Wednesday, 12 September 2007

SELOKA POLIS


Ketua Polis Terengganu Pembohong,

Prebet Polis di Ipoh Peragut,

Ketua Polis Negara Perasuah a.k.a Pelindung Penjenayah

Siakap Senohong,Gelama Ikan Duri, Mula Berbohong, Lama-lama jadi pencuri

baik tukar BUKIT AMAN kepada BUKIT JUDI,BUKIT ZINA,BUKIT JENAYAH


Ketua Polis Terengganu Pembohong,

Polis di teganu penembak orang awam

Prebet Polis di Ipoh Peragut,

Pegawai Polis di shah alam, Pengebom C4

Polis trafik di highway, jalan pengugut dan penerima rasuah.

polis di negeri sembilan peng "karate" refere karate.

Ketua Polis Negara Perasuah a.k.a Pelindung Penjenayah

Siakap Senohong,Gelama Ikan Duri, Mula Berbohong, Lama-lama jadi pencuri


Oleh rakyatmalaysia


AHLI PARLIMEN BN 'BENGONG'


Isu besar yang sepatutnya ditangani oleh kerajaan bukannya isu bakar bendera tetapi isu nyawa terancam apabila Polis menembak rakyat.

Itulah komen Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Nazry Ariffin apabila diajukan soalan tentang laporan media tentang suasana Dewan Rakyat semalam kecoh apabila penyokong Barisan Nasional (BN) dan pembangkang 'bertegang urat' mengenai kejadian rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Sabtu lalu dan meminta kerajaan bertindak tegas terhadap dalang yang membakar Jalur Gemilang, termasuk mengusir mereka dari negara ini.

Sejak Isnin lalu, isu rusuhan tidak pernah lekang daripada mulut Ahli Parlimen yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap piha yang mencetuskan huru-hara dan berani melanggar undang-undang.

Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) yang diberi kesempatan membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2008, membangkitkan isu berkenaan dan menyifatkan pihak yang terbabit sebagai penderhaka tanah air kerana membakar panji negara.

"Ini bukan perkara main-main, ini dosa besar menderhaka kepada negara... tidak kira parti politik mana, pihak berkuasa tidak boleh berdiam diri dan berkompromi," katanya.

Nazri berkata kata-kata Raja Ahmad itu jelas menunjukkan bahawa Ahli Parlimen itu tidak peka kepada kedaulatan nyawa manusia dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak Polis. Mereka sengaja cuba berselindung dengan isu bakar bendera. Sedangkan siapa sebenarnya yang melakukannya masih tidak dapat dipastikan.

Banyak pihak menyifatkan kejadian bakar bendera tersebut merupakan lakonan yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk memburukkan nama PAS dan pembangkang.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59