Thursday, 26 July 2007

KERAJAAN LEBIH PEKA KEPADA MASALAH KEPENGGUNAAN DARI MASALAH JENAYAH DAN MAKSIAT DIKALANGAN PELAJAR


Sememangnya kerajaan Islam Hadhari tidak merasa bimbang dan susah hati dengan masalah maksiat dan jenayah yang dilakukan oleh pelajar. Sebab itu kerajaan dan menterinya tidak pernah mengeluarkan kenyataan susah hati dan risau dengan kadar jenayah dan gejala sosial yang semakin meningkat.

Hari ini media melaporkan bahawa subjek kepenggunaan akan diterapkan dalam silibus anak-anak kita. Tetapi tiada komen dan tindakan tentang jenayah dan maksiat.

Saban hari ada sahaja kesalahan jenayah dan maksiat dipaparkan didada akhbar. MENGAPA KERAJAAN TIDAK RISAU DAN BIMBANG? JAWAPAN AKAN DISIARKAN KEMUDIAN


REMAJA DI DAKWA DIROGOL PELAJAR : SISTEM TERUS GAGAL MEMBENTUK INSAN BERIMAN DAN BERTAQWA



MUAR: Sistem pendidikan Islam Hadhari terbukti gagal mendidik pelajar menjadi insan yang berilmu dan bertaqwa. Rentetan jenayah dan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh pelajar dewasa ini jelas membuktikan bahawa dakwaan di atas adalah benar.

Media hari ini memaparkan satu lagi jenayah yang dilakukan oleh pelajar. Lebih memilukan jenayah rogol ini dilakukan oleh pelajar yang baru berumur 14 tahun.

Media itu melaporkan bahawa pelajar perempuan tingkatan tiga telah dirogol oleh seorang lelaki dipercayai teman lelakinya dan empat pelajar lain di sebuah rumah di Sungai Abong, dekat sini, dua minggu lalu. Ianya dilakukan secara bergilir-gilir.

Mangsa yang berusia 15 tahun mendakwa dirogol empat pelajar tingkatan dua hingga empat yang belajar di sekolah sama dengannya.

Apabila kejadian berkenaan diketahui keluarga mangsa, remaja berkenaan membuat laporan polis mengenai kejadian rogol beramai-ramai itu, kelmarin.

Susulan laporan polis itu, sekumpulan empat lelaki yang berusia 14 hingga 17 tahun ditahan reman bermula kelmarin hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Difahamkan mangsa ke rumah seorang daripada empat lelaki yang ditahan reman itu dipercayai teman lelakinya.

Apabila sampai di rumah berkenaan teman lelakinya menghubungi tiga rakannya sebelum mangsa dirogol beramai-ramai.

Jurucakap polis mengesahkan laporan mengenai kejadian berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

INILAH BUKTIKAN KEGAGALAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI


ISU RAJA PETRA :SIASATAN PILIH BULU. LAPORAN UMNO 24 JAM DISIASAT LAPORAN PEMBANGKANG MASUK TONG SAMPAH


Polis hari ini menyoal siasat pemilik laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin ekoran laporan polis oleh Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib Isnin lepas yang mendakwanya menyiarkan komen sensitif dalam laman blog tersebut.

Pemilik laman blog berusia 57 tahun itu tiba di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini diiringi isterinya Marina Lee Abdullah, 51, dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Tian Chua, serta beberapa penyokong pada pukul 11 pagi. Sebelah petang Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa datang untuk berbual sekitar sejam dengan isterinya.

Bernama melaporkan bahawa Raja Petra kemudiannya diiringi seorang anggota polis dibawa masuk untuk memberi keterangan pada pukul 12.15 tengah hari.
Sehingga pukul 6 petang, beliau masih lagi disoal siasat.

Menurut Marina, suaminya menerima panggilan daripada seorang pegawai polis berpangkat "ASP" pada pukul 8 pagi meminta suaminya hadir untuk memberi keterangan.

Gambar ehsan agendadaily.com : Gambar atas wartawan BBC merakam gambar
Raja Petra Kamaruddin manakala dibawah seorang anggota polis
kelihatan membawa Raja Petra untuk di soal siasat.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan Raja Petra dipanggil untuk memberi keterangan berhubung artikelnya di dalam laman blog Malaysia Today pada 11 Julai lepas yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Raja Petra pernah dipanggil untuk memberi keterangan tahun lepas berhubung artikelnya dalam laman blog tersebut yang bermula sejak Ogos 2004.
Harakahdaily pula menyatakan bahawa ssu ini jelas menunjukkan semakin hari, BN semakin bimbang dengan kewujudan laman-laman blog yang diakui mampu menjejaskan imej mereka, hingga mengambil beberapa langkah untuk menyekat kebangkitan laman-laman blog yang mengkritik kepimpinan negara.

Bermula dengan tindakan saman yang dilakukan NSTP terhadap Ahiruddin Atan atau Rocky Bru; penahanan Setiausaha Kerja Yayasan Masa Depan, Nathaniel Tan; BN benar-benar bimbang ianya akan mempengaruhi keputusan pilihan raya umum, yang akan diadakan bila-bila masa.

Terbaru, Umno melalui Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis terhadap Malaysia-Today, yang dikatakan menerbitkan artikel kononnya menghina Yang diPertuan Agong, bertarikh 11 Julai lalu.

Pengendali blog berkenaan, Raja Petra Kamaruddin, bagaimanapun menegaskan beliau tidak menerbitkan sebarang artikel yang dikatakan menghina itu pada tarikh yang dinyatakan.

"Saya tidak menerbitkan artikel pada tarikh itu. Saya hanya terbitkan pada 8 dan 13 Julai. Lagipun, artikel saya bukanlah menghina Agong tetapi lebih kepada menyatakan bahawa kuasa Agong ini lebih luas daripada apa yang kita sedar," kata beliau ketika dihubungi Harakah sebelum ini.

Tindakan Umno itu dilihat sebagai terdesak, dengan mengambil keputusan membuat laporan polis, tanpa mengetahui kandungan sebenar artikel yang didakwa mereka menghina Agong.

Malah, beliau turut mendedahkan bahawa kebanyakan komen-komen yang diterbitkan di dalam blog tersebut dilakukan oleh pasukan yang dipilih Azalina Othman Said, yang menyamar dengan pelbagai identiti.

Ada di kalangan mereka, katanya, sengaja menghantar komen yang berbaur hasutan dan perkauman bagi menghangatkan ruangan forum bagi mendapatkan respon daripada pembaca.

"Saya tahu perkara ini. Dan ia disahkan oleh 'orang kita' yang berada di Pejabat Umno. Ada ketikanya, sehingga 4000 atau 5000 komen dimasukkan sehari. Saya akan 'delete' dan menyekat kemasukan komen tersebut, setakat yang saya mampu," tegas beliau.

Raja Petra turut memberi peringatan kepada pembaca laman web beliau agar tidak memberi respon kepada mana-mana komen yang berbaur hasutan atau perkauman.

Menyentuh soal kebimbangan BN dan Umno terhadap dunia siber ini, Raja Petra mengatakan budaya 'blogging' ini sememangnya mampu menjejaskan imej Umno.

"Jika perkara ini berterusan, ia akan berkesan masa pilihan raya. Mungkin tak sampai hilang kuasa, tapi BN sukar nak ulang prestasi seperti tahun 2004. Silap-silap, prestasi tahun 1999 akan berulang terhadap BN," kata beliau.

Justeru, Raja Petra mengingatkan para blogger tidak berundur serta tidak terpengaruh dengan budaya takut yang cuba dilakukan kerajaan. Jika para blogger tidak tunduk kepada tekanan tersebut, ia akan menggagalkan usaha kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

Tranungkite


BANJIR TERUS MELANDA DI BUKIT PIATU DAN DURIAN DAUN, TIADA TINDAKAN DIAMBIL



MELAKA : Kira-kira 60 keluarga di Kampung Durian Daun, dekat sini sudah lali dengan kejadian banjir kilat di kawasan mereka setiap kali hujan akibat sistem perparitan yang tidak sempurna dan longkang yang tidak dinaik taraf.

Penduduk mendakwa, masalah itu sudah berlarutan terlalu lama dan setiap kali hujan antara satu hingga tiga jam, air akan bertakung setinggi satu meter sehingga memasuki rumah mereka.

Seorang penduduk, Zinton Musa, 52, berkata keadaan kampung berkenaan setiap kali dinaiki banjir tidak ubah seperti pulau sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah penempatan penduduk dalam kawasan bandar.

Katanya, punca kejadian itu disebabkan longkang monsun sedia ada tidak dinaik taraf sedangkan longkang itu menerima air kumbahan dari kawasan berhampiran seperti Bukit Serindit, Musai, Taman Noorbar, Bukit Piatu dan beberapa kawasan lain sekitarnya. Apabila hujan, air melimpah dan memasuki rumah penduduk.

“Kami sudah tidak tahan dengan keadaan ini dan meminta pihak berkenaan terutama kerajaan negeri memandang serius dan mengambil berat masalah yang kami hadapi ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zinton berkata, adalah lebih baik kerajaan negeri memberi pampasan kepada penduduk yang terjejas supaya mereka dapat berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah itu.

“Dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, sudah empat kali kawasan kampung ini banjir kilat,” katanya.


Penduduk lain, Sham Md Yunos, 40, mendakwa, punca utama banjir kilat di kampung itu adalah masalah perparitan.

Katanya, pihak berkaitan sepatutnya menaik taraf longkang, bukan sekadar membina tembok di tepi longkang yang disiapkan kira-kira dua bulan lalu yang tidak mendatangkan apa-apa kesan bagi mengelak kejadian banjir kilat di kampung itu.

“Kawasan kami ini seperti dianaktirikan oleh sesetengah pihak kerana apa jua aduan yang dikemukakan penduduk langsung tidak mendapat layanan atau tindak balas.

“Adalah lebih baik peruntukan membina tembok tepi longkang ini digunakan untuk mengorek dan mendalamkan longkang berkenaan,” katanya.

Setiausaha Lajnah Penerangan Negeri Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh kesal kerana kerajaan negeri dan agensinya gagal mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini sehingga penduduk menderita sekian lama.

"Mana pergi slogan tradisi membela rakyat yang sekian lama diwar-warkan oleh kerajaan BN".

"Pemimpin hanya pandai berjanji sewaktu kempen pilihanraya tetapi seringkali tidak menunaikan janji mereka" tegas beliau.

BUKIT PIATU JUGA DILANDA BANJIR

Sementara itu lebih 50 penduduk di Lorong A, Kampung Bukit Piatu, tidak sanggup menanggung derita selepas setiap kali hujan lebat melanda kawasan mereka.

Ini kerana, banjir kilat pasti berlaku hingga menyebabkan barangan berharga seperti peralatan perabot, elektrik dan kenderaan rosak akibat terendam di dalam air.

Bukan itu saja, lumpur yang tinggal dalam rumah sejurus banjir surut menambah beban kerana untuk mencuci kekotoran itu akan memakan masa sehingga lima jam sebelum ia bersih.

Keadaan longkang yang kecil di sebuah kawasan tapak perumahan baru Bukit Piatu dikatakan menjadi penyumbang kepada berlakunya banjir kilat itu.

Ini kerana, longkang berkenaan tidak mampu menampung kapasiti air yang banyak dalam satu masa sekiranya hujan lebat melanda berjam-jam.

Seorang penduduk, Aim Othman, 70 pula berkata, masalah dihadapi dia sekeluarga bermula sejak hujung 2004 apabila kerja pembinaan taman terbabit mula dijalankan.

Katanya, ketiadaan sistem perparitan yang sempurna di sekitar kawasan perumahan terbabit secara tidak langsung menyebabkan masalah banjir di kampungnya.

“Pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) termasuk pemaju diharap dapat mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini.

“Kami tidak mahu ia berlaku lagi kerana ia membebankan kehidupan kami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Idrus, 44 berkata, hujan lebat sejak jam 2 pagi semalam menyebabkan dia sekeluarga kerugian hampir RM3,000 akibat kerosakan harta benda.

Katanya, kejadian seumpama itu adalah kali pertama dihadapinya sejak beberapa tahun mendiami kawasan berkenaan.

“Saya sekeluarga menjadi fobia dengan masalah ini kerana setiap kali hujan kami mengalihkan barang dan terpaksa membazir masa untuk membersihkan lumpur yang masuk ke dalam rumah.

Muhammad berkata, masalah itu sudah diajukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bachang, Datuk Chua Peng Song, namun sehingga kini tiada tindakan diambil. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga sudah meninjau masalah berkenaan tahun lalu. Tetapi hanya setakat meninjau sahaja tiada tindakan diambil.

Inilah akibatnya apabila rakyat memilih pemimpin yang hanya mementingkan diri dan langsung tidak memikirkan penderitaan rakyat. Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.


KEBAJIKAN RAKYAT DIBELA DI KELANTAN. NEGERI LAIN BAGAIMANA?


Seramai 60 pewaris kepada warga emas yang telah meninggal dunia dari kawasan Parlimen Pasir Puteh menerima pampasan Takaful Kifaalah semalam.

Setiap mereka menerima cek bernilai RM2,000. Sebelum itu pada hari kematian warga emas terbabit, pewaris tersebut menerima sebanyak RM500 bagi urusan pengkebumian.

Penolong Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Rosli Abdullah berkata, setakat ini seramai 1,550 warga emas yang dicarum di bawah skim tersebut menerima pampasan.

“Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta setahun untuk caruman takaful yang memberi banyak manfaat kepada golongan warga emas,” katanya pada program tersebut.

Menurutnya sejak skim itu dilancar Mac lalu sehingga kini seramai 96,512 warga emas sudah didaftar di bawah Kifaalah tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik.

Beliau berkata, keluarga pewaris dapat memanfaatkan wang pampasan yang diberi bagi membayar hutang si mati dan pelbagai keperluan lain.

Oleh itu katanya, sokongan semua pihak diperlukan bagi memastikan program kebajikan yang diperkenalkan kerajaan negeri itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Turut hadir pada majlis tersebut Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat, Penyelia Dun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim dan Penyelia Dun Selising, Drs Saipul Bahrin Mohammad.

Pada program itu juga diadakan jamuan pulut durian yang disumbangkan penghulu Bandar Pasir Puteh, Mat Alias Mat Jusoh. Selain itu turut diadakan cabutan nombor bertuah.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59