Saturday, 15 September 2007

BABI DISANTUNI, RAKYAT DIHALAU DAN DITEMBAK



Umno yang menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Dato' Seri Mohd Ali Rustam lebih memuliakan dan menghormati babi dari orang Melayu berikutan pendekatan yang digunakan dalam isu babi di Paya Mengkuang baru-baru ini.

Kegagalan Kerajaan Negeri Melaka menyelesaikan isu pencemaran najis babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, baru-baru ini menunjukkan kelemahan pentadbiran pimpinan Umno Barisan Nasional sejak sekian lama.

Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, bahawa ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat lemah dalam menangani isu penternakan babi haram yang jelas mengancam kesihatan dan menjejaskan alam sekitar.

"Bau busuk dari najis babi itu juga telah menjejaskan sektor perlancongan, perniagaan makanan mahupun chalet di sepanjang pantai Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak yang begitu srategik untuk dilawati.




"Orang Cina lebih bijak dan cerdik menangani sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan kaum mereka, kita lihat Menteri Sumber Manusia, Dato' Fong Chan Onn yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah merangkap Pengerusi MCA Melaka dan Setiuasaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh bersama-sama turun cari jalan penyelesaian," kata beliau.

Tetapi kejadian sebaliknya berlaku katanya, apabila isu yang membabitkan orang Melayu seperti perobohan bangunan separuh kekal yang terjadi ke atas premis beliau oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, Dato' Idris Haron, yang ketika itu menjadi Yang Dipertua Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG).

"Pasukan Keselamatan dan MDAG datang pukul 11.30 malam untuk merobohkannya sehinggakan isteri, kakak dan adik saya ditolak dengan kasar ketika cuba untuk berbincang, kenapa mereka begitu bertegas?

"Di mana kredibiliti Idris Haron yang dalam parlimen berkokok mengatakan ingin mempertahankan dunia Melayu dunia Islam tapi isu babi dibawah kuasa pentadbirannya pun tak boleh selesai," kata beliau.

Beliau juga turut melahirkan kekecewaan kerana semua pasukan yang terdiri dari Polis, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Veterinar, Jabatan Kesihatan dan sebagainya telah bersedia sejak 2.00 pagi tapi sehingga 4.00 petang seekor babi pun tak dapat dibinasakan.

"Ini berbeza sekali dengan kes Kampung Berembang Pihak berkuasa dengan ganas merempuh benteng manusia yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita seterusnya meruntuhkan surau dan rumah dalam sekelip mata sahaja tanpa memperdulikan rintihan penduduk," ujarnya

DITEMBAK

Malahan Tragedi Batu Burok di Terengganu, lebih menyerlahkan lagi kejahatan Umno dan Polis yang dengan sewenang-wenangnya menembak peluru hidup terhadap Suwandi Abdul Ghani, 37, yang mengenai dada serta mencederakan paru-parunya dan Muhamad Azman Aziz, 21, terkena tembakan di lehernya.


Ianya berpunca dari provokasi yang dilakukan oleh Polis dari Cawangan Khas (SB) dan didakwa dirancang oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Ismail bagi menghalang ceramah dan mewujudkan rusuhan.

Kes Memali pula menyaksikan bagaimana kejam dan zalim tanpa perasaan peri-kemanusiaan mereka membunuh As-Syahid Ibrahim Libya dan sahabatnya tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu tetapi dengan babi Paya Mengkuang mereka hanya berundur balik keletihan seperti pondan yang kelesuan melayani pelanggan di belakang lorong.


KERAJAAN NEGERI TIDAK PRIHATIN : BIARKAN PENDUDUK TAMAN PERUNA, SG UDANG DALAM BAHAYA

















Sg. Udang : Penduduk di Taman Peruna, Sg Udang sentiasa terdedah kepada risiko kerana terletak terlalu hampir dengan loji Petronas Melaka. Hal ini berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu iaitu sebaik sahaja loji tersebut beroperasi.
Menurut seorang bekas penduduk di taman tersebut, Khirul Che Salleh, 30 beliau difahamkan bahawa beberapa tahun lalu memang pihak berwajib menyuruh penduduk berpindah dengan di bayar pampasan sehingga kini janji tersebut hanya tinggal janji sahaja.
"Saya sendiri takut untuk menetap di situ disebabkan lokasinya yang terletak bersebelahan dengan loji Petronas tersebut. Andainya berlaku kemalangan seperti loji meletup sudah tentu penduduk juga akan terlibat sama".
"Kerajaan Negeri sepatutnya mengambil langkah segera untuk mengelakkan kecelakaan yang mungkin berlalu, malang tidak berbau" kata Khirul yang telah berpindah ke Ayer Keroh tahun lalu.
Tinjauan kami mendapati pagar loji tersebut terletak hanya beberapa meteri sahaja dari kawasan perumahan, di mana ianya jelas mempunyai risiko besar andai berlaku kejadian yang tidak diingini.
Janganlah kerajaan menanti sehingga berlaku kemalangan baru hendak bertindak sebagaimana bala dan bencana sebelum ini seperti tragedi Tsunami, kemalangan bas ekspres dan lain-lain.


BANGUNAN TADIKA JAIM JADI PEJABAT UMNO




















Umno memang tidak tahu malu dan tidak tahu undang-undang. Semua harta kerajaan dan agensi kerajaan dibuat macam mak bapak mereka punya. Contohnya Bangunan Tadika JAIM Taman Bertam Jaya ini jadi Pejabat Cawangan mereka.

Memang muka tembok tak tahu malu.


KEKEJAMAN UMNO SELANGOR DAN BARUANYA



Email yang kami terima dari seorang pengunjung : Wannoor

Di sini kawe(saya) nak nukilkan tentang tindakan biadap kerajaan Selangor aka UMNO disertai MP Selayang tergamak merobohkan rumah-rumah org melayu yang digelarkan setinggan pada malam semalam 11/09/2007di Kg Melayu Sg Buloh dekat Hospital Sg Buloh.

Di saat org Islam hendak menyambut Ramadhan mereka dengan rakusnya meroboh dan membinasakan rumah kediaman penduduk Islam melayu.

Di mana lagi letaknya hati perut mereka ini? Di mana perasaan ehsan sesama Islam yg sepatutnya dipegang dlm membela rakyat?tak kasihan ke mereka melihat ada ibu-ibu yang anaknya masihj kecil dan terpaksa kehujanan. Tetapi mujurlah Pemuda dan AJK PAS Subang telah bertindak untuk meringankan beban mereka dengan memasang khemah serta lilin dan keperluan lain.

Inilah kerajaan pilihan rakyat yang menzalimi rakyat mereka sendiri. Itulah Khir toyo, satu-satunya Menteri Besar yg menggunakan kuasanya untuk mengharamkan tazkirah.
Maaf jika kawe(saya) post pada tempat yang salah kerana mungkin demo(kamu) boleh panjangkan kepada laman-laman yang lain.

Insya-Allah akan menyusul gambar yg cukup menyedihkan hati.


JEANNE ABDULLAH AKAN PAKAI TUDUNG AHAD INI?



Ummu Hadhari, Jeanne Abdullah akan pakai tudung nampak jambul Ahad ini sebab beliau bersama Imam Al Hadhari akan melawat Kelantan dan berbuka di sana.

Sudah menjadi resam isteri dan pemimpin wanita Umno bila melawat Kelantan dan Terengganu mereka akan memakai tudung nampak jambul atau sekurang-kurangnya pakai selendang bila melawat ke negeri-negeri tersebut.

Tudung nampak jambul itu sah tidak memenuhi tuntutan aurat. Mereka ini seolah-olah ingin mempermainkan Allah dan rakyat Malaysia apabila pakai tudung (itupun tidak memenuhi tuntutan aurat) di tempat tertentu dan masa tertentu (masa orang mati).

Inilah rupa sebenarnya Islam Hadhari yang HARAM menjadi HALAL, dan yang HALAL menjadi HARAM.

Diharapkan Imam Al HAdhari dapat membimbing isterinya supaya ianya tidak menjadi ikutan rakyat.


POLIS SIBUK TEMBAK RAKYAT, KERJA ASAS MEREKA TERBENGKALAI



Polis sejak Pilihanraya 1999 sibuk dengan tugas mereka menjadi kuda tunggangan BN sehingga kerja asas mereka mereka menjaga keamanan dan mencegah jenayah serta menyelesaikan kes jenayah terabai.
Tidak hairanlah bagaimana indeks jenayah meningkat mendadak tanpa tanda-tanda ujudnya penuruanan.
Bukti terbaru bagaimana lemah dan cuainya Polis ialah kes melibatkan rogol dan bunuh satu keluarga di Selangor.

Media semalam melaporkan bahawa seorang surirumah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa sejak enam tahun lepas tiada seorang suspek pun dihadapkan ke mahkamah berhubung kes rogol anak perempuannya berusia lapan tahun dan juga berhubung pembunuhan suaminya.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata beliau telah bertanya kepada polis kenapa tiada sebarang tindakan diambil dan diberitahu mereka belum menangkap suspek dan siasatan sedang dijalankan.

Katanya semasa diminta mengecam suspek, anaknya telah menunjuk gambar dua lelaki yang didakwa merogolnya pada 12 Julai 2001 tetapi tiada apa-apa tindakan diambil.

"Sehingga kini anak saya juga tidak pernah ke mana-mana mahkamah untuk memberi keterangan tentang kes rogolnya," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam M. Manoharan yang mewakilinya dalam kes tuntutan samannya sebanyak RM450,500 terhadap polis dan kerajaan Malaysia kerana didakwa cuai dan gagal melaksanakan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan masyarakat.

Pada 23 Nov 2001 wanita itu yang bertindak bersendirian dan sebagai bakal pentadbir harta pusaka suaminya, telah menamakan Ketua Polis Daerah Hulu Langat, Ketua Polis Daerah Sentul, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam keterangannya, beliau turut memberitahu mahkamah walaupun 15 laporan polis dibuat termasuk kes merogol anaknya, kejadian pukul terhadap anak lelaki, rumahnya dipecah dan ugutan bunuh, pihak polis sehingga tidak pernah memanggilnya untuk membuat kawad cam atau menghubungi beliau untuk memberitahu perkembangan siasatan.

Katanya dalam kesemua laporan polis, suspek yang terlibat adalah orang yang sama.

Ditanya bagaimana beliau mengetahui suaminya mati dibunuh, wanita yang mempunyai empat orang anak itu berkata: "Ketika di bilik mayat, seorang doktor memberitahu saya suami mati ditetak."

Katanya pihak polis ada memberitahu yang mereka telah menangkap seorang lelaki tetapi dia tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah berhubung kejadian itu.

Wanita itu juga berkata beliau menandatanani satu dokumen untuk menarik balik laporan setelah diarah oleh polis kerana tidak mengetahui isi kandungannya.

Terdahulu wanita itu berkata beliau tidak tahu membaca kerana belajar sehingga darjah enam sahaja di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Dalam keterangannya semalam beliau berkata polis mengugutnya supaya menandatangani satu dokumen jika tidak mahu dituduh membuat laporan palsu.

Ketika pemeriksaan balas oleh Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh, wanita itu menafikan bahawa anggota polis pergi ke rumahnya membuat siasatan dan mengambil gambar ekoran laporan ada tiga lelaki memecahkan cermin di rumahnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat disambung 5 dan 6 Dis ini.


BUSH PUJI ISLAM HADHARI, PAK LAH SENYUM SAMPAI TELINGA?



Diberitakan Bush memuji Islam Hadhari yang di'cipta' oleh Pak Lah Badwi. Senang saja sebab mengapa Bush puji (Islam Hadhari) kerana Islam Hadhari sesat dan menyesatkan. Kalau Islam Hadhari betul dan 'genuine' sudah tentu Bush akan membenci dan menuduh macam-macam.

Maka mungkin Pak Lah senyum sampai ke telingan kerana dipuji oleh Bush sedangkan pujian tersebut sudah tentu mempunyai niat dan 'ada udang di sebalik mee'.
Memang dasar pemimpin sekular suka mendapat 'keredhaan' manusia berbanding KEREDHAAN Allah S.W.T. Sebab walaubagaimana hebat Pak Lah di'nasihat' oleh pembangkang dan ustaz-ustaz beliau tetap berdegil melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah.
Antaranya pemerintahan terus mengamalkan undang-undang kafir; sistem ekonomi kapitalisme (riba); arak dan judi tidak dihapuskan; rasuah dan penyelewengan menjadi mainan dan pakaian mereka dan seribu satu macam kebiadapan kepada Allah.
Mungkin selepas ini Pak Lah akan lebih megah dan sentiasa tersenyum dengan pujian Mursyidnya Al Imam Bush Al Ameriki


SELOKA PEMIMPIN KORUP




















Gelanggang Keris Silau

Tun Razak meninggalkan banyak jasa
Tun Razak menghasilkan Bank Bumiputera
Tun Razak menghasilkan Felda
Tun Razak menghasilkan Universiti Kebangsaan Malaysia
Sekarang ni UKM bagus dari Universiti Malaya
Walaupun cuma jadi PM empat tahun sahaja
Banyak yang dicapai sebagai sebuah negara
Wawasan Razak menjalinkan hubungan dengan China
Semasa beliau pelajar dihantar ke luar negara
Mengukuhkan kualiti graduan bertaraf dunia












Manakala kepimpinan sekarang begitu hampa
Lihatlah lapuran Ketua Audit Negara
Memalukan dan mengecewakan rakyat jelata
Harga karipap pun nak tipu juga
Begitu juga pembelian digital camera
Dan penyelewengan yang jelas di pejabat Azalina
Rasuah sudah meresap seluruh anggota













Orang putih kata “hard up” sangat ka
Sanggup makan songlap wang negara
Pemimpin yang bersih boleh dikira
Zaman AAB rasuah semakin berleluasa
Kantung negara dirampok senang sahaja
Sebab pemimpin yang cuai dan selalu lena
Kita rasa cukuplah satu penggal sahaja
Lagipun anak menantu semua dah kaya raya

Kita tak yakin dengan kepimpinan anda
Nampak sangat kurang berwibawa
Tak tahu nak bawa Malaysia ke mana
Jurang bangsa semakin ketara
Islam Hadhari mengkofiuskan semua
Raja-raja pun tak berkenan Hakim Malaya
Kami tak kisah kalau baru kawin janda
Itu mungkin elok untuk seorang duda
Tapi kami risau krisis yang dihadapi negara
Negara ini patut jadi Kelas Pertama
Berdasarkan harta dan human capital yang ada
Namun kepimpinan yang lemah menjadi punca!

Dari Malaysia-Today


MATI ADALAH CITA-CITA PEJUANG ISLAM



Rusila : Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu menegaskan bahawa mati syahid cita-cita pejuang Islam walau di mana sahaja mereka berjuang.
"Peluru tidak akan menakutkan pejuang Islam untuk bangkit menentang pemerintah yang zalim".
"Kita akan bangkit untuk menegakkan yang makhruf dan mencegah kemungkaran. Terbunuh 6 orang pelajar di Indonesia di zaman Suharto akhirnya menjatuhkan kerajaan regim Suharto" tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah berkenaan isu insiden Batu Burok di Masjid Rusila, Marang malam tadi.
Mohd Sabu menegaskan bahawa PAS masih sabar dan terus berpegang kepada prinsip perjuangan secara silmiah (selamat) dan aman iaitu melalui kaedah demokrasi pilihanraya. Tetapi kesabaran ini ada hadnya jangan sampai rakyat dan ahli di tembak dengan peluru hidup.
Beliau menceritakan bagaimana pihak Polis seawal pukul 10.00 malam lagi mengejar seorang pemuda dengan pistol terhunus, di mana beliau sendiri mengherdik Polis tersebut dengan berkata, "hoi hendak bunuh orang ka". Lantas Polis itu terus masuk ke dalam gerombolan FRU dan menghilang.
Begitulah zalim dan tidak professionalnya Polis dalam kejadian itu yang menyebabkan kredibiliti mereka terus menjunam dan punah teruk di mata rakyat.
Turut memberikan ceramah malam tadi ialah Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Ustaz Nasaruddin Mat Isa; Setiausaha PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub dan lain-lain.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59