Tuesday, 18 September 2007

MALAYSIA SEMAKIN TIDAK SELAMAT



Tragedi malang membabitkan kanak-kanak perempuan tidak berdosa berlaku satu demi satu, seolah-olah tidak ada kesudahannya.

Terbaru ialah kejadian yang membabitkan dua mangsa yang masih tidak mengerti apa-apa.

Ketika misteri kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8, masih belum terjawab, orang ramai hari ini dikejutkan dengan penemuan menyayat hati mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini.

Sebelum itu, dua hari lalu, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Norashila Jaafar(Gambar) dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Selangor, sebuah kawasan perumahan yang terletak kira-kira 50 kilometer ke utara Kuala Lumpur.

Norashila hilang bersama dua lagi remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan jirannya.

Dalam kejadian di Petaling Jaya pagi ini, mayat kanak-kanak berusia antara enam hingga sembilan tahun ditemui dalam keadaan berbogel di dalam sebuah beg pakaian. Kaki mangsa mengerekot manakala terdapat kesan lebam di leher selain luka dan calar-calar di kaki.

Identiti kanak-kanak yang berambut pendek dan berkulit sawo matang itu belum dapat dikenal pasti.

Nampaknya Malaysia semakin tidak selamat. Ibubapa sekarang semakin gusar untuk melepaskan anak-anak keluar dari rumah. Apa puncanya?

Tetapi semua kes ini seolah-olah tidak memberikan kesan kepada kerajaan Islam Hadhari dan Polis. Mereka lebih leka memantau ceramah-ceramah pembangkang daripada melaksanakan kerja asasi menjaga kesalamatan.

Malah rakyat yang tidak berdosa yang hendak pergi mendengar ceramah pun ditembak. Manakala penjenayah bebas berkeliaran di luar sana.

Inilah bala Allah kepada Malaysia disebabkan kezaliman kerajaan dan Polis kepada rakyat.


HARGA GAS NAIK LAGI?


Harga minyak mentah dunia semalam diniagakan sekitar USD78.59 setong, berbanding cuma USD58.32 pada 3 Januari yang lalu. Menurut berita mukadepan akhbar The Star hari ini Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Dr Lim Keng Yaik menyatakan bahawa pihak Petronas mendesak agar harga gas tempatan dinaikkan memandangkan ia menanggung subsidi sekitar RM50 billion sepanjang 10 tahun lalu.

Menurut Dr Lim lagi sebuah jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan PM akan menimbangkan permohonan Petronas itu selewat-lewatnya minggu hadapan.NAMPAK GAYANYA HARGA AKAN NAIK LAGI. YANG LEMASNYA ADALAH RAKYAT BAWAHAN KERANA SUDAH PASTI HARGA BARANGAN YANG MENGGUNAKAN GAS UNTUK PENGELUARANNYA AKAN TURUT DINAIKKAN.

Mukadepan akhbar NST pula memaparkan kenaikkan harga bahan makanan termasuklah bawan, kentang, tomato, gandum, mee segera, susu kacang soya dan ikan berpunca dari permintaan global serta cuaca buruk dan hasil yang tidak memuaskan.
Dan beberapa hari kebelakangan ini sedang kita sibuk mengerjakan puasa Ramadhan harga ayam mentah juga naik mendadak.

Kalau diperingkat ini kita boleh lagi berjenaka, nampaknya di Malaysia semuanya naik dan tidak turun-turun kecuali hujan! (Kalau pun hujan turun, turun pula selebat-lebatnya sehingga saudara-saudara kita di Utara kini berpuasa digenangi air).


MANA PERGI KERAJAAN SEMASA RAKYAT SUSAH


Mangsa bah kecewa, tiada pihak hulur bantuan

SUNGAI PETANI: Lebih 60 buah keluarga di Kampung Seberang Terus Kota dan Alor Jawi di Kuala Muda yang hari ini terpaksa berpindah kerana banjir kesal kerana mendakwa tiada pihak yang datang membantu.

"Kamipun tak tahu hendak ke mana... kini kami menumpang di rumah saudara-mara, tiada pusat perpindahan di tempat kami dan tiada siapapun datang membantu," kata seorang penduduk Kampung Seberang Terus Ku Zainol Ku Ibrahim,41 ketika ditemui Bernama di sini.

Beliau berkata, penduduk kampung berkenaan terpaksa berikhtiar sendiri untuk berpindah setelah rumah mereka dimasuki air dan kini terpaksa menyusahkan saudara-mara di kampung lain.

Katanya, rumah mereka mula dimasuki air malam tadi dan beliau mendakwa tiada pihak berwajib yang datang ke kampung mereka sehingga sekarang dan menurutnya kebanyakan pemilik rumah setingkat di kampung itu mula berpindah sendiri awal pagi ini.

Seorang penduduk Kampung Alor Jawi, Othman Yahya, 45, berkata, lebih 20 keluarga di kampung itu terpaksa membuat keputusan sendiri berpindah ke rumah saudara yang belum dilanda banjir.

"Saya kesal... mana dia pihak yang patut bagi bantuan? Kenapa tak buka pusat perpindahan dan apa jadi kalau kampung yang kami tumpang inipun dinaiki air tengah malam?" kata beliau.

Beliau mendakwa, pihak tertentu hanya meninjau masalah penduduk di sini dari jauh sahaja dan tidak datang melihat sendiri masalah yang mereka hadapi.

Tinjauan Bernama mendapati air di kawasan itu masih naik berikutan air laut yang pasang.

Kampung yang terbabit dengan banjir ialah Kampung Rantau Panjang, Kampung Bukit Lalang, Alor Jawi, Kampung Baru Kota Kuala Muda, Kampung Seberang Terus dan Kampung Kabu.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan itu dan enggan mengulas lanjut.


USTAZ ASHAARI ARQAM MUNCUL KEMBALI?


PETALING JAYA: Tidak cukup buku diberi percuma, termasuk kepada Menteri Besar Selangor, bahan bacaan yang mengagung-agungkan Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan al-Arqam yang diharamkan sejak 1994, kini tersebar melalui blog pula.

Minggu lalu buku bertajuk Abuya Hj Ashaari Muhammad Adalah Putera Bani Tamim dilaporkan diedar percuma kepada orang ramai, termasuk di balai polis, pejabat kerajaan dan kepada Datuk Seri Mohd Khir Toyo sendiri.

Pengerusi jawatankuasa tetap hal-ehwal agama Selangor Datuk Abdul Rahman Palil, sewaktu melaporkan pengedaran buku tersebut kepada polis Khamis lepas, berkata kandungan buku itu amat berbahaya dan boleh menjejaskan akidah umat Islam dengan alasan ia mendakwa kononnya Ashaari kerap bertemu dengan Rasulullah dan Imam Mahadi dalam keadaan sedar. (Islam Hadhari juga merbahaya kerana menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal)

Kandungan buku setebal 92 halaman susunan Mohd Nizamuddin Ashaari dan Laila Ahmad itu kini dipercayai dimuatkan pula di beberapa laman web, antaranya blog Putera Bani Tamim (http://puterabanitamim.blogspot.com/) dan Muntazirun (http://muntazirun.wordpress.com/)

Blog itu memuatkan tujuh bab, termasuklah 'Abuya Ashaari Muhammad Menepati Ciri-ciri Mujaddid' dan 'Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim'.

Dalam bab lima, Ashaari ditulis sebagai "selalu didatangi Rasulullah dan juga Imam Mahdi untuk mengajarkan bagaimana menghadapi persoalan dalam perjuangan serta memberi ilmu-ilmu dan panduan-panduan, apatah lagi ilmu bagi mempersiapkan jemaah.

"Kedatangan kedua-duanya ini adalah pengalaman beliau melalui tiga cara: (i) rasa hati yang kuat untuk bertindak, (ii) dijatuhkan ke hatinya ilmu. Bila dicakapkan bukan hasil fikiran. Malah Abuya pun belajar dari situ, dan (iii) berbual-bual secara jaga dengan Rasulullah dan Imam Mahdi.

"Hasil perbualan membawa jemaah Abuya makin maju di bidang insaniah dan material. Itulah bukti bahawa semuanya bukan dari syaitan seperti yang dituduhkan. Masakan syaitan membawa orang kepada Allah."

Abdul Rahman menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap gerakan ini kerana bukan sahaja akidah mereka difatwakan sesat tetapi mereka juga sedang menyusun gerakan politik seperti dijelaskan dalam buku tersebut.

"Dalam buku itu, ada unsur-unsur ke arah membentuk daulah," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Dalam bab empat 'Tugas dan Tanggungjawab Tentera Bani Tamim', penyokong gerakan ini dipanggil ikhwan, yang "bertaraf wali. Imam Mahdi sebagai ketua ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 ikhwan di kalangan pemimpin manakala jumlah ikhwan semuanya 500 orang.

"Enam orang wazir Imam Mahdi yang lain membawa juga ikhwan tetapi dalam bilangan yang sedikit sekadar puluhan orang sahaja. Begitu juga akan lahir di tangan Putera Bani Tamim ribuan asoib. Ada pendapat menyatakan jumlah asoib ialah 124,000 orang."

Dalam bab yang sama, ikhwan akan berusaha "membangunkan daulah sebagai tapak kepada ummah" yang akan menjadi contoh sehingga "masyarakat di semua golongan dalam negaranya waktu itu meminta kepimpinan Putera Bani Tamim untuk menyelamatkan keadaan negaranya yang sedang menuju kepada kehancuran dan kemusnahan.

"Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah di Timur, maka dia sudah ada wibawa kerana dunia sudah mengenalinya. Bahkan negara-negara Asia akan berbaiah dan bergabung dengan daulah Islamiah Putera Bani Tamim."

Laman-laman web ini dipercayai dibangunkan awal bulan ini, kira-kira sebulan selepas buku tersebut dicetak.

Selain blog, buku itu yang berformatkan PDF disebarkan melalui laman web Pusat Motivasi Harmoni (www.motivasi-harmoni.com) yang beralamat di Country Homes, Rawang -- penempatan perkumpulan al-Rufaqa', yang pernah menimbulkan kontroversi hujung tahun lalu.

Menurut Abdul Rahman lagi, selain buku dan Internet, pengikut gerakan ini juga menyebarkan kempen mereka kepada masyarakat melalui SMS, antaranya dengan menggunakan nama DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Dari Mstar


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59