Monday, 27 August 2007

UNDANG-UNDANG SYARIAH PATUT GANTIKAN COMMON LAW - FAIRUZ



Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan supaya undang-undang syariah menggantikan common law Inggeris.

Ketua hakim negara juga percaya bahawa seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 perlu dipinda kerana ia memberi laluan kepada undang-undang Inggeris, kesaksamaan dan statut ke dalam undang-undang Malaysia.

Ahmad Fairuz dilaporkan berkata seksyen 3 akta berkenaan memberi laluan kepada mahkamah negara ini untuk mengetepikan Common Law Inggeris, jika terdapat undang-undang tempatan.

Sebaliknya, kata Ketua Hakim Negara itu, mungkin sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.

Sumber Malaysiakini


CEKAP BETUL AGENSI KERAJAAN ISLAM HADHARI, ELAUN PUN TERSILAP BAYAR?



Pengerusi GERAK, Ezam Mohd Nor hari ini mendedahkan bagaimana seorang bekas jurulatih Majlis Sukan Negara (MSN) dibayar elaun walaupun kontraknya telah ditamatkan.

Beliau merupakan bekas jurulatih gimnastik MSN ternyata terkejut dengan kesilapan tersebut.

Walaupun telah berhenti berkhidmat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) pada akhir 2005, tetapi MSN masih terus membayar elaun bulanan kepadanya sehingga Disember tahun lalu.

Bekas Jurulatih tersebut, Yap Yee Yin, 21, berkata MSN telah memasukkan bayaran elaun tersebut ke dalam akaun banknya selama 14 bulan yang berjumlah RM18,000.

Katanya, MSN membayar elaun tersebut sebanyak RM1,300 sebulan, dari bulan Oktober 2005 hingga Disember lalu, walaupun beliau tidak lagi mempunyai sebarang kontrak dengan majlis tersebut.

Yap juga mendakwa separuh daripada wang tersebut perlu diberikan kepada seorang individu yang menurutnya menjadi pengantara dengan MSN bagi membolehkan elaun tersebut dibayar kepadanya.

Beliau merupakan bekas ahli gimnastik negara yang bersara selepas Sukan SEA 2003 di Chieng Mai dan selepas itu dilantik menjadi jurulatih MSN mulai Oktober 2004 dengan kontrak selama setahun, dengan bayaran elaun RM1,150 sebulan.

Selepas tamat kontrak tersebut pada September 2005, Yap berkata, MSN telah menawarkan kepadanya kontrak baru dengan bayaran RM1,300 sebulan, tetapi beliau menolaknya.

"Saya tidak tahu mengenai bayaran tersebut dibuat sehinggalah saya memeriksa akaun bank saya pada bulan Mac tahun lalu setelah mendapat panggilan dari seorang lelaki yang dikenalinya yang berusia 30 tahun.

Lelaki minta separuh

"Lelaki tersebut meminta saya memberi separuh daripada bayaran elaun itu kepadanya tetapi saya enggan berbuat demikian.

"Saya sudah beberapa kali menghubungi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya menghentikan bayaran elaun tersebut, tetapi tiada sebarang maklumbalas.

"Manakala pegawai MSN pula berkata ia masalah teknikal dan ini menyebabkan bayaran terus dibayar ke dalam akaun saya," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu beliau menghantar memorandum mengenai perkara tersebut kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang diterima oleh setiausaha akhbarnya, Shahjehan Abdul Waheed.

Yap diiringi oleh Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Ezam Mohd Noor.

"Baru-baru ini lelaki tersebut menelefon saya memberitahu supaya memulangkan membayar elaun tersebut kepada MSN atas alasan telah berlaku kesilapan teknik,” katanya.

Yap mendakwa, lelaki itu berbuat demikian kerana beliau enggan menyerahkan separuh daripada bayaran elaun itu seperti yang dimintanya.

Usaha terancang?

Yap berkata, wang RM18,000 itu masih ada dalam simpanannya dan akan memulangkannya semula kepada MSN.

Ditanya sama ada beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu, Yap berkata, beliau belum lagi bercadang berbuat demikian.

Sementara itu, Ezam mendakwa, pembayaran elaun kepada Yap itu bukan disebabkan oleh kesilapan teknikal.

Sebaliknya, beliau mendakwa, ia merupakan usaha terancang pihak tertentu untuk menyeleweng wang gaji MSN.

Katanya, jelas terdapat unsur negatif yang menggugat kewibawaan badan sukan terpenting negara itu.

Untuk itu, Ezam berkata, sebuah badan siasatan menyeluruh harus ditubuhkan untuk menghadapi kepincangan seumpama itu.

Sumber Malaysiakini


NISA MELAKA ANJURKAN JAMBORI PADA 1 SEPT. SEMUA REMAJA PEREMPUAN DIJEMPUT HADIR


Nisa' Melaka akan mengadakan Jambori Nisa' bermula 1 sept hingga 2 sept 2007. Bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm Sg Udang. Bayaran RM 55.00. Sehubungan itu Nisa' Melaka mengalu-alukan penyertaan semua remaja perempuan yang berumur 12 hingga 18 tahun untuk turut serta dalam jambori ini.

Pelbagai program yang menarik telah diaturkan. Antaranya adalah pengisian1 - Manisnya menjadi gadis suci yang akan disampaikan oleh Dr Maimunah, Dr Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Melaka. Pengisian 2 - My Heart akan disampaikan oleh Ustaz Akhwan Affandi dan Pengisian 3 - Milik Siapakah Gadis Ini yang akan disampaikan oleh En Abd Razak Hassan.

Selain itu Peserta akan di uji ketahanan mental fizikal dan mental mereka dalam outdoor games- Berakit dan Berhalangan. Burung Hantu- merupakan satu slot menguji kekuatan jiwa peserta untuk berhadapan dengan situasi yang mencabar. Slot Mai Skodeng akan memaparkan masalah sosial yang melanda remaja pada masa ini serta beberapa pengakuan remaja yang telah insaf.

Nisa' Melaka mengharapkan Program ini akan mendapat sambutan daripada semua remaja dan sokongan daripada semua ibubapa. Mudah-mudahan sokongan daripada anda akan memberikan kekuatan kepada Nisa' Melaka untuk mengaturkan pelbagai program pada masa-masa akan datang sebagai alternatif kepada berbagai program yang melalaikan remaja hari ini.

Akhirnya kepada ANDA yang telah terbaca ruangan ini harap dapat sebarkan kepada mereka yang terdekat dengan ANDA untuk sama-sama menyertai program ini.

Maklumat lanjut Sila hubungi:
016 6324716 Rogayah
03 6804802 Rohani
013 6674588 Mahani


PEMIMPIN UMNO BERBALAH TENTANG TEMPAT KELAHIRAN UMNO, PERJUANGAN UMNO TERSASAR JAUH TIDAK DIHIRAUKAN


Sehari dua ni riuh rendah pasal tempat kelahiran Umno. Khir Toyo kata Umno diberanakkan di Selangor. Shahrir Samad dan orang Johor kata lahir di Johor.

Itu yang jadi polemik pemimpin Umno. Tetapi perjuangan Umno sudah jauh tersasar dari perjuangan Umno tidak diendahkan.

Bahkan mereka sepatutnya sedar bahawa Umno yang lahir 61 tahun lalu itu, sebenarnya sudah menjadi arwah pada tahun 1987. Umno yang ada hari ini adalah Umno baru yang dasar perjuangannya juga sudah berubah kepada perjuangan untuk memuaskan 'nafsu perut dan bawah perut'.

Apa yang difikirkan oleh pemimpin Umno yang ada sekarang hanyalah bagaimana untuk mendapat habuan keduniaan semata-mata. Orang Melayu 'nak mampus' ke, nak tergolek ke tidak menjadi hal bagi mereka.

Media hari ini melaporkan dakwaan orang-orang Johor bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo keliru dengan fakta sejarah apabila mengeluarkan kenyataan mendakwa UMNO ditubuhkan di Kuala Lumpur dan bukannya di Johor.

Setiausaha Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Wilayah Persekutuan dan Selangor, Lizah Ahmad menegaskan, Mohamad Khir dan semua pihak perlu menerima fakta bahawa UMNO ditubuhkan di Istana Besar, Johor Baharu semasa Kongres Melayu Kedua pada 11 Mei 1946.

Menurutnya, ketika kongres itu, Datuk Onn Jaafar telah membentangkan Rang Surat Tauliah Pertubuhan UMNO yang diluluskan oleh wakil-wakil 29 persatuan dan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua parti itu yang pertama.


KES ZAKARIA DEROS : SEPATUTNYA PAK LAH MINTA ZAKARIA UNDUR BUKAN SETAKAT MENGAKU TAK CAMPUR TANGAN


Jika Perdana Menteri seorang yang bermaruah sudah tentu dari awal lagi beliau meminta Adun Pelaburan Kelang, Zakaria Deros meletakkan jawatan, bukan setakat mengaku tidak campur tangan dalam perbicaraannya.

Tetapi oleh kerana PM sendiri memang tidak bermaruah maka itu sahajalah pengakuan yang dibuat. Namun tindakan untuk membersihkan kerajaan negeri tidak dilaksanakan.

Kalau di Jepun bukan setakat sudah di dakwa di Mahkamah, ada ura-ura pun mereka sudah meletakkan jawatan atau bercuti.

Media hari ini melaporkan bahawa Imam Al Hadhari berkata, beliau tidak campur tangan dalam keputusan menggugurkan 13 pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros di Mahkamah Majistret Klang, kelmarin.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59