Monday, 23 July 2007

42,000 kerja kosong, lebih 93,000 cari kerja



KEPALA BATAS: Hampir 42,000 kekosongan pekerjaan direkodkan oleh Jabatan Tenaga Kerja antara Januari hingga 16 Julai lepas, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn.

Beliau berkata jabatan itu juga merekodkan seramai 93,068 orang mendaftar untuk mencari kerja dalam tempoh yang sama.

Mana nak letak 51,000 lagi tu?

Fong berkata :

"Mereka terdiri daripada lepasan sekolah, (lulusan) institusi pengajian tinggi, bekas anggota tentera, polis, pesara dan orang kurang upaya," katanya dalam ucapan sempena perasmian Karnival Pekerjaan Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Kerajaan Islam Hadhari mendakwa bahawa banyak kerja kosong dan penganggur pun kurang. Tetapi fakta di atas jelas membuktikan bahawa pengangguran di negara kita semakin meruncing.

Ini tidak termasuk mereka yang tidak mendaftar dengan pejabat buruh. Kalau dijumlahkan sekali dengan mereka ini sudah tentu angkanya mencecah ratusan ribu.


ISLAM HADHARI TERBUKA, PATUTLAH SEMUA BOLEH



Menteri Pertahanan, Zainuddin Maidin atau Zam semalam berkata bahawa :

"Kita mahu pastikan Islam Hadhari adalah terbuka. Kita mahu jelaskan kepada semua kaum dan pihak Barat bahawa bukannya kita tidak boleh berkawan dengan bangsa lain dan kita tidak memberi peluang politik kepada bangsa lain," katanya.

Zainuddin berkata selepas 50 tahun merdeka, pendekatan Islam Hadhari relevan sebagai lambang kekuatan kepada masyarakat Islam di negara ini bagi menghadapi cabaran dunia global dan mampu mengelakkan isu yang diputarbelitkan oleh sesetengah pihak.

Kata-kata Zam bahawa Islam Hadhari adalah terbuka memang benar sebab itulah judi, arak, riba dan undang-undang kafir masih terus diamalkan di dalam negeri Islam Hadhari ini. Paling menyedihkan Najib pula berani mendakwa Malaysia sebagai negara Islam sedangkan prinsip-prinsip asas Islam di atas pun tidak diharamkan di Malaysia.

Malah dalam bab yang paling asas seperti menutup aurat pun pemimpin Islam Hadhari tak mampu hendak tunaikan, inikan pula perkara-perkara yang lebih besar.

Maka istilah ISLAM HADHARI ADALAH TERBUKA memang kena pada tempatnya sebab MALAYSIA BOLEH semua boleh. YANG HARAM JADI HALAL YANG HALAL JADI HARAM.


Kesal sikap culas MPAJ, Ahli Parlimen Ampang dan ADUN


SAYA berasa amat kesal dengan sikap tidak mengambil berat yang ditonjolkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahli Parlimen Ampang Dr Rozaidah Talib and Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Azman Wahid.

Pada 10 Jun lalu, berlaku banjir kilat yang buruk di kawasan Jalan Enggang, Taman Keramat setelah lebih 20 tahun kawasan ini tidak dilanda banjir.

Puncanya adalah kerana longkang monsun yang berdekatan dengan pencawang TNB di jalan tersebut telah tersumbat setelah sebatang pokok besar tumbang dan melintangi terowong longkang tersebut.

Maka kira-kira jam lapan malam, penduduk kawasan tersebut dikejutkan dengan limpahan air di dalam ruang tamu rumah masing-masing. Kira-kira satu jam kemudian, air sedalam paras betis itu mula surut.

Memang banyak kawasan di Kuala Lumpur yang dilanda banjir kilat pada malam tersebut. Baca sahaja di surat khabar dan lihat sahaja laporan di televisyen.

Namun saya berasa amat kesal kerana tiada satu pihak pun yang tampil bertanya khabar, jauh sekali menghulurkan bantuan.

Kawasan Jalan Enggang, Taman Keramat ini banyak didiami oleh guru-guru yang kebanyakannya sudah pencen dan uzur. Di kawasan yang saya tinggal, lebih 30 buah rumah telah dilanda banjir.

Esoknya, apabila saya ke kedai untuk membeli peralatan mencuci, saya merasa amat sedih melihat warga-warga emas ini terbongkok-bongkok cuba mengangkat karpet untuk dijemur dan mengangkat perabot keluar dari rumah untuk dikeringkan.

Oleh kerana hari itu adalah hari bekerja, saya terpaksa mengambil cuti kecemasan tetapi bagi warga-warga emas ini, mereka lebih rela untuk menyelesaikan masalah ini tanpa menyusahkan anak-anak mereka.

Sepanjang hari kami membersihkan kawasan dalam dan luar rumah dan apabila menjelang petang, saya mendapat tahu bahawa ada pegawai MPAJ yang datang.

Alangkah terkejutnya saya apabila mengetahui bahawa mereka datang bukan untuk bertanya khabar tetapi untuk menghantar notis cukai pintu.

Salah-seorang jiran saya memberitahu mereka tentang pokok yang tumbang itu tetapi mereka hanya mengambil sikap acuh tak acuh sahaja.

Bimbang kejadian yang sama berulang, pokok itu berjaya dikeluarkan oleh tuan punya kedai barangan logam yang berdekatan dengan longkang monsun tersebut.

Saya menulis kerana kesal, sakit hati dan marah kepada tiga pihak yang saya sebutkan di atas. Apa peranan yang dimainkan oleh mereka sewaktu rakyat yang mengundi mereka dilanda kesusahan.

Bukan inginkan ganti rugi atau sumbangan barangan elektrik atau beras tetapi jenguk-jenguklah penduduk yang dilanda musibah ini.

Sehingga hari ini pun batang pokok besar itu masih berada di bahu jalan longkang monsun itu. Tuan punya kedai barang logam tersebut memotong ranting-ranting dan batang pokok tersebut sedikit demi sedikit dan membakarnya kerana tiada inisiatif langsung dari pihak MPAJ untuk membersihkannya.

Jangan nanti tuan punya kedai barangan logam itu pula disaman kerana melakukan pembakaran terbuka.

Sehingga kini pun tiada wakil dari pejabat YB mahupun cawangan Umno yang datang bertanya khabar - agaknya berat sungguh kaki untuk melangkah dan mulut untuk bertanya khabar kerana sejak menang pilihanraya di sini, baru sekali saya melihat kelibat YB-YB di kawasan Taman Keramat ini, itupun kerana ada majlis Hari Raya di masjid.

Kami bukan meminta rezeki dari pihak YB tetapi laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Janganlah menunggu saat untuk dicalonkan semula baru nampak batang hidung, baru khabar hendak ditanya - tersasar benar halatuju kepimpinan YB semua.

Cucu Mat Kilau
Taman Keramat, Kuala Lumpur


TAHNIAH ERDOGAN DAN AKP



Parti Kebajikan dan Pembangunan Turki (AKP) di bawah pimpinan Reccep Tayyip Erdogan berjaya memenangi Pilihnraya Turki semalam. AKP memenangi 340 dari 550 kerusi Parlimen.

Diharapkan selepas ini AKP dapat melantik Presiden dari kalangan mereka demi untuk mendaulatkan keadilan dan kebajikan di Turki
Syabas.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59