Friday, 14 September 2007

Umno akan berputih mata di Kelantan


Seorang pemimpin veteran Umno, Tan Sri Hussein Ahmad tidak yakin Barisan Nasional (BN) akan kembali menguasai Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga bekas ketua penerangan Umno itu berkata, banyak perkara lagi perlu diperbetulkan sebelum BN dapat kembali memenangi hati rakyat Kelantan.

"Umno telah berusaha tetapi tidak cukup lagi untuk berkuasa di Kelantan dan apa yang saya katakan ini memang pedih tetapi inilah realiti yang harus diterima Umno," kata Hussein kepada Bernama.

Beliau yang juga bekas timbalan menteri besar Kelantan, mendakwa perbalahan dalaman Umno masih berlaku dan rakyat Kelantan sememangnya mahukan "Mr Clean" mentadbir negeri kesayangan mereka.

Rakyat Kelantan, katanya, sudah jelak dengan perbalahan dalaman ini.

Beliau berkata, PAS sebenarnya tidak kuat tetapi 'Umno yang lemah sebenarnya' menyebabkan rakyat masih dingin terhadap Umno.

BN Kelantan tewas kepada PAS dalam pilihanraya umum 1990 apabila parti pembangkang itu menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jadi tumpuan

Ia akibat perpecahan Umno dan wujudnya parti serpihan Semangat 46 pimpinan bekas orang kuat Umno negeri itu - Tengku Razaleigh Hamzah. Kesan perpecahan ini berlarutan hingga pilihanraya 1995.

Dalam pilihanraya umum berikut pada 1995, BN gagal merampas semula Kelantan tetapi memenangi tujuh kerusi DUN ) dan dua kerusi Parlimen.

Dalam pilihanraya 1999, BN hanya mampu mempertahankan dua kerusi DUN dan satu Parlimen, ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, BN, khususnya Umno, telah mengejutkan PAS dalam pilihanraya umum 2004 dengan memenangi 21 daripada 45 kerusi DUN dan lapan daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan.

Kerusi BN bertambah satu lagi selepas memenangi pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir dalam pilihanraya kecil pada bulan Disember, menjadikan kedudukan kerusi di DUN Kelantan 22 BN dan 23 PAS.

Ekoran, Kelantan bakal menjadi tumpuan perhatian dalam pilihanraya umum akan datang sama ada BN pimpinan Datuk Seri Annuar Musa mampu merampas Kelantan dari tangan PAS

Malaysiakini


INSIDEN BATU BUROK : POLIS BOHONG



Kuala Terengganu : Dari cerita seorang ahli PAS di bawah ini ternyata Polis bercakap bohong.

Laporan penuh seperti disiarkan dalam Malaysiakini:

Seorang saksi kejadian rusuhan di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu malam Sabtu lalu mendakwa seorang anggota polis melepaskan empat atau lima das tembakan rambang ketika lari dari kumpulan beberapa pemuda selepas berlaku satu pertengkaran.

Osman Ismail (gambar), 49, dari Kampung Nibong dekat Kuala Terengganu mendakwa, beliau melihat sendiri anggota polis melepaskan tembakan tersebut sambil berlari.
Katanya, beliau berada hanya beberapa meter dari tempat kejadian dan dapat melihat dengan jelas bagaimana ia berlaku.

"Pada mulanya berlaku pertengkaran antara anggota polis terbabit dengan tiga atau empat lelaki. Seorang lelaki memegang sebatang kayu kecil dan mengacu untuk memukul anggota polis tersebut.

"Seorang daripada mereka telah menumbuk anggota polis tetapi tidak rebah dan ketika itu beliau melepaskan tembakan rambang sambil berlari ke arah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak jauh dari situ," katanya kepada malaysiakini semalam.

"Saya yang takut terkena peluru sesat, bergerak ke arah lain dan ketika mendengar laungan 'mati'.

Terkena tembakan

"Kejadian tersebut berlaku hampir jam 12 tengah malam dekat hotel Permai Park Inn. Saya tengok kejadian itu sampai selesai," kata Osman yang menjalankan perniagaan menjual kereta terpakai di Kuala Terengganu.

Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.

Osman juga menolak dakwaan anggota polis terbabit rebah atau terjatuh kerana ditolak oleh perusuh seperti yang dilaporkan media massa.

"Bohong jika orang kata anggota polis itu rebah," katanya.

Bagaimanapun, Osman berkata, dia tidak nampak orang kena tembak kerana cuaca gelap tetapi terdengar laungan `mati.'

Menurutnya, beliau juga tidak mendengar pemuda berkenaan cuba membuat provokasi kepada anggota polis terbabit.

Pecah cermin kereta

"Sebaliknya anggota polis itu yang memprovokasi pemuda berkenaan," katanya.

Osman mendakwa, beliau nampak anggota FRU yang berang bertindak memecah cermin kereta dan motosikal yang diletakkan di tepi jalan.

Beliau juga berkata ternampak trak FRU terlanggar pasu bunga di Jalan Sultan Mahmud ketika mengundurkan kenderaan secara membuta tuli.

Osman mendakwa, ada anggota polis yang membaling batu ke arah orang ramai semasa rusuhan itu berlaku.

Ditanya mengapa beliau tidak membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut, Osman berkata, tidak berbuat kerana bimbang ditangkap polis.

"Tetapi saya sanggup menjadi saksi, jika polis tidak menangkap saya," katanya.


Ketika dihubungi kemudiannya, Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaakub minta Osman tampil memberi keterangan kepada pihak polis.

“Kita mengalu-alukan kenyataan daripada saksi kejadian tersebut. Kita masih menyiasat (insiden tembakan itu)," katanya.

Sebelum ini, Ayub berkata, seorang anggota polis berusia 25 tahun telah melepaskan empat das tembakan ketika diserang oleh sekumpulan lelaki.

Katanya, anggota polis tersebut dipukul di bahagian matanya hingga berdarah dan rebah tetapi mereka terus memukulnya.

“Dia tidak ada pilihan, dia menggunakan tangan kirinya untuk menangkis pukulan dan tangan kanannya mencapai pistolnya. Kerana muka berlumuran darah, dia tidak dapat melihat dengan jelas," katanya.

Ayub berkata, anggota polis itu masih rebah dan sikunya di atas tanah ketika dia menembak ke udara dan dia sendiri tidak tahu yang ada orang yang terkena tembakan itu.


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA



Andai semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT adalah penawarnya
Dan jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBAT lah ubatnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya
Marhaban Ya Ramadhan, Mohon diberikan kekuatan Beramal....
Bertahajud Menyerikan Wajah
Bersyukur Membajai Barakah
Bermuhasabah Mencetus Hikmah
Bertawakal Membuahkan Pasrah
Bersaudara Menyemai Mahabbah
Berukhwah Kerana ALLAH


LAPORAN AUDIT 2006: TIADA UNSUR PENYELEWENGAN DI KELANTAN


KUALA LUMPUR: Pembelian 39 buah kenderaan, termasuk 13 kereta import, dengan kos berjumlah RM4.57 juta oleh Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dikenal pasti antara punca peningkatan defisit yang besar dalam perbelanjaan mengurus negeri itu pada tahun lepas.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, ini kerana pejabat itu pada asalnya telah diluluskan perolehan dan pembelian 11 buah pelbagai jenis kenderaan dengan bajet berjumlah RM1.29 juta.

"Bagaimanapun selepas akaun 2006 ditutup, pejabat ini telah melakukan perolehan dan pembelian sebanyak 39 buah kenderaan dengan jumlah RM4.57 juta.

"Antara pembelian itu adalah sebanyak sembilan buah kereta Mercedez Benz pelbagai model dengan kos RM2.27 juta dan empat buah Honda Accord berjumlah RM388,242," katanya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006.

Perkara ini telah dijelaskan oleh kerajaan Kelantan kepada umum tidak berapa lama dahulu. Isu ini tidak berbangkit lagi.

Apa yang penting ialah tidak ada penyelewengan dan penipuan dilaporkan oleh laporam audit ini tidak seperti laporan audit untuk kementerian-kementerian kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri lain.


NELAYAN DITIPU KERAJAAN NEGERI



MELAKA: Lebih 150 nelayan di Pantai Klebang, Klebang Besar, dekat sini mendakwa jumlah pampasan yang diterima berikutan kerja penambakan laut di kawasan berkenaan tidak sama dengan jumlah yang diperolehi nelayan di pantai berhampiran.

Mereka yang berkumpul beramai-ramai secara aman sejak 8 pagi semalam yang menjalankan kerja melanggai dan menyungkur udang dan geragau menerima pampasan RM300 ke RM1,200 seorang sedangkan nelayan di Limbongan menerima RM8,000 seorang.

Wakil nelayan itu, Rahmat Hamzah, 39, berkata pihaknya akan menghantar memorandum kepada kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian dan keadilan berhubung pemberian pampasan diterima nelayan di tempat lain terutama di Limbongan yang juga terjejas akibat penambakan laut.

Katanya, terdapat 189 nelayan di kawasan Klebang Besar dan mereka hanya menerima saguhati antara RM300 dan RM1,200 bulan lalu.

"Ini menimbulkan ketidak puasan hati nelayan kerana nelayan di Limbongan sebelum ini menerima pampasan RM8,000 seorang.

"Kerajaan menambak laut di kawasan kami mencari rezeki menyebabkan kami tidak dapat turun lagi ke laut untuk melanggai dan menyungkur udang," katanya.

Menurutnya, lebih 150 nelayan pantai menjalankan aktiviti ke laut sepenuh masa dan sejak dua bulan lalu, mereka gagal berbuat demikian berikutan kehadiran lumpur di tepi pantai akibat kerja penambakan berkenaan.

Katanya, nelayan pantai juga terpaksa ke tempat lain untuk melanggai dan menyungkur terutama di Pantai Puteri.

Beliau berkata, terdapat dua jenis nelayan yang menjalankan kegiatan utama di pesisir Pantai Klebang Besar iaitu nelayan pantai membabitkan 188 orang dan nelayan laut seramai 17 orang.

Nelayan pantai kebiasaannya akan menjalankan kegiatan melanggai udang di mana mampu memberi pulangan RM2,000 sebulan manakala kegiatan menyungkur udang geragau pula boleh menikmati pendapatan RM500 hingga RM1,000 setiap kali ke laut.

Rahmat berkata, kegiatan menyungkur geragau ini biasanya dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59