Thursday, 19 July 2007

HUKUM ISLAM HADHARI TIDAK SALAH ORANG ISLAM KE PUSAT HIBURAN



KUALA LUMPUR: Tiada akta atau enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri yang memperuntukkan mengenai kesalahan kunjungan orang Islam ke pusat-pusat hiburan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Itulah undang-undang Islam Hadhari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata ini menyebabkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempunyai kuasa yang terhad untuk mengambil tindakan terhadap orang Islam yang mengunjungi premis-premis berkenaan.

"Masalah utama yang dihadapi Jakim dalam menguatkuasakan kesalahan berkenaan ialah dari segi bidang kuasa iaitu kuasa mengkanun dan menguatkuasakan undang-undang kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Sharifah Azizah Syed Zin yang meminta Jakim menyatakan bidang kuasanya dalam menguatkuasakan undang-undang di semua pusat hiburan yang menerima kunjungan orang Islam terutamanya remaja.

Jadi kalau orang Islam hendak ke dangdut, pub, night club dan sebagainya tiada masalah. Ini kerana Islam Hadhari sendiri menggalakkan tempat maksiat itu ditumbuh dan diniagakan. Sebab itulah lesennya diberi. Sehinggakan pusat maksiat seperti itu tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Ada yang berlesen malah ada yang tidak berlesen. Bukan itu sahaja Islam Hadhari juga memberikan lesen untuk rumah-rumah urut. Di Selangor rumah urut boleh dikatakan ada di setiap daerah. Begitu juga negeri-negeri lain sebut sahaja bandar besar malah bandar kecil pun kita boleh jumpa rumah urut.

Maka sesiapa yang mengundi parti Islam Hadhari, dia pun dapat saham sama. AWAS.


PERGINYA SEORANG PEJUANG GIGIH MOESTAPA SHARIF



PERGINYA SAHABATKU

Sebut sahaja nama Mostope ‘tukang gunting’ atau nama asalnya Mostope Sharip 58, rasanya tiada siapa di Padang Tengku atau daerah Lipis khususnya tidak mengenalinya. Beliau terkenal bukan sahaja kerana kemahiraNnya menggunting rambut dan penampilan berbezanya iaitu yang selalu berkain palikat, tetapi dia dikenali kerana komitmenya terhadap Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Difahamkan penglibatan Meostope dengan PAS bermula sekitar tahun 60an, maka tidak hairanlah beliau mengenali ramai tokoh PAS vateran PAS antaranya Ustaz Yazid Jaafar, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Allayarham Ustaz Bunyamin Yaakub, beliau turun kenal dengan Mohd Kamal Koh.

Beliau juga rapat tokoh-tokoh tempatan seperti Ustaz Kasim Yahaya, Allahyarham Sulaiman Sidek, Allahyarham Yaakub Andak, Allahyarham Ustaz Hussein Ibrahim, dan Mokhtar Mansur, Dr Abdul Wahab Ismail (sekadar menyebut beberapa nama) Mereka adalah antara rakan seperjuanganya dan gurunya.

Beliau juga mengenali tokoh-tokoh PAS masa kini seperti Haji Mohamad Sabu, Haji Mahfuz Omar, Salehuddin Ayub dan lainya kerana tugasnya sebagai setiausaha penerangan PAS kawasan menghendaki beliau berhubung dengan tokoh-tokoh tersebut bagi melicinkan program parti. di kawasanya.

Tugasan terakhir beliau sebelum pergi mengadap ilahi pada hari Rabu ,18 Julai 2007 jam 4.45 pertang ialah mengatur program Ustaz Idris Ahmad dan Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS pada 13 dan 18 Julai 2007.

Menurut isterinya, Rohani Nawi, Allahyarham demam sejak tiga hari lalu, tetapi masih bersemangat untuk menjaya program yang diaturnya . Allahyarham menampal poster ceramah Haji Mohamad Sabu sambil mengedar akhbar Siasah pada hari Isnin (16 Julai).

“Tiada apa yang ganjil padanya kecuali dia kata ceramah ini ada yang terakhir, saya tak hirau sangat kata-katanya keraan tidak menyangka arwah akan pergi.

“Beliau juga ada meminta minuman yang tidak biasa diminumnya iaitu air bergas, air tembikai yang tidak pernah diminumnya permintaanya saya tunaikan,” ujarnya .


Selain bekerja sebagai ‘Tukang guting rambut’ Allahyarham adalah pengedar akhbar Altenatif seperti Harakah, Suara Keadilan, Siasah dan Roked (DAP) suatu ketika dahulu.

Beliau amat sinonim dengan Harakah kerana menjadi menjadi pengedar akhbar itu sejak tahun 1987 lagi. Beliau menjual Harakah dengan caranya tersendiri termasuk mengedarnya dan menjualnya dari tangan ke tangan (seperti dilakukan kumpulan Al Arqam).

Kegigihanya memperkenalkan Harakah sememangnya sukar ditandinginya ia melakukannya sama seperti usahanya mempromosi program parti kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bukan Melayu iaitu kaum India dan Cina. (Beliau boleh berbahasa Tamil dan Cina).

Selain tokoh PAS, Allahyarham juga mengenali ‘orang filem’ kerana pernah terlibat dengan ‘Syarikat Malar Filem’ semasa mudanya.

Beliau pernah bercerita kepada penulis menganai perkenalanya dengan orang filem yang dikenalinya termasuklah Husein Abu Hasan , Mahyon Ismail (isteri Hussein), Yusuf Haslam (Dato’) dan beberapa orang pelakon vateran lain yang penulis lupa namanya.

Jenazahnya diziarahi sahabat, rakan dan kenalanya dari jauh dan dekat termsuk Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man . Allahyarham meninggalkan seorang Balu Rohani Nawi dan enam oran ganak berusia antara 7 hingga 14 tahun kesemuanya masih bersekolah.

Allahyarham tidak meninggalkan harta malah rumah yang didiaminya No C-52, Taman Bakti, 27100 Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang adalah rumah sewa. Seluruhnya hidupnya diwakafkan kepada parti sehingga ada yang berkata, jika Mostope ada wang, wang itu adalah wang PAS ……itu lah Mospote Sharip.

Semuga Allah mencuvuri rahmat keatas rohnya dan tempat bersama para suhada’. …Amin.

darigaunghati.blogspot.com


Dr Mahathir tak bertanding, 'nak jimatkan duit orang'


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tidak akan bertanding untuk menjadi perwakilan Umno ke perhimpunan agung di mesyuarat perwakilan bahagian Kubang Pasu, dengan alasan Umno bukan lagi sebuah parti yang boleh dipercayai.

Dr Mahathir mendakwa Umno sudah menjadi sebuah parti yang membenarkan rasuah kerana menurut beliau, parti tersebut tidak mengambil tindakan terhadap perlakuan rasuah sesetengah anggotanya walaupun perbuatan itu dibuat secara terang-terangan.

Dengan nada sinis, Dr Mahathir juga berkata beliau tidak mahu bertanding kerana mahu “menjimatkan duit” sesetengah pihak supaya tidak perlu memberi sogokan kepada perwakilan di mesyuarat bahagian itu.

Pada mesyuarat perwakilan bahagian itu tahun lalu, Dr Mahathir gagal dalam pertandingan untuk menjadi salah seorang perwakilan ke perhimpunan agung. Berikutan itu, beberapa perwakilan daripada bahagian itu membuat laporan kepada jawatankuasa disiplin mengenai kegiatan pihak tertentu yang terbabit dengan politik wang bagi memastikan kekalahan bekas presiden Umno itu.

“Nak bertanding buat apa, saya nak jimatkan duit orang tertentu supaya tidak payah lagi tumbuk rusuk orang supaya tidak undi saya. Tidak usah cakaplah tidak ada rasuah, semua orang tahu kredibiliti jawatankuasa disiplin Umno sudah tidak ada lagi.

“Orang tidak percaya lagi kerana benda yang terang-terang libatkan rasuah tapi kata bersih. Kalau inilah jawatankuasa disiplin, Umno dan majlis tertinggi sendiri adalah satu badan yang membenarkan rasuah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menerima kunjungan beberapa pemimpin dari Somali Land, satu kawasan yang merupakan sebahagian daripada Somalia.

Beliau juga mendakwa kini semua pihak, daripada pegawai kerajaan, ahli akademik hingga kepada pemimpin-pemimpin Umno semuanya takut untuk dilihat berbaik-baik dengan beliau kerana bimbang dituduh sebagai “orang Dr Mahathir”.

“Nak dekat dengan saya pun tidak boleh. Orang yang saya kenal baik dulu, yang puji saya sampai naik asap, sekarang duduk jauh, tak berani datang dekat,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Umno bahagian juga tidak dibenarkan menjemputnya, walaupun untuk bercakap pada mesyuarat mereka, bukannya untuk membuka mesyuarat masing-masing kerana MT telahpun membuat keputusan hanya ahlinya sahaja yang boleh dijemput untuk tujuan itu.

Itulah pengakuan jujur Dr Mahathir yang melihat pemimpin Umno sekarang memang penuh tidak ada maruah sanggup melakukan rasuah semata-mata untuk kepentingan politik sendiri.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59