Saturday, 4 August 2007

NASIB DAH DEKAT PILIHANRAYA


MELAKA: "Nasib dah dekat pilihanraya, kalau tidak jangan harap nelayan tu dapat bayaran pampasan tu" kata Setiausaha Lajnah Penerangan Negeri Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh ketika di tanya tentang berita nelayan Pantai Klebang akan diberi pampasan setelah 2 tahun menunggu.

Media hari ini melaporkan bahawa penantian selama dua tahun seramai 147 nelayan tradisional di Klebang Kecil dan Pokok Mangga, dekat sini, untuk mendapatkan bayaran pampasan daripada kerajaan negeri bakal berakhir Selasa ini.

Ini kerana mereka akan menerima pampasan yang akan disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Auditorium Seri Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menuntut Pampasan Nelayan, Mohd Yusof Hassan, berkata pihaknya sudah menerima surat bagi pembayaran pampasan itu.

Ustaz Khirul berkata, kerajaan Islam Hadhari yang hanya pandai berjanji tetapi jarang menepatinya. Bila rakyat mula membantah mereka buat janji lagi.

"Bila dah dekat pilihanraya barulah mereka kotakan janji" kata beliau.

Nelayan Klebang Kecil dan Pokok Mangga perlu sedar bahawa kerajaan negeri sebenarnya hanya mempermainkan mereka apabila menunggu sehingga 2 tahun baru membayar pampasan tersebut.

Blog ini beberapa bulan lalu mendedahkan kelemahan kerajaan negeri dalam masalah ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59