Tuesday, 14 August 2007

REMAJA 14 TAHUN DIROGOL TEMAN LELAKI SEBAYA DENGANNYA



Ini satu lagi kisah kebejatan sosial yang dilakukan oleh remaja di didik oleh sisyem Islam Hadhari. Sudah sampai masanya kerajaan Islam Hadhari yang memerintah hari ini ditukarkan dengan kerajaan baru.

Media hari ini melaporkan bahawa seorang gadis berusia 14 tahun menjadi mangsa nafsu serakah teman lelaki sebayanya selepas diperdaya remaja terbabit kononnya takut menunggang motosikal berseorangan untuk ke rumah kakak angkatnya di persiaran Hamzah Alang, Kapar, kelmarin.

Gadis tingkatan dua itu dikatakan mengenali remaja terbabit kira-kira tujuh bulan lalu dan setuju untuk ke rumah kakak angkat suspek sebelum bermalam di sana.

Bagaimanapun, pasangan terbabit mengambil kesempatan untuk melakukan hubungan seks tanpa diketahui kakak angkat remaja lelaki terbabit.

Begitulah rentetan kisah 'produk' Islam Hadhari yang membuat durjana di usia muda. Semuanya jelas menunjukkan sistem pendidikan Islam Hadhari gagal melahirkan manusia yang beriman dan beramal soleh. Apatah lagi dengan dasar Islam Hadhari yang mengagung-agungkan pembangunan kebendaan sehingga mengenepikan pembangunan manusia menyebabkan modal insan yang dihasilkan mungkin cemerlang dari segi keduniaan tetapi jahil dari segi ukhrawi.


LEBIH BAIK RAJA NAZRIN JADI PM?


Dari titah dan saranannya adalah diyakini Raja Nazrin lebih berkeupayaan dan lebih telus jika menjadi PM dari PM yang ada sekarang. PM sekarang hanya pandai bercakap untuk membenteras rasuah tetapi pelaksanaannya jauh sekali. Malah kepimpinannya terus dipersoalkan dengan masalah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Indeks rasuah negara merudum, projek kerajaan dibolot oleh kroni dan suku-sakat orang tertentu, projek kerajaan banyak yang bermasalah, SPR, BPR, PDRM dan lain-lain semakin bermasalah dan tidak diperbaiki dan banyak lagi yang tidak sempat ditulis di sini.

Beliau juga seringkali 'terlepas pandang' melantik individu yang mempunyai kontroversi untuk memegang jawatan penting.

Semalam Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menyarankan kerajaan meningkatkan usaha menghapus kerenah birokrasi bagi mengelakkan rasuah di kalangan kakitangan awam.

Menurut baginda, peraturan, permit dan lesen yang diperlukan bagi sesuatu kegiatan perlu dikurangkan kerana prosedur yang terlalu berbelit-belit boleh membuka peluang bagi penjawat awam menuntut bayaran yang tidak sepatutnya.

“Penggunaan internet, sebagai contoh, menggalakkan keterbukaan dan ketelusan bagi semua permit dan lesen. Proses tender juga mestilah dibuat lebih kompetitif dan telus.

“Pemberi maklumat atau mereka yang tampil sebagai saksi dalam kes-kes rasuah pula mestilah diberi perlindungan sebagai satu cara untuk membanteras aktiviti itu,” titah baginda ketika memberi ucaptama di persidangan antarabangsa bertema Cabaran-cabaran Pendemokrasian dan Tadbir Urus Baik dalam Sektor Awam Malaysia.

Kerajaan, ujarnya, juga perlu memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dengan mudah supaya mereka tidak bergantung kepada sumber-sumber tidak tepat dan bohong kerana sumber yang demikian boleh melekakan mereka dengan perkara-perkara remeh.

Raja Nazrin berkata, tadbir urus yang baik juga menuntut akauntabiliti yang tinggi di pihak mereka yang memegang kuasa.

Menurut baginda, sementara golongan ini perlu diberikan kuasa bagi membolehkan mereka mengurus negara, mekanisme yang efektif perlu bagi mengekang mereka daripada menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi atau golongan tertentu, mengatasi kepentingan ramai.

“Tadbir urus yang baik memerlukan pembabitan orang awam. Rakyat hari ini lebih terpelajar, jadi mereka menuntut yang lebih baik daripada kerajaan, tetapi semakin kurang mempercayainya.

“Mereka mahu mengambil bahagian dalam penentuan dasar dan hanya berminat pada sesuatu keputusan daripada mematuhi peraturan,” tambahnya lagi.

Antara ciri-ciri penting yang perlu wujud dalam pentadbiran yang baik, kata baginda, ialah segala tindak-tanduk kerajaan mestilah sentiasa berlandaskan undang-undang.

Menurut baginda, tidak ada sebarang keputusan di pihak kerajaan yang boleh dijustifikasikan dengan melakukan sesuatu yang melanggari undang-undang negara, atau tindakan-tindakan yang walaupun sah, tetapi boleh dipersoalkan.

“Lebih dari itu, pentadbiran yang baik tidak sekali-kali akan menerima perlakuan yang tidak berprinsip, tidak bermoral dan tidak beretika. Ia tidak boleh wujud tanpa integiriti di kalangan pentadbir,” ujarnya.


PEMUDA UMNO HULUBALANG 'KERIS TUMPUL'



Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyaran penubuhan kumpulan 'pemuda hulubalang' yang bertanggungjawab khusus mempertahankan Umno daripada tohmahan negatif dan memperjelaskan dasar kerajaan di peringkat akar umbi.

Kita hendak cadangkan namanya ditambah di hujung iaitu Pemuda Umno Hulubalang Keris Tumpul kerana Pemuda Umno sekadar menjadi 'YES MAN'. Semua yang dikata oleh pemimpin betul belaka 'Yes Tuan' langsung tidak berani bersuara.

Selain itu Pemuda Umno langsung tidak berani mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu, Politik Melayu dan sebagainya. Ambil sahaja contoh senang bagaimana Pemuda Umno sekadar menjadi Pak Turut bila Mahathir menukar dasar pembelajaran Sains dan Matematik kepada Bahasa Inggeris. Kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang langsung tidak berani disentuh oleh Pemuda Umno sedangkan Umno adalah parti yang mempunyai kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang.

Banyak lagi kalau hendak ditulis 'ketumpulan' Pemuda Umno. Tak cukup satu hari satu malam nak tulis.

Jadi kita menyarankan gelaran yang sesuai dengan mereka ialah Pemuda Hulubalang Keris Tumpul.

Lagi pun sekarang orang dah pakai keris untuk berperang Umno masig guna keris alamat habis semua mati katak lah kalau ikut stail Umno.


NAJIB CUTI 2 MINGGU. TENANGKAN FIKIRAN KE?



Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak bercuti selama dua minggu bermula semalam.

Setiausaha Akhbarnya, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad berkata dalam tempoh itu Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan berada di luar negara.

"Datuk Seri Najib dan Datin Seri telah berlepas ke luar negara dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pada jam 10 pagi semalam," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, tarikh muktamad kepulangan Najib ke tanahair akan dimaklumkan kemudian.

NAMPAKNYA BER'SHOPPING' SAKAN ROSMAH KALI INI. TAK TAU BERAPA BUAH KERETA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MEMBAWA BARANG ROSMAH. MUNGKIN KALI INI PAKAI TRELER PULAK KOT?

TENANGKAN FIKIRAN ATAU MERANCANG STRATEGI BARU? ELOK JUGA KALAU NAJIB FIKIRKAN SEMASAK-MASAKNYA UNTUK LETAK JAWATAN SEBAB KREDIBILITINYA TERJEJAS TERUK DENGAN DAKWAAN BELIAU TERLIBAT DENGAN KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA DAN KEGAGALANNYA MENANGANI ISU HELIKOPTER NURI.

ITU BELUM DIAMBIL KIRA ISU-ISU LAMA YANG MELIBATKAN NAJIB. SEMUA ORANG TAHU ......??????


KEMALANGAN BAS EKSPRES SIAPA YANG SALAH?



Kemalangan Bas Ekspress Super semalam merupakan kemalangan jalanraya terburuk di catatkan setakat ini.

Apa yang dimusykilkan ialah mengapa pihak berkuasa tidak bertindak ke atas pemandu bas tersebut yang mempunyai 15 saman termasuk dua waran tangkap.Adakah selepas kejadian buruk seperti ini berlaku barulah hendak bertindak?

Lebih buruk lagi, bas Super Express itu yang digunakan sejak 1987 dan gagal empat kali pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima tahun lalu.

Siapa yang salah? Yang jelas rekod pemandu yang buruk serta rekod pemeriksaan bas yang juga mempunyai banyak masalah menggambarkan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan kemalanagan ini berlaku.

Pertama, kemungkinan pemandunya yang cuai dan memandu dengan tidak mengikut peraturan (rekod pemandu yang buruk) atau juga keadaan bas yang teruk (seperti rekod di atas). Malah umur bas yang menjangkau 20 tahun juga boleh dipersoalkan (Nuri lagi teruk 39 tahun).

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mendesak Kementerian Pengangkutan dan PDRM menyiasat kes ini dengan terperinci kerana ditakuti ada unsur-unsur rasuah/penyelewengan dengan pemeriksaan PUSPAKOM serta mengapa PDRM tidak bertindak serius memburu pemandu yang mempunyai 2 waran tangkap ini. Adakah pemandu ini 'kebal' atau sememangnya PDRM cuai dalam menjalankan tugas.


Laporan media hari ini.

Seramai 20 orang maut, lapan cedera parah manakala seorang cedera ringan apabila bas ekspres berusia 20 tahun yang mereka naiki terhumban ke parit sedalam lima meter di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.28 pagi yang disifatkan sebagai nahas jalan raya terburuk itu, 19 mangsa termasuk 13 lelaki dan sepasang suami isteri berasal dari Indonesia mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah, meninggal dunia di Hospital Taiping (HT) pukul 5 petang ini.

Bas membawa 29 penumpang itu dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Butterworth, Pulau Pinang.

Nahas ngeri dua kilometer dari Hentian Sebelah Bukit Gantang arah utara dan lima kilometer sebelum Plaza Tol Changkat Jering itu turut membunuh pemandu bas.

Sehingga malam ini, 19 daripada 20 mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti identiti mereka termasuk pemandu bas, Rohizan Abu Bakar, 38, berasal dari Kulim, Kedah.

Penumpang yang maut ialah H. Abu Bakar dan isterinya, Sri Asiah, 32, dari Medan Timur, Indonesia; Krishnan a/l Thirumalai, 46, dari Kuala Ketil, Kedah; Sundram Prya Sam, 31, (Tanah Merah, Jitra, Kedah); Fadliz Ahmad, 22, (Jasin, Melaka); Josli Arshad, 39, (Jambatan Duyong, Melaka).

Mangsa lain Nazri Noordin, 35, (Ayer Hitam, Pulau Pinang); Pang Tee Min, 58, (Jalan Ong Kim Wee, Melaka); Mohd. Yazid Md. Yusoh, 23, (Jasin, Melaka); Md. Basri (Merlimau, Melaka), Kamis Said, 62, dan isterinya, Zaiton Majid, 56, (Masjid Tanah, Melaka).

Turut terkorban ialah Nursaarul Miza Khairi, 27, (Sungai Petani, Kedah); Siti Sophiya Ismail, 23, (Alor Setar, Kedah); Teoh Kee Song, 34, dan isterinya, Cheng Chun Joo dari Padang Temusu, Kedah serta Zuliyani Buang, 25, dari Tanjong Keling, Melaka.

Mangsa yang meninggal dunia di HT petang ini ialah seorang penumpang, Shahril Afendi, 22, dari Alor Star, Kedah.

Lapan penumpang yang parah ialah pemandu kedua, P. Veeraman, 36, dari Sepang, Selangor, dua warga Vietnam yang bekerja di kilang Eastern Asia Industry Sdn. Bhd. di Pulau Pinang iaitu Quang Ngoi Hung dan Ngu Yeh Hui Vinh, 27.

Turut parah ialah Mohd. Fauzi Hassan, 27, dari Sabah, Zurina Rashid, 23, (Kuala Kedah, Kedah); Mohd. Zahidi Che Ahmad, 22, (Kelawang, Langkawi); Siew Ken Meng, 21, dari Melaka dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang belum dikenal pasti identitinya.

Seorang lagi penumpang, Chatrapati Eyam, 24, iaitu warga Nepal pekerja kilang perabot di Nibong Tebal, Pulau Pinang dibenarkan hanya menerima rawatan pesakit luar.

Dalam kemalangan pagi ini, bas yang menuruni bukit itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di kiri lebuh raya sebelum terbalik dan terhempas ke atas seketul batu besar lalu terhumban ke parit di tepi jalan.

Ini menyebabkan bas itu remuk teruk dengan bumbung dan tempat letak barangnya tercabut.

Insiden itu mengakibatkan penumpang terperosok dan banyak mangsa tidak dapat diselamatkan kerana keadaan mereka yang jatuh bertindih antara satu sama lain.

Kebanyakan mereka dipercayai mati kerana kecederaan parah di kepala dan dada ekoran hentakan kuat ketika bas terhempas ke batu.

Seramai 40 anggota bomba dan penyelamat mengambil masa hampir tiga jam mengeluarkan mangsa.

Kerja-kerja menyelamat hanya selesai kira-kira pukul 10 pagi.

Jumlah mayat terlalu banyak menyebabkan Unit Forensik HT kekurangan kakitangan menjalankan bedah siasat dan terpaksa meminta bantuan pegawai forensik hospital berhampiran termasuk Ipoh, Parit Buntar dan Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak menegaskan, pihaknya akan menyiasat punca kemalangan sama ada disebabkan kecuaian manusia atau masalah teknikal bas.

“Tiada kesan perlanggaran di tempat kejadian tetapi jalan di situ agak menurun, mungkin bas terhumban masuk ke parit semasa menuruni bukit.

“Kenderaan ini mungkin remuk teruk sehingga tercabut bumbung dan tempat simpan barang di atasnya selepas terhentak kuat pada batu besar dalam parit itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, ekoran nahas tersebut, kementerian menubuhkan pasukan penyiasat melibatkan pegawai Institut Keselamatan Jalan Raya (Myros), JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

“Berdasarkan rekod juga, kita dapati bas terlibat sudah berusia 20 tahun, kali terakhir membuat pemeriksaan Puspakom ialah pada Mei lalu dan patut diperiksa semula pada November ini.

“Kita juga siasat sama ada kemalangan itu berpunca daripada struktur jalan raya, pengurusan bas dan keadaan bas itu sendiri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HT di sini, hari ini.

Bas Super Express itu milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Berhad.

Turut hadir Ketua Trafik Persekutuan, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Taib.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59