih apatah lagi ini manusia yang membabitkan kanak-kanak.

“Dalam khutbah Jumaat pun ada disebut supaya kita takutkan Allah dan kita kena ingat Allah adalah segala-galanya,” katanya.


PILIHANRAYA LAMBAT LAGI - IMAM AL HADHARI


Mungkin kerana beberapa langkah untuk menjadikan suasana memihak kepada BN tidak berkesan akhirnya Pak Lah mengakui tidak ada Pilihanraya Umum dalam masa terdekat. Atau mungkin juga Pak Lah ingin memerangkap pembangkang supaya leka maka semalam beliau membuat kenyataan tersebut.

Namun Pak Lah jangan ingat pembangkang begitu bodoh untuk mempercayai cakapnya bulat-bulat. Bukan kita semua tahu bahawa cakap-cakap pemimpin pembelit seperti beliau tidak boleh dipakai 100 %, kerana apa-apa pun boleh berlaku.

Bukankah seseorang yang berkuasa itu seringkali lupa dengan merasakan dialah paling berkuasa sehingga boleh buat apa sahaja.

Hari ini media melaporkan bahawa Imam Hadhari itu berkata, pilihanraya umum tidak akan diadakan dalam waktu terdekat ini walaupun ekonomi negara berada pada kedudukan baik.

Perdana Menteri berkata, beliau masih tidak mendapat ilham mengenai bila pilihan raya umum akan diadakan walaupun soalan itu sering diajukan kepadanya.

Beliau menegaskan, mandat yang diberikan kepada kerajaan dalam pilihan raya umum 2004 masih belum berakhir.

‘‘Yang ini (pilihan raya) nanti dulu, kita ada mandat, mandat kita ada dua tahun lagi,” kata beliau dalam temu bual eksklusif program VIP Awani yang disiarkan melalui saluran Astro Awani malam ini.

Menurut Abdullah, keadaan ekonomi negara yang kukuh terbukti apabila industri binaan sekarang menunjukkan peningkatan yang melegakan walaupun sektor itu sebelum ini berada dalam keadaan lembap buat tempoh yang agak lama.

‘‘Industri perkilangan, perkhidmatan dan lain-lain industri terus kukuh serta nilai perdagangan kita juga menunjukkan angka yang terus bertambah. Di samping itu, kita masih mempunyai rizab yang baik dan nilai mata wang kita juga stabil,” jelasnya.

Itulah kata-kata 'masuk bakul angkat sendiri' untuk menyedapkan hati, sedangkan pada masa yang sama negara terus berada dalam suasana yang cukup dahsyat dengan isu VK Lingam dan Tun Fairuz, isu menembak rakyat dengan peluru hidup, isu keselamatan yang semakin meruncing, isu rasuah, isu kesengsaraan rakyat akibat kenaikan harga barang dan banyak lagi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59