Friday, 20 July 2007

PEMUDA UMNO PENGECUT


PEMUDA UMNO PENGECUT ITULAH UNGKAPAN YANG BOLEH DIGELARKAN KEPADA PEMUDA UMNO PULAU PINANG YANG TIDAK LAGI BERANI MEMINTA JAWATAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DISERAHKAN KEPADA UMNO.

Semalam media melaporkan bahawa Pemuda Umno Pulau Pinang tidak akan lagi menuntut supaya jawatan Ketua Menteri digilirkan antara Umno dan Gerakan, kata ahli jawatankuasa Pemuda Umno negeri, Wahid Osman.

Katanya, ia ekoran keputusan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa jawatan tersebut akan kekal menjadi milik parti Gerakan.

Wahid yang juga ketua Pemuda Umno bahagian Batu Kawan berkata, pergerakan itu telah dua kali mendesak jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan dengan Umno memandangkan parti itu mempunyai majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Kali pertama, katanya, ialah semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi ditolak.

Bagaimanapun, Pemuda Umno tidak berputus asa dan tahun lalu pergerakan itu sekali lagi menuntut penggiliran jawatan Ketua Menteri, tetapi juga ditolak oleh Abdullah.

"Berikutan itu, Pemuda Umno mengambil keputusan tidak akan lagi membuat tuntutan tersebut.

Majoriti tipis

"Fokus kami sekarang ialah untuk merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak dua penggal lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

PKR memenangi kerusi tersebut melalui Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam pilihanraya 1999 dan mengekalkan kerusi tersebut pada 2004 dengan majoriti tipis.

Manakala DAP memenangi empat kerusi iaitu Bagan, Tanjung dan Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.

Bagaimanapun, Wahid mengakui bahawa, tugas untuk merampas semula Permatang Pauh adalah ekoran masalah dalaman yang melanda Umno bahagian itu sejak beberapa tahun lalu.

"Setahu saya berlaku perebutan beberapa jawatan utama dalam bahagian Permatang Pauh dan sehingga kini ia belum berjaya diselesaikan," katanya.

Wahid juga mendakwa, karenah pengundi kaum Cina di Permatang Pauh turut menyebabkan kekalahan calon BN, Datuk Firdaus Ismail kepada Dr Wan Azizah dalam pilihanraya lalu.

Pengundi Cina

Beliau berkata, sebahagian besar pengundi kaum Cina telah mengundi pembangkang sebagai tanda ‘protes kepada kerajaan pimpinan Umno’.

Katanya, perkara ini bukan baru dan telah berlaku di beberapa tempat lagi di Pulau Pinang terutama di kawasan yang ditandingi calon Umno menentang DAP yang meletakkan calon Cina.

"Orang Cina lebih suka kepada kaum mereka dan keadaan ini menyebabkan Umno di Pulau Pinang sukar mendapat undi dari kaum Cina," katanya.

Menurut analisa Pemuda Umno, tambahnya, di kawasan di mana 80 peratus pengundinya terdiri daripada kaum Cina, maka ia akan dimenangi calon DAP.

Malah, kata Wahid, sekiranya isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi, sekolah Cina dan tokong Cina tidak ditangani sebelum pilihanraya umum akan datang, majoriti pengundi Cina akan menyokong DAP.

BN menguasai 38 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri – Umno (14), MCA (9), Gerakan (13) dan MIC (2). Dua lagi kerusi dimenangi oleh DAP dan PAS.


PAS NEGERI UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA ANGGOTA TUDM

















BATU BERENDAM :Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mengucap takziah kepada keluarga anggota TUDM, Flait Sarjan Mohd Azmie Md Yassin, 35 yang meninggal dunia dalam nahas Helikopter Nuri baru-baru ini. Ucapan tersebut di sampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek ketika menziarahi keluarga Allahyarham di Taman Merdeka, Batu Berendam semalam. Beliau mengharapkan keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah S.W.T yang hebat ini.

Ayah Allahyarham, Md Yassin berkata Allahyarham Mohd Azmie adalah anak sulong dari 6 orang adik beradik. Beliau merupakan anak yang baik dan cukup berdisiplin sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang anggota tentera. Beliau juga memberitahu bahawa rumah yang didiaminya sekarang adalah rumah yang dibeli oleh Allahyarham di mana beliau telah 3 tahun tinggal dirumah itu.

Sementara itu isteri Allaryarham Maizatul Shima Abdul Rasad, 34 ketika ditemui redha dengan ketentuan Allah dan berazam untuk membesarkan sendiri 2 orang anak Allahyarham iaitu Emie Mazleen, lima tahun dan Emie Mazween 11 bulan. Beliau yang bertugas sebagai seorang guru akan pulang ke Kuala Lumpur Ahad ini untuk memulakan penghidupan baru tanpa insan yang disayangi.

Allahyarham Mohd Azmie bersama dengan 5 lagi anggota TUDM lain iaitu Kapten Nor Azlan Termuzi, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, Sarjan Udara Khusnizaim Md Ariffin, Laskar Udara Kanan Saufulizam Alias dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan terbunuh dalam Helikopter Nuri tersebut.

Turut sama menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Azmie ialah Ketua Dewan Muslimat Negeri yang juga Ketua Lajnah Kebajikan Negeri, Dr Khatijah Jumangat; Ketua Penerangan PAS Negeri, Sofi Wahab; Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salim Tahir; Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Khirul Che Salleh; Bendahari PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ab Rahhim Idris dan beberapa orang AJK PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Gambar 1 : Ayah Allahyarham Mohd Azmie, Encik Md Yassin, 2 dari kiri berkain pelekat bersama-sama dengan pimpinan PAS.

Gambar 2 : Ketua Dewan Muslimat Negeri, Dr Khatijah Jumangat bersama-sama dengan isteri Allahyarham Mohd Azmie, Puan Maizatul Shima Abdul Rasad.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59