Wednesday, 18 July 2007

MALAYSIA NEGARA SEKULAR : ONG KA CHUAN LEBIH CERDIK DARI NAJIB



MCA menegaskan bahawa semua dokumen sejarah berhubung pembentukan perlembagaan persekutuan dan penubuhan sebuah negara yang merdeka menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

“Ini adalah permuafakatan dan kontrak sosial yang dipersetujui oleh nenek moyang kita,” kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan (gambar), dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, katanya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam adalah tidak bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nampaknya Ong Ka Chuan lebih cerdik dari Najib. Mungkin Najib tidak memahami perlembagaan negara menyebabkan beliau bercakap ikut sedap mulut demi untuk menipu rakyat beragama Islam bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Mana mungkin Malaysia adalah negara Islam sedangka undang-undang tertinggi di Malaysia adalah undang-undang kafir yang tiada kaitan langsung dengan Islam.

Sekali lagi kredibiliti Najib tercalar.


NAJIB MUKA TIDAK MALU MENGAKU MALAYSIA NEGARA ISLAM



Media semalam melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak berkata bahawa Malaysia sebuah negara Islam. Dari mana Najib belajar kita pun tidak tahu. Sepatutnya Najib mesti menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Islam Hadhari sebab undang-undang Malaysia mengHALALkan perkara yang diHARAMkan oleh Islam seperti judi, riba, arak, undang-undang bukan Islam dan sebagainya.

Apakah Najib malu hendak menyebut bahawa Malaysia adalah bukan Negara Islam tetapi Negara ISLAM HADHARI yang penuh dengan maksiat dan kezaliman. Pemimpin-pemimpinnya langsung tidak bercirikan pemimpin Negara Islam. Aurat tidak ditutup, ramai antaranya disabitkan dengan kes rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

"Kalau sayalah menjadi Najib, malu rasanya untuk mengaku Malaysia Negara Islam. Malangnya pemimpin tidak bermaruah seperti ini memang tidak tahu malu dan tiada harga diri. Diri sendiri penuh dengan kontroversi, lebih baik Najib cermin diri sendiri dulu." demikian kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin semalam.

Nazri seterusnya mengingatkan Najib supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan akhbar kerana dibimbangi nanti kredibiliti Najib yang sememang terjejas akan semakin buruk dilihat oleh rakyat.

Najib dilaporkan mendakwa bahawa Malaysia sebagai Negara Islam dalam kenyataannya kepada media selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Negara Islam Dalam Dunia Global anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


PEMIMPIN UMNO MELAKA RASUAH



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini semalam mengekalkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM60,000 terhadap bekas anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Sahar Arpan yang didapati bersalah kerana tiga tuduhan menyalahgunakan kuasa kedudukan dan melakukan rasuah untuk kepentingan wang, 13 tahun lalu.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Richard Malanjum, yang mengetuai sidang tiga panel itu, dalam penghakiman lisannya menolak rayuan Sahar dan memerintahkan hukuman penjara terhadapnya berkuatkuasa bermula hari ini.

Sahar, 53, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 19 April 1999 kerana tiga tuduhan rasuah dengan menyalahgunakan kuasa kedudukannya sebagai Exco Kerajaan Negeri dalam meluluskan dua bidang tanah kerajaan kepada sebuah syarikat yang dia dikatakan mempunyai kepentingan.

Dia dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM20,000 atau penjara enam bulan bagi setiap tuduhan.

Sahar dituduh mengikut Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Sahar telah didakwa mengambil bahagian dalam tiga Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada September 1994, Disember 1994 dan Ogos 1995 yang membuat keputusan terhadap permohonan syarikat Ivory Heights Sdn. Bhd. berhubung permohonan tanah seluas 3.3718 hektar di Mukim Bertam dan 6.8230 hektar di Mukim Bachang.

Selain mengambil bahagian dalam Mesyuarat Exco yang meluluskan permohonan tanah, Sahar juga didakwa terlibat dalam membuat keputusan menukar tempoh pajakan tanah daripada 60 tahun kepada 90 tahun serta meminda pelan dua bidang tanah itu.

Pada 15 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Sahar terhadap sabitan dan hukumannnya itu.

Sahar diwakili peguam bela Peter Siew sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan.

Inilah bezanya pemimpin Umno dan PAS. Tidak pernah Exco Kelantan terlibat dengan rasuah tetapi pemimpin Umno RASUAH jadi pakaian mereka.


SELEPAS 17 NAHAS DAN 72 NYAWA TERKORBAN NURI MASIH MAHU DIGUNAKAN.



Sesudah nahas ke-17 dalam tempoh 40 tahun dan setelah 72 nyawa terkorban kerajaan Islam Hadhari masih berdegil mahu menggunakan pesawat yang boleh dikatakan tidak lagi untuk digunakan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak siang tadi berkata, pesawat itu hanya akan ditamatkan perkhidmatan selepas 1 hingga 2 tahun lagi.

Apakah Najib ingin melihat lebih banyak korban dalam jangkamasa 1 hingga 2 tahun akan datang. Kenyataan Hashidee Murshin Hassim, 29 - rakan Kapten Nor Azlan Termuzi sejak kecil lagi - tentang bagaimana Allahyarham "berasa takut untuk menerbang helikopter Nuri" membuktikan betapa pesawat tua itu memang tidak selamat. New Straits Times (NST) hari ini menyiarkan kenyataan Hashidee itu.

Katanya, laporan dalam News Straits Times itu memetik Hashidee sebagai berkata, Azlan pernah memberitahunya bahawa "dia lebih rela memandu lori ke Kuantan kerana dia berasa lebih selamat".

Kita berasa hairan mengapa susah benar pemimpin Islam Hadhari untuk membuat keputusan memberhentikan operasi Nuri ini. Hendak dikatakan kerajaan tidak ada duit tidak mungkin kerana, Perdana Menteri sendiri boleh membeli Jet Peribadi baru, pesawat Sukhoi baru boleh dibeli dan bermacam-macam kelengkapan baru dibeli. Mengapa pesawat Nuri ini masih tidak mahu diganti.

Bukan seorang yang mati, bukan hanya 1 atau 2 nahas yang berlaku tetapi ianya mencecah 17 nahas dan mengorbankan 72 anggota tentera kita.

Begitulah lembap dan lemahnya pemimpin Islam Hadhari dalam membuat keputusan penting ini. Mungkin mereka merasakan ianya tidak penting sebab mungkin anak atau adik mereka yang terbunuh.

Dalam kemalangan itu enam anggota TUDM yang terkorban dalam nahas tersebut termasuk Juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi, 29. Lima lagi ialah pembantunya, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27, Sarjan Udara Khusnizaim Ariffin, 34, Sarjan Udara Mohd Azmie Md Yassin, 35, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28, dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad, 27.


Kronologi Nuri terhempas

Berikut adalah antara kronologi nahas membabitkan helikopter Nuri sejak 38 tahun lalu:


1. 15 Ogos 2004 – Sebuah helikopter Nuri dipercayai membawa 10 orang penumpang termasuk juruterbang dilaporkan hilang di kawasan Long Seridan tidak jauh dari Miri ke Ba’Kelalan, Sarawak.

2. 30 Mac 2004 – Tiga termasuk juruterbang terselamat apabila helikopter Nuri mendarat cemas di Bukit Kalam, kira-kira tujuh kilometer dari pusat Bandar Labuan, selepas mengalami masalah teknikal pada enjin sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Labuan.

3. 5 Mac 2004 – Dua anggota TUDN maut selepas helikopter Nuri terhempas di Taman Udara, Butterworth.

4. 19 Mac 1997 – Seramai 11 anggota TUDM terbunuh apabila dua helikopter Nuri jenis Sikorsky S-61 terhempas berhampiran Gunung Lumaku, Sipitang Sabah.

5. 16 Oktober 1996 – Dua orang terbunuh, tiga hilang manakala dua lagi selamat selepas helikopter Nuri terhempas di perairan Muka Head, Pulau Pinang.

6. 11 Julai 1991 – Tujuh orang maut apabila helikopter Nuri terhempas ketika cuba mendarat di Banding, Perak.

7. 10 Jun 1991 – Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di kawasan operasi tentera di Banding, Perak kira-kira jam 5.20 petang.

8. 16 Januari 1991 – Helikopter Nuri dalam perjalanan dari Stesen TUDM Sungai Besi ke Kulang Johor terhempas ketika membuat pendaratan kecemaran di sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor.

9. 28 Ogos 1990 – Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam latihan pertunjukan udara semperna perayaan Hari Merdeka terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berhampiran Rawang, Selangor.

10. 18 Disember 1989 – sebuah helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentara Darat dan TUDM termasuk Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mej Jen Dato' Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brig Jen Dato' Hasbullah Yussoff.

11. November 1989 – Nahas terbesar membabitkan Nuri, apabila 21 orang termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas pesawat Nuri terhempas di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak

12. 11 Julai 1981 – Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak tetapi semua 11 penumpang dan krew terselamat.

13. 25 April 1981 – Dua anggota TUDM terbunuh dan 13 lagi cedera dalam nahas helikopter Nuri ketika ribut di 30 batu nautika dari Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.


KERETA DALAM BALAI PUN KENA CURI



Macamana kereta dalam balai pun kena curi? Itu persoalan yang sukar hendak dijawab. Bayangkan dengan kawalan yang ketat pun kereta Porche boleh dicuri sekali lagi. Sungguh menghairankan. Bagaimana Polis kita mengawal balai mereka? Ini yang boleh dipersoalkan.

Media hari ini melaporkan bahawa meskipun diletakkan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT), kereta mewah bernilai RM963,000 dilarikan buat kali kedua sebelum polis menemuinya semula selepas Ops Kesan diadakan.

Kereta Porsche Targa 4 yang dilarikan dari sebuah bilik pameran di Autocity Juru di sini semalam, pada mulanya berjaya ditemui semula setengah jam dan diletakkan di IPD SPT tetapi hilang untuk kali kedua selang lapan jam kemudian.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Koh Hong Sun berkata sebaik menyedari kehilangan kereta itu polis melancarkan Ops Kesan bagi mengesan kereta itu.

PELIK BIN AJAIB. TETAPI MASA CERAMAH PEMBANGKANG POLIS BUKAN HEBAT LAGI MEMBUAT KAWALAN DAN ROAD BLOCK.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59