Monday, 13 August 2007

KAKAK DURJANA



TAIPING: Kakak durjana! Tergamak seorang kakak membantu rakan lelaki merogol adik kandung sendiri. Tetapi itulah realiti yang berlaku di zaman Islam Hadhari yang caca marba ini. Tindakan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dipercayai bersubahat dengan seorang lelaki yang merogol adiknya ini berlaku di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, dekat sini.

Berikutan itu, polis memburu seorang lelaki berusia 20-an selepas menahan kakak mangsa pada hari sama kejadian rogol itu berlaku dan direman seminggu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata kejadian berlaku ketika mangsa, pelajar berusia 17 tahun, sedang berbasikal dari rumahnya ke sekolah kira-kira jam 6 pagi pada 6 Ogos lalu.

Katanya, ketika dalam perjalanan, mangsa bertemu kakaknya yang datang bersama seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal dipercayai dari bandar Taiping.

“Si kakak meminta wang daripada adiknya tetapi apabila mangsa memberitahu dia tiada wang, kakaknya menampar dan menolaknya sehingga jatuh.

“Lelaki yang datang bersama kakaknya kemudian menarik pelajar itu ke dalam semak dan merogolnya sebelum meninggalkan gadis itu dan melarikan diri bersama kakaknya menaiki sebuah motosikal.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Kurau. Polis menahan kakak mangsa pada hari kejadian dan kini direman selama seminggu,” katanya.

Raja Musa berkata, siasatan lanjut masih dilakukan dan polis sedang memburu lelaki yang merogol pelajar itu.

Berikutan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin dan melaporkan kepada polis jika melihat individu mencurigakan di tempat mereka.

“Maklumat orang awam penting dalam membantu polis menyelesaikan kes jenayah Mereka yang mempunyai sebarang aduan atau laporan diminta segera ke balai polis berdekatan,” katanya.

Zaman Islam Hadhari ini ada ayah tak kenal anak, anak tak kenal ibu, cucu tak kenal nenek atau kakak tak kenal adik apa nak jadi.

Namun kerajaan Islam Hadhari terus menyepi diri tidak mahu mengambil tindakan drastik membasmi masalah sosial yang kronik ini.


CUKAI PENDAPATAN DIKURANGKAN PADA BAJET 2008


Bajet 2008 yang dijadual dibentangkan pada 7 September ini dijangka mencadangkan pelbagai insentif fiskal dan bukan fiskal, termasuk pengurangan ke atas kadar cukai individu.
Ini merupakan satu lagi langkah untuk mengabui mata rakyat demi untuk mendapatkan undi. BN akan menggunakan apa sahaja untuk tujuan mendapatkan sokongan rakyat.

Berhati-hatilah wahai sekelian rakyat jelata


BN CAKAP TAK SERUPA BIKIN


BN sentiasa tunaikan janji pilihan raya itulah tajuk dalam suratkhabar Utusan Meloya hari ini. Biasalah surat khabar Utusan memang terkenal kaki ampu dan bodek kerajaan sebab sememangnya ia surat khabar milik Umno.

Tetapi hakikatnya BN hanya pandai berjanji. Banyak janjinya hanyalah menanam tebu di bibir mulut.

Masih ingatkah kita tentang janji Imam Hadhari untuk membenteras rasuah. Tetapi malangnya rasuah terus meningkat. Indeks rasuah negara juga terus merudum.

Begitu juga janji BN untuk membela rakyat. Hakikatnya rakyat bukan dibela tetapi di bala oleh BN dengan kenaikan harga minyak, harga minyak dan berbagai lagi. Rakyat juga terus 'dibala' dengan Akta ISA, OSA, AUKU dan lain-lain yang digunakan untuk mengekalkan kuasa BN.

Malah BN berjanji untuk memberikan kesejahteraan kepada semua hamba rakyat malangnya masih ada rakyat yang tidak menikmati elektrik dan jalar tar.

Semuanya omong kosong sahaja.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59