Tuesday, 31 July 2007

ISU KUIL HINDU : AKTIVIS PKR DITANGKAP HALANG PEROBOHAN KUIL



Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, A Jayathas ditahan Polis wkerana dikatakan menghalang operasi merobohkan Kuil Hindu di Tambak Paya semalam.

Kejadian itu berlaku apabila Jayathas meminta pihak berkuasa menunjukkan waran yang membolehkan MBMB merobohkan kuil tersebut.

Jayathas digari ketika dibawa ke Balai Polis Titi Dua kira-kira jam 11 pagi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah untuk diambil kenyataan sebelum dibebaskan kira-kira jam 1. 30 tengah hari tadi.

"Saya membantah kerana MBMB tidak membawa sebarang notis yang membenarkan mereka merobohkan kuil tersebut.

"Mereka cuma membawa notis lama yang dikeluarkan oleh MBMB tetapi pemilik kuil masih menunggu surat rayuan yang dihantar kepada MBMB dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang belum dijawab," katanya kepada malaysiakini.

Jayathas berkata, ketika operasi mahu dijalankan, beliau telah meletakkan sebuah van miliknya di depan pintu masuk ke kuil berkenaan bagi menghalang jentolak merobohkan kuil tersebut.

Beliau juga mendakwa, anggota polis telah menolak beliau sehingga terjatuh sebelum digari dan dibawa ke Balai Polis Titi Dua.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah melancarkan operasi merobohkan kuil Sri Periachaman di Kampung Tambak Paya di Melaka kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sebelum ini, penduduk beragama Islam di kampung tersebut membantah pembesaran kuil berkenaan kerana sudah ada dua kuil di kampung itu.

Ekoran bantahan tersebut MBMB telah mengeluarkan dua notis kepada penjaga kuil tersebut supaya merobohkannya.

Operasi yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu membabitkan 50 anggota MBMD, 100 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 20 pekerja syarikat Southern Waste Management (SWM).

Mereka mengambil masa kira-kira 40 minit untuk merobohkan kuil tersebut.


KORIDOR UTARA : SATU LAGI PROJEK MENGKAYAKAN KRONI?


ALOR STAR – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam melancarkan rangka tindakan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) yang melibatkan anggaran pelaburan kira-kira RM177 bilion mulai sekarang sehingga tahun 2025 iaitu rancangan pembangunan komprehensif yang menjanjikan masa depan cerah kepada lebih empat juta penduduk negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Perdana Menteri berkata, di bawah pembangunan Koridor Utara, keempat-empat negeri itu akan berganding bahu, berpadu tenaga, menyerlahkan kekuatan serta kelebihan ekonomi masing-masing untuk sama-sama membangunkan Koridor Utara.

Tetapi yang pasti projek seumpama ini sudah tentu akan mengkayakan kroni kerana dalam setiap projek kerajaan maka kroni-kroni merekalah yang akan dikurniakan projek dan kontrak. Sebab meman semua orang sedia maklum dasar kerajaan Islam Hadhari ialah membantu UMNOPUTERA bukan BUMIPUTERA.


APA SUDAH JADI DENGAN MAS



Penerbangan MAS lewat dan sering tertunda. Itulah fenomena yang melibatkan penerbangan MAS. Apa sudah jadi. Menteri Pengangkutan sila jawab. Kelewatan amat memalukan.

Menteri-menteri pun ramai yang terkandas. Ianya sudah tentu akan menjejaskan industri pelancongan negara.

Menteri Pengangkutan, Chan Kong Choy mestilah bertanggungjawab atas masalah ini.

Insiden kelewatan terbaru pesawat MAS ini berlaku selepas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin meminta pihak pengurusan MAS tidak memberikan ‘alasan lapuk’ seperti menghadapi masalah teknikal setiap kali pesawat syarikat itu mengalami kelewatan.

Kelmarin, Zainuddin bersama timbalannya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi terkandas selama lebih dua jam apabila pesawat MAS dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu lewat berlepas ke KLIA.

Pada 22 Julai lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim serta Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha gagal menghadiri Perhimpunan Tahunan MCA Sabah di Kota Kinabalu selepas jadual penerbangan pesawat MAS ke Kota Kinabalu ditunda.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59